Sunday, February 19, 2012

Entri untuk Gun

Perkenalan itu senang sahaja bermula di dalam sebuah surau sebuah lapangan terbang kos rendah di Semenanjung Malaysia. Aku dan seorang akh baru usai hadir program pemantapan da'wah di daerah Bangi. Sembang ringkas tak tersangka rupanya membawa perkenalan yang lebih akrab. Gayanya bukan warga Malaysia, berbaju batik jawa. Betul dari Indonesia, namun rupanya satu pulau, Kepulauan Borneo.

Perwatakannya sederhana, tak meninggi diri walau pun himmah yang tertanam dalam jiwanya cukup besar. Mengangkasa pendidikan belia-belia di Pontianak untuk seiring dengan negara jiran. Pertemuan itu bermula semasa akhir programnya membawa pelajar-pelajar seuniversiti dengannya melawat universiti sekitar Negara Thai, Singapura, Brunei dan Malaysia. Aku jadi teringat akan cerita Laskar Pelangi bila melihat semangatnya yang berkobar dalam kesederhanaan pembawaannya.

Kami saling bertukar nombor telefon. Ukhuwah tak terputus setakat itu. Ada banyak lagi agenda menarik yang ingin kami kongsikan, namun waktu hanyalah sedetik lebih itu. Pramugara mula memanggil untuk berlepas.

Mujur Pontianak tidak jauh, guna bas cuma sekitar 6 jam. Dia kerap berkunjung ke Kuching. Sekali sekala aku mengajak dia berjalan-jalan, membeli belah, balik kampung, hadir usrah dan ceramah-ceramah ISMA. Perkenalan kami terikat bila dia mengatakan,

"Ana di sana pun ada juga mengaji, seminggu sekali murobbinya datang!"

Oh. Kalau begitu, kita punya agenda yang sama. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita menyatu di jalan perjuangan yang sama. Dalam masa dia berada di Kuching-Samarahan, dia jatuh cinta dengan aktiviti-aktiviti anjuran ISMA http://www.ismaweb.net/v4/ dan PEMBINA http://pembina.com.my/, lebih-lebih lagi setelah dia berjaya mendaftarkan dirinya sebagai pelajar sarjana di UNIMAS. Tambahan pula kebanyakkan aktivis ISMA di sini sebaya dengannya. Teringat lagi, kegigihan dia mencari segala jalan yang ada untuk dia harus berjaya bergelar sebagai seorang pelajar sarjana UNIMAS. Dia gigih walaupun keseorangan.

Beberapa hari lepas dia menjemputku. Hari pentingnya sudah tiba. Hari ini, 19 Februari 2012, dia melengkapkan sebahagian daripada agamanya dengan akhawat yang telah dijodohkan untuknya. Aku nggak bisa hadir. Sabtu Ahad biasanya ISMA, PEMBINA atau KRIM akan ada program. Hari ini pun hari penting buat Sarawak, kerana ikhwah-akhawat dari seluruh Sarawak berkumpul untuk menyahut satu seruan perjuangan dalam DASAR Ketujuh (http://ismasarawak.com/). Dari sini aku doakan moga enta berbahagia, Akhi Gun Mayudi. http://gunmayudi.wordpress.com/ Salam sejahtera atas pernikahanmu.

Gun Mayudi bersama salah seorang pelakon Laskar Pelangi, Ikal.


Doa Rasulullah saw bagi pasangan pengantin, ana panjangkan buatmu.

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”

Kepingin mau ke Pontianak. :)

Sungai Maong,
Rashid al Shirfani

Anda juga mungkin meminati...