Abang Tuah :
Assalamualaikum, assalamualaikum!
Umar :
(sambil membuka kelopak pinti bilik P10 Kolej Seroja) Waalaikumsalam
warahmatullahiwabarakatuh,
eh, Abang Tuah! Bila abang sampai?
Abang Tuah :
Baru je sampai tadi. Nah, sedikit buah tangan daripada abang.
Umar :
eh, susah – susah je abang Tuah ni. Dah la jauh datang dari Kuching ke Kota
Samarahan.
Datang seorang je bang? Alah lupa lak, jom masuk. Maaflah bilik
berselerak sikit.
Abang Tuah : terima kasih. Datang dengan Abang Jebat,
dia ke blok M. mencari adik satu usrah
dengan dia.
Kebersihan sebahagian dari Iman dan seorang mukmin baik salah satu sifat
dia adalah tersusun urusannya.
InsyaAllah nanti kita detailkan dalam usrah hari khamis
malam nanti.
Umar seorang je ke di bilik ni? Mana rakan sebilik Umar?
ijlis bina nu'min sa'ah. Mari duduk sebentar kita beriman
kepada Allah
Alhamdulillah, banyak syukur kepada Ilahi. Limpah kurnia dan
berkat daripada Allah kita hari ini masih lagi diberikan ruang dan peluang
untuk meneruskan perkejaan sebagai petani yang berjaya. Petani yang sentiasa
menanam benih dan menjaga pohon – pohon yang membesar dan bercabang – cabang.
Petani yang istiqamah membaja dan menjaga dengan baik tanaman dan tetap dan
terus bersabar menunggu hasil tanamannya berbuah. Takala hasilnya nanti dituai,
bukan hanya dapat berehat seminggu kerana sibuk meraikan pesta menuai tetapi
akan berehat dan terus berehat dan terus berpesta kerana hasilnya tadi akan
menyara para petani sehingga tiada hujungnya.
Belia dan beliawanis sekalian,
Ingatkah lagi kalian, saat pertama kali disapa oleh tarbiyah
ataupun seruan untuk menjadi petani yang istiqamah dan istimrar?
Semasa kita dahulu mencari atau mungkin saja hanyut tak tahu
ke mana. Entah dari mana, tetiba datang tangan menyapa lantas berkata “ijlis
bina nu'min sa'ah”. Tangan tadi milik abang – abang dan kakak – kakak yang
cekal. Yang tidak pernah mengenal erti putus asa, yang tidak pernah kenal erti
payah dan susah. Yang tidak pernah merasakan susah hati takala poketnya kering
kerana membeli hadiah, membeli minyak petrol untuk mengerakan kuda dakwah
mereka untuk menemui KITA. Yang akan berbasah kuyup kerana disirami hujan
takala hanya ingin bertemu kita. Yang akan merasa lengguh punggungnya kerana
jauhnya menunggang motor semata – mata ingin melentur iman kita. Yang tidak
pernah jemu menghadap segala kerenah kita yang kadang kala bagaikan anak kecil
tidak mahu mengaji.
Kata – kata mereka lemah lembut, ajakan mereka hanya kepada
ALLAH. Mereka mengenalkan Al – Quran pada kita. Mengenalkan erti tadaburi Al –
Quran. Dahulu kita hanya tahu membaca fabiayyi ala irabbikuma tukazziman.
Apakah erti kalimat ini kita tidak pernah endah? Tetapi kini takala membaca
kalimat tadi, hati ini bergetar, hati ini mula resah dan gelisah. Nikmat apa
lagi yang kamu hendak DUSTA kan? Jika ingin menulis nikmat demi nikmat pasti 7
lautan pun tidak cukup menjadi tintanya walaupun ditambah lagi 7 lautan dan
lagi dan lagi.
Ketukan hati ini datangnya daripada Allah. Namun, ketukan
ini bermula dengan ijlis bina nu'min sa'ah. Kerana kasih dan sayang daripada
Ilahi. Kita dipertemukan dengan abang – abang dan kakak – kakak yang sanggup
berhadapan dengan kerenah kita.
Wahai belia dan beliawanis, aktivis – aktivis PEMBINA
sekalian,
Mari kita syukuri nikmat tarbiyah ini. Kita syukuri dengan
mengikuti jejak langkah para pendahulu kita. Katakan ya dan teruskan berbuat.
Belajarlah jika tidak tahu. Cuba dahulu dan kurangkan beralasan. Ayuh gencarkan
gerakan kita. Kepengecutan terbesar adalah TIDAK BERANI meLANGKAH.
Abang Tuah :
Seronok dapat jumpa dan sembang – sembang dengan Umar. Gembira abang hari ini
dapat bertaaruf
dengan Umar. Eh, dah lewat ni. Umar kena bersedia untuk kelas esok
dan abang kena
pulang ke Kuching malam ni. Tadi hujan, jalan licin. Abang kena bawa
pelan – pelan,
jalan licin.
Umar :
umar pun seronok dapat sembang dengan abang. Umar tak ada abang dalam keluarga
umar. Umarkan
anak sulung. Tetapi apabila abang tuah datang ni, umar rasa macam
dah ada abang
pula. Hati – hati ye abang.
Abang Tuah :
InsyaAllah khamis nanti kita jumpa lagi. Kita berusrah ye. Kita ijlis bina
nu'min sa'ah.
Assalamualaikum.
Ibnusarha
11 Jun 2013