Wednesday, April 08, 2009

Petikan daripada Saifulislam.com

Hina Islam Atau ‘Muslim’?

“Dia sudah melampau. Mana boleh si kafir membaca ayat al-Quran dan memperalatkannya?” bentak ‘pencinta’ Islam di dalam kenyataan akhbar dan laporan polisnya.

“Ia jelas mencabar kesucian Islam!” tokok seorang lagi.

Ada sesuatu yang saya masih belum mampu formulakan; mengapakah kaum Muslimin begitu tenang, yakin dengan kepercayaannya dan terbuka untuk dialog dan perbincangan semasa mereka menjadi kaum minoriti, sebaliknya terasa begitu terancam, tercabar, tergugat semasa mereka menjadi kaum majoriti yang memegang kuasa.

Ia suatu keganjilan.

Sepatutnya yang minoriti itu duduk dalam kekhuatiran. Rasa jati dirinya semakin terhakis, bimbang segala yang ada di sekitar mencabarnya, lalu menjadi sangat defensif terhadap agama masing-masing. Sepatutnya begitu.

Dan tatkala mereka bertindak sebagai pemerintah, berkuasa, berkuantiti sebagai majoriti, maka mereka akan rasa sangat selesa, terbuka, dan tidak fragile oleh cetusan-cetusan kejadian harian di kiri kanannya. Sepatutnya macam itu.

Tetapi realiti di Malaysia sungguh terbalik.

PERBANDINGAN LAGI

Saya tidak suka membanding-banding.

Orang tua kita sudah membuat pepatah, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik berhujankan batu di negeri sendiri!”

Tetapi orang kita jugalah yang pakar membanding-banding. Kerana banding-membanding itulah terbinanya Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, malah pernah juga Subang Parade dinobatkan sebagai pusat membeli belah terbesar di Asia Tenggara.

Daripada dibanding-bandingkan benda yang sekunder itu, lebih baik kita bandingkan soal-soal premier yang lebih kritikal.

MINORITI DI IRELAND UTARA

Terkenang kembali pengalaman saya semasa bertugas di Belfast Islamic Centre.

Kami memang kaum minoriti. Jumlah Muslim pada bulan pertama saya memulakan tugas, hanya sekitar dua atau tiga ribu orang di seluruh Ireland Utara. Tetapi menjadi kaum minoriti tidak menjadikan kami Muslim yang defensif lagi reaktif.

Kami terbuka kepada dialog. Jemputan untuk berdialog boleh dikatakan diterima setiap hari.  Ada dialog dengan pelajar, ada dialog dengan rombongan yang dihantar oleh gereja. Kita dengan bebas bertukar-tukar pandangan tentang agama dan kepercayaan masing-masing, khususnya di peringkat isu-isu bersama berkaitan etika dan tanggungjawab sosial.

Kami tidak mengurung masjid di balik tembok, kesan rasa terancam kerana hidup sebagai minoriti. Sebaliknya masjid itu sentiasa terbuka. Malah kami juga sering hadir ke ruang-ruang terbuka yang disediakan di pusat bandar, untuk berjumpa dan berbicara dengan orang ramai.

“Kami dari sebuah sekolah rendah Katholik di Newry mahu melawat masjid tuan. Bilakah tarikh dan masa yang sesuai?” tanya wakil sekolah berkenaan melalui panggilan telefon.

“Saya dan rakan-rakan daripada Fakulti Kemanusiaan Open University UK mahu berjumpa dan bertukar-tukar pandangan dengan pihak Islamic Centre” tercatat demikian di sepucuk surat yang saya terima.

Permintaan-permintaan begitu datang setiap hari. Dan lazimnya kami akan cuba menyusun jadual lawatan agar mereka datang kira-kira sejam sebelum Solat Zohor. Tujuannya ialah untuk menyediakan masa sekitar satu jam untuk berdialog dan kemudian apabila masuk waktu Zohor, mereka akan dijemput ke dewan solat utama, duduk di bahagian belakang dan melihat kami menunaikan solat Zohor berjemaah di masjid.

“Bolehkah orang bukan Islam masuk ke Masjid?” tanya seorang pelajar Malaysia yang baru tiba ke UK.

Soal demikian sudah lama diselesaikan. Jika non Muslim secara mutlak tidak boleh masuk ke masjid, entahlah berapa orang penduduk Semenanjung Tanah Arab yang berpeluang bertemu dengan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Tidak berlakulah kejadian Arab Badwi yang kencing di dinding masjid dan segala catatan yang lain.

Masjid adalah tempat orang mencari Islam, bukan tempat Muslim mengurung Islam.

Saya tidak banyak pengetahuan tentang Biblical Literature. Tetapi saya membaca serba sedikit mengenainya, dan saya menggunakannya untuk sempena-sempena yang sesuai terutamanya ketika sedang berdepan dengan pelawat beragama Kristian. Semasa menjelaskan tentang hak mutlaq Tuhan terhadap nyawa manusia dalam kertas kerja berkaitan Euthanasia, saya memetik keterangan Bible berikut:

“No man has authority to restrain the wind with the wind, or authority over the day of death.” [Ecclesiastes 8:8a]

Petikan itu berdiri bersama dengan petikan saya daripada keterangan al-Quran, firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

6_151

“… Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya” [al-An'aam 6: 151]

MENYAMARATAKAN?

Apakah saya menjadi penganut Bible dan mempercayainya semasa saya memetik suatu ayat daripadanya?

Jauh sekali!

Pendirian saya tentang Bible adalah sama seperti pendirian al-Quran terhadap Taurat dan Injil.

Akan tetapi saya memetik ayat dari Bible supaya hadirin yang Kristian boleh mengaitkan ceramah saya dengan rujukan mereka. Bahawa apa yang saya sebut bukan sahaja berdasarkan agama saya yang Islam, malah ia juga termaktub di dalam agama mereka. Itu sahaja.

Tujuan saya menggandingkan keduanya adalah untuk menekankan bahawa soal peranan agama dalam memelihara nyawa manusia adalah persoalan yang besar. Muslim atau Kristian mesti mempunyai tahap sensitiviti yang sama terhadap apa-apa prosedur perubatan dan bukan perubatan yang menggugat hak ini. Euthanasia bertentangan dengan peraturan agama sama ada Kristian mahu pun Islam.

Adakah saya telah menyamakan Islam dan Kristian?

Tentu sahaja tidak.

2057

Kalau Mak Senah makan sireh dan kambing Mek Yah makan sireh, apakah Mak Senah sama dengan kambing Mek Yah?

Tentu sahaja tidak!

Analogi yang sangat buruk untuk andaian seburuk itu.

Namun, titik persamaannya ialah, pokok sireh perlulah dijaga kerana Mak Senah dan kambing Mek Yah sama-sama mengambil manfaat daripadanya.

Antara Islam dan Kristian, Euthanasia tidak harus berdepan dengan apa-apa konflik dari segi penggubalan polisi di hospital jika dilihat daripada perspektif agama kerana kesemua agama bersepakat dalam menolak campur tangan manusia dalam menentukan saat kematian manusia yang lain. Itu sahaja.

Pandangan saya yang dimuatkan di dalam kertas kerja yang dibentangkan, diagihkan kepada kesemua pembentang yang lain, juga hadirin yang menyertai. Tentu sahaja saya tidak menyertakan teks Arabnya untuk mencegah daripada ayat-ayat al-Quran jatuh ke tempat-tempat yang tidak baik. Tetapi berdosakah saya membiarkan para non-Muslim dari kalangan paderi dan pelajar perubatan di The Queen’s University Belfast menggunakan ayat al-Quran dalam keadaan mereka tidak Muslim?

Bahkan saya berpandangan sebaliknya.

KES NGA KOR MING

16-90

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” [al-Nahl 16: 90]

Apabila Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis daripada DAP dan beragama Kristian memetik firman Allah daripada al-Quran di atas untuk memberitahu hadirin tentang kedudukan KEADILAN dan BERLAKU IHSAN dari perspektif al-Quran, apakah ini suatu penghinaan terhadap Islam?

david_n_k_m

Nga Kor Ming salah menyebutnya? Betulkanlah sebutannya.

Bukankah kita kaya dengan guru tajwid di sana sini?

Betul sangatkah sebutan-sebutan ayat al-Quran oleh perwakilan-perwakilan parti yang Melayu dan Muslim itu? Betul sangatkah ucapan Datin-datin dan Puan Sri semasa menyebut ayat al-Quran dalam ucapan-ucapan perasmian mereka? Sepatutnya salah sebutan itu diiringi oleh usaha membetulkan sebutan, bukannya berbondong ke Balai Polis membuat laporan!

Sikap inilah yang menghairankan saya.

Terlalu defensif.

Masjid dikurung, Quran dibendung, yang lulus untuk kegunaan non Muslim hanyalah rumah-rumah terbuka pada hari perayaan Islam! Kemudian layakkah kita  tertanya-tanya tentang punca Islam menjadi mandul di negara kita?

p3310016

Sila tanggalkan kasut anda di sini, dan ketahuilah di sini juga kawasan pencuri kasut! Banyak betul benda pelik di masjid-masjid kita

HINA ISLAM ATAU MUSLIM?

Soalan tadi belum berjawab. Apakah ketika seorang Ahli Parlimen beragama Kristian memetik ayat al-Quran tentang ADIL dan IHSAN sebagai asas seruannya untuk semua Muslim dan non-Muslim menolak KEZALIMAN, adalah suatu penghinaan terhadap Islam?

Saya yakin, jawapannya mudah.

Ia bukan penghinaan terhadap Islam.

Ia adalah PENGHINAAN terhadap MUSLIM. Iaitu Muslim yang mengaku Islam tetapi tidak beramal dengan Islam. Muslim yang sensitif dengan salah baca al-Quran, tetapi tidak sensitif dengan pembekuan al-Quran dari asas pemerintahan.

Nga Kor Ming ‘memang patut didakwa’.

Tetapi bukan dengan dakwaan menghina Islam.

Sebaliknya Nga Kor Ming patut didakwa kerana menghina ‘Muslim’. Muslim yang bermain-main dengan Islam. Permainan yang menjadi punca terhinanya Muslim itu sendiri, siang dan malam.

2_85

“… Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian al-Kitab dan mengingkari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari Qiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” [al-Baqarah 2: 85]

hulagu_baghdad_1258

Jangan sampai Muslim di Malaysia jadi seperti kaum Abbasiyyin di Baghdad pada tahun 1253. Setelah nasihat-nasihat ulama’ Muslim tidak diendahkan, dan lekanya mereka dengan maksiat, akhirnya Hulagu Khan yang kafir itu ber’tazkirah’ di pintu kota Baghdad bersama bala tenteranya, “Aku adalah bencana yang dihantar oleh Tuhan kamu atas dosa yang kamu lakukan!”

Tatkala Muslim ditempelak oleh seorang kafir tentang agamanya sendiri, itulah saat-saat kehancuran mereka. Mahukah kamu beringat-ingat?

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang 


Ulasan IBNUSARHA:

alhamdulillah sebenarnya ana sendiri ingin menulis untuk menyatakan pendapat mengenai isu ini namun SAIFULISLAM.COM telah menyatakan dahulu maka ana sampaikan la pada antum ya. Pendapat dan masukan yang diberikan adalah bernas....ana sebenarnya kecewa mengapa perlu kita salahkan orang bukan islam untuk menyebut perkataan dan isi AL - Quran...sepatutnya kita mendoakan bahawa ALLAH akan menurunkan hidayah buat si pembaca untuk terus berislam. Jadi pendapat saya, ini perkara yang baik namun jika isu salah sebut maka mari kita ajarkan....apa pendapat anda?

Tuesday, April 07, 2009

Sarawak - setahun sudah

Salam to all readers, ish ish ish rupa - ruoanya sudah dekat hampir setahun daku berada di bumi Sarawak ini.Banyak pengalaman serta pahit manis dirasakan. Alhamdulillah semua ini atas izin yang maha esa.

Dari permulaan perjalanan seorang hamba di Sarawak ini, pelbagai cara dan pengadaptasian diri dilakukan. Dengan suasana yang baru. Nak cari makan di sini dulu pun susah. Asyik nampak gerai dan restoran cina sahaya. Sehinggakan seorang ikhwah yang sejurusan dengan ana cuma dia senior setahun menyatakan bahawa dulu dia datang sini dia g KFC makan makanan pertama di Sarawak ini. Sebab abis di terokai di Wisma Saberkas semuanya CINA. Namun, sekarang atas nikmat yang maha Esa dapat daku terokai Sarawak ini dan alhamdulillah ada sebenarnya tempat makan ISLAM.

Dari makan kita ke belajar. Here, English is the main language. Nak buat macam mana semua lecture dalam english dan ada pula lecturer yang bukan daripada tanah air kita ini, India ada, Myanmar pun banyak.Sedikit kekok dan adaptasi perlu dilakukan dahla disini ada sesi Problem Based Learning yang kami memang kena bercakap(ENGLISH). But now im a little bit confidence to speake in english. Alhamdulillah ALLAH izinkan menjadi ketua kelas masa Blok 4 so banyak juga interasi namun kengkadang tu balum bahasa melayu je. hehehe.

Tetapi yang paling saya interested nak sembang kat sini adalah mengenai kegembiraan saya dalam berukhwah di sini. Datangnya saya disambut mesra oleh seorang ikhwah. Pelikkan tetiba datang first malam dapat jumpa seorang senior yang lain jurusan dan dapat bersembang macam dah lama kenal. Sembang macam adik beradik.Adakah anda pernah seperti ini?


Perjalanan hidup ini tetap berterusan dan semakin ramai ikhwah yang dapat saya kenali. Satu per satu dikenalkan dan berkenalan. Di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ini juga ramai ikhwah yang dapat saya kenal dan berkenalan. Roomate yang disayangi, orang sitok(sini). Mesra orangnya, hensem bergaya. Sepanjang ana bersamanya berkongsi bilik tidak pernah rasa susah mahupun bergaduh. Kengkadang tu bukan senang nak dapat roomate macam ni. Namun, sekadar suatu penceritaan bersama beliau juga saya dapat membawanya ke semenanjung namun hanya sekadar sekejap tidak sempat nak jalan - jalan jauh. Bersamanya juga kami harungi permasalahan yang berbagai. Badan saya ni memang besar dan dia ni kecil sedikit. Namun, beliau tidak pernah merunggut takala saya belum mempunyai kenderaan untuk menghadiri sebarang program di Main Campus Kota Samarahan. "Qib, tolong hantar ana ke Main Campus boleh?" "Ok no problem". Selalunya tidak pernah beliau tolak. Main Campus dan Kuching dalam 20 ke 25 minit. Jazakallah khair ya akhi, maafkan ana atas segala kesalahan yang menguris hati anta dan menyebabkan anta kecewa mahupun sakit atas salah ana, ana sayangkan anta, semoga anta terus istiqamah dalam perjalanan yang panjang ini dan ana amat berharap jika sebarang permasalahan timbul kita akan senantiasa hadapinya dengan tabah dan penuh kesabaran serta kejujuran.

Dalam liku - liku hidup ana di sini terdapat jua seorang lagi ikhwah yang se fakulti dengan ana namun kami berbeza jurusan. Beliau pada awalnya kurang rapat dengan ana. Ana sendiri kurang jua rapat dengan beliau namun entah bagaimana daku mula rapat dan baik dengannya.Seronok berukhwah dengannya. Daku selalu menyakatnya. Beliau ni baik sahaja ana amat bahagia bersamanya. Akhi, jazakallah khair, ana sayangkan anta, moga anta terus istiqamah dan melangkah dlebih jauh dalam perjalanan yang panjang ini. Akhi, maafkan ana atas segala kesalahan ana pada anta.

salam sayang buat semua ikhwah(ikhwah lain nnt ana cerita pasai antum lak ye)


Monday, April 06, 2009

Rehlah Matang Wildlife Sarawak


Rehlah, salah satu aktiviti yang diterapkan dalam kita berhalaqah. Setiap insan yang bersama halaqah akan merasakan rugi jika tidak pergi menyertai rehlah ini. Kata orang buat apa kita masuk hutan, jungle tracking la, penat, nak wat amal di masjid dan surau sudah la. Namun dalam surah 2 ayat 208 menyatakan bahawa KITA perlulah mengambil islam secara keseluruhan bukannya yang mana kita nak kita ambil.

Daripada rehlah ini, ana dapati kita dapat mempelajari teknik survivor serta pada masa yang sama kita akan menunjukkan bahawa Islam itu syumul. Walaupun kita di hutan namun, solat, al - quran dan segala zikir masih dapat kita amalkan. Bukannya hendak beramal di Surau atau Masjid sahaja.


Rehlah kali ini amat bermakna bagi ana kerana semasa rehlah ini ana dan beberapa ikhwah dapat berkongsi pengalaman tarbiyah dan memceritakan permasalahan sesama sendiri. Kami berdiskusi dan pada masa yang sama bergembira di Matang hehhee

Ini lah kumpulan ana Azlan, Rasheedan dan Nabil

Pada akhir rehlah kami akhirkan dengan pengisian daripada ikhwah dari unimas. Tajuknya indahnya berukhwah dan banyak pengalaman dan penceritaan yang menarik dan menyayat hati dikongsikan. Kita berukhwah kerana ALLAH dan wahai semua ikhwah bantulah ana dalam mencintai kalian demi ALLAH...

sekadar penceritaan rehlah di matang
bermula pagi sabtu bertolak ke matang wildlife
Dhuha di surau Matang Wildlife
jungle tracking ke sungai senduk...setenggah perjalanan macam biasa setenggah lagi kena tutp mata dan ikhwah seorang lagi jadi petunjuk jalan (sungguh menarik)
Masak maggi dan mandi
balik ke kem solat
berehat
war game atas jambatan gantung....(seronok sangat)
masak solat
makan
LDK
tido

Ahad
Tahajud
Solat dan mathurat
tazkirah
game
pengisian
balik


Ana Cintakan Antum Kerana ALLAH 2




Apabila hati diberikan makanan dengan zikir, diberikan minum dengan takafur dan dibersihkan dari kerosakan, maka dia akan melihat keajaiban dengan diilhamkan dengan hikmah - hikmah - Imam Abu Qayim --> Akh Amzar

Ukhwah yang dibina antara kita biarlah seperti seutas tasbih, ada awal tiada hujung, dicipta untuk mengigatiNYA, dibahagi untuk CintaNYA, diratib demi RedhoNYA --> Akh Ijat KMPk

Semoga para kader mendapatkan perlindungan dan bimbingan dari ALLAH S.W.T di tengah derasnya arus & badai perusakan ummat. Kita harus yakin sepenuhnya akan pertolongan ALLAH dan bukan yakin dan percaya diri sendiri. masukan diri dalam benteng2 kekuatan usrah atau halaqah tempat junud dakwah melingkar dalam satu benteng perlingdungan, menghimpun bekal dan amunisi untuk terjun ke arenapertarungan haq dan batil yang berat dan menuntut pengorbanan. Disanalah kita mentarbiyah diri sendiri dan generasi mendatang. Inilah sebahagian pelipur kesediaan ummat yang berpanjangan, dengan munculnya generasi baru.  Generasi yang siap memikul beban dakwah dan menegakan Islam. inilah harapan baru bagi masa depan yang lebih gemilang, dibawah naungan Al - Quran dan cahaya Islam rahmatan lil alamin --> Akh Juan

Simpul Al Imam Al Barbari "jika kamu dapati seorang sunni yang buruk jalan mazhabnya, fasiq dan fajir(derhaka), ahli maksiat namun dia berpegang dengan (manhaj) sunnah, bertemanlah dengannya, duduklah bersamanya sebab kemaksiatannya tak akan berbahayakan kamu, dan jika kamu melihat seorang yang giat beribadah (abid), meninggalkan kesenangan dunia, bersemangat dalam beribadat, namun ahli bid'ah, maka janganlah bermajlis atau duduk bersamanya dan jangan pula dengarkan ucapannya serta jangan berjalan bersamanya di suatu jalan kerana saya tidak merasakan aman kalau kamu merasakan senang berjalan dengannya lalu kamu celaka bersamanya (kerana Bid';ahnya)" [Lihat syarh al sunnah dari al imam al barbahari, halaman 149] --> akh Mustapha UPSI


if times slips away & u havent heard a word from me, always remember that our friendship is more than just words, its a feeling of togetherness in our heart--> Akh Amzar

"keperluan @ hajat manusia itu kepada ilmu, adalah lebih daripada keperluan @ hajat kita kepada makanan atau minuman" Imam Ahmad bin Hambal. moga ALLAh memberikan ketenangan dan mempermudahkan urusan kita semua..insyaALLAH --> Anis Adela

Ya ALLAH, kiranya rasulMu hidup berSAHABAT kurniakanlah jua aku sahabat, tapi biarlah sahabat - sahabat dari lorong - lorong yang membenarkan Mu seperti kebenaran As - Siddiq...biarlah sahabat - sahabat dari pintu - pintu ilmuMu seperti Ali..berilah sahabatku dari kemuliaan Khadijah yang kau cipta sebagai pasangan kekasihMu.. Ya ALLAH , sekiranya semua itu tidak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan sahabat yang satuini...mungkin padanya ada segalanya yang tidak pernah aku selami. Mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini --> Akh Amzar

Lahirnya insan disambut dengan azan, perginya insan di iringi dengan solat. Alangkah singkatnya hidup ini jika jaraknya cuma antara azan dan solat. Sama - sama kita renungkan...-->Akh Danial KMPk

"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan...Bukan pada manisnya ucapan dibibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doa.." Imam Al - Ghazali...salam tahajud--> Akh Amzar

Orang mukmin itu, segera solat bila sampai masa, solatnya khusyuk, kata - katanya penawar, sabarnya taqwa, diamnya berfikir & pandangannya iktibar - Hassan Basri --> Akh Pak Ya

Persahabatan ibarat 1 janji yang dibuat dalam hati. Tidak dapat ditulis, tak dapat dibaca..namun tak akan terpisah dengan jarak, tak akan berubah dek masa, sekali kita berkenalan, selamanya tetap dihati --> Akh Amzar

"sesungguhnya medan bicara itu tidak semuadah medan berkhayal. Medan berbuat tidak semudah medan berbicara. medan jihad yang benar tidak semudah medan jihad yang keliru. terkadang sebahagian besar orang mudah beragan - agan, namun tak semua angan - angan yang ada di benak mampu diucapkan dengan lisan. betapa banyak orang dapat berbicara namun sedikit sekali yang sanggup bekerja dengan bersungguh - sungguh dan dari yang sedikit itu yang sanggup berbuat namun jarang yang mampu menghadapi ringtangan - rintangan yang berat dalam berjihad - Hassan Al - Banna. --> Akh Ijat KMPk

Aku rindukan teman untuk berjuang, sahabat untuk berjihad, kawan untuk senda dan tawa, sadiq untuk sama - sama beribadat..rakan untuk sama - sama bermuhasabah yang sama - sama menuntut ilmu ALLAH, sama - sama berkerja demi Islam..sama - sama berkorban demiNya yang sama - sama berpesan dengan kesabaran...aku mengharapkan doamu wahai sahabat, semoga aku tenang dan tabah menempuh mehnah perjuangan ini --> Akh Raja


Akh, dalam bila antum mengharapkan khusnul khatimah, yakinlah akh, jalannya pasti penuh onak dan duri, bersabarlah di atas ketentuannya, ikhlaskan diri agar sentiasa dibantuNYA --> Akh Muaz Mesir

"Pada hari itu sahabat - sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain kecuali orang -orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa ( Al - Zukhruf : 67) --> Akh Zamir UNIMAS

Apabila bertemu 2 orang muslim lalu bersalaman keduanya maka diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah ( HR Abu Daud) --> Akh Amir UNIMAS

Akh, sememangnya banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul since kita dah dilahirkan di duniani...dalam konteks kita sebagai pelajar, guru, dan rakan - rakan sepelajran kita ada hak ke atas kita..dan dalamkonteks dakwah juga, dakwah menuntut kita untuk berkorban...sebenarnya siapa pun kita baik sebagai seorang pelajar, anak, ketua mahupun seorang daie, kita kena ingat kita semua bergelar hamba kepada ALLAH.. Allah menilai dengan sebaik - baik penilaian..dalam mana kita berkawan, bersukan, kita bersosial bisa saja ada nilai kebaikan n bisa saja nilai keburukan yang kekadang kita tidak sedar... manusia yang ada disekeliling kitaboleh jadi satu bentuk ujian kepada kita hata seorang ikhwah sekalipun..yang terbaik kita bersabar dan memohon pertolongan kepada ALLAH...awas akan bisikan syaitan yang mengindahkanyang buruk dan memburukan yang indah..perasaan untuk diri sendiri dan kepada ikhwah yang tercinta --> Akh Fiqri UPM

Salam akhi...sesungguhnya perjalananseorang daie itu sangat panjang dan melelahkan. ketika itu orang akan hairan melihat daiemenyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya sampai bila kau akan melelahkandiri? Maka jawab sang daie dengan pasti sebenarnya daku mengharapkan istirehat di syurga ( Al  Fawaid ibnu Qayyim) ikhlashkan hatimu akhi...--> Akh Azrin

'Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa - jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi aku inginkan hati - hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan yang usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah' As - Syahid Imam Hassan Al Banna --> Akh Ijat KMPK


"Keyakinan kepada ALLAH adalah ibarat air kedamaian yang tidak pernah kering menjadikan seorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran & tetap tenang di saat orang lain ketakutan. Biar rebah jangan berubah, biar terbuang terus berjuang. Ujian adalah tarbiyah dari ALLAH, semakin dekat bahtera kita kepadaNya, semakin hebat taufan melanda. semalam adalah kenangan, hari ini adalah peluang, esok adalah harapan, gengam jadi kejayaan





Anda juga mungkin meminati...