Assalamualaikum, alhamdulillah satu lagi akhlak yang hendaklah kita perhatikan semoga akhlak ini terpahat dalam diri kita ini ya...afwan kerana ana hanya cut and paste daripada ms word yang ana dah siapkan...
- Apakah anda menepati janji anda kepada ALLAH?
- Apakah anada menepati janji anda kepada Rasul S.A.W?
- Apakah anda menepati janji kepada orang yang telah berbuat baik pada anda?
- Apakah anada menepati janji anda kepada orang yang anada kenal dengan baik selama di dunia?
Moto agama kita = “ Tidaklah beragama orang yang tidak menepati janjinya” HR Ahmad
1. Menepati janji ALLAH
· An – Nahl : 53 – segala nikmat datang dari ALLAH
Untuk menepati janji ALLAH
i. Beriman kepada ALLAH
ii. Ikhlas Kerana ALLAH dalam berbuat
iii. Mengerjakan suruhan dan tinggalkan larangan
· Ingat Al – Fath : 10 perjanjian denganALLAH
· Jangan jadi seperti bani Israel Surah 2: 40
· Al – Ahzab : 23 – orang yang berjanji dengan ALLAH berginilah caranya
· Jangan pula kita lupa daratan seperti - 9:75 -77
· Janji kita pda ALLAH – 36:60
· Tunaikan lah NAZAR al – insan: 7 dan hadis nabi “ maka lunaskanlah hutangmu dengan ALLAH kerana janji dengan ALLAH lebih utama dipenuhi” HR Bukhari
· Dan tepatilah perjanjian dengan ALLAH apabila kamu berjanji dan jangan lah kamu menginkari sumpah – sumpahmu itu sesudah meneguhkannya (an nahl : 91)
· Sabda Nabi S.A.W “ tiga macam orang yang aku tidak senang kepadanya pada hari kiamat diantaranta ; seseorang yang berjanji kepadaku kemudian mengkianatinya “ HR Bukhari
2. Menepati janji kepada Rasul S.A.W
Cara menepati janji kepada rasul S.A.W pada saat ini adalah dengan dengan mengikuti sunnahnya
Antara kisah yang dapat di ambil ibrah
a. Kesetiaan Abu Bakar As – Siddiq
Pada suatu hari, Jabir bin Abdullah berjalan bersama Rasul S.A.W. pada ketika itu Jabir adalah seorang sahabar yang fakir. Nabi bersabda nanti apabila harta dari Bahrain datang akan ku berikan kepadamu seperti ini, seperti ini da seperti ini. Harta dari Bahrain tidak juga datang sehingga wafatnya nabi S.A.W.
Maka Abu Bakar bertanya selepas kewafatan banginda dengan berkata” siapa dikalangan kalia yang memiliki hutang pada rasul S.A.W mak silahlah datang kepadaku” Maka Jabir bertemu dengan Abu Bakar dan bercerita halnya. Akhirnya Abu bakar memberikan 1 kantung dirham = 500 dirham dalamnya. Semasa Jabir nak balik Abu Bakar panggil dia dan bg lagi 2 kantung, ditanya kenapa, Abu Bakar menjawab kerana rasul S.A.W berkata seperti ini, seperti ini dan seperti ini
3. Menepati janji dengan orang lain dalam pergaulan sehari – hari
Sabda nabi S.A.W “ orang – orang muslim terikat dengan janji – janji mereka” HR Bukhari
· Kesetiaan terhadap janji telah mengislamkan penduduk Kota Hamash, Syiria
o Kota ini majority adalah orang nasrani dan apabila Islam menakluki kota ini maka ditawarkan kepada penduduk untuk memeluk agama Islam namun penduduk masih tidak mahu memeluk islam lantas mereka diminta untuk membayar pajak keamanan. Kota ini menjadi aman namun pihak nasrani rom tetap mahu menawan kembali kota. Peperangan berlaku dan islam kalah. Sebelum keluar dai kota pemerintah islam telah memulangkan wang pajak keamanan kepada penduduk dan penduduk bertanya mengapa pulangkan. Jawapnya, kami ambil wang ini untuk menjaga keamanan kalian dan sekarang kami tidak lagi dapat menjaga keamanan kalian maka kami serahkan kembali wang ini. Lantaran itu, penduduk itu terharu dan memeluk islam.
· Segala hutang hendaklah dilunaskan Sabda nabi S.A.W “ orang yang mati syahid akan diampuni dosa – dosanya kecuali dosa hutang” HR Muslim
· Setia adalah salah satu bentuk menepati janji.
4. Setia kepada orang yang berbuat baik kepada kita
Sebuah kisah berkaitan Abu Al – Buhtari Hisyam
· Beliau dalah orang kafir mekah yang pernah bersungguh – sungguh membela islam semasa di mekah. Namun, sehingga hijrah ke madinah baginda S.A.W tidak dapat membalas jasanya hinggalah semasa perang badar. Maka baginda mengerluakan arahan “ jika sesiapa bertemu dengan Abu Al _ Buhtari Bin Hashim, maka jangan dibunuhnya kerana dia telah melakukan banyak jasa kepada Islam”. Maka seorang sahabat bertemu dengannya lantas hanya membunuh orang yang berada di sebelah abu buhtari. Abu Buhtari merasa peluk lantas bertanya mengapa tidak dibunuhnya dan sahabat menjawab kerana baginda telah mengarahkan kami untuk tidak membunuh kamu, kenapa tanyanya maka sahabat menjawab kerana kamu telah berbuat banyak KEBAIKAN kepada islam semasa di Mekah. Abu Buhtari tidak mengalah dan mengejar sahabat tadi dan mengangkat pedangnya, sahabat tadi tetap menjauhkan diri darinya kerana arahan baginda namun apabila d menoleh dan melihat abu buhtari mengangkat pedang maka dia hunus pendang dan membunuh abu buhtari. Sahabat ini takut dan bertanya nabi S.A.W dan berkata jika bukan kerana dia benar – benar ingin membunuhku maka tidak akan ku bunuhnya. Rasul berkata ALLAH telah memaafkan kamu. Lihatlah bagaimana nabi berinteraksi dengan orang KAFIR yang berjasa dengan ISLAM
· Maka setialah kepada GURU contohnya Imam AHMAD BIN HAMBAL berkata “ setiap kali memasuki malam sejak 30 tahun lalu, saya selalu memohon ampun untuk asy syafie serta mendoakannya….kita bagaimana?
· Orang tua – sentiasa doakan mereka dan jika mereka telah meninggal ini ada 5 perkara yang perlu kita laksanakan
o Sentiasa doakan mereka
o Memohon ampun ke atas mereka setelah selesai solat
o Menunaikan janji – janji mereka
o Menyambung tali silaturrahim yang memang tidak akan tersambung kecuali dengan keberadaan keduanya
o Memuliakan sahabat – sahabat keduanya
5. Setia kepada orang yang anda kenal selama hidup anda (ISTERI)
Dahulu ada seorang sahabat yang beristeri yang isterinya selalu bersuara tinggi. Beliau sudah tidak tahan lantas ingin bertemu amirul mukminin Umar. Semasa sampai dirumah Umar dia mendengar suara isteri Amir lebih kuat daripada isterinya. Dia tidak jadi masuk kerana beranggapan sedangkan isteri Amir sendiri lebih kuat suaranya dan dia hanya bersabar inikan pula aku. Maka dia pulang, semasa ingin pulang amir keluar dan meilhatnya dan bertanya kenapa dia datang namun dia tidak menjawap lantas amir berkata “ Isteriku telah bersikap sabar kepadaku, mendidik anak – anakku, mencuci pakaianku, membersihkan rumahku, padahal aku tidak pernah menyuruhnya. Dia melakukan itu semua dengan penuh kesabaran. Apakah aku tidak boleh bersabar dan tabh menghadapinya saat dia bersuara keras kepadaku?”
Baginda ada bersabda “ laki – laki siapa saja yang menikahi seorang perempuan dengan mahar sedikit ataupun banyak, sementara dalam dirinya terbetik niat untuk tidak melaksanakan hak – hak isterinya yang telah menjadi kewajibannya, sesungguhnya dia telah menipunya. Dan setelah meninggal, maka dia akan menemui ALLAH dalam keadaan berzina” HR thabrani
-ibnusarha-