Wednesday, June 24, 2009

3 minggu

Assalamualaikum..sudah berkurun daku tidak menaip untuk blog ini. Bukannya tak ada masa malah masa bertimbun namun sikap daku yang malas ni yang mengelakkan daku untuk menulis. Kdang tu dah ada ide nak tulis but still malas nak mengarang. So, sebab dah lama sangat tak menulis mari kita cerita apa dah berlaku dengan daku sepanjang 3 minggu di sarawak

Alhamdulillah, selamat sudah daku berada di sarawak ini setelah bercuti 2 minggu cuti akhir tahun 1. Menarik betul orang lain cuti panjang kami cuti 2 minggu je. Namun, alhamdulillah dapat jua saya bersama keluarga pada awalan minggu dan pada minggu ke dua kebanyakkan daku keluar ke KL la dan ke matrikulasi perak dan banyak lagi.

Yang menariknya cuti daku adalah adalah apabila daku balik untuk bercuti pada hari yang sama adikku Sakinah bertolak ke menara gading Universiti Teknologi Mara di Merbok Kedah untuk menyambung pelajarannya dalam asasi undang - undang. Tahniah kinah, Moga kamu berjaya! pemergian beliau ke sana adalah satu yang amat membanggakan ibu dan ayahku. Daku dapat melihatnya dari riak wajah mahupun reaksi mereka. Kinah belajar rerajin tau jangan abaikan hubungan dengan ALLAH dan juga dengan manusia serta pelajaranmu

Jadi apabila pulang maka yang tinggal hanya Ayah, Mama, Anis dan Napi. Ayah pula pada minggu yang pertama telah mendapat ijazah sarjananya di UITM. Tahniah ayah...cepat yah buat PhD plak.

Perubahan pasti berlaku dalam keluarga. Stage keluarga daku dah mula meningkat. Tinggal la anis dan hanafi sahaja. Sekarang baru la hanisah mula mengenai erti menjadi ana sulung yang berada dirumah. Anis jangan memalas tolong mama dan ayah. This is the time u change a little bit so u will be a all rounded person. Sekarang ini baru la merasa rindu dan sayang antara adik beradik bak kata pepatah semakin jauh semakin sayang. InsyaALLAH air yang dicincang tidak akan putus. To all my bro n sis, honestly i love u all and miss u all! Jangan lupa jaga amal dan terus berbakti demi ALLAH dan RASULNYA.

habis sudah cerita takala cuti. Sekarang kat Sarawak dah. Sudah 3 minggu daku menjalani tahun 2 perubatan unimas Alhamdulillah dan sekarang ni huh belajo kepala hotak la pulak (Central Nervous System) Doakan daku berjaya ya.

Apa yang menarik nak cerita ttg Sarawak pun tak tau la pulak. Menurut perhitungan logik akal daku. Pada awalnya kami telah menyewa sebuah rumah. Fuh rumah tu besar ooo RM 500. sempat la kami duk situ dalam 2 minggu tetiba je tuan rumah minta balik rumah tu. So, jenuh la kami memikio untuk duduk luar atau ape. Akhirnya, housemate daku semua buat keputusan untuk merayu kembali ke kolej tetapi daku merasa amat seronok dan feel at home bila duduk luar ni. So nekad untuk tinggal di luar. nak dijadikan cerita daku ada seorang kawan yang dia ni kolej pun duduk rumah luar pun ade share. So daku bersembangla dengan dia untuk mengambil share dia di rumah luar dan akhirnya dia bersetuju. Maka sekarang daku tinggal bersama 4 orang male student nurse dan 1 male student doctor.

hujung minggu ini akan ada pengambilan baru maka ramaila junior yang akan datang. Kepada yang dapat ke UNIMAS. Ahlan Wasahlan ya juniorku heheh!!!

rasanya ni je kot dulu nnt rajin daku muat naik gambar ke buat penyeri cerita. Ni nak ke kelas dengan Prof. Dr. Moung moung Nyo --> cranial fossae!!

6 comments:

  1. InsyaAllah, the all rounded hanisah will slowly being develop..haha..tapiiii..anis rajin lahh! tnye Mama..haha..;) Kmu blaja Central Nervous System? mesti ade blaja pasal "Spinocerebellar Degeneration Disease" yg incurable 2..? anyway, we luv u n miss u 2..! CHAYOKKKK!!! p/s;awat nama prof pelik beno..? org ape..?

    ReplyDelete
  2. mana kamu belajo disease tuuu...dia org burma...nama memang pelik try sebut nama ni Htwe htwe sein nama mentor abg

    ReplyDelete
  3. salam..gud luck utk sem kali nie..blaja psl kepala hotak lak ye..hehe..bgs2..t gtau cmne nak meningkatkan daya ingatan ye..hehe..thanks 4 ur advices yea bro..gud luck again..;

    ReplyDelete
  4. disease tu ade dlm crite jepun. tajuknye 1 litre of tears :) tu pasal anis taw..cmne nk sebut nama tu..?? tergeliat lidah..haha

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...