Tuesday, April 13, 2010

Mesej Masuk

Assalamualaikum wbt.
R306 bergetar tiga kali. Mesej masuk.
Akum cdan.. kakak minta maaf k, kakak tau kamu x selesa sebab kakak selalu tepuk blakang kamu... maaf eh..
Oh. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak entry sebelum ini memberi manfaat kepada manusia sekeliling. Walaupun kita tahu bi'ah pembelajaran di fakulti sebuah universiti ini kurang Islamik.


Sangat mudah,
Manusia ada 2 sebab dia terbuat dosa, Syubhat atau Syahwat. Syubhat maksudnya dia melakukan sesuatu tu tanpa dia mengetahui ianya salah ataupun ia merasakan ragu-ragu. Syahwat ni dia dah tahu, cuma kehendak jiwanya yang tak terkawal menyebabkan saraf eferennya menggerakkan skil motor yang salah. Bukan nak cerita apa sebenarnya, kadang-kadang kita tenggelam dalam arus Syahwat dalam bergaul, bagi yang non-muslim, mungkin kita boleh pertimbangkan mereka dalam kategori Syubhat, sebab mereka tak arif lagi. Sudah semestinya menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim/muslimah untuk menjadikan mereka sedar, takkan nak tunggu mereka membaca kitab fikh ikhtilat kot.
Buat kakak itu,
Alhamdulillah Allah masih memperingatkan kita. Itu tanda kasih Allah sebenarnya. Islam menginginkan suasana pergaulan yang terjaga. Namun banyak orang melabelkan itu sebagai jumud, termasuklah muslim/muslimin sendiri. Katanya trend sekarang kalau berjumpa kena berlaga-laga, tak kisah lelaki perempuan. Islam masih ada dihati kakak, harapnya dijaga dan dibajai dengan lebih prihatin. Saya tahu, keliling kakak ada sahabiah yang solehah belaka. Mintalah tunjuk ajar agar suatu hari nanti kakak menemukan manisnya Islam dalam menata kehidupan seorang muslimah. Tiada istilah tua, atau terlambat untuk berubah. Buat sahabiah kakak, teruskan memandu kakak ke jalan yang lurus.
Saya tidak pasti sama ada kakak akan tergelak membaca nasihat ini. Tapi inilah yang diinginkan seorang muslim untuk melihat izzah agamanya tertegak kembali.

Pemilik R306 yang bergetar 3 kali,
Rashid al-Shirfani
New Maong River, KCH.

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...