Wednesday, March 20, 2013

LAUTAN API SANGGUPKU RENANGI!



Pejam celik, pejam celik. Rupanya pengajianku di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sudah hampir lima tahun. 2 tahun di fasa pra klinikal. Fasa yang menajamkan dan menanam asas – asas dalam ilmu kedoktoran. 3 tahun berikutnya dikenali tahun klinikal. Fasa ini pula mendedahkan bagaimana interaksi seorang doktor dengan pesakit – pesakitnya, di fasa ini juga mengajar segala praktikal dalam bidang perubatan ini. Susah payah para senior dapat dilihat semasa kami menjalani praktikal ini.

Dikesempatan ini, saya ingin menceritakan sekelumit pengalam yang ada. Sepanjang belajar ini, saya bertemu pelbagai ragam dan kerenah doktor, jururawat para staff perubatan dan tidak pat dielakan adalah ragam para pesakit. Namun, terdapat satu persamaan yang nyata. Mereka semua tidak suka dalam keadaan sakit. Para pegawai perubatan semua akan bertungkus lumus menghilangkan atau merawat atau melegakan kesakitan yang mereka alami. Mereka pula akan sedaya upaya untuk berikhtiar untuk memastikan mereka kembali kepada fungsi yang optimum seperti dahulu.

KANSER

Ada pesakit yang sanggup berhabis ribuan malah jutaan untuk membeli ubat daripada hospital. Contohnya seorang pesakit yang mengidap kanser darah. Beliau memerlukan ubat kemoterapi. Ubat ini dalam bentuk cecair yang selalunya dimasukan melalui salur darah di tangan, anggaran dalam satu pek dalam 400 – 500 ml ubat itu bernilai dalam 15 ribu. Beliau sanggup membeli sendiri 2 kali kemoterapi. Bermaksud dalam 30 ribu beliau habis. Selepas itu beliau sebenarnya memerlukan 6 pusingan atau kata mudah 6 pek. Tetapi habis semua simpanan digunakan untuk 2 pek. Akhirnya terpaksa merayu dan mendapatkan pertolongan daripada jabatan kebajikan masyarakat.

RHEUMATOID ARTHRITIS

Seorang lagi pesakit. Beliau mengidap penyakit yang kita kenali sebagai rheumatoid arthritis. Penyakita sendi yang selalunya menyerang sendi tangan. Penyakit ini boleh menyebabkan bentuk tangan berubah kerana tulang – tulang akan dihakis dan rosak. Alhamdulillah pesakit ini datang awal dan di diagnose awal. Beliau mendapat rawatan yang terbaik dan penyakitnya dapat dikawal dan tangannya tidak akan rosak sehingga mengubah structur tangan.

Tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi beliau. Beliau nak sihat lagi. Sekali tu dia datang ke klinik untuk rawatan rutin 3 bulan sekali. Selepas dr bertanya khabarnya, melihat tangannya, bertanya ada kembang atau merah lagi macam dulu ke tidak, tiba – tiba dia berkata “ Dr, I have something to show you, my friend give it to me. She said it is good for my disease.” Beliau mengeluarkan sebotol air yang macam agar – agar. Beliau menyatakan ia adalah collagen asli dari sabah. Dr yang merawat beliau terus berterus terang. Saya tidak ada kajian atau bukti jelas menyatakan collagen ini bagus untuk penyakit kamu. Jika kamu bertanya pendapat saya, maka saya akan katakana perkara yang sama kepada smeua pesakit saya yang mengidap penyakit yang sama macam kamu ni. Saya nasihatkan supaya makan buah-buahan dan itu cukup untuk kamu.
Demi sebuah kesihatan, wang simpanan sanggup dihabiskan, apa saja yang dikatakan baik untuk kita, kita akan beli makan atau gunakan. Semua ini untuk kita merasa sihat. Boleh kembali dipanggil sebagai orang yang sihat yang bebas daripada penyakit.

BUAT PARA KELASI BAHTERA DAKWAH DAN TARBIYAH

Ikhwah dan akhwat, belia dan beliawanis sekalian.

* ¨bÎ) ©!$# 3uŽtIô©$# šÆÏB šúüÏZÏB÷sßJø9$# óOßg|¡àÿRr& Nçlm;ºuqøBr&ur  cr'Î/ ÞOßgs9 sp¨Yyfø9$# 4 šcqè=ÏG»s)ムÎû È@Î6y «!$# tbqè=çGø)uŠsù 
šcqè=tFø)ãƒur ( #´ôãur Ïmøn=tã $y)ym Îû Ïp1uöq­G9$# È@ÅgUM}$#ur Éb#uäöà)ø9$#ur 4 ô`tBur 4nû÷rr& ¾ÍnÏôgyèÎ/ šÆÏB «!$# 4 (#rçŽÅ³ö6tFó$$sù ãNä3Ïèøu;Î/ Ï%©!$# Läê÷ètƒ$t/ ¾ÏmÎ/ 4 šÏ9ºsŒur uqèd ãöqxÿø9$# ÞOŠÏàyèø9$# ÇÊÊÊÈ  

111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.

Di dunia ini kita bicarakan berkenaan kesihatan. Jika badan tidak sihat, sakit sini, sakit sana. Hidup kita menjadi susah. Jadi kita mahukan kesihatan. Jika di akhirat kelak? Adakah kita tidak mahu merasa air sungai yang segar mengalir. Bukan air sungai biasa, airnya diperbuat daripada madu malah arak juga ada di sana. Arak di sana bukan sama di dunia ini. Tidak mahukah kita hidup bersenang lenang, tidak perlu berfikir apa – apa. Nak makan, makanan sampai, nak minuman minuman sampai. Ingin bergembira bersama gadis perawan maka bukan satu malah puluhan akan datang. Ingin buat apa sahaja kita dibenarnya. Tidak mahukah kita?

Untuk mencapai syurga yang diidamkan pelbagai cara boleh dilakukan. Yang pentingnya cara tadi berlandaskan syara. Jika yang menyakini perlunya berada dalam bahteran dakwah dan tarbiyah. Makanya perlulah memahami sepenuhnya dan bergerak seia sekata dengan bahtera dakwah dan tarbiyahnya.  Segala wasilah tarbiyah perlu dilaksanakan dengan cara yang TERBAIK. Malah plus ikhlas. Kenapa kena terbaik? Seban surge itu bertingkat dan yang terbaik akan mendapatkan yang tertinggi. Seterusnya, jika kita buat yang terbaik maka hasilnya kita akan merasakan yang terbaik. Macam nak beli ubat yang saya ceritakan di atas.

BAGAIMANA TERBAIK itu?

a. Para Mutarabi
Akhi, 3 minggu lagi kita akan ada Daurah. Kata seorang murabbi pada semua anak buahnya. Tempat ana akan confirmkan kembali. Yang pasti Ustaz Afiq Shazwan akan datang. Beliau seorang yang hebat. Rugi jika kita miss pegisian beliau. Daurah ini adalah salah satu wasilah tarbiyah kita. Daurah ini pun kita lakukan setiap sem sekali. Daurah ini akan mengumpulkan semua para ikhwah dan akhwat di kawasan Sarawak ini. Rugi kalau antum terlepas.  

MUTARABI yang lakukan yang TERBAIK:

Tempat tak confirm lagikan akhi, baik ana rasa mari kita letak dalam planner kita yang tiga minggu lagi ada daurah dan kita kosongkan hari tu. No other plan should be on that date! Jika ada apa – apa kita akan cuba bawa ke hadapan atau tangguh sekejap. Semua asignmen perlu kita siapkan supaya kita boleh tumpu perhatian 100% dalam daurah ini.

Akhi murabbiku, berapa lama daurahnya? Apa tajuk pengisian?
Kami nak sediakan pakaian untuk program, nak siapkan minda untuk menerima pengisian. Kami juga nak susun pengangkutan kita satu usrah. Jangan risau akhi murabbiku, kami boleh sewa kereta atau van. Tak pun kami ada kawan yang ada kereta. Dia baik dengan ana, so insyaAllah boleh pinjam kereta dia. Satu lagi insyaAllah kami akan mula berjimat, kot kot perlukan yuran nanti.

Nah, murabbi hanya cerita ada daurah 3 minggu lagi!  Tetapi habis semua sudut dibincangkan untuk memastikan pabila tiba masa daurah semua berjalan lancar. Jika saya murabbi mereka pasti hati ini berbunga dan akan tidak lekang mulut ini memuji Allah kerana mengurniakan mutarabi yang begitu baik. Malah slot muskillah dalam usrah bukan satu slot yang hanya kedengaran “anta ada apa – apa soalan?” dan hanya ada pergerakan mengeleng kepala. Tetapi slot ini penuh dibincangkan perihal bagaimana nak memastikan segala wasilah tarbiyah yang dilalui akan menjadi satu program yang sangat bermanfaat dan objektif program kena pada sasarannya.

MUTARABI yang melakukan KURANG BAIK

“Allah, daurah lagi. Apa alasan nakku berikan yer?” hari berganti hari akhirnya murabbi bertemu dan berkata “3 hari lagi ada daurah, ana perlu daftarkan nama antum ni, bagaimana?” “akhi, ana ada program ni la, ana ada study groupla, ana itu dan ana ini” semua alas an dikeluarkan untuk mengelak untuk pergi ke daurah. Masa telah diberitahu awal tetapi dibiarkan sahaja. Mungkin awalnya mereka mahu pergi tetapi tak catat di planner, tak pernah ada planner menyebabkan tarikh yang sepatutnya di book untuk program dakwah dan tarbiyah diberikan untuk program lain.

b. Para Murabbi

Dalam takwim menyatakan bulan depan ada Daurah, ada rehlah dan ada mabit. Aku kena bagitahu awal semua anak – anak buahku ini. Supaya mereka akan dapat kosongkan tarikh – tarikh ni untuk program dakwah.Nah, murabbi terbaik sedang berfikir setelah melihat takwim di laptopnya. Ada murabi lain lebih terbaik. Dia dah bagitahu 3 bulan punya program pada mutarabinya. Setelah bagi tahu bukannya dia buat tak kisah sahaja. Setiap usrah diperingatkan. Setiap usrah diberikan taujihat untuk sentiasa pastikan perlunya memenuhi wasilah tarbiyah hata riadah mingguan.

Setiap masa lapang da nada yang menyatakan setiap hari selasa dia akan melaksanakan mutabaah fardi(pantauan individu). Dia pergi ziarah mutarabi, lihat keadaan mereka. “anta tak de planner, ni ana bagi pada anta, tulis semua plan anta. Program dakwah dan tarbiyah, study, exam dan semua program, supaya hidup anta tersusun”. Ada murabbi yang siap hadiahkan planner. Dikutip yuran awal untuk daurah supaya mutarabi rasa keperluan untuk pergi program sebab dah bayar yuran.

Jangan kata pasal sms. Boleh kata setiap minggu kalau mutarabinya tidak mendapat sms daripada murabbi mereka. Pasti mereka akan pelik. Kerana setiap minggu pasti murabbi mereka sms. Kata – kata nasihat dan semangat dan juga peringatan program. Aduh, murabbi ni memang terbaik.

Seorang murabbi lagi. Bagitahu ada program seminggu sebelum program. Itupun dinyatakan melalui satu sms ringkas “minggu depan kita ada daurah di dewan suarah, sediakan rm 10, jzkk”. Mutabaah fardi tak pernah buat. Jika tiada usrah maka tak akan bertemulah murabbi dan mutarabinya. Apabila ditanya mutarabinya melalui sms “anta dapat pergi daurah esok?” “afwan akhi, ana tak dapat datang”, kenapa? Tanya murabbi tadi. “ana ada masalah peribadi”. Murabbi langsung jawab “semoga allah pemudahkan urusan anta, akhi.”  Tak ditanya, apakah masalah peribadi itu, tah sakit ke, duit taka da kea tau apa – apa hal. Bukannya nak katakan kita ni kena bersangka buruk dengan mutarabi  tetapi kita Tanya detail kerana kita seorangnya caring.

Sama ada kita di posisi dibina atau membina, kita tetap perlu laksanakan yang terBAIK. Kita kena fikir. Bagi mentarbiyah diri kita ini. Kita perlu pentingkan diri. Dalam hal ibadah kita perlu pentingkan diri. Syurga itu bertingkat. Yang paling tinggi untuk orang yang beramal dengan amal yang soleh dan ikhlas dan Allah redho dengan dia. Maka adakah kita akan biarkan orang lain yang menjadi soleh dan diredhoi Allah dan kita bagi laluan kepada orang lain untuk mendapat tempat di syurga yang terbaik. Dalam merebut syurga ini 
tiadanya itsar dan tiadanya “anta pergi dulu” tetapi yang ada hanyalah. Itu syurga tertinggi, ia milikku!

9e@ä3Ï9ur îpygô_Ír uqèd $pkŽÏj9uqãB ( (#qà)Î7tFó$$sù ÏNºuŽöyø9$# 4 tûøïr& $tB (#qçRqä3s? ÏNù'tƒ ãNä3Î/ ª!$# $·èŠÏJy_ 4 ¨bÎ) ©!$# 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« ֍ƒÏs% ÇÊÍÑÈ  
148. dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ayuh ikhwah sekalian, belia sekalian. Kita kehadapan kita berlumba mencari kebaikan. Kita rebut pahala yang Allah tawarkan kepada kita. Jangan jadi manja, jangan jadi malas. Tarbiyah tidak MEMERLUKAN kita hata sebesar atom ataupun elektron sekalipun. TETAPI kita memerlukan dakwah dan tarbiyah ini! Ayuh ikhwahku sekalian!!!

Ibnusarha
10 Mac 2013
2.12ptg
Kolej perubatan UNIMAS

Anda juga mungkin meminati...