Saturday, November 03, 2012

Hey! Aku Tak Nak Usrah Laa!


[DISCLAIMER: Ini bukan cerita kepada ex-murabbiku yang bakal berpindah ke UKM menyambung phD nya]

“Assalamu’alaikum akhi!”
….
Facebook. Tiada balas.

Tuut. Tuut tuut.
Tuut. Tuut tuut.
Tuut. Tuut tuut.
Tuut. Tuut tuut.
This is the voicemail box for the number…
Call, juga tiada balas.

“Ah! Sudah berhari-hari, berminggu-minggu call, fb, mesej, tak berbalas-balas. Dia ni entah ade lagi ke tak kat dunia ni?!”

“Eh, akhi, kenapa kata begitu?”

“Iyela, ana dah puas nak follow-up dia semula. Tapi sampai sekarang pon takde respon ape-ape lagi. Ana give-up la akh!”

Tunduk. Sedih. Mengesat sedikit air mata kecewa yang mengalir.

Akh peneman yang duduk di sebelah menarik nafas panjang. Juga merasai kesedihan.

“Inilah jalan dakwah yang kita pelajari akhi. Bukan setiap masa orang akan sambut dengan gembira. Bukan setiap masa anak usrah kita akan seronok berusrah dan menunggu-nunggu masa usrah bersama-sama”

“Tapi akh, dulu ana buat usrah juga, takdela sesusah ini. Anak usrah ana dulu ok je. Seronok sangat kami berusrah. Kali ini, ana letih. Ana letih akh.”

Dia tunduk semula. Kakinya seolah menghukum lantai bumi dengan beberapa hentakan kecil.



“Anak usrah ana, semua tak ok kali ini. Tinggal si Gafar tu je yang berminat. Ana cuma harap pada dia ja nak teruskan usrah mingguan kami.”

Akh peneman mengangkat sedikit bibir sebelah kiri. Senyum untuk menenangkan diri.

“Astaghfirullahalazim. Sabar ye akh. Ini semua tarbiah anta di medan. Makin besar cubaan yang nta dapat, makin besar pahala yang menunggu nta.”

Akh peneman seolah-olah putus idea untuk memujuk. Namun dia tetap berusaha.

“Ape jugak cara yang nta dah buat untuk follow-up dia semula?”

“Ana dah buat macam-macam akh. Call, sms, emel, fb. Ah semua lah!”

Hatinya masih panas. Sepanas sinar mentari yang pagi yang baru hendak terbit.

“Anta dah berdoa pada Allah?, cuba bagitau ana dalam sehari anta ada doa untuk anak usrah anta agar dia kembali menerima seruan anta?”

“Erh. Doa? Mampu ke?”

“Akhi, dakwah yang kita buat ini milik Allah. Berjaya atau tak, ketentuan Allah. Anta berusaha sekreatif mana pun nak jumpe dia semula, tapi anta lupa berdoa pada Allah, tak boleh jugak akhi. Anta jaga tak amal anta? Macam mana mutabaah amal anta? Sihat tak?”

Sedak tangisnya hilang. Dia mengangkat wajahnya perlahan-lahan.

“Terima kasih akh kerana mengingatkan ana.”

***
Selama-lamanya seorang daie takkan berhadapan kerja mudah untuk menyeru manusia ke arah kebaikan. Mungkin suatu ketika, kerja dakwah menjadi kerja yang senang dan gembira, sehinggakan hari-hari pun kita rasa hendak berusrah dan berjumpa dengan mad’u. Namun, bukan semua hari-hari kedatanganmu ke usrah disambut dengan laga pipi yang hangat.

Oh. Jangan berharap begitu ya ikhwah daie!

Akan ada hari-hari dakwahmu akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia. Ada kalanya ketika kamu mengisi usrah, mad’u mu sibuk menyusun buku-buku di rak sehingga kemas. Ada kalanya ketika kamu mengisi usrah, mata anak usrah antum ke kiri ke kanan sambil menekan-nekan pen tanda bosan. Kadang-kadang ketika kamu mengisi anak usrah kamu hilang entah ke mana. Huh. Ini kes paling sedih kot. 

Dan satu lagi, masalah ini mungkin perkara biasa, tatkala antum sudah menghabiskan berjam-jam menelaah bahan-bahan usrah dan bersedia di surau dengan kitab-kitab usrah, tiba-tiba sekonyong-konyong antum dapat mesej:

“Aslmkm bang malam ni tak dapatla, dah janji ngan kawan nak keluar”

ataupun

“Ana ada meeting malam ni sebenarnya akh, lupe nak bagitau”

ataupun

“Kalau ana sempat, ana datangla usrah, kalau ana tak sempat kirim salam kat ikhwah lain”

Yearh! Nak balas macam mana mesej macam tu ye? Adui. Memicit handphone tanda geram.

Adakah dengan cara A:
“Hm. Anta ni nak usrah lagi tak? Kalau taknak baik cakap awal-awal. Ana dah habis masa dan kredit tunggu antum kat surau ni. Dahla banyak nyamuk. Adui. Tolongla jangan buat ana macam ni!”

Ataupun dengan cara B:
“Oh ye ke. Baik-baik keluar. Takpe ana ok je” (Dalam hati senyum busuk usrah ditangguh sebab anak usrah)

Ataupun dengan cara C:
“Akhi ana ok. Tapi ingat pesanan Allah, kita diilhamkan rasa fujur dan taqwa, pilihlah dengan mata hati anta. Moga Allah permudahkan anta.” (Dalam hati sedih dan berdoa agar anak usrah memilih jalan kebaikan)
Yang mana satu adalah kamu wahai al-akh murabbi?

Fleksibel bertahap
Antum boleh jadi yang mana-mana antara A, B atapun C. Lihat level anak usrah antum. Kalau baru sehari ataupun baru first time dengar vokabulari USRAH, layanlah ragam dengan cara yang lebih lembut. Di sana masih lagi ada ruang untuk antum ikat hati dia. Itu tandanya antum masih lagi terasa asing dalam diri dia. Kenal antum mungkin setakat abang surau yang pandai cakap manis time nak ajak usrah je. Tapi lepas tu tak pernah pun nak secara konsisten ziarah, tanya khabar, riadah, kongsi masalah akademik. 

Taunyer:

“Malam esok jangan lupe usrah ye”

Tapi bila berjumpa di café sengaja buat u-turn sambil menutup muka dengan pinggan segan nak jumpa. Hey, ingat usrah ni program surau semata-mata ke?

Kita kena jadi tegas bila dapat mesej tidak hadir tanpa uzur syarie daripada anak usrah yang dah lama dalam tarbiah dan usrah. Jika dan 2-3 tahun usrah tapi masih lagi tak faham disiplin dan ketetapan usrah, maksudnya ada masalah sedikit dalam tempoh pembinaan diri akh tersebut. Semak semula muwasofat dan nilai semula mereka dengan borang cerapan (ni ISMA punya stail la). Mesti ada skru yang lupa diketatkan kita ataupun murabbi lama sebelum ni.

Putus asa?

Imam Asy Syahid Hassan Al-Banna ada menulis dalam satu risalah taklimnya, bahawa:

Janganlah kalian berputus asa karena putus asa itu bukan watak kaum muslimin. Sungguh, apa yang ada di hari ini adalah impian di hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan yang akan muncul di  hari esok. Waktu masih lapang. Unsur-unsur kebaikan juga masih tertanam kuat dalam jiwa-jiwa bangsamu yang mukmin, meski fenomena-fenomena kerusakan pun semakin merajalela. Yang lemah tidak mungkin akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat  tidak mungkin akan kuat untuk selamalamanya.

Bro, jangan give-up bila anak usrahmu buat sindrom pariappa.

Larilah. Sembunyilah. Tak jawab handphonela. FB tak reply langsungla. Jangan putus asa.

Berusaha sedaya yang mungkin lagi. Mungkin hari ni kali ke 100 kamu cuba tembusi chat FB nya namun tak berhasil, mungkin kali yang ke 101 Allah bukakan hatinya untuk membalas mesej kamu?

Namun kamu wajar berhenti, jika kamu dapat mesej sebegini:

“Hey! Aku dah tak nak bende usrah tu lagi lah. Tolong jangan hubungi aku lagi. Jangan buang mase ngkau call mesej fb aku nak ajak aku usrah, aku tak nak!”

Hehe. Setakat ni takdela kaso gitu mesej kita dapat kan. Paling kurang pun anak usrah ni masih manis lagi cara nak tolak.

“Aslmkm akhi, maaf ana tak dapat commit dengan usrah. Maaf sesangat!”

Time dapat mesej macam ni, langit ibarat terbelah, jantung seperti hendak pecah menahan sebak, mata seperti hendak mencurahkan air-air kekecewaan. Pergh!

Solusi terakhir, antum kena buat taamul fardi dengan mereka semula. Jumpa mereka secara personal dan rungkaikan sebab dan syubhat yang mungkin membelenggu fikiran mereka. Tak cukup dengan ucapan putus asa dalam mesej.

Selamat tinggal akhi!

Huh. Dan jika mereka betul-betul tak nak usrah bukan atas sebab syubhat terhadap diri antum ataupun jemaah. Biarla dia menentukan arah dan jalan hidupnya. Sentiasa buat hubungan baik dengan dia. Janganla tutup muka dengan pinggan bila berjumpa dengannya di kafe. Bergaulah seperti biasa. Moga-moga Allah kurniakan jalan yang terbaik baginya.

Dan tetaplah antum mencari mad’u yang baru. Mungkin mad’u itu berada di sekelilingmu sahaja. Menunggu untuk di sapa oleh dirimu. Mungkin kes-kes mad’u yang lari itu adalah natural filtration daripada Allah s.w.t. Tapi kalau daripada 100 orang yang dimutabaah tercicir semua, tu tandanya takbuat kerja! He!

Merindui mutarabbi,
Rashid al-Shirfani

1 comment:

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...