Monday, December 27, 2010

8 "Semoga" Untukmu


~Selamat Ulangtahun Keputeraan~


~Akhi Ahmad Hisyam bin Sabrani~

  1. Semoga menjadi hamba-Nya yang sentiasa bertambah Iman, Ilmu, Taqwa, dan Amal.
  2. Semoga menjadi anak soleh wa muslih
  3. Semoga menjadi daie yang istiqomah dalam jalan yang dipilih
  4. Semoga menjadi suami dan ayah yang penyayang
  5. Semoga menjadi pelajar sarjana yang cemerlang
  6. Semoga mempertahankan kejuaraan "ikhwah disukai ramai" ... hehe
  7. Semoga sihat tubuh badan, waras akal fikiran

dan..

8. Semoga bertambah comel dan gebu. Hee..


Ikhlas,
Rashid al-Shirfani



Cerita Motosikal

Tadi baru lepas baikpulih motosikal biru. Rasa macam mau nangis bila dengar tokey keluarkan bil berjumlah…

RM232.10

Baru beberapa kelmarin lepas keluarkan sejumlah RM95. Huhu. Menangislah poket kering. Dahla nak masuk semester baru. Namun itulah nilai yang perlu aku laburkan untuk memudahkan aku di kemudian hari. Yela.. Nak pergi halaqah, kuliah, makan-makan perlukan pengangkutan yang mantap. Hihi. Mari kita lihat perbelanjaan untuk motosikal QAE 2140 nih.

Insurans RM82.10

Cukai jalan RM5.00

Bakul plastik RM15.00

Kick Starter RM22.00

Choke cable RM10.00

Meter gear RM18.00

Suis gear RM48.00

Meter assy RM55.00

Minyak 4T RM14.00

No plat RM5.00

Huh. Menangis menangis.


Dalam senyap-senyap kau mengeringkan poketku

RM327.10. Ya Allah. Berkatilah perbelanjaanku ini. Aku tahu ikhwah kat luar sana belanja lebih banyak lagi daripada ni. Cecah ribuan. Sabar jelah yer. Kriss ni belum dibagi nama, sesiapa yang ada cadangan nama silalah hantar penyertaan. Kot-kot menang kipas elektronik yang berpusing depan aku nih. Huhu~ Itulah cerita motosikal.


Sebiru motosikalku,
Rashid al-Shirfani

Antara Dua Kembara

Puas sudah aku kembara (tak puas lagi), dalam bulan Disember ni. 2-14 hari bulan kembara dari Bau-Sri Aman-Kapit-Miri, dan 17-19 hari bulan dari Kuching-Saratok-Sibu-Mukah. Alhamdulillah, dari utara-selatan, timur-barat bumi Sarawak aku kembarai.

Namun antara dua kembara ini (Program Kembara Universiti X, dan Program Jerayawara Q), terselit banyak perbezaan dan kelebihannya tersendiri. Mari kita selidiki. Inferens ni berdasarkan apa yang aku alami, mungkin pembaca (peserta mana-mana program) punyai citra yang berbeza.


Program Kembara Universiti X

Ngam denganku

  • Bajet besar dan mencukupi
  • Perancangan yang mantap dan tersusun
  • Penyertaan yang menggalakkan dari pelajar IPT seluruh Malaysia
  • Kelengkapan peserta (makanan, baju, beg, pelbagai macam lagi) percuma
  • Komunikasi berkesan ke lokasi yang dituju
  • Masuk suratkhabar untuk tiga hari berturut-turut

Elemen untuk diperbaiki

  • Banyak pergaulan yang mencolok mata (pedih) lelaki-perempuan
  • Berlaku pembaziran yang nyata (makanan, masa)
  • Pengabaian waktu-waktu solat dan solat berjemaah
  • Hati kurang tenteram dengan segala macam hiburan
  • Slot ceramah kerohanian sekadar tambal sulam
  • Objektif kepada masyarakat tak tercapai pada tahap yang memuaskan

Aku buat wall climbing pertama kali

Program Jerayawara Q

Ngam denganku

  • Berlaku penjimatan yang nyata (penginapan, makanan, masa)
  • Penegasan dalam bab-bab ibadah wajib dan sunat
  • Tazkirah ringkas, namun bermakna
  • Hati berkembara dengan senang dan tenteram
  • Objektif kepada masyarakat dicapai dengan jelas berpandukan data objektif dan subjektif
  • Berdikari dalam segala usaha
  • Pelatihan budaya berinfak
  • Masuk suratkhabar untuk sehari

Elemen untuk diperbaiki

  • Penyertaan sukarelawan kurang daripada jumlah yang diperlukan
  • Tenaga kerja yang kurang
  • Perancangan di peringkat awal yang kurang jelas
  • Kenderaan yang kurang sesuai meredah keadaan muka bumi yang menakjubkan

Dalam ketenangan terhasil kegembiraan sebenar

Tak rugi rasanya menyertai kedua-dua program tersebut. Namun harus dievaluasi kembali apa yang hilang, dan apa yang aku dapat setelah menempuh dua kembara tersebut. Harap-harap selepas ini ada lagi kembara yang lebih menarik~


Minat kembara,
Rashid al-Shirfani

Anda juga mungkin meminati...