Friday, July 09, 2010

Murabbi Hati

Suatu masa dahulu,

Al-Akh ini menelefonku berkali-kali,

Untuk pergi program rekreasi,

Katanya jururawat penting untuk merawat ahli,

Walaupun usia pendaftaranku hanya sehari.

Suatu masa dahulu,

Al-Akh ini meninggalkan coklat di atas katilku,

Coklat Tasneem yang juga dagangannya,

Tiadalah sampai hati untuk dileburkan,

Namun batang coklatnya masih kusimpan.

Suatu masa dahulu,

Al-Akh ini berbual denganku,

Di dalam sayyaratnya berwarna kelabu,

Dia kata dia bongsu dan begitu juga denganku,

Dia kata anak buah dah 24 tapi aku lebih satu,

Senyumannya melagukan sebuah ukhuwah baru.

Suatu masa dahulu,

Al-Akh ini yang mengambilku,

Ketika berada di bulatan CAIS,

Ketika malam ambang kemerdekaan UNIMAS,

Menyelamatkanku dari laghanya majlis,

Nasihatnya terkesan mengundang tangis.

Suatu hari itu,

Dakapannya terasa begitu erat,

Terasa getar di hujung bicara,

Tergenang air di kolam mata,

Ku tahu itu bukan perpisahan biasa.

Hari ini,

Qudwahmu masih contoh amali,

Asa mu tak pun surut lagi,

Senyummu belum bergalang ganti.

Tribut untuk Sang Murabbi hati,

Al-Akh Azrin al-Fateh.

Thursday, July 08, 2010

Semarakkan Kembali

"Akh, ana nak bincang kat anta pasal Kempen 1% Untukmu Palestinku yang akh Danial pernah ajukan dulu..."
"A'a, ye kan.." wajahnya perlahan-lahan bersinar.
"JPA dah masukkan?"
"Dah."
"Proposal hari tu Prof dah luluskan ker?"
"Eh daah.. Kalau macam tu, kita jemput Ust bagi ceramah kat surau, panggil semua pelajar datang, gantung poster, waaah..." wajahnya makin bersinar.
"InsyaAllah, nanti kita bincang lanjut plannya macam mana, ok?"
"Ok, insyaAllah."

Semangat terhadap isu Palestin tak pernah kunjung malap. Mari kita heret kembali semangat berinfak sementelahan JPA masih beribu-ribu.

1% Untukmu Palestinku, 99% masih milik kita

Rashid alShirfani
Sg Maong

Wednesday, July 07, 2010

Orang Sarawak

Akhirnya sampai di sebuah kolej yang indah, setelah di"hempas" dalam bas kuning ke Samarahan. Rindunya dekat sayyaratku yang sekarang berada bersama penyewa baru.
"Abang dari medical kolej ker?" tanya seorang pelajar sambil matanya melirik ke baju kolejku yang tertulis UNIMAS Medical College.
"A'a, dari Kolej Perubatan."
"Medik?"
"Eh tak, nursing, kejururawatan..."
"Tahun berape dah?"
"InsyaAllah nak masuk tahun 3"
"Eh, nama siapa?" cantasku untuk menguasai kembali perbualan.
"Ahmad (bukan nama sebenar)"
"Dari mana?"
"Sibu"
"Oh, orang Sarawak..."

Kolej Perubatan sentiasa terpahat di ingatan

(Tukar bahasa)

"Oh.. orang Serawak, sekolah sine dolok?"
"SMK Sibu"
"STPM?"
"Aok, kitak orang sine?"
"Kamek orang Samarahan, orang sitok"
"Oh, dekat jak lah ngan rumah?"
"Sik juak, dalam sengah jam camya baruk sampe rumah mun make feri"
"Eh bang, boleh tukar course kah sitok?"
"Kitak course apa?"
"Sains komputer"
"Dolok aliran apa?"
"Sains"
"Boleh tukar tapi maok berani sikitlah, ngagak dak dekan, ngagak dak pensyarah. Maok tuka apa?"
"Mun apat, kursus sains. Sebab dolok kelas sains bah"
"Kelas sains? Berapa dapat pointer dolok?"
"3.2"
"3.2?" (hebat, pelajar Ting. 6 dapat 3.2, aliran sains pula tu)
"Ada mohon sik sains komputer?"
"Sikda dalam permohonan pun..." Ahmad tersenyum bercampur sedih.
"InsyaAllah, boleh tukar. Sebab sik semua yang datang daftar bah"
"Ya ka?, oh, kenak struggle tok!"
"Ha.. InsyaAllah"

Perbualan berhenti seketika, Ahmad menandatangi kehadiran solat Subuh. Wah macam tu sekali. Alangkah bagusnya kalau surau sepenuh ini masa subuh. Sudah tentu Zionis akan gentar. InsyaAllah, semua itu akan berlaku jika adanya usaha untuk mendakwahi dan mentarbiyyah mereka. Memberi kesedaran secara berkesan, agar hati-hati itu lebih peka terhadap isu umat Islam sekarang.

"Bang bang"
"Apa?"
"Sitok ada usrah kah"

Alhamdulillah. Hatiku tersenyum. Buat pertama kali aku ditanyai soalan begitu. Lebih-lebih lagi dari orang senegeri.


"InsyaAllah ada..."


Rashid alShirfani
Sungai Maong.

Thursday, July 01, 2010

Jaulah Solo

Assalamu'alaikum wbt.

Lamanya tak menjengah tingkap TTT. Terasa berdebu tingkap TTT nih tak digilap dengan entri yang baru. InshaAllah seperti kesegaran saya yang baru mandi ni, saya nek bercerita sedikit sebanyak apa yang saya lalui hari ini. Bukan perkara yang baru, sekadar mukadimah TTT untuk semester baru ni.

Rindu berjalan di bandaraya Kuching mengetuk dada ini tatkala cuti. Teringat adegan-adegan jaulah bersama ikhwah sebelum ni, baik jaulah kecil ataupun mega. Tapi kali ni solo jer.

Jam 11.00am melangkah keluar dari rumah, berjalan ke stesen bas. Dah takder kereta, terpaksala mengarahkan kaki untuk mengorak langkah. Sampai di stesen bas, alhamdulillah bas pun terus datang, tak sempat pun merasa duduk di stesen bas.

"K8, The Spring"

Bas K8 berwarna hijau datang untuk mengambil penumpang. Seronoknya dapat naik bas baru yang ada aircond. 10 minit selepas itu, sampailah ke The Spring.

Semalam baru dapat emel dari MPH, ada tawaran 20% untuk semua buku dan 30%, 50% untuk buku-buku terpilih. Hampir 2 jam masa dihabiskan di MPH, dapatlah melamar beberapa buah buku. Antaranya,
Persediaan ke Timur Tengah bila dah bekerja nanti.


Menarik dan praktikal untuk situasi saya yang banyak kawan non-Muslim


Nak miliki hardkopi biografi pahlawan islam, sebelum ni baca kat internet jer.


Tak dapat pergi travelling, dapat melalui hobi pun ok. InsyaAllah, dalam perencanaan.


Buku ni untuk anak buah saya yang akan masuk UKM Ahad ni, Food Sciences.


Buku kecil molek Hadits Arbain, RM4.20. Sebelum ni tulisannya kecil sangat, yang ni terang sikit.

Selesai membeli, terjumpa ngan sorang akh kat Surau Simpang Tiga,

"Assalamu'alaikum" sapanya dari tepi. Tersenyum manis. Haha.
"Buat apa kat sini?"
"Solatlah..."

Haha. Garu kepala. Dia akan balik ke UNIMAP 07 Julai ni, mesti akh Roslani rindu giler kat dia nanti.

Ok. Lepas The Spring, ambil bas balik ke Saberkas. Dalam 5 minit camtu, dah 20 m/s buku Turki tadi saya baca. Menarik... menarik... Bas pun sampai dan bertolak balik ke pusat bandaraya.

Dah nampak Saberkas dah, dalam hati...

"Kalau bas ni tak berhenti kat sini, alang-alang pergi ke pasar teruslah"

Haha. Bas tu tak berhenti pun. Ikut kata hati, teruslah ke pusat pasar. Dah lama jugak rasanya tak jenjalan kat pasar yang penuh memori masa kecik2 dulu jalan ngan mama. Sekarang ni dah besar jenjalan sorang2. InsyaAllah nanti nak ajak mak baliklah.

Kat pasar tu dah takda papa yang menarik sangat, terus melewati Little Lebanon dan nampak Chinatown.

Toleh kiri nampak perahu tambang ke Gersik. Wah, makan kek lapis free. Jum.

"Perahu ni gi mana pak cik?"
"Pangkalan Sapi"
"Bukan Kampung Gersik?"
"Bukan" pakcik menunjuk jeti yang satu lagi. Jauuuuhnyer. Takper naik yang ni dulu.

Sampai seberang. Ade ape kat sini? Dewan Undangan Negeri? Boleh masuk ker?

Berapa juta nih?

Asyik berjalan tepi2 jeti, ternampak Pintu Gerbang,

"Terima Kasih Pehin Sri atas Perasmian Taman Orkid"

Eh, masih ada lagi ker Taman Orkid tu?Last pergi masa darjah enam, abang bawa.

Pehin Sri semasa perasmian.

Dari jauh. Eh.. eh... eh.... macam kenal jer kereta tu. QAQ1209, eh..... kereta saya. Kenapa ada kat sini?

"Ni kereta saya!"
"Eh, kereta awak?"
"A'a dari mana?"
"Dari Bau, bawa anak jenjalan kat sini"

Subhanallah. Allah punya kuasa nak pertemukan dengan kereta saya lepas sebulan membungkam rindu. Aaa. Tak sangka macam mana boleh jumpa kat sini. Dia dari Bau, saya dari rumah. Teringat moment2 tadi,

"Bas tak berhenti di Saberkas..."
"Perahu tambang salah naik, ke Pangkalan Sapi..."

Meremang jugak bulu roma bila memikirkan takdir ni. Kereta saya... Selepas berborak dengan penyewa, saya ambil perahu lagi ke seberang pastu nak pergi balik ke Kampung Gersik. Sebelum ke Gersik, sempat lagi beli Kebab dan Jus Jambu Merah. Huh, nyamannya...



Naik perahu tambang, orang Sarawak pun nak naik jugak.

Yeay, kek Lapis free. Tadi sempat makan Lapis India, Cadbury, Cheesechoc, etc...
Alhamdulillah. Camtulah nak nikmati makanan free. Tapi tak adillah kalau tak beli satu. Kwang3.

Selesai ke Dayang Salhah, jalan balik ke pasar pusat. Menyusuri pesisir lot-lot kedai cenderahati. Nampak orang jual gambir, kek lapis dan macam-macam lagi. Nampak juga lokasi kedai kain mega yang hangus 100% beberapa bulan yang lalu. Ish3. Sungguh Allah nak ambil kekayaan. Sekejap jer.

Balik tu ambil bas ke Saberkas, 10 minit camtu sampai ke Lot 77, jumpa ikhwah dan solat maghrib sama2. Alhamdulillah lengkaplah jaulah kali ni.

Tujuan kali ni bukan aper, nak cari tempat untuk jaulah MAP kali ni, insyaAllah, dengan junior yang baru2 nih. Selain daripada modal nak bercakap dan berkongsi bila berkenal-kenalan dengan mereka nanti. Yelah. Kadang-kadang mereka lebih suka bila ajak jalan-jalan kan, apatah lagi di tempat baru nanti, insyaAllah.

Kaki dah lenguh, jari pun dah CTS ni, mana lagi kudrat nak dipergunakan.


Sungai Maong,
Rashid al-Shirfani.















Anda juga mungkin meminati...