Sunday, November 11, 2012

Debaran Bintulu

"lmbt lg ke akh"
"?, lambat ape akh?"
"ana puas refresh page ttt tggu entry baru"
:D

"hoho. lucula nta nih. sabo eh. masih dalam pembikinan."
Tak sangka ada juga rupa-rupanya yang menunggu-nunggu entry baru. (Yang kononya spesial dari Bintulu) Sebenarnya taipan-taipan cerita tu dah bermula sejak saya mencecah punggung menghadap laptop ini, tapi sebab ada e-mel yang perlu dibalas segera, saya terlupa untuk mengarang episod kali ini. Jzkk mengingatkan saya. Hehe.

***

Beberapa hari sebelum bertolak, hati saya sebenarnya berbolak balik untuk bertolak. Baru beberapa hari lepas ex-murabbi saya yang dihormati meninggalkan Bumi Sarawak dengan cucuran air mata (yang disimpan di dalam hati), takkan saya pula nak meninggalkan jajahan Samarahan-Kuching meninggalkan ikhwah di sana bekerja (ceh! macamla hebat sangat). Betul, ikhwah-akhawat mungkin masih terkesima dengan pemergian akhi Hafidz dan zaujahnya, back-for-good to Tanah Malaya.

Sebelum beliau meninggalkan kami, sempat dia menghadiahkan saya dan juga Danial Salim senaskah terjemah al-Quran. Sungguh satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan. (Dengar-dengar Danial Salim matanya berkaca-kaca semasa menerima hadiah tersebut. Pergh. Cair)

***
Di Klinik, tempat murabbi saya bekerja.

"Eh, nta jadi sik pergi interview di Bintulu?"
"Erm, macam sik jadi jak akh.."
"Kenak sik jadi?"
"Ana tunggu UNIMAS kot"
"Eish, bagus nta pergi jak, UNIMAS ya belum tentu nta dapat, kelak lalu sik ada kerja nta"

Hah. Kakak jururawat pun turut mengangguk kepala, bersetuju dengan cadangan murabbi saya.

"Baik nta pergi akh."

Tegasnya akhir. Saya kena pergi lah ni. Ok. So lepas ni kena korekla mana nak cari duit.

***
Di rumah, di kampung. Ni kes balik mengorek modal. Haha.
"Ambik ni RM300, RM200 abang beli kamera ngkau, RM100 abang bagi buat belanja."
"Eh, banyak sangat bang." mulut kata tak nak, tapi tangan tetap mengambil. Emak tersenyum. Huh!

Tak sangka ada pulak modal yang datang, memang Allah nak saya betul-betul ke Bintulu nih!
***
Samarahan, dengan seorang akh.

"Wah, ana pasti rindu enta!"
"Eh, ana pergi interview je la. Tak sure lagi dapat tak. Takyah rindu ana lah. He!"

Sehari-harian akh tersebut membantu saya, membeli tiket, balik semula ke kampung mengambil folder sijil yang lupa (paling penting kot!), dan menghantar saya ke terminal bas. Oh. Terima kasih, ana terharu. Moga Allah balas dengan sebaik-baik balasan.

***
Barulah perjalanan itu bermula, 8 jam kesejukan dalam bas ekspres yang berkocak-kocak dek jalannya yang tak rata, barulah sampai ke Sibu.

Assalamu'alaikum Little Hong Kong! Mata saya bersinar melihat kerdipan lampu-lampu neon yang mencurah-curah cahayanya di bandar Sibu. Nampaknya Sibu aktif membangun. Kelihatan beberapa buah lagi mall-mall besar tumbuh di kawasan yang dahulunya belukar.

Malam itu berehat di rumah kakak, pusing kot kepala di badai ombak darat dalam bas. Nak baca background hospital pun dah tak larat, mujur akh yang menghantar saya ke terminal menghantar beberapa point-point penting tentang hospital kepada saya melalui mesej. Wah, sekali lagi saya terharu. Sampai ke Sibu pun dia komited membantu saya.

***
Perjalanan pagi bermula seawal 5.30 am, mengambil bas yang paling awal. Ketika mata kuyu semula dalam kesejukan, mulut terkumat-kamit menghabiskan mathurat, 5.35 am, bas pun bergerak ke bandar Bintulu.

Kepala tersenggut-senggut mengantuk dek kesejukan namun terus membaca Merck Medical Manual, satu-satunya rujukan yang saya bawa untuk pergi temuduga. Empat jam berlalu, akhirnya sampai ke bandar Bintulu. 
Oil City

Teksi ditahan, minta dihantar ke Columbia Asia Hospital. Cuba berborak dengan pemandu teksi, namun dia macam tak berapa nak layan. Oh ok, baik saya baca semula buku merah tebal 6 inci nih.
***
Columbia-Asia Hospital. Kecil tapi sangat menarik. Hanya 15 katil.

"Awak...."
"Ya, saya Rasheedan Ellin"
"Temuduga jam 10 ini kan?"
"Ya saya"
"Sebentar, saya perlukan awak untuk isi borang ini"

Wah. Hodohnya tulisan. Ni sebab dah lama tak menulis ataupun gelabah nak interview? Hoho.

"Rasheedan, awak boleh masuk."
"Dah ada yang datang sebelum saya ke?"
"Belum, awak candidate yang pertama"

Aku tak perlu gelabah kot. Ni dah kali ketujuh temuduga. Takkanla gelabah lagi. (Cuma perlu jaga BI, nanti terbelit-belit lidah dengan grammar yang tunggang langgang)
***
"Tok.. tok.."
"Come in"

Senyum!

Sesi temuduga bermula. Alhamdulillah tak gelabah pun. Seorang lelaki berusia 50an dan seorang wanita pun macam 50an memusatkan matanya kepada saya.  

Keep on smiling!

Daripada panjang-panjang temuduga tu, satu soalan medical pun dia tak tanya. Letih kot menyenggutkan kepala dalam bas yang berkocak-kocak. Huh. Apa yang banyak ditanya banyaknya soalan-soalan tentang hala tuju, kemahiran, minat, skala gaji, dan prospek kerja.

"I''m quite impressed with your involvement as a chairman in Persatuan ... er... Islam Nasional (Persatuan Belia Islam Nasional), which is good!, and I like your ascending trend of your academic performance, which you able to score quite excellent!"

"Well, my conclusion from this interview is, you don't go to far from us for the time being... Awak faham maksud saya kan?"

Ni la hospital tu
Paling tak best bila dia tanya apa kemahiran saya yang lain. Terus saya menunjukkan halaman belakang folder sijil. Saya menyisipkan beberapa rekaan grafik poster ISMA dan PEMBINA.

"Hm.. well that's impressive! (asyik-asyik impresif, ntah betol ke tak)
"You can join our marketing team!" Interviewer wanita itu turut mengangguk kepala.
"When you're not on shift, perhaps you can do your graphic things. And we will give incentives for your job. Win-win situation right?"

Tak sangka kesan tarbiyah skill grafik yang diasah melalui pembikinan poster dan media ISMA/PEMBINA selama 4 tahun juga memberikan kesan terhadap temuduga saya pagi ini. Ok Alhamdulillah.

Oh tidak. Perasaan berkecamuk bagai tin kosong yang digenggam kuat hingga remuk. Huh? Betul. Perasaan saya ketika itu sungguh tak terungkap. Saya datang dengan harapan kurang daripada 50% (sorri Dr K! he) tetapi apabila interviewer tu kata macam tu, seolah-olah saya telah diterima sebagai pekerja. Aduh? Betul ke ni?

Heh. Jangan nak perasan lebih. Mungkin 3 calon lagi tu lebih hebat daripada saya. Dan pujian kepada mereka lagilah melambung-lambung. Pujian tu perkara biasala kan dalam temuduga? Sabar-sabar, dalam minggu ni kita akan tahu nasib ngko bagaimana.

Menjadi mujahid Bintulu atau penerus di Samarahan? Jeng-jeng-jeng. Hui seram gak.

***

Selepas temuduga berakhir, terus handphone berdering, panggilan dari beberapa orang ikhwah. Terima kasih. Masa tu lidah masi kelu nak cerita apa. Bacala entri ni untuk cerita yang sepenuhnya.

Dan selepas itu juga, akh Hazwan tiba dengan Pesona nya membawa saya makan Nasi Lalapan Bintulu dan roti canai (saya boleh kata yang paling sedap pernah saya rasa) di sebuah kedai makan, sempat juga bersembang dengan akh Wardi. Jzzk sebab belanja.

Paling tak best bila mereka bercerita tentang momokan kos sara hidup yang tinggi di Bintulu. Hergh!

***
Balik ke Sibu, melalui jalan-jalan gendang-gendut mengocakkan semula kepalaku. Perjalanan ini sedikit-sebanyak telah meluaskan skop dakwah saya. Mengikut cerita akh Hazwan, walaupun Bintulu sudah terkenal dengan gerakan dakwah Ikram, namun tetap bagi saya masih ada peluang untuk dakwah ISMA bertapak. Banyak lagi kampung-kampung sekitar yang masih tak tertampung dakwahnya, sama-salah kita bekerja di sini, fastabiqul khairat!

Memerhati ke luar tingkap bas yang bergerak bagai siput yang malu-malu, kelihatan banyak rumah ibadat penduduk bumiputera yang beragama Kristian. Kukuh terbina di hujung setiap rumah panjang. Banyak lagi tanggungjawab sebagai seorang daie rupa-rupanya. Kita pada hari ini mungkin letih kerana nak ajak orang yang dah Islam untuk menghayati Islam, tetapi nabi-nabi sebelum kita membawa sinar Islam kepada hati yang belum lagi mengenal Islam. Dugaan yang kita terima hari ini mungkin secalit daki yang tersimpan di balik kuku.

Apa-apapun keputusannya, saya akan redha. Jika Bintululah destinasi dakwah yang seterunya, maka saya akan beramal di sini. Wallahuaklam.

Little Hong Kong,
Rashid al-Shirfani

1 comment:

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...