Saturday, January 16, 2010

Usai

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah senja di Kolej Perubatan sungguh indah, gerimis enggan berhenti derapnya sehingga menunggu 'kata henti' daripada Ilahi.

Ana baru sampai di rumah, bancuh susu dan mulakan tugasan-tugasan lain. Sungguh perjalanan masa itu tidak seperti menyorong kereta sorong, bila disorong, baru tersorong. :)

Usai sudah halaqah ana bersama mutarabbi kesayangan. Alhamdulillah, kali ini kami lebih ramai dan 'hidup'. Syukran kepada ikhwah atas infaq waktu antum untuk mengislah fikrah antum. Yela, kita kadang-kadang bila jauh dari jemaah muslimin, terasa senang je untuk cik I menggoda, mulalah kita tercelup dengan bi'ah yang kurang solehah.

Ana harap pengisian serba ringkas berkenaan Munafik tadi dapat dihadam dengan sebaiknya. Gunakanlah enzim-enzim akal dan jiwa antum untuk mencerna bahan tadi. InsyaAllah, bila kita faham ciri-ciri orang munafik, izin Allah, kita akan terhindar dari golongan tersebut. Mungkin sahaja sebelum ini kita pernah berlaku munafik, dalam kuantiti yang minima dan dalam mod tak sedar, cepat-cepatlah bermohon keampunan kepada Allah s.w.t.

Shukran juga kepada Ibnusarha sebab membenarkan ana bernaung patah bicara dalam barisan al_Insan. Semoga hidup enta dipermudahkan walaupun ana mengerti begitu banyak loading yang perlu enta selesaikan. Shukran juga menjadi sahabat ana yang banyak membawa ana ke jalan taqwa, entalah sahabat ana dunia wa akhirat.

Takde paper sebenarnye, cuma nak jenguk al_Insan dan entri baru yang Ibnusarha post tadi.

Shukran sekali lagi k. Yaaa... Ana dah dapat kawan baru, seekor ikan haruan yang terdampar di tepian jalan. Dia tercungap-cungap masa banjir kat fakulti surut haritu. InshaAllah ana akan kenalkan pada antum pada next entry.


Ni Adli, bukan ikan haruan tu. Shukran sebab sewa kereta ana hari ini. Alhamdulillah rezeki dari Allah melalui enta.



Selamat himpun daya!
Rashid al-Shirfani.

Alamak ana lupa beli serikaya untuk sarapan Baksos pagi besok! Afwan!




No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...