Wednesday, September 09, 2009

Al-Baqarah : 263

Assalamu'alaikum wr wb. Kantuk mata ana tahan, 11:59 pm gambar berjaya dimuat naik. Alhamdulillah.

Terasa ringan sedikit bahu ini setelah liku-liku ujian pertengahan semester berlalu. Alhamdulillah, itu baru ujian kecil dari-Nya. Usahlah mengeluh. Empat kertas:

1. Microbiology, Pharmacology, and Nutrition
2. Medical-Surgical Nursing
3. Hubungan Etnik
4. Basic First Aid

Semuanya dilalui dengan hati yang redho, walaupun apa jua ketentuannya.
Masa diatur untuk rencana-rencana seterusnya.
Ana berharap hayunan langkah tak kan terhenti selagi destinasi terakhir belum ditemui, mardhotillah.

Selain mental menerima cabaran dalam minggu ini, emosi turut memulakan episod yang agak serupa.

Ziarah ke bilik Naqib, ana masih terlihat gambar kenangan kita di tahun 1.
Tergantung setia di dinding. Agaknya Naqib pun enggan melelapkan rasa ukhuwah yang terbina di atas jalan dakwah. Ana uhibbukum fillah. :)

Ya akhie, jika ana yang bersalah, maafkanlah.
Bukan niat untuk memendam guris di hati anta,
Senyumlah akhie secerah mentari,
Lenyapkan amarah, bersinarlah kembali.

Takungan air mata ditahan, segan untuk dicurahkan.



Percayalah akhie, walaupun kesilapan ana berulang di masa hadapan, ingatlah yang ana pernah mendetikkan saat ini untuk memohon kemaafan dari anta.

"Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun."

Al-Baqarah: 263.

12:29 am
~Prokiyai~

3 comments:

  1. Salam akhi,jazakalah akhi. Diri ini sebenarnya yang merasa bersalah dan berdosa pada antum(naqib dan Rasheedan). Ana amat takut jika kerana diri ini antum meninggalkan sunnah terbesar ini. Namun akhi, sehari demi sehari, sebulan demi sebulan, dan alhamdulillah dah setahun kita berjalan dalam jalan yang panjang ini bersama. Banyak kenangan malah kenangan ana naik angin pun banyak kan hehehe teringat ana kita selalu bersama ke sana dan kemari namun atas tujuan dan gerak kerja yang berbeza kita telah terpisah sedikit namun masih sama kedudukannya.ana harap antum dan ana juga sama - sama kita jaga ukhwah yang terbina ini dengan saling bertegur sapa dan saling membalas kasih dan sayang. sifat amarah dalam diri ini perlukan perubahan itu ana sedar dan bantulah ana dalam mengubah sifat mazmumah ini menjadi mahmudah macam antum berdua. Akhi, teruskan telusuri jalan dakwah ini dan jangan sesekali berpaling kebelakang. Ingatlah jgn lupe wat komunikasi berkesan nnt banyak misscom susah...semoga kita semua terus tsabat dan istimrar dalam jalan juang kita dan insyaALLAH mengapai redhonya...maafkan ana juga akhi, dan ana uhibukum fillah.....

    ReplyDelete
  2. Salam Ya Akhi,

    Selamat merasai asam garam ukhwah, ana pun tak terlepas dari pernah merasai apa yang antum rasai sekarang

    Namun inilah pengalaman yang akan mengajarkan kita erti keMATANGan dalam dunia Tarbiyah

    Selamat mengukir sejarah dalam dunia baru kita, dunia TARBIYAH

    Dunia yang akan mengajarkan kita erti ukhwah, erti pengorbanan, erti pejuangan, dan erti hidup yang sebenar

    Pengalaman yang tak bisa dirasai oleh orang lain melainkan orang yang hebat dan terpilih seperti antum

    Semoga istiqamah

    ReplyDelete
  3. Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” – Bajailah dan siramilah ukhuwah yang antum sekalian bina ini dengan siraman kasih sayang .Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya..maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan.

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...