Monday, October 06, 2008

Raya Sakan DI SARAWAK

Baru sebentar tadi(6 Oct 2008) saya menziarahi keluarga kawan saya di Petrajaya. Ingin beraya di Sarawak la katakan. Memang di sini nampak meriahnya tidak sama seperti kita orang semenanjung. Kalau di semenanjung apa yang dapat saya perhatikan kita lebih gemar mengunakan perkataan RUMAH TERBUKA barulah kita pergi ke rumah sanak saudara mahupun sahabat handai.


Jam 7.30 mlm, 5 syawal, Di SABERKAS(shopping complex di SARAWAK)

Hairan sungguh daku pada malam ini. Semua orang melayu dapatku kenal dengan baik sekali. Jika tidak selama ini kalau lihat muka sawo matang ku rasakan melayu namun di Sarawak tidak. Mungkin saja dia berbangsa bumi yang lain. Tetapi hari ni lain sungguh. Mana tidaknya, Si Lelaki segak berbaju melayu siap bersampin dan bersongkok tinggi lagi. Si wanita apa lagi melaramnya. Berbeza sungguh mereka ini, jika kita di semenanjung cukup la memakai baju melayu untuk solat hari raya sahajakan.
Kata orang di sini " Kami beraya selama 7 hari 7 malam", "Baju Melayu lambang Melayu maka kami pakai la, bangsa dan kaum lain tidak memakai pakaian tradisi mereka lagi."

Kunjung - Mengunjung dan Makanan
Seperkara lagi yang sungguh baik di sini adalah semua orang rajin kunjung mengunjungi sanak - saudara dan sahabat handai serta jiran tetangga. Semasa di rumah kawanku tidak putus orang mengunjungi rumahnya. Yang baiknya mereka datang, makan dan bersembang pabila kelihatan ada orang lain yang datang maka mereka pun beransur pulang untuk menziarahi orang lain pula. kata kawanku pada malam itu selepas kami pulang pun masih ramai lagi yang datang. Huh, bagus orang Sarawak ini!
Kalau nak cerita bab makanan pula memang mengenyangkan. Kek lapis sahaja sampai 4 jenis, biskutnya lagi, tambah pula soto, bihun dan lain - lain. Yang istimewanya lagi orang disini kalau air minumannya hanya air GAS(berkabonat). Kadang tu rasanya kenyang dengan gas saja hehe.

Raya Tetap Raya NAMUN.......,
Seperti yang saya katakan di atas yang Sarawak ini bagus bangsa Melayu Islamnya. Pakaian tradisi dijaga, rajin membuat kuih dan sangat rajin mengeratkan silaturrahmi. Tetapi ada juga beberapa perkara yang setiap orang Sarawak perlu fikirkan.

Raya tetap raya....tapi apa agama kita,
Apa yang ALLAH dan Rasul ajar bukan untuk dipakai semasa ramadhan sahaja. Untuk setiap waktu dan ketika. Raya bukan bererti kita bebas sepertimana kita akan mendapatkan kebebasan itu di syurga kelak. Benar, kita perlu bermaafan dan saling menyampaikan selamat namun jika kita ingin bersalaman kita perlu ingat kembali ajaran nabi yang menyatakan jika Ajnabi bertemu maka batasannya ada. Yang agak cacatnya, mak cik dan pak cik disini serta anak - anak saling bersalaman tidak kira siapa. Janganlah kita menjadi seperti orang yang tidak pernah diajar apa itu mahram dan apa itu bukan mahram.

Jadi diharap kita dapat saling memperingati dan merubah yang mana buruk kepada yang baik. Bagi yang baik kita teruskan dan pastikan yang baik itu tidak sesekali menyeleweng daripada Ajaran MUHAMMAD S.A.W.

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...