Thursday, October 18, 2012

Bila Daie Pakai Jubah Grad

Hari bertuah

Majlis konvokesyen baru sahaja berlalu beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah. Walaupun jauh dalam lubuk hati kata:

"Hari ini adalah hari pelancaran pengangguran secara rasmi beramai-ramai..."

Huh. Moga Allah permudahkan dan makbulkan doa graduan-graduan UNIMAS dan IPT yang lain untuk mendapat kerja seterusnya menyumbang sebanyak-banyaknya kepada masyarakat dan agama. Konvokesyen takdala best sangat. Sekadar 30 saat berdiri di atas pentas, simbolik kepada pengakhiran setelah empat tahun belajar.

Seorang maniac mungkin akan mengira: 1 hari / (4 tahun x 365 hari) x 100% = 0.07% sahaja daripada tempoh belajar. Haha

Ibu dan ayah 'main supplier' semasa mengaji.
Wajib balas jasa mereka.

Graduan tarbiyah?

Bila dilihat dari kaca mata seorang daie, hati saya terasa sedih.

Kenapa?

Sepanjang empat atau tiga tahun pengajian peringkat sarjana muda, berapa ramai dalam kalangan coursemate saya yang turut tersentuh dengan tarbiyah, seperti mana yang saya rasai. Berapa orang classmate yang telah menjadi usrahmate saya? Adakah diri saya tak cukup kuat untuk mengajak mereka merasai apa yang saya rasa? Adakah gelaran daie tersebut eksklusif untuk diri saya dan adik-adik baru sahaja, lalu mengenepikan rakan yang saya jumpa hampir setiap hari? Adakah wujud dualisme dalam diri saya sehingga saya tidak dapat membawa agenda tajmik dan tarbiah dalam kehidupan normal saya sebagai seorang pelajar?

Persoalan itu bukan hanya dialami oleh saya, tetapi ada juga kalangan rakan sedaie yang mengomel kepada saya. Bagi yang berjaya mentajmik rakan sekelas sendiri, saya amat mengagumi anda!

Bagi diri seorang akh yang membawa risalah, mustahil di hatinya tiada kehendak untuk melihat rakan-rakannya turut merasa nikmat tarbiah. Paling tidak dia akan bermesej, menulis surat, mengomen di FB dalam bahasa seorang daie, sekalipun lisannya tidak mampu berbicara. Dalam pergaulan sehari-harian, paling tidak dia akan berasa malu jika sedetik dia terbuat maksiat kecil di hadapan rakan-rakan sekelasnya. Kenapa? Sebab dia sedar dia adalah pemuda risalah yang seharusnya menunjukkan qudwah dan menjaga kepercayaan (tsiqah). Sehingga rakan-rakannya mampu menjadi pendokong bagi dakwah dan pendirian dirinya.

Seorang daie dan murabbi, selalunya sibuk di malam hari dan hujung minggu dengan program dakwah dan tarbiyah. Sehingga adakalanya period-period itu akan bertembung dengan program-program fakulti ataupun aktiviti luar kuliyyah. Bagi jiwa daie yang belum kuat, ini akan dijadikan hujah untuk undur dari program dakwah/tarbiah tanpa mencari sebarang alternatif atau perbincangan lanjut bersama murabbi.

“Malam ini saya ada nursing dinner, wajib ni akh, jika tak akan kena panggil ketua jabatan!”

Ini mungkin alasan anda dahulu. Juga mungkin antara alasan mutarabbi baru anda sekarang. Sepanjang saya belajar, saya cuma pernah pergi dua nursing dan college  dinner daripada lapan. Itupun dah kira teruk, ada ikhwah langsung tak pernah pergi. Huh. Namun, saya tak pernah pun dipanggil ketua jabatan ataupun diperli dalam kuliah kerana tak pergi. Yang penting apa?

Ukhuwah.

Kamu jaga ukhuwah kamu dengan pensyarah, ketua jabatan, ataupun rakan-rakan kamu. Bantulah mereka dengan apa kemampuan kamu. Jika kamu pandai menjahit, hadiahkanlah kraftangan kepada mereka semasa sambutan nursing dinner tersebut, jika kamu pandai Photoshop, bantulah mereka design poster program-program fakulti. Apa sahaja kemampuan kamu, gunakanlah untuk ikat semula hati mereka. Buat mereka senang dengan kamu. Paling mudah, bagilah kad ucapan hari jadi semasa hari jadi mereka.

Pernahke ambik tahu bila birthday pensyarah kamu? Hehe.
Baru-baru ini saya diminta untuk mereka grafik kulit buku Kejururawatan UNIMAS

Jaga hubungan itu baik-baik. Buat mereka fikir kamu adalah budak baik yang ada prinsip dan keutamaan sendiri. InsyaAllah Allah akan permudahkan kamu, bahkan mungkin atas sebab senangnya dia kepada kamu, kamu menjadi pelajar kesayangan mereka. Hehe. Tips ok! Alasan yang kuat  nak ke nursing dinner  itu cuma perangkap syaitan juga nafsumu yang masih sukakan hiburan. Benar kan?

Coursemate saya

Dalam kelas saya cuma ada dua orang lelaki muslim. Saya dan seorang lagi rakan saya dari semenanjung. Dialah mad'u saya sejak murabbi saya menerangkan tanggungjawab berdakwah sejak dari tahun satu. Dialah yang saya saya cuba untuk jadi teman rapat seperti mana saya rapat dengan ikhwah usrah yang lain. Bagi saya dia seorang yang baik. Walaupun rekod-rekod kehadiran dia tidak berapa memuaskan (mungkin ada masalah yang tak boleh diatasi), tapi dia punya sentimen Islami dan aras kesantunan yang baik kepada saya. Pernah sekali saya mengutarakan untuk memanfaatkan sejumlah belasan ribu ringgit keuntungan dari sebuah konferens kepada masyarakat daripada membelanjakannya secara sia-sia. Hanya dia yang mengangkat tangan setuju dan like dengan idea saya. Betapa saya menghormati dia dan sebaliknya. Tetapi usaha saya mungkin setitik dari selautan yang diperlukan. Dia tidak menjadi rakan usrah saya. Dia tidak mendapat silibus extra seperti yang saya dapat.
The Male Nurses

Namun saya sentiasa berharap rakan saya itu berjaya dalam ‘tahun akhirnya’ sekarang. Biar ramai yang mengatanya dari belakang, saya berdiam diri dan mengenang perbuatan baiknya pada saya. Biar semua yang menyisihkannya dari mengambilnya sekumpulan, saya sedia menerima dengan positif setiap kelebihan yang dia ada.

Kiosk Alacafe,
Rashid al-Shirfani

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...