Saturday, April 23, 2011

Alih Batu

Suatu petang. Aku bersama bekas murabbiku, menunggang motosikal setelah lewat makan di Sugarbun. (Seronok ex-murabbi belanja nasi lemak + burger daging). Malam itu kami kena cepat, kena hadir liqa di CAIS. Balik itu, ex-murabbiku yang bawa motor.

Saja nak buli dia. Hehe. Kereta Viva hijau milik seorang akh yang diparking di rumah sewa aku pun tak sempat nak diambil lantaran tergesa-gesanya kami. Liqa mula selepas maghrib.

Menjengah ke muka depan (gate) utama UNIMAS, terpacak billboard gergasi yang belum berfungsi. Ex-murabbiku memecut ke dalam UNIMAS. Melalui bulatan ke CAIS. Eh, kenapa tak berhenti di CAIS?

“Enta nak pergi mana akhi?”

“Nak pergi keluar sekejap?”

“Kenape?”

“Nak isi minyak… hihi (sambil menunjukkan meter minyak yang tinggal separuh)”

“Isi minyak?”

“Oh. Ok..”


Kami keluar kembali. Motor berhenti di gate.

“Eh, kenape berhenti kat sini?”

“Ana nak alihkan batu besar kat tengah jalan tadi, dah dua tiga kali ana lalu, batu tu belum hilang, bahaya untuk motosikal. Batu tu kat sane. Takper, kita jalan sikit”


Semoga jalan ini menjadi saksi kebaikanmu, ex murabbi ku... hihi


Badannya yang lebih kecil dariku, namun semangatnya lebih menyala dariku dalam membawa obor dakwah di sini. Aku tahu dia bukan nak isi minyak, tapi ada agenda lain.

“Hah, ni batu.. alihkan. Dari tadi ana nampak, bahaya betul.”
“Iman itu ada banyak cabang, dan serendah-rendah iman ialah mengalih batu di tengah jalan, hihihi” ex-murabbiku berseloroh bersulam hadits nabi. Lihat, selorohnya pun, seloroh yang bermakna. Mujur aku dipertemukan dengan insan-insan istimewa sebegini.

Aku tersenyum. Alhamdulillah walaupun ceritanya mudah, tapi sungguh bermakna. Alih batu.

Jom alih batu!


Dalam gambar ni ada imej ex murabbi ku. Ni kenangan kita semasa jelajah Aman Palestin ke Sibu. Masuk Mukah, Saratok, seronok mengenali tempat-tempat di Bumi ini atas tujuan agama Allah, beruntung dapat nikmat ini.


Rashid al-Shirfani,

Sg Maong, kat luar tu anjing tak berhenti menyalak. Aku nak tidorla anjing….

Saturday, April 02, 2011

Catatan Psikiatrik, Ibrah untuk Mental yang Sihat

Alhamdulillah, telah siap dua minggu aku menjalani praktikal Psychiatric and Mental Health Nursing di Hospital Sentosa, Kuching. Terlalu banyak pengalaman yang berharga untuk di kongsi dan yang paling penting untuk diambil iktibar buat yang mempunyai akal fikiran yang waras.

Wad yang sungguh misteri. Sememangnya aku kurang faham, bagaimana tekanan hidup boleh membuat mereka bertukar sebegitu rupa. Mereka pun melalui zaman kanak-kanak yang sama, mungkin sebahagiannya berbeza, tapi adakah tekanan itu terlalu menyesakkan dan mendesakkan hingga membuatkan akal mereka yang sihat, berubah 360 darjah daripada biasa.

Ada yang jadi gila kerana ditinggalkan kekasih hati, ada yang jadi gila kerana seksaan emosi dari keluarga, ada yang jadi gila kerana hutang berpuluh ribu, dan pelbagai lagi masalah dunia. Teman, suatu yang perlu diperiksa kembali ialah, ke mana arah pergantungan kita yang sebenar bila berhadapan dengan sesuatu masalah.

Aku pun pernah tertekan, dengan tugasan kuliah, dengan tugasan dakwah, dengan kecaman rakan dan pensyarah dan pelbagai lagi. Tapi Alhamdulillah, akalku masih tegar untuk menerima tekanan kerana beruntungnya aku ditarbiyyah. Tarbiyyah mengajar dan mengajak aku kembali kepada pergantungan yang sebenar. Allah bukan hanya untuk disembah, bahkan tempat kita untuk mempersembahkan segala masalah yang ada.

Bermula dengan maudhu makna Al-Ilah, aku mengenal Tuhan sebagai bukan pada namaNya Allah sahaja. Rupa-rupanya ada takrifan yang luar biasa yang membuatkan jiwa awal ditarbiyyah merasakan syukur akan kehebatan-Nya. Al-Ilah, dipecahkan kepada empat poin utama, Al-Marghub (yang diharapkan), Al-Marhub (yang ditakuti), Al-Matbu’ (yang diikuti), dan Al-Mahbub (yang dicintai), sekiranya ingin penjelasan lanjut, rujuk Materi Tarbiyyah suntingan Ummu Yasmin ataupun Modul Tarbiyyah Jilid 1 (ni buku Indonesia). Takpun lebih mudah ikutlah usrah atau halaqah mana-mana badan yang ada di sekelilingmu.

Mereka yang hilang pertimbangan dan kewarasan adalah kerana hilangnya arah mereka untuk berkongsi masalah. Hilangnya posisi Allah untuk mereka persembahkan masalah, ataupun kaburnya cara untuk berkongsi masalah dengan Allah, ataupun memang tak tahu dan tak yakin yang Allah boleh bantu selesaikan masalah. Kesimpulannya, masalah ini timbul kerana mereka tidak mengenal Allah s.w.t sebenar-sebenarnya.

28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Ingatlah ikhwah fillah, Ingat Allah, bukan dengan lintasan impuls di dalam otak sahaja dan mengatakan,

“Oh, aku ingat akan Allah”.

Tapi, yang dimaksud dalam pembahasan ini iaitu mengenal Allah yang akan membuahkan rasa takut kepada-Nya, tawakal, berharap, menggantungkan diri, dan ketundukan hanya kepada-Nya. Sehingga kita dapat mewujudkan segala bentuk ketaatan dan menjauhi segala apa yang dilarang oleh-Nya. Yang akan menenteramkan hati ketika orang-orang mengalami gundah-gulana (Sedih) dalam hidup, mendapatkan rasa aman ketika orang-orang ditimpa rasa takut dan akan berani menghadapi segala macam masaalah hidup.

Surau Cempaka,

Rashid al-Shirfani.

Anda juga mungkin meminati...