Assalamu'alaikum wr wb. Terkejut? Lapar?
Raya ke 7, Naqib, Danial dan Adli cakap nak datang rumah. Nak masak apa? Mak dah letih tolong jiran masak kenduri. Ok, jum main cuba-cuba.
Ana buka peti ais, tengok ada dada ayam yang masih beku.
Dah lama tak rasa ayam panggang.
Nama menu ni, tak tau lagi. Bagi ja nama Ayam Panggang 7 Syawal.
Bahan-bahan simple ja.
Seketul dada ayam, hiris elok-elok
Perapan
Halia 2 inci
Cili hidup 3 biji
Sos tiram 3 sudu
Minyak masak 3 sudu
Kicap manis Adabi 8 sudu (anggaran)
Gula pasir 1 sudu
Sedikit garam dan serbuk perasa
Perahan sebiji limau
Teknik
Memanggang basah. Panaskan ketuhar, masukkan ayam dan perapan dalam bekas besi untuk dibakar basah. Rasa perapan akan menyerap dengan lebih efektif ke dalam daging ayam. Suhu 250 darjah Celcius, 15 minit.
Memanggang kering. Keluarkan ayam dari bekas besi. Panggang di atas para ketuhar sahaja. Bila dia kering, minyak2 ayam jatuh. Kulit dia rangup sedikit + pedas + masam + manis + masin. Semua ada la. Tengok ramuanla. Bila dah nampak garing, angkat.
Sebelum makan baca bismillah, dan doa makan. Selamat mencuba.
O. Naqib macam tak cukup nasi. :)
~Prokiyai~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda juga mungkin meminati...
-
Mengenali rijal-rijal yang bersama dalam mengobor dakwah di bumiku ini adalah satu kenikmatan terbesar daripada Allah s.w.t. Mengenali mere...
-
Assalamualaikum Alhamdulillah diberikan lagi peluang buat hamba untuk menulis lagi. Untuk kali ini sekadar perkongsian kisah yang terjadi pa...
-
Hari bertuah Majlis konvokesyen baru sahaja berlalu beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah. Walaupun jauh dalam lubuk hati kata: &q...
-
Berita baik buat penuntut di Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Sarawak akan m...
-
Mukhayyam ISMA Sarawak 2012. Alhamdulillah, rasanya pengurusan dan keberkesanan program kali ini yang terbaik. Walaupun tahap 'kemencaba...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteowh tak leh jadi nih. ana kena pegi jugak umah nta nih. kena bawak naqib sekali :)
ReplyDeletejemput la ana pegi bertandang. heh...heh...