Pejam celik, pejam celik. Rupanya pengajianku di Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan sudah hampir lima tahun. 2 tahun di fasa pra
klinikal. Fasa yang menajamkan dan menanam asas – asas dalam ilmu kedoktoran. 3
tahun berikutnya dikenali tahun klinikal. Fasa ini pula mendedahkan bagaimana
interaksi seorang doktor dengan pesakit – pesakitnya, di fasa ini juga mengajar
segala praktikal dalam bidang perubatan ini. Susah payah para senior dapat
dilihat semasa kami menjalani praktikal ini.
Dikesempatan ini, saya ingin menceritakan sekelumit pengalam
yang ada. Sepanjang belajar ini, saya bertemu pelbagai ragam dan kerenah
doktor, jururawat para staff perubatan dan tidak pat dielakan adalah ragam para
pesakit. Namun, terdapat satu persamaan yang nyata. Mereka semua tidak suka
dalam keadaan sakit. Para pegawai perubatan semua akan bertungkus lumus
menghilangkan atau merawat atau melegakan kesakitan yang mereka alami. Mereka
pula akan sedaya upaya untuk berikhtiar untuk memastikan mereka kembali kepada
fungsi yang optimum seperti dahulu.
KANSER
Ada pesakit yang sanggup berhabis ribuan malah jutaan untuk
membeli ubat daripada hospital. Contohnya seorang pesakit yang mengidap kanser
darah. Beliau memerlukan ubat kemoterapi. Ubat ini dalam bentuk cecair yang
selalunya dimasukan melalui salur darah di tangan, anggaran dalam satu pek
dalam 400 – 500 ml ubat itu bernilai dalam 15 ribu. Beliau sanggup membeli
sendiri 2 kali kemoterapi. Bermaksud dalam 30 ribu beliau habis. Selepas itu
beliau sebenarnya memerlukan 6 pusingan atau kata mudah 6 pek. Tetapi habis
semua simpanan digunakan untuk 2 pek. Akhirnya terpaksa merayu dan mendapatkan
pertolongan daripada jabatan kebajikan masyarakat.
RHEUMATOID ARTHRITIS
Seorang lagi pesakit. Beliau mengidap penyakit yang kita
kenali sebagai rheumatoid arthritis. Penyakita sendi yang selalunya menyerang
sendi tangan. Penyakit ini boleh menyebabkan bentuk tangan berubah kerana
tulang – tulang akan dihakis dan rosak. Alhamdulillah pesakit ini datang awal
dan di diagnose awal. Beliau mendapat rawatan yang terbaik dan penyakitnya
dapat dikawal dan tangannya tidak akan rosak sehingga mengubah structur tangan.
Tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi beliau. Beliau nak
sihat lagi. Sekali tu dia datang ke klinik untuk rawatan rutin 3 bulan sekali. Selepas
dr bertanya khabarnya, melihat tangannya, bertanya ada kembang atau merah lagi
macam dulu ke tidak, tiba – tiba dia berkata “ Dr, I have something to show
you, my friend give it to me. She said it is good for my disease.” Beliau
mengeluarkan sebotol air yang macam agar – agar. Beliau menyatakan ia adalah
collagen asli dari sabah. Dr yang merawat beliau terus berterus terang. Saya
tidak ada kajian atau bukti jelas menyatakan collagen ini bagus untuk penyakit
kamu. Jika kamu bertanya pendapat saya, maka saya akan katakana perkara yang
sama kepada smeua pesakit saya yang mengidap penyakit yang sama macam kamu ni.
Saya nasihatkan supaya makan buah-buahan dan itu cukup untuk kamu.
Demi sebuah kesihatan, wang simpanan sanggup dihabiskan, apa
saja yang dikatakan baik untuk kita, kita akan beli makan atau gunakan. Semua
ini untuk kita merasa sihat. Boleh kembali dipanggil sebagai orang yang sihat
yang bebas daripada penyakit.
BUAT PARA KELASI BAHTERA DAKWAH DAN TARBIYAH
Ikhwah dan akhwat, belia dan beliawanis sekalian.
* ¨bÎ) ©!$# 3utIô©$# ÆÏB úüÏZÏB÷sßJø9$# óOßg|¡àÿRr& Nçlm;ºuqøBr&ur cr'Î/ ÞOßgs9 sp¨Yyfø9$# 4
cqè=ÏG»s)ã Îû È@Î6y «!$# tbqè=çGø)usù
cqè=tFø)ãur (
#´ôãur Ïmøn=tã $y)ym Îû Ïp1uöqG9$# È@ÅgUM}$#ur Éb#uäöà)ø9$#ur 4
ô`tBur 4nû÷rr& ¾ÍnÏôgyèÎ/ ÆÏB «!$# 4
(#rçųö6tFó$$sù ãNä3Ïèøu;Î/ Ï%©!$# Läê÷èt$t/ ¾ÏmÎ/ 4
Ï9ºsur uqèd ãöqxÿø9$# ÞOÏàyèø9$# ÇÊÊÊÈ
111. Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan
memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan
Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar
dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih
menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli
yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.
Di dunia ini kita bicarakan berkenaan kesihatan. Jika
badan tidak sihat, sakit sini, sakit sana. Hidup kita menjadi susah. Jadi kita
mahukan kesihatan. Jika di akhirat kelak? Adakah kita tidak mahu merasa air
sungai yang segar mengalir. Bukan air sungai biasa, airnya diperbuat daripada
madu malah arak juga ada di sana. Arak di sana bukan sama di dunia ini. Tidak
mahukah kita hidup bersenang lenang, tidak perlu berfikir apa – apa. Nak makan,
makanan sampai, nak minuman minuman sampai. Ingin bergembira bersama gadis
perawan maka bukan satu malah puluhan akan datang. Ingin buat apa sahaja kita
dibenarnya. Tidak mahukah kita?
Untuk mencapai syurga yang diidamkan pelbagai cara boleh
dilakukan. Yang pentingnya cara tadi berlandaskan syara. Jika yang menyakini
perlunya berada dalam bahteran dakwah dan tarbiyah. Makanya perlulah memahami
sepenuhnya dan bergerak seia sekata dengan bahtera dakwah dan tarbiyahnya. Segala wasilah tarbiyah perlu dilaksanakan
dengan cara yang TERBAIK. Malah plus ikhlas. Kenapa kena terbaik? Seban surge
itu bertingkat dan yang terbaik akan mendapatkan yang tertinggi. Seterusnya,
jika kita buat yang terbaik maka hasilnya kita akan merasakan yang terbaik.
Macam nak beli ubat yang saya ceritakan di atas.
BAGAIMANA TERBAIK itu?
a. Para Mutarabi
Akhi, 3 minggu lagi kita akan ada Daurah. Kata seorang
murabbi pada semua anak buahnya. Tempat ana akan confirmkan kembali. Yang pasti
Ustaz Afiq Shazwan akan datang. Beliau seorang yang hebat. Rugi jika kita miss
pegisian beliau. Daurah ini adalah salah satu wasilah tarbiyah kita. Daurah ini
pun kita lakukan setiap sem sekali. Daurah ini akan mengumpulkan semua para
ikhwah dan akhwat di kawasan Sarawak ini. Rugi kalau antum terlepas.
MUTARABI yang lakukan yang TERBAIK:
Tempat tak confirm lagikan akhi, baik ana rasa mari kita
letak dalam planner kita yang tiga minggu lagi ada daurah dan kita kosongkan
hari tu. No other plan should be on that date! Jika ada apa – apa kita akan
cuba bawa ke hadapan atau tangguh sekejap. Semua asignmen perlu kita siapkan
supaya kita boleh tumpu perhatian 100% dalam daurah ini.
Akhi murabbiku, berapa lama daurahnya? Apa tajuk pengisian?
Kami nak sediakan pakaian untuk program, nak siapkan minda
untuk menerima pengisian. Kami juga nak susun pengangkutan kita satu usrah.
Jangan risau akhi murabbiku, kami boleh sewa kereta atau van. Tak pun kami ada
kawan yang ada kereta. Dia baik dengan ana, so insyaAllah boleh pinjam kereta
dia. Satu lagi insyaAllah kami akan mula berjimat, kot kot perlukan yuran
nanti.
Nah, murabbi hanya cerita ada daurah 3 minggu lagi! Tetapi habis semua sudut dibincangkan untuk
memastikan pabila tiba masa daurah semua berjalan lancar. Jika saya murabbi
mereka pasti hati ini berbunga dan akan tidak lekang mulut ini memuji Allah
kerana mengurniakan mutarabi yang begitu baik. Malah slot muskillah dalam usrah
bukan satu slot yang hanya kedengaran “anta ada apa – apa soalan?” dan hanya
ada pergerakan mengeleng kepala. Tetapi slot ini penuh dibincangkan perihal
bagaimana nak memastikan segala wasilah tarbiyah yang dilalui akan menjadi satu
program yang sangat bermanfaat dan objektif program kena pada sasarannya.
MUTARABI yang melakukan KURANG BAIK
“Allah, daurah lagi. Apa alasan nakku berikan yer?” hari
berganti hari akhirnya murabbi bertemu dan berkata “3 hari lagi ada daurah, ana
perlu daftarkan nama antum ni, bagaimana?” “akhi, ana ada program ni la, ana
ada study groupla, ana itu dan ana ini” semua alas an dikeluarkan untuk
mengelak untuk pergi ke daurah. Masa telah diberitahu awal tetapi dibiarkan
sahaja. Mungkin awalnya mereka mahu pergi tetapi tak catat di planner, tak
pernah ada planner menyebabkan tarikh yang sepatutnya di book untuk program
dakwah dan tarbiyah diberikan untuk program lain.
b. Para Murabbi
Dalam takwim menyatakan bulan depan ada Daurah, ada rehlah
dan ada mabit. Aku kena bagitahu awal semua anak – anak buahku ini. Supaya
mereka akan dapat kosongkan tarikh – tarikh ni untuk program dakwah.Nah,
murabbi terbaik sedang berfikir setelah melihat takwim di laptopnya. Ada murabi
lain lebih terbaik. Dia dah bagitahu 3 bulan punya program pada mutarabinya.
Setelah bagi tahu bukannya dia buat tak kisah sahaja. Setiap usrah
diperingatkan. Setiap usrah diberikan taujihat untuk sentiasa pastikan perlunya
memenuhi wasilah tarbiyah hata riadah mingguan.
Setiap masa lapang da nada yang menyatakan setiap hari
selasa dia akan melaksanakan mutabaah fardi(pantauan individu). Dia pergi
ziarah mutarabi, lihat keadaan mereka. “anta tak de planner, ni ana bagi pada
anta, tulis semua plan anta. Program dakwah dan tarbiyah, study, exam dan semua
program, supaya hidup anta tersusun”. Ada murabbi yang siap hadiahkan planner.
Dikutip yuran awal untuk daurah supaya mutarabi rasa keperluan untuk pergi
program sebab dah bayar yuran.
Jangan kata pasal sms. Boleh kata setiap minggu kalau
mutarabinya tidak mendapat sms daripada murabbi mereka. Pasti mereka akan
pelik. Kerana setiap minggu pasti murabbi mereka sms. Kata – kata nasihat dan
semangat dan juga peringatan program. Aduh, murabbi ni memang terbaik.
Seorang murabbi lagi. Bagitahu ada program seminggu sebelum
program. Itupun dinyatakan melalui satu sms ringkas “minggu depan kita ada
daurah di dewan suarah, sediakan rm 10, jzkk”. Mutabaah fardi tak pernah buat.
Jika tiada usrah maka tak akan bertemulah murabbi dan mutarabinya. Apabila
ditanya mutarabinya melalui sms “anta dapat pergi daurah esok?” “afwan akhi,
ana tak dapat datang”, kenapa? Tanya murabbi tadi. “ana ada masalah peribadi”.
Murabbi langsung jawab “semoga allah pemudahkan urusan anta, akhi.” Tak ditanya, apakah masalah peribadi itu, tah
sakit ke, duit taka da kea tau apa – apa hal. Bukannya nak katakan kita ni kena
bersangka buruk dengan mutarabi tetapi
kita Tanya detail kerana kita seorangnya caring.
Sama ada kita di posisi dibina atau membina, kita tetap
perlu laksanakan yang terBAIK. Kita kena fikir. Bagi mentarbiyah diri kita ini.
Kita perlu pentingkan diri. Dalam hal ibadah kita perlu pentingkan diri. Syurga
itu bertingkat. Yang paling tinggi untuk orang yang beramal dengan amal yang
soleh dan ikhlas dan Allah redho dengan dia. Maka adakah kita akan biarkan
orang lain yang menjadi soleh dan diredhoi Allah dan kita bagi laluan kepada
orang lain untuk mendapat tempat di syurga yang terbaik. Dalam merebut syurga
ini
tiadanya itsar dan tiadanya “anta pergi dulu” tetapi yang ada hanyalah. Itu
syurga tertinggi, ia milikku!
9e@ä3Ï9ur îpygô_Ír uqèd $pkÏj9uqãB (
(#qà)Î7tFó$$sù ÏNºuöyø9$# 4
tûøïr& $tB (#qçRqä3s? ÏNù't ãNä3Î/ ª!$# $·èÏJy_ 4
¨bÎ) ©!$# 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« ÖÏs% ÇÊÍÑÈ
148. dan bagi
tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka
berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada
pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ayuh ikhwah sekalian, belia sekalian. Kita kehadapan kita
berlumba mencari kebaikan. Kita rebut pahala yang Allah tawarkan kepada kita.
Jangan jadi manja, jangan jadi malas. Tarbiyah tidak MEMERLUKAN kita hata
sebesar atom ataupun elektron sekalipun. TETAPI kita memerlukan dakwah dan
tarbiyah ini! Ayuh ikhwahku sekalian!!!
Ibnusarha
10 Mac 2013
2.12ptg
Kolej perubatan UNIMAS