Sunday, October 04, 2009

Impian Seorang Ikhwah

Assalamu'alaikum wr wb. Berjumpa lagi wahai akhi wa ukhti.

Daurah Jemputan Sarawak baru sahaja berakhir. Harumannya masih melekat di jiwa.

Dengarlah,

ana memetik impian seorang ikhwah,

buat antum yang faham,

jadikan sebagai inspirasi.


"Bismillahirrahmanirrahim

Dalam waktu kini hingga 10 tahun ke hadapan, ana tidak mengimpikan yang terhebat dengan diri ana sendiri. Cukup ikhwah mengenali ana sebagai seorang ikhwah sewaktu ana mula tarbiyah. Tetapi ana membayangkan ana sudah fasih dengan al-Quran dan hadis-hadis dan ilmu-ilmu agama yang lain. Ana percaya untuk 10 tahun yang ke depan orang-orang disekeliling ana iaitu ikhwah dan akhwat akan menjadi tokoh terhebat.

Pada dakwah ana hanya membayangkan tertubuhnya hospital pakar ikhwah dan akhwat serta kolej perubatan sendiri. Juga ikhwah sudah memiliki sekolah sendiri dan yayasan yang memberi biasiswa kepada masyarakat. Ana membayangkan pada waktu itu, sekiranya ada di kalangan ikhwah yang bertanding dalam pilihan raya, atas parti bebas, rakyat masih berpeluang memilihyang terbaik iaitu calon ikhwah. Ana tidak mengharapkan ikhwah menubuhkan parti kerana akan memesongkan niat ikhwahdan pandangan masyarakat sendiri terhadap dakwah. Mudah-mudahan pada saat itu masyarakat mudah tersentuh dengan dakwah. Tadak malu untuk beramal islami. Tidak segan untuk mencegah kemungkaran dan menyuruh kepada kebaikan. Masjid akan didirikan dengan taklim yang disampaikan pelbagai pengisi setiap hari. Halaqah bukanlah aktiviti yang janggal di mata masyarakat, malahan program 'halaqah contoh' juga menjadi program kegemaran di televisyen. TVI (Televisyen Ikhwah).

Lalu di manakah ana sewaktu ikhwah dan akhwat dan dakwah masyhur seperti ini? Ana meneruskan kerja dan dakwah ana seperti biasa mengikut arahan murabbi yang telah dipertanggungjawabkan. Selepas grad ana hanya membayangkan untuk lekas berkahwin sekiranya sudah mampu dari segi belanja kerana godaan berada di mana-mana. Ana bekerja sebagai doktor di klinik sama ada doktor klinik pakar kanak-kanak atau pakar bedah. Pada waktu malam aktiviti halaqah dan taklim akan diadakan seperti biasa. Cukup bagi ana seorang isteri yang solehah menunggu kepulangan ana di kala pulang untuk berehat. Sewaktu ana tiada di rumah, rumah akan dijadikan pusat untuk menjalankan halaqah. Anak-anak ana yang seramai 5 orang yang sudah cukup ditarbiyyah di sekolah tarbiyyah semuanya menjadi murabbi agung di sekolah agama, sekolah teknik, etc.

Melihat kehidupan ana 10 tahun ke depan, mudah-mudahan adik-beradik, anak buah, keluarga, kawan-kawan dan orang yang ana sayangi semua tersentuh dengan cara dakwah yang ana tampilakan. InsyaAllah"

~Mohd Hanis b Mohd Nor, Sibu, Sarawak~

Ana doakan yang terbaik untuk kejayaan dunia dan akhirat muslimin wa muslimah. Semua orang berkata tentang kebangkitan Islam, namun bagaimanakah corak kebangkitan yang mereka maksudkan?

~Prokiyai~

1 comment:

  1. haha... just as i expected. mesti ada yang akan upload masuk blog.

    apa2 pun slot tu untuk cetuskan kepada setiap ikhwah supaya ada misi dan visi dalam dakwah. peruntukkan walau sedikit masa dalam harian kita untuk berfikir dan merancang untuk kebaikan dakwah ke depan.

    dan setiap perancagan bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri sahaja.

    alhamdulillah, hope all ikhwah got the messages.

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...