Puas sudah aku kembara (tak puas lagi), dalam bulan Disember ni. 2-14 hari bulan kembara dari Bau-Sri Aman-Kapit-Miri, dan 17-19 hari bulan dari Kuching-Saratok-Sibu-Mukah. Alhamdulillah, dari utara-selatan, timur-barat bumi Sarawak aku kembarai.
Namun antara dua kembara ini (Program Kembara Universiti X, dan Program Jerayawara Q), terselit banyak perbezaan dan kelebihannya tersendiri. Mari kita selidiki. Inferens ni berdasarkan apa yang aku alami, mungkin pembaca (peserta mana-mana program) punyai citra yang berbeza.
Program Kembara Universiti X
Ngam denganku
- Bajet besar dan mencukupi
- Perancangan yang mantap dan tersusun
- Penyertaan yang menggalakkan dari pelajar IPT seluruh Malaysia
- Kelengkapan peserta (makanan, baju, beg, pelbagai macam lagi) percuma
- Komunikasi berkesan ke lokasi yang dituju
- Masuk suratkhabar untuk tiga hari berturut-turut
Elemen untuk diperbaiki
- Banyak pergaulan yang mencolok mata (pedih) lelaki-perempuan
- Berlaku pembaziran yang nyata (makanan, masa)
- Pengabaian waktu-waktu solat dan solat berjemaah
- Hati kurang tenteram dengan segala macam hiburan
- Slot ceramah kerohanian sekadar tambal sulam
- Objektif kepada masyarakat tak tercapai pada tahap yang memuaskan
Aku buat wall climbing pertama kali
Program Jerayawara Q
Ngam denganku
- Berlaku penjimatan yang nyata (penginapan, makanan, masa)
- Penegasan dalam bab-bab ibadah wajib dan sunat
- Tazkirah ringkas, namun bermakna
- Hati berkembara dengan senang dan tenteram
- Objektif kepada masyarakat dicapai dengan jelas berpandukan data objektif dan subjektif
- Berdikari dalam segala usaha
- Pelatihan budaya berinfak
- Masuk suratkhabar untuk sehari
Elemen untuk diperbaiki
- Penyertaan sukarelawan kurang daripada jumlah yang diperlukan
- Tenaga kerja yang kurang
- Perancangan di peringkat awal yang kurang jelas
- Kenderaan yang kurang sesuai meredah keadaan muka bumi yang menakjubkan
Dalam ketenangan terhasil kegembiraan sebenar
Tak rugi rasanya menyertai kedua-dua program tersebut. Namun harus dievaluasi kembali apa yang hilang, dan apa yang aku dapat setelah menempuh dua kembara tersebut. Harap-harap selepas ini ada lagi kembara yang lebih menarik~
Minat kembara,
Rashid al-Shirfani
heheh
ReplyDeleteseronok ny shidan..
ee mn da gk ku mk juak join
pdh la juak owww mn da aktiviti cmtok
he..
nak dbh ya bez glk..minat kembara.haha
c u soon =)
salam