Tuesday, January 12, 2010

Menarik dan Tertarik

Assalamualaikum w.b.t to all pembaca Titis - titis tarbiyah,

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya menulis dalam blog ini. Nak kata sibuk idok le sibuk sangat namun boleh dikatakan kurang ide la nak tulis apa. Pertamanya sebelum madah bersulam kata (ayat masa sekolah menengah) ana ingin mengucapkan jazakallah khairan jaza' kepada akhi Rashid Al - Shirfani kerana telah membawa pengislahan pada blog yang dahulunya dikenali al_insan. Kalau tidak diuruskan akh Rashid Al - Shirfani mau bersawang web ana ni. sekali lagi jazakallah khairan jaza akhi!!!

Ok berbalik kepada tajuk kita hari ini. Menarik dan Tertarik. Apa yang menarik dan apa yang tertarik ya?

Ana hari ini baru dapat buka laptop dan melayari internet untuk membaca akhbar tanah air. Jadi entah kenapa hari ini semua tajuk - tajuknya menarik dan tertarik untuk ana membacanya serta mungkin sedikit pandangan peribadi yang ana dapat berikan...

Berita Pertama!

Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan

KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.

Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan. (sebahagian Petikan daripada Harakah Daily)

Ulasan Ibnusarha:
Alhamdulillah, dapat juga ana melihat seorang raja menjalankan satu lagi tanggungjawab dengan mengimamkan solat dengan rakyat jelata. Terharu juga membaca dan melihat gambarnya. Dah la Tuan Guru Nik Aziz jadi makmum, kalau ana mau juga tergetar getar lutut ni.

Kelantan, dua tiga menjak ni sibuk mengisarkan permasalahan Kerabat Diraja Kelantan. Bermula dengan masalah istana Tengku Temenggongnya yang dikatakan mendera isteri iaitu Model Indonesia, Manohara dan sehingga kini isu ini masih lagi tak ada penghujungnya. Rentetan itu mula dengan masalah kegeringan Tuanku Al Sultan Kelantan (tak salah ana Tuanku sakit dulu baru masalah anakdanya Tengku Temenggong). Selepas itu naik pula isu dengan Pemangku Raja Melucutkan keahlian Tengku Temenggong sebagai Ahli Majlis Perajaan Kelantan. Majlis ni sebenarnya macam Majlis Baiah diraja la. Kalau Majlis ni tak setuju seseorang itu dilantik menjadi Al - Sultan Kelantan maka raja itu tidak akan bergelar raja.

Berkaitan dengan isu raja ni. Ana rasa ada terbaca dalam Berita Harian mengenai Penulis Malaysia Kini, RajaPetra menyarankan buburkan saja Raja - Raja Melayu kerana tidak berfungsi semasa isu hangat Penggunaan Nama ALLAH oleh penganut Kristian. Untuk isu ini pada hemat patik, Tuanku raja - raja perlulah sedikit alert dan patik tidak tahu sama ada Tuanku akan mencemar DULI - DULI Tuanku kalau Tuanku mengeluarkan kenyataan. Menjunjung Kasih kepada Tuanku Sultan Selangor yang begitu berani menyatakan pendirian Baginda yang menyatakan Pekataan ALLAH hanya orang Islam sahaja boleh pakai. Yang ni di selangor je la. Kepada Raja - Raja ku, Patik memohon ampun beribu ampun jika perkataan patik menguris hati Tuanku kerana patik hanya rakyat yang mengharap Payung yang memayungi kami tidak bocor atau tiris. Bak kata Hang Jebat 'Raja Adil Raja Dijunjung, Raja Zalim Raja Disanggah"

firman ALLAH dalam surah A'li - Imran
26. Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Berita Kedua!

Nik Aziz kecam penulis blog banyak mengumpat

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.

Katanya, tulisan blog banyak bersifat mengumpat orang lain dengan pelbagai isu dan meminta rakyat menapis maklumat yang tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan oleh penulis dalam blog masing-masing.

"Blogger yang macam ini bukan boleh nak tambah ilmu, kerana banyak dok mengumpat orang. Kalau blogger boleh tambah ilmu tak apa," katanya ketika menyampaikan kuliahnya di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Ulasan Ibnusarha;
Kepada semua rakan blogger, marilah kita sama - sama mengikuti nasihat Tuan Guru ini. Kata - katanya benar. Kalau Blogger menyampai ilmu maka lebihla bermanfaat. Kita dalam menggunakan media dan dalam saluran internet yang amat bebas ini kenalah berhemat dan bertanggungjawab atas penulisan kita

Walaupun hanya sempat daku mencoret 2 je berita namun ini yang terdaya setakat ini. Lagi pun ada program lain yang akan dikejar ni. InsyaALLAH esok AMC dan Mahasiswa UNIMAS akan melaksanakan Bakti Sosial di Rumah Anak Yatim Laila Taib. Semoga segala yang dirancang berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...