Kenangan Silam
Sebelum ini di sekolah rendah sehinggalah daku bergelar mahasiswa, daku telah menjawat pelbagai jawatan dan agak masak dengan karenah rakan sejawat dan juga orang - orang yang dipimpin atau orang yang diwakili.
Di Sekolah Rendah daku bergelar ketua kelas, pengawas sehingga exco pengawas, nasib baik tak jadi KP je sebab ana kurang pandai sedikit semasa di primary school. Ketika ini semuanya mentah dan hanya bermain dan berjinak – jinak sahajakan. Mula merasakan berkuasa dan merasa megah…hahaha lawak juga kalau dikenang - kenangkan.
Berubahlah ke sekolah menengah, mula berjinak dengan perniagaan, pengurusan kelab dan sehingga tertinggi sebagai KP di sekolah. Di sini mata ini terasa sudah mula terbuka dengan jelas dan mula memahami politik dan juga memahami ragam dan perangai insan. Bukan senang berada di ataskan, nak memuaskan sejumlah manusia amat sukar kerana kita ini setiapnya berbeza dan sangat susah untuk dijaga. Ketika ini banyak juga pengalaman pahit dan manis dapat saya ceduk dan menyebabkan saya mungkin lebih matang. Ada satu cerita, ketika saya tingkatan 4 saya dan rakan saya membuka satu kelab baru iaitu kelab Pendidikan Agama Islam. Semua ahlinya lelaki dan kami merancang pelbagai aktiviti. Saya hanya sebagai naib pengerusi sahaja. Namun, setahu saya ketika itu saya merasakan kelab itu milik saya. Macam - macam saya nak buat. Asyik arah orang je untuk ikut arahan saya. Dan akhirnya, suatu hari saya membuat satu aktiviti iaitu pelajar senior jadi naqib untuk ajar Al - Quran kepada bebudak junior. Saya suruh semua naqib datang awal subuh. Tetiba semua buat muka. Mereka protes. Ketika itu baru terfikir, aku ni syok sendiri je rasanya. Diorang bukan suka nak buat ni….jadi alhamdulillah disini saya belajar. Kita boleh memeberikan idea dan juga kita boleh buat setakat yang mana kita daya. Namun untuk mengarah untuk orang lain berserta dengan kita, agak sukar sekali.
Seterusnya kehidupan ini bersambungan pula ke matrikulasi. Kolej Matrikulasi Perak.Di sini saya sudah serik dan memandangkan hanya setahun maka daku membuat keputusan tidak mahu memegang sebarang jawatan besar di sini. Jadi di matrikulasi daku hanya bergelar pelajar yang hanya menyertai setiap aktiviti wajib sahaja. Dan alhamdulillah disini satu turn over yang besar telah berlaku kepada diriku ini. Allah maha TAHU dan MAHA PENYANYANG. Daku didekat oleh seorang sahabat yang sangat baik dan dengan approach nya daku mula menyertainya dalam pelbagai aktiviti yang beliau lakukan. Bukan buat apa, kami baca quran, bedah buku dan sembang2 ilmiah.
Sekarang saya berada di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Baru dalam 4 bulan berada disini. Daku dilantik menjadi ketua apartment dan Biro. Di sini suasana lebih kurang sahaja dengan matrikulasi cumanya banyak yang perlu belajar and need to speak more english. Tetapi seperti saya sampaikan diawalan kata diatas bahawa saya baru melepaskan jawatan adalah jawatan satu Biro di sini .
Fahaman @ Fikrah
Apa yang dimaksudkan dengan Fahaman ataupun fikrah ini ya? Sebelum ini saya pernah membuka blog pertama saya di www.alinsan.wordpress.com . Di sini saya pernah mengupas sedikit sebanyak fahaman saya tentang pemikiran setiap orang. Rambut sama hitam, hati lain - lain. Saya rasa ini pribahasa yang cocok dengan apa yang cuba saya sampaikan kepada kalian.
Adunan pemikiran ini adalah berbeza dan amat lain antara satu dengan yang lain. Mungkin ada yang terlebih gula, susu, tepung atau lain - lain. Semua berdasarkan acuan asal atau resipi yang dia ikut. Sama juga dengan kehidupan ini. Ada yang berfikiran bahawa hidup ini untuk makan dan ada yang berfikiran makanan hanya memberi bantuan untuk hidup sahaja.
Berdasarkan fikiran sendiri dan analisis sendiri saya menyimpulkan bahawa sebelum kita membuat atau membentuk satu fahaman atau idealism kita perlukan maklumat. Berdasarkan maklumat inilah baru kita akan menginterpretasi dan mengeluarkan idea berdasarkan maklumat ini. Dan kita sama sekali tidak akan bercanggah dengan idea yang kita rasa kita telah faham dan
hayati.
Sebagai contoh, apa tujuan hidup kita dimuka bumi ALLAH ini. Ada orang yang menyatakan bahawa cukup sekadar solat lima waktu dan seterusnya kita lakukan sahaja kerja - kerja seharian. Janji, dapat kerja baik, gaji lumayan, makan sedap dapat isteri cantik, beranak pinak dan akhirnya ke liang lahad. Ini adalah satu mentaliti dan ada golongan yang seperti ini. Jika kita katakan bahawa hidup ini perlukan sesuatu yang lain daripada apa yang mereka buat selama ini pastinya mereka akan membentangkan hujjah masing - masing dan akan mengatakan jalan yang mereka pilih ini adalah terbaik.
Ada juga golongan yang memegang Surah Az - Zariyat ayat 56;
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Golongan ini mahu mengambil jalan yang lain daripada pihak di atas. Mereka menyatakan bahawa hidup ini semata perlu ikhlas kepada ALLAH. Mereka merasakan Al - Quran itu pegangan yang paling Agung maka perlu untuk mereka sampaikan kepada orang lain untuk terus bersama mereka. Golongan ini masih kurang mendapat sambutan daripada masyarakat berbanding yang di atas. Maka mereka ini juga mendapat tentangan dan tohamahan yang amat dahsyat. Salahkah pemikiran mereka? Saya rasa tidak Cuma pihak di atas merasakan pahaman mereka telah cuba diubah oleh golongan dibawan ini. Justeru ini hanyalah satu perang pemikiran yang apabila satu pihak berlaku perselisihan pendapat maka suatu pihak yang lain merasa tertekan dan terancam.
Saya ada satu solusi untuk permalahan ini. BERLAPANG DADA. Mudah sahaja, jika orang lain itu berbeza pendapat dan pemikiran mereka, megapa perlu kita pening dan mengapa perlu kita tertekan. Kita berlapang dada dan seterusnya fastabikul khairat (berluma - lumbalah mencari kebaikan) sama - sama kita berbuat baik berlandaskan fahaman kita. Salahkah orang yang tidak berjawatan untuk mengadakan suatu program di Surau. Di Surau UNIMAS ini juga saya lihat pihak AJK surau tidak ada sebarang aktiviti. Yang menjalankan aktiviti adalah golongan yang tiada title. Jadi jangan risau jangan bimbang. Yang penting kita jalankan kerja dakwah dan kita pastikan supaya diri ini menjadi baik dan kita boleh mengislahkan pula orang lain.
Tahap remaja (shabab) adalah satu tahapan yang sangat mencabar dan suatu tahapan yang amat molek untuk menyelam, merentasi dan mengembara ilmu. Jika kita telah mempunyai fahaman kita sendiri tetapi kita masih boleh berfikir sama ada fahaman kita ini berlandaskan apa? Jika kita merasakan landansannya bengkok atau ada sedikit masalah maka silalah mencari jalan untuk melaksanakan pembaikan.
Komitmen
Di universiti ini daku mula sedar bahawa kita ini adalah ada tahapan komitmennya. Ada orang yang boleh membuat suatu projek atau program dengan baik dan ada yang tidak dan ada yang buat- buat boleh.
Sini la juga saya mengenali diri ini. Rupanya daku mempunyai satu komitmen sendiri. Daku tahu sampai mana dan kemana yang daku dapat lakukan. Mungkin komitmen ini ada juga sangkut pautnya dengan fahaman dan juga minat saya. Jika benar saya diberikan suatu kerja pasti saya akan cuba melakukan sehabis baik. Namun, jika maklumat tidak sampai dan saya juga diberitakan mengenai hal tertentu lambat maka saya akan menjadi malas dan fed up. InsyaALLAH dengan kudrat yang ALLAH berikan mungkin saya ini jenisnya tidak suka membuat kerja lambat. Jka suatu kerja itu lambat sekali pun may be I like to be discuss properly. Namun, mungkin juga ini sebabnya daku membuat keputusan untuk meletakkan jawatan.
Tiada masalah dengan menjadi orang bawahan. Namun, yang bawah mempunyai hak dan di atas juga mempunyai hak. Da keduanya perlu sama - sama pandai menjaga hak masing - masing dan juga memelihara hak pembantunya atau pun ketuanya.
No 1 Adalah No 1 Bukan 2 Atau Seterusnya
Ada sekali kami ajk berbincang suatu perkara. Kami menjalankan satu majlis yang dimanakan trio. Iaitu suatu majlis yang digabung 3 majlis. Besar bunyinya. Namun, kami banyak meninggakkan perkara yang penting.
Kami hanya membincangkan tentang name tag ajk, bincang pasai ikan apa yang sesuai untuk dimasak dengan masakan masam - masam manis. Sudahlah makanan dimasak oleh katerer mengapa perlu kita bincang. Akhirnya ketika majlis banyak perkara yang tidak siap. Kiblat tak tahu sebab kompas rosak, pemamdu tetamu tak cukup dan tak di berikan penerangan tugas. Satu yang amat menyedihkan juga orang yang hadir juga tidak datang. Tetamu kehormat dah tiba namun kehadiran orang yang datang tak sampai - sampai.
Yang lepas biarlah lepas. Namun tindakan drastik perlulah diambil dengan baik dan pantas. Jika kita faham dan mengetahui apa itu prioriti pasti perkara sebergini tidak berlaku. Ini juga amat penting bagi saya. Jika saudara merasakan berdakwah dan menyampaikan dengan berorganisasi itu penting dan jalan yang paling efektif untuk masa kini maka sila pastikan yang awal diawalkan dan yang akhir perlu diakhirkan
Tanggungjawab
Benar tanggungjawab ini satu perkataan yang sangat besar maknanya. Bukan suatu yang remeh. Semasa daku ingin meletakkan jawatan. Rakan sejawatan lain mengatakan mana boleh kamu meletakkan jawatan, ini tanggungjawab. Kamu telah ditakdirkan.
Macam - macam mereka katakan kepada saya. Benar kita ada tanggungjawab. Namun bagaimana untuk kita melaksanakan tanggungjawab itu. Tanggungjawab saya ketika dalam jawatan hanyalah
i.Buat air
ii.Beli barang dapur untuk surau
iii.Basuh punggan dan cawan
Mungkin ini kata mereka suatu tanggungjawab yang sangat berat dan jika dilepaskan maka saya akan dimasukan ke neraka.
Saudara dan saudari sekalian jika nak basuh pinggan, dan buat air kalau saya bukan AJK pun saya boleh buat. Saya boleh bantu. Jika nak beli barang yang saya peliknya takala mereka sendiri mempunyai kenderaan dan mahu ke kedai juga membeli barang untuk memasak megapa saya juga yang perlu membeli barang. Aduhai, sekali harung sajalah! Mungkin mereka merasakan saya ini juga sebenarnya adalah sebahagian daripada AJK kan maka kena la bagi juga kerja untuk diakan. Tu sebab mereka suruh basuh pinggan dan cawan because they had cook and apa lagi saya la yang perlu jalankan TANGGUNGJAWAB untuk membasuh.
Tempat memasak adalah surau dan tempat untuk lelaki mengambil wuduk juga amat dekat dengan tempat memasak. Kalau saya yang masak insyaALLAH daku akan membuat air sekali. Sebab kena masak juga air tu. Sebabkan TANGGUNGJAWAB membuat air adalah milik daku, daku hanya mengunakan air water cooler untuk membuat air. Ramai juga senior yang tidak bersetuju jika menggunakan water cooler ini. Kata mereka sudah lama tidak dijaga water cooler ni. Habis nak buat macam manakan kalau nak memasak dengan perempuan ini pun susah juga kan. Semuanya BUKAN MAHRAM. Semua muslimatnya juga warak, kalau nampak laki lari maka kalau saya masuk habislah muka ini disimbah dengan minyak panas hehe. Tetapi memang hukum tetap hukum kita tidak boleh sama sekali melawan hukum bukan. Lelaki dan perempuan bukan dua jantina yang boleh bercampur gaul dengan bebas.
AKHIR KATA
ALLAH itu MAHA ADIL dan LUAS PENGETAHUANNYA. Setiap berlaku atas kebenaranNYA. Sama - sama kita renung kembali. Jika ada ajk yang membaca ini dan mempunyai pandangan yang lain bolehlah berikan kepada saya dalam blog ini atau pun directly to me. InsyaALLAH kita berlapang dada dan seterusnya sama - sama kita menyahut seruan ilahi dengan BERLUMBA dalam MENCARI KEBAIKAN….ALLAH HU AKHBAR
Ukhwahfillah abada abada