Alhamdulillah baru sahaja habis menyelesaikan tugas dalam menjalankan Majlis Trio Bulan Ramadan Fakulti Perubatan UNIMAS 2008...Banyak pahit dan maung dirasa but right now what i can say just we all are tired and tak larat huhuhu....Tapi terdetik pula nak menulis satu post hari ini nak cerita what happen and and cerita pendapat dan juga nak tanya pendapat anda semua....
What Happen ?
Apa dah terjadi hehhee seperti yang dirancangkan oleh Unit Pewakilan dan Pengurusan Surau (UPPS) Kolej Perubatan UNIMAS tanggal 20 September 2008 telah berlangsungnya satu majlis yang dikenali sebagai Majlis Trio (Buka Puasa, Khatam Quran, Nuzul Quran). Majlis yang dirancang berjalan lancar tetapi seperti biasa majlis mana yang tiada masalahnyakan.
'Jangan kacau AJK saya' kataku pada AJK lain yang sibuk meminta AJK daku untuk turun meramaikan majlis Khatam Quran. VIP semua dah ada cuma pelajarnya yang kurang. AJK dalam auditorium pening la macam nak gila. Nak isi macam mana ni....akhirnya dimintanya AJK makanan yang mereka rasakan bahawa mereka ini tidak ada kerja walhal majlis trio ini satu unsur yang menjadikan ia trio adalah majlis buka puasa dan yang akan SEPATUTNYA berkerja keras adalah AJK makanan namun, AJK daku diminta ke bawah....waduh, waduh gawat dong. Ginama? Life must go on buat la setakat yang adakan kena isi air dan macam - macam lagi.
Boleh Tolong
Perkataan ini adalah satu perkataan yang ajaib rasanya dan sungguh mengharukan jika kita dapat mendengar daripada rakan - rakan, tambahan kita ketika itu tengah penat tidak terkata. Namun, ia hanya sekadar perkataan. 'Aku AJK lain dan tugasan aku juga adalah lain so, u should do your AJK had been assigned'.
Kokyer pun kita kan satu pasukan. Kenapa kita tidak dapat saling bantu - membantu. Mungkin hari ini aku pakai baju cantik so can not basuh pinggan dan sebagainyakan. Nak seribu daya tidak hendak seribu dalihkan.
Setiap insan berbexza pikiran dan perasaan masing - masing. Kita semua adalah berbeza dan kita tidak dapat menyatakan apa yang kita fikirkan adalah sama dengan apa yang kawan kita fikirkan. Bak kata orang tua - tua " Rambut sama hitam, Hati lain - lainkan". Sekadar menyentuh isu sebagai satu Team yang hebat dan baik. Salahkah kita saling membantu AJK lain jika AJK kita telah selesaikan.
Semua Year 1 Kena!
Realiti sebagai junior tahun satu setiap universiti. Semua aktiviti jika boleh semua tahun satu WAJIB...kalau tak ikut berdosa....hahhaha...tapi kadang kala saya terfikir jika ini berlaku di fakulti yang mempunyai lebih pelajar dan banyak jurusan pasti ini senang untuk direalisasikan. Namun jika di satu fakulti yang hanya ada 2 jurusan dan pelajar tahun 1nya hanya 120 orang bagaimana? Kalau ada aktiviti nah seorang ambil 5 atau 6 tugasan. Macam mana nak kerat orang kepada 5 atau 6 keratnya?
Adakah satu kesalahan untu sama - sama menyertai sesuatu aktiviti? jika nak dikatakan sibuk semua orang sibukkan. Untuk mewajibkan pelajar tahun satu itu saya sokong sangat kerana dapat mematangkan pelajar tahun satu itu. Namun, jika seorang kena pegang 5 atau 6 role dalam apa - apa aktiviti mau sakit juga. Jadi para senior sama - sama kita fikirkan.
Sama saja bagaikan meregging dulu - dulu. Ia akan menjadi satu tradisi jika budaya itu diturunkkan kesetiap generasi. untuk mengubah tradisi perlu ada orang yang sedia untuk memecahkan tradisi. Namun dalam pemecahan tradisi kita kena saling berjaga - jaga supaya nanti tidak akan berlaku perkara yang tidak baik pula. Sama - sama fikirkan demi kebaikan diri masing - masing
dah penat ni tapiiiiii terawih tak buat g, dah la malam 21 ni...huhuhu
Akhirnya daku amat sedih dan berduka cita pada malam tersebut. Penat bukan kepalang. Bantuan tidak dapat dan hanya kederat yang tuhan bekalkan ini sahaja dapat daku galas dan lakukan. Namun, apa tugas utama kita pada bulan Rahmat ini ya? apa tugas kita dalam Bulan Keampunan ini ya?
Kadang kala daku terfikir. Apa ya yang dilakukan pihak katerer atau perniaga yang memang mendapat untung yang tinggi takala ramadhan menjelma tetapi bagaimana mereka menjaga amal mereka pula. Benarlah jika mereka memasak dan menyediakan makanan untuk orang bebuka puasa. Tetapi marila kita merebut peluang yang cukup indah inikan.
Ya ALLAH ampunni dosaku dan benarkan la daku untuk terus beribadat kepadaMU dan menjadikan ramdhan ini satu peluang untuk aku mentarbiyah diriku ini. Benarkan la daku untuk mendapat bertemu sekali lagi dengan ramadhan yang penuh barkah ini ya ALLAH. Pertemukan daku dengan lailatul qadr dan teruskan daku dalam jalan DAKWAHMU dan mencari Redho MU. AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda juga mungkin meminati...
-
Alhamdulillah hujung minggu lepas sempat menjelajah sebahagian megalopolis Kuala Lumpur. Sebenarnya perlu hadir program di UM pada hari Sabt...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Syukur Alhamdulillah teacher Syafenas and cikgu Marni telah selamat melahirkan puteri mereka. Teacher Syafenas menyam...
-
Akh Nabil UTM berpesan; "kekuatan pertama adalah Iman, hasil dari Iman adalah Kesatuan dan produk kesatuanadalah Kemenangan yang gilang...
-
Di bilik pembedahan, kena kebal emosi. Ya, kebal emosi. Orang sarawak madah, lingo mauk tebai sikit, iboh nipis gilak. bengkel mbikik...
-
PTPTN – JPA – SPA NS … (Posted by Prokiyai) Kita pun dah almaklum yang biasiswa@pinjaman sekarang mula menyusup masuk ke dal...
-
Alhamdulillah, selesai sudah ibadah puasa maka datang pula hari kemenangan 1 Syawal. Takbir bergema, tahmid bermain dibibir. Daku pula d...
No comments:
Post a Comment
Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...