Alhamdulillah, selesai sudah ibadah puasa maka datang pula hari kemenangan 1 Syawal. Takbir bergema, tahmid bermain dibibir. Daku pula dapat pulang ke semenanjung dan menyambut hari raya bersama keluarga tercinta. Hari raya tahun ini daku menyambutnya di Ipoh, rumah nenek sebelah mama dan hari raya kedua kami pulang ke Trong, Taiping Perak. Seperti biasa berhari raya la katakan mesti la baju nya baru dan kalau boleh segalanya baru. setelah itu berayala dengan saudara - mara di rumah.
Kisah Saidina Ali
Saya tidak pasti sama ada cerita ini memang terdapat riwayatnya atau tidak. Namun inilah cerita yang ayahanda saya ceritakan dan amat elok jika kita mengambil sebagai ibrah(pengajaran).
Setelah selesai peperangan maka Nabi S.A.W akan membahagikan harta rampasan(ghanimah) kepada para sahabat yang layak. Setiap yang layak akan mendapatkan bahagian yang telah Nabi bahagikan dengan kebijaksanaan baginda. Maka, hari berlalu dengan pantas. Nabi mengumpulkan semua sahabat dan berkumpullah mereka disuatu padang yang lapang dan dihadapan Nabi terdapat sebuah batu yang besar. Ketika itu matahari sedang megah memacarkan cahaya dengan izin ALLAH.
Setelah semua hadir maka nabi memanggil seorang sahabat dan meminta dia untuk menanggalkan sepatunya lantas berdiri di atas batu yang besar itu. Baginda menyuruh dia untuk mencerita semua perkara yang telah dilalukan hasil daripada Ghanimah yang dia dapat. Maka sahabat itu menceritakan satu persatu apa yang dia beli, guna, hadiahkan sehingga merasakan kakinya tidak lagi sanggup menanggung kepanasan batu yang dia sedang pijak. Berkata dia pada nabi ' Ya Rasul ALLAH, kakiku sudah tidak tahan dengan kepanasan batu ini bolehkah aku berhenti.' Maka nabi membenarkan.
Keadaan ini berlarutan daripada seorang ke seorang sahabat. Naik menceritakan perihal yang mereka lakukan dengan wang ghanimah yang mereka dapat dan pabila panas batu yang dipijat tidak dapat ditahan maka memohon untuk berhenti dan nabi kabulkan.
Sampaila pula kepada Saidina Ali KW. Beliau hanya berdiri buat seketika sahaja kerana hanya sedikit sahaja wang yang digunakan untuk diri dan keluarga dan selebihnya kembali kepada nabi sebagai sedekah.
Apa yang ingin saya sampaikan wahai ikhwan dan akhwat sekalian, cerita ini adalah bagaikan satu stimulator yang nabi buat kepada sahabat. Stimulator HARI PEMBALASAN. diakhirat kelak kita akan ditanya setiap apa yang kita telah lakukan dibumi ALLAH ini. Dari A ke Z satu persatu tidak boleh satu pun kita tinggalkan. Jadi marilah kita jadi seperti saidina ALI. Kita pergunakan segala yang telah ALLAH pinjamkan kepada kita ini sebaiknya dan banyakkan amal kepada ALLAH
segala yang kita beli, baju baru dan segalanya adakah kita hanya beli untuk dipakai sekali sahaja...ini akan membawa kepada pembaziran. Ingatlah ! setiap yang kita beli dan lakukan akan dihitung diakhirat....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda juga mungkin meminati...
-
Alhamdulillah hujung minggu lepas sempat menjelajah sebahagian megalopolis Kuala Lumpur. Sebenarnya perlu hadir program di UM pada hari Sabt...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Syukur Alhamdulillah teacher Syafenas and cikgu Marni telah selamat melahirkan puteri mereka. Teacher Syafenas menyam...
-
Akh Nabil UTM berpesan; "kekuatan pertama adalah Iman, hasil dari Iman adalah Kesatuan dan produk kesatuanadalah Kemenangan yang gilang...
-
Di bilik pembedahan, kena kebal emosi. Ya, kebal emosi. Orang sarawak madah, lingo mauk tebai sikit, iboh nipis gilak. bengkel mbikik...
-
PTPTN – JPA – SPA NS … (Posted by Prokiyai) Kita pun dah almaklum yang biasiswa@pinjaman sekarang mula menyusup masuk ke dal...
-
Alhamdulillah, selesai sudah ibadah puasa maka datang pula hari kemenangan 1 Syawal. Takbir bergema, tahmid bermain dibibir. Daku pula d...
No comments:
Post a Comment
Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...