Monday, January 23, 2012

Oh Mukhayyam ISMA Sarawak 2012

Mukhayyam ISMA Sarawak 2012. Alhamdulillah, rasanya pengurusan dan keberkesanan program kali ini yang terbaik. Walaupun tahap 'kemencabarannya' tak setanding level cabut kuku Rehlah Bako, namun, kesan inti tarbiyah yang hendak disampaikan cukup bagus. Tahniah buat kem komandan dan pengarah program yang sentiasa komited menjalankan tugas masing-masing, juga kepada ahli jawatankuasa yang memastikan kelancaran program berlangsung dengan baik. Tabik spring!

Mukhayyam kali ini best sebab aper?
  1. Banyak penyertaan daripada ikhwah-ikhwah baru especially ikhwah asasi. They are great.
  2. Ade ikhwah ISMA Australia join sama. Baru tahu dia rupanya tua setahun jer dari saya. Tapi dah habis master. Gempak betul.
  3. Mukhayyam bersama YDP ISMA Sarawak. W/pun umur beliau sangat berbeza daripada kami-kami, namun semangat beliau boleh kata masih lagi muda. He. He.
  4. Aktiviti baru (buat saya la) i.e. Compass Marching. Selalu kita buat jungle trekking, kali ni kita redah ikut kompas, tak kisahla jalan tu berduri ke, semak tebal ke, sungai dalam ke, segalanya kena redah berpandukan darjah kompas yang dibaca.
  5. Riveria. Tempat yang sangat best. Berhampiran dengan anak sungai yang sangat jernih, sejernih air mineral dalam botol. Airnya sesuai untuk mandi, minum dan segala keperluan aktiviti.
  6. Pantai Pandan yg menawan, walaupun tak mandi, tapi permandangan pagi tu cukup cantik dan indah... subhanallah air pantai jernih, kebiru-biruan dari jauh.
  7. Seafood terhebat. Seafood segar dari laut Lundu menjadi penutup acara Mukhayyam ISMA Sarawak. Lazat subhanallah.
Semoga setiap maksud tarbiyah yang ingin disampaikan dalam mukhayyam kali ini menjadikan ikhwah lebih berdisiplin dan berdikari. Pandai mengurus masa dan sedia menginfakkan wang ringgit juga masa ke jalan Allah. RM50 tu berbaloi-baloi!!!

Kuning-warriors! Sumpah Qowiy! Hum! (cheers group saya).





Rashid al-Shirfani,
Sungai Maong, Kuching.

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...