Friday, March 19, 2010

Suburkan Rasa Khauf

"ish hari ni dah hari rabu, esok khamis, jumaat ni dah nak dihantar asigment ni. Aduh, malasnya!" Keluh Aiman yang suka menangguhkan tugasnya.

"assalamualaikum man, apa khabar? Awat ana tengok anta ni macam ade masalah ja"

"Ala, asigment dari Dr Hata ni tak siap lagi la, jumaat dah nak dihantar"

"Buat la cepat nanti kalau ditangguhkan lagi parah nanti man. O ta ya, ana datang ni ada nak jemput anta ke satu majlis ilmu di Masjid UNIMAS, petang ni, Program Taklim mingguan tapi minggu ni special skit ada penceramah luar dan bertajuk mengenai Palestin. Jom la!"

" ala Lan, ko pun tahukan aku nak kena siapkan asigment ni so, aku rasa, aku kena bersengkang mata nak siapkan ni."

"o begitu, tapi taklim ni dalam 30 minit je and lepas isyak, pas taklim ana tolong anta siapkan"

Petikan di atas mungkin pernah berlaku pada diri kita dan mungkin juga inilah kali pertama kita membaca keadaan seperti ini. Aiman dan Lan adalah rakan biasa dan Lan selalu mengajak Aiman untuk menghadiri majlis – majlis ilmu. Namun, petikan di atas tidak terhenti begitu sahaja. Berdasarkan pengalaman Lan, ada banyak pengakhiran bagi cerita di atas.

Aiman mungkin saja akan berhempas pulas melangsaikan tugasan daripada Dr Hata. Ada juga keadaan yang Aiman akan melaksakan tugas namun dipertengahannya boleh jadi dia berehat untuk seketika(tapi boleh jadi berjam – jam rehatnya) untuk mungkin chating, makan, layan facebook mahupun bermain game(dota ke, tak pun game facebook) Kadang kala mungkin Aiman akan mengikut Lan untuk ke Masjid dan seterusnya menyelesaikan tugasnya itu.

"sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya" (as – syam [91] : 9 -10)

Surah Matahari ini memberikan kita peluang dan ruang untuk memilih sama ada untuk menyucikan atau mengotorkan. Sebelum itu, dalam diri kita sebagai manusia ini. Kita telah dilengkapkan dengan Ruh dan Nafsu. Ruh ini selalunya bersifat baik dan mulia. Namun, Nafsu ini selalu memandu kepada kejahatan seperti dalam surah ke – 12 ayat 53(tolong semak terjemahan).

Lantas manusia ini bukannya malaikat yang senantiasa sami'na wa ato'na(kami dengar dan kami patuh) kepada semua arahan ALLAH S.W.T. Namun brothers and sisters, kita perlu mengawal nafsu kita ini.

Bagaimana ya akhi, nak mengawal nafsu ni?

"Demi keagungan-Ku, tidak dapat bersatu dalam diri hamba-Ku dua ketakutan dan tidak berkumpul
bagi-Nya dua rasa aman. Barangsiapa merasa aman dari-Ku di dunia, maka Aku akan berikan rasa takut di akhirat. Barangsiapa yang merasa takut kepada – Ku di dunia, maka Aku akan berikan rasa aman di akhirat" Hadis qudsi riwayat Ibnu Hibban

Khauf, apakah maksud leksikal ini?

Kata Dzunnun Al Mishri," Barangsiapa yang takut kepada ALLAH maka hatinya akan larut kepada kecintaan-NYA, cinta-NYA akan membara dan jiwanya akan kuat."

Kata Abu Husain adh – Dharir pula " Tanda – tanda kebahagiaan seseorang adalah memiliki perasaan takut kepada ALLAH kerana perasaan takut ini merupakan pengikat antara tuhan dan hambaNYA. Apabila pengikatnya putus, maka hancurlah bersama orang – orang yang hancur"

MasyaALLAH, hebatnya kata – kata ulama ini. Maksud khauf adalah takut kepada azab ALLAH serta kekuasaannya. Siapa dikalangan kita yang merasakan dirinya lebih hebat dan mulia berbanding ALLAH? Maka perasaan takut ini memang ada dalam diri namun, penyuburan perlu dilaksanakan.

Jika kita takut dengan harimau maka kita lari menyelamatkan diri tetapi berbeza dengan takut kepada ALLAH. Jika kita takut kepada ALLAH kita akan semakin rapat malah dekat dengan ALLAH. Kenapa? Kita cuba letakkan situasi Aiman. Jika Aiman takut dengan azab ALLAH dan mengetahui bahawa dengan menambahkan amal maka azab ALLAH dapat dihindari. Maka bagi akal yang waras, Aiman akan pertama akan menjadi mahasiswa yang bagus kerana tidak akan melengahkan masa. Tugasan akan siap kerana masanya dirancang dengan baik. Pastinya Aiman ingat dalam surah Al – Mukminun dalam menjadi mukmin yang berjaya kena meninggalkan perkara lagho. Jadi, kalau game dapat menaikkan markahnya, kalau game dapat mendekatkan diri pada ALLAH, jika game dapat menghindarkan diri daripada azab ALLAH maka dia akan main game.

Kita semua yakin bahawa ALLAH itu Esa dan maha Berkuasa. Tiada yang dapat menandinginya. Ayat – ayat ini pasti kita dapat menyebut dengan baik dan lancar. Jika ditanya siapa pun maka ayat ini akan dibenarkan. Cuma penyuburkan perlulah dilaksanakan dengan efektif.

Marilah sama – sama kita menyelusuri niat kenapa kita dijadikan, kenapa kita berada di bumi kenyalang ini. Seterusnya, tanyalah diri adakah kita benar yakin dan percaya bahawa kita ini MUSLIM jika kita menjawab YA maka tanya kembali apakah tugas seorang MUSLIM. Adakah kita benar – benar faham apa yang dimaksudkan ALLAH dalam surah 3 ayat 110?

Jika kita telah menanam tekad untuk berubah dan menanam rasa khauf dalam diri maka seterusnya carilah rakan – rakan serta biah(kondisi, suasana) yang baik. Carilah kawan yang sama merasakan khauf kepada ALLAH. InsyaALLAH setelah kita berusaha dan usaha dengan seikhlasnya ALLAH tidak akan memandang kita dengan sia – sia.

Sebagai akhir kalam, ana mohon kita renungi hadis Nabi S.A.W ini:

"Tidak ada setetes air mata yang paling dicintai ALLAH kecuali tetes air mata kerana TAKUT kepada – NYA atau setetes DARAH yang keluar di jalan ALLAH" (Riwayat Tarmizi)

-Ibnusarha-

2 comments:

  1. Salam ibnusarha..
    Rindunya AF pada MDS ni..

    Nampaknye, anta semakin pandai menulis dan membawa pembaca dengan apa yang tersirat dalam hati anat, dan diterjemah di bentuk tulis..Tahniah ana ucapkan..

    moga artikel ini menjadi ikhtibar dan manfaat bersama..

    Adik aku sorang ni dah smakin hebat menulis... hehehe..

    Salam rindu dari kejauhan...tapi dekat je sbnrnya, hehhe..

    HB fi AF

    ReplyDelete
  2. jazakallah akhi, belajar menulis ikut abg dia le hehehe...sibuknyer tadi....jumpa subuh jak...ada program nyer ( 22.3.2010)

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...