Sunday, September 21, 2008

Penat....

Alhamdulillah baru sahaja habis menyelesaikan tugas dalam menjalankan Majlis Trio Bulan Ramadan Fakulti Perubatan UNIMAS 2008...Banyak pahit dan maung dirasa but right now what i can say just we all are tired and tak larat huhuhu....Tapi terdetik pula nak menulis satu post hari ini nak cerita what happen and and cerita pendapat dan juga nak tanya pendapat anda semua....

What Happen ?
Apa dah terjadi hehhee seperti yang dirancangkan oleh Unit Pewakilan dan Pengurusan Surau (UPPS) Kolej Perubatan UNIMAS tanggal 20 September 2008 telah berlangsungnya satu majlis yang dikenali sebagai Majlis Trio (Buka Puasa, Khatam Quran, Nuzul Quran). Majlis yang dirancang berjalan lancar tetapi seperti biasa majlis mana yang tiada masalahnyakan.
'Jangan kacau AJK saya' kataku pada AJK lain yang sibuk meminta AJK daku untuk turun meramaikan majlis Khatam Quran. VIP semua dah ada cuma pelajarnya yang kurang. AJK dalam auditorium pening la macam nak gila. Nak isi macam mana ni....akhirnya dimintanya AJK makanan yang mereka rasakan bahawa mereka ini tidak ada kerja walhal majlis trio ini satu unsur yang menjadikan ia trio adalah majlis buka puasa dan yang akan SEPATUTNYA berkerja keras adalah AJK makanan namun, AJK daku diminta ke bawah....waduh, waduh gawat dong. Ginama? Life must go on buat la setakat yang adakan kena isi air dan macam - macam lagi.

Boleh Tolong
Perkataan ini adalah satu perkataan yang ajaib rasanya dan sungguh mengharukan jika kita dapat mendengar daripada rakan - rakan, tambahan kita ketika itu tengah penat tidak terkata. Namun, ia hanya sekadar perkataan. 'Aku AJK lain dan tugasan aku juga adalah lain so, u should do your AJK had been assigned'.

Kokyer pun kita kan satu pasukan. Kenapa kita tidak dapat saling bantu - membantu. Mungkin hari ini aku pakai baju cantik so can not basuh pinggan dan sebagainyakan. Nak seribu daya tidak hendak seribu dalihkan.

Setiap insan berbexza pikiran dan perasaan masing - masing. Kita semua adalah berbeza dan kita tidak dapat menyatakan apa yang kita fikirkan adalah sama dengan apa yang kawan kita fikirkan. Bak kata orang tua - tua " Rambut sama hitam, Hati lain - lainkan". Sekadar menyentuh isu sebagai satu Team yang hebat dan baik. Salahkah kita saling membantu AJK lain jika AJK kita telah selesaikan.

Semua Year 1 Kena!
Realiti sebagai junior tahun satu setiap universiti. Semua aktiviti jika boleh semua tahun satu WAJIB...kalau tak ikut berdosa....hahhaha...tapi kadang kala saya terfikir jika ini berlaku di fakulti yang mempunyai lebih pelajar dan banyak jurusan pasti ini senang untuk direalisasikan. Namun jika di satu fakulti yang hanya ada 2 jurusan dan pelajar tahun 1nya hanya 120 orang bagaimana? Kalau ada aktiviti nah seorang ambil 5 atau 6 tugasan. Macam mana nak kerat orang kepada 5 atau 6 keratnya?

Adakah satu kesalahan untu sama - sama menyertai sesuatu aktiviti? jika nak dikatakan sibuk semua orang sibukkan. Untuk mewajibkan pelajar tahun satu itu saya sokong sangat kerana dapat mematangkan pelajar tahun satu itu. Namun, jika seorang kena pegang 5 atau 6 role dalam apa - apa aktiviti mau sakit juga. Jadi para senior sama - sama kita fikirkan.

Sama saja bagaikan meregging dulu - dulu. Ia akan menjadi satu tradisi jika budaya itu diturunkkan kesetiap generasi. untuk mengubah tradisi perlu ada orang yang sedia untuk memecahkan tradisi. Namun dalam pemecahan tradisi kita kena saling berjaga - jaga supaya nanti tidak akan berlaku perkara yang tidak baik pula. Sama - sama fikirkan demi kebaikan diri masing - masing

dah penat ni tapiiiiii terawih tak buat g, dah la malam 21 ni...huhuhu
Akhirnya daku amat sedih dan berduka cita pada malam tersebut. Penat bukan kepalang. Bantuan tidak dapat dan hanya kederat yang tuhan bekalkan ini sahaja dapat daku galas dan lakukan. Namun, apa tugas utama kita pada bulan Rahmat ini ya? apa tugas kita dalam Bulan Keampunan ini ya?

Kadang kala daku terfikir. Apa ya yang dilakukan pihak katerer atau perniaga yang memang mendapat untung yang tinggi takala ramadhan menjelma tetapi bagaimana mereka menjaga amal mereka pula. Benarlah jika mereka memasak dan menyediakan makanan untuk orang bebuka puasa. Tetapi marila kita merebut peluang yang cukup indah inikan.

Ya ALLAH ampunni dosaku dan benarkan la daku untuk terus beribadat kepadaMU dan menjadikan ramdhan ini satu peluang untuk aku mentarbiyah diriku ini. Benarkan la daku untuk mendapat bertemu sekali lagi dengan ramadhan yang penuh barkah ini ya ALLAH. Pertemukan daku dengan lailatul qadr dan teruskan daku dalam jalan DAKWAHMU dan mencari Redho MU. AMIN

Friday, September 19, 2008

Majlis Berbuka Puasa = Makan Sahaja

Alhamdulillah, semalam saya diberikan rezeki oleh ALLAH dalam satu majlis yang dipanggil Majlis Berbuka Puasa Anak - Anak Perak UNIMAS anjuran Kerajaan Negeri Perak dan pihak UNIMAS. Saya bertolak daripada Kolej Perubatan seawal 6.00 dan tiba di bangunan HEP dalam 6.30 petang. Kami disambut mesra dan diminta mengisi borang kedatangan dan dijempt untuk mengambil tempat duduk di meja bulat yang disediakan. Namun, takala melangkah masuk, kami mendapat sambutan daripada alunan nasyid yang sungguh merdu oleh beberapa jejaka. Meja telah 98% penuh dan menariknya semuanya ada yang tidak bercampur lelaki dan perempuan dan ada juga meja yang bercampur lelaki dan perempuan.

Seperkara lagi yang agak memeranjatkan saya adalah kumpulan nasyid itu tetibanya muncul dua gadis yang tetiba menyanyi. Aik setahuku ini majlis berbuka puasa. Megapa tidak dialunkan alunan zikir atau ayat suci Al - Quran. Waduh - waduh gawat gini dong. Nak buat macam mana saya hanya dijemput.

Sekadar Pendapat dan Cadangan
Bukan ingin menyatakan keburukan dan hanya pandai mencela dan mengkritik. Di sini saya ingin menyampaikan sedikit cadangan mungkin nanti boleh diambil sebagai penambah baikan.

Susunan Kedudukan
Apa salahnya jika kita tetapkan kedudukan untuk lelaki dan wanita. Megapa perlu ini ya? Jawapanya mudah, perempuan dan lelaki ada hak dan maruah masing - masing. Saya pecaya ramai pada hari itu belum bernikah mahupun mengikat gubungan sah sisi ISLAM. Jadi lebih manis untuk diasingkan tempat duduk untuk mempermudahkan perhubungan yang kita buat.

Bagaimana pula nanti ingin mencapai objektif berhubungan silaturrahmi dengan anak - anak perak? Adakah tercatat dalam objektif berkenalan lelaki dan perempuan. Kita mencari puak Perak supaya nanti mungkin banyak perkara yang boleh dibincangkan, bagaimana ingin pulang nanti, perbincangan intelek mengenai masa depan negeri dan bagai - bagai lagi. Bukankah ini moleh dilakukan lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Semasa kelas kita telah disuruh berkumpulan dengan perempuan dan saya yakin setiap kita tahu bagaimana rasa dan perjalanan kumpulan. cukup la itu sahaja kita bergaul rapat. Sesama lelaki kita masih berselisih ini pula wanita yang memang fitrah ALLAH jadikan kita gemar pada wanita. Nafsu itu suatu yang sukar dijaga dan ingat penah dijadikan TUHAN oleh ramai kaum terdahulu dan ada juga semasa kini. Tetapi hasilnya adalah buruk bak firman ALLAH

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? [surah 45; ayat 23]
Bersama kita berhati - hati dengan nafsu ini

Hiburan ataupun Aktiviti yang Sesuai
Saya bersetuju dan gembira semasa mendengar nasyid yang pertama. Namun pabila wanita bercampur dengan lelaki maka saya agak alergi dan mula merasa tidak senang. Hujahnya sama seperti di atas. Untuk cadangan saya, jika ada suatu majlis dan kita tidak tahu apa yang sesuai untuk kita buat selain nasyid. Lihatlah semua pada objektif sebenar majlis. Bagi saya, buat masa ini kerajaan Perak telah ditadbir oleh orang yang hebat. Ir dan juga faham tentang Islam. Mengapa kita bazirkan peluang ini. Jemput lah MB kita. Letak lah ketepi sentimen politik dan masalah peribadi berkaitan politik ini. Take the bright side. MB kita ini ilmunya tinggi maka kikislah ilmunya. Beliau boleh bercakap mengenai IlMU dan juga politik dan dia juga faham jika ada dikalangan kita yang berbeza fahaman dengan beliau.
Jika pihak Universiti pula menghalang kerana mungkin arahan menteri yang berbeza ideologi politik dengan MB kita, kita masih mempunyai ramai pemimpin negara yang sangat berkaliber. Menteri di Jabtan Perdana Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama = Dato Seri Zahid Hamidi seorang tokoh daripada negeri Perak. Dato' Seri Rafidah juga adalah pemimpin agung daripada Perak. Mereka ini telah berjaya dalam bidang masing - masing dan mereka juga telah melalui zaman kita selaku mahasiswa universiti. Mengapa tidak mereka share with us their experiences. Jika ini berlaku maka majlis akan menjadi lebih meriah dan akan dikenang lama.

Tidak Berminat dengan Mendengar Ucapan
Lecture setiap hari daku mendengar ucapan, majlis buka puasa pun nak ucapan ke? Benar kita kadang kala penat mendengar ucapan, tetapi saudara/i kita perlu berfikir the best medium to tell information in a short period of time is by speaking. Setelah bertahun berlajar cuba kita recall back that the method that our teacher do from our kindergarden is speaking. Thus, the are no such thing that tell us speaking dan speeches only can make us bored. Sometime there are bored speeches but if we hear from the great leader their speeches can turn people and can make we remember and can make us motivated.

Bulan Ramdhan Bulan Rahmat, Keampunan, Kesejahteraan
Berbagai keberkatan ALLAH janjikan buat kita dalam bulan ini. Jangan kita sia - siakan. Moga ALLAH pertemukan sekali lagi dengan bulan ini dan sama - sama kita menanam iltizam untuk berubah dan memberikan suatu anjakan paradigma yang mungkin suatu nanti memberikan suatu impak besar dalam diri dan negara amnya. Selaku mahasiswa kita perlu berfikiran matang dan menjerumus ke masa depan yang kita saya perlu untuk generasi akan datang. Sgala kritikan dan cadangan saya hanya sekadar sampah bagi yang mungkin menolak 100% dan ia mungkin suatu mutiara bagi yang memahami dan mungkin berazam untuk membawa perubahan. InsyaALLAH


ISLAM SYUMUL dan KITA PERLU MASUK SECARA KAFFAH

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.`[2;208]
Sama - sama kita berfikir dan generate our mind, siapa kita dan apa agama kita? Apa yang kita telah lakukan pada Agama yang kita anuti inil. Mungkin cukup bagi kita solat 2 atau 4 kali sehari dan Quran khatam sekali seumur hidup. Namun adakah ini amalan kita yang akan kita pertontonkan pada ALLAH di yaumul qiamah nanti. Jika ini jalan yang telah kita pilih sama - samalah kita fahami maksud KAFFAH dan jalankan kehidupan islam dengan mengamalkan kempem ISLAM IS THE WAY OF LIFE.

Demi ALLAH dan RASULNYA


New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Wednesday, September 17, 2008

Pembukaan....Ramadhan...Tarbiyah

Assalamualaikum W B T,

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan, `Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni`mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih`.
Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH atas limpah kurnianya dapat saya menulis semula dan membuka satu lembaran penulisan saya dalam blog ini. Syukur juga kepada NYA kerana dapat kita saling berkenalan dan bersama mengirup udara serta dapat sekali mata ini melihat huruf - huruf roman ini dan dapat juga otak kita menafsir setiap kombinasi huruf - huruf roman ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, MUHAMMAD S.A.W., Ahlul Bait, Sahabat, Para tabi' tabii, Ahli Ulama serta sekalian muslimin yang masih kekal serta terus istiqamah dan istimrar dan masih bersama berfikir lantas berbuat demi menegakkan kalimah agung ;Lailah haillal lah ke muka bumi ini.

Ramadhan
ada apa dengan perkataan hijau di atas? Mungkin sekadar perkataan arab. Mungkin juga hanya hiasan blig saya inikan. Namun, Ramdhan telah pun berada pada nisfu nya dan ia akan bergerak pantas tanpa disedari bagi yang masih lalai dan leka.
Masih ada lagi yang tidak tahu apa istimewanya ramadhan dan apakah ia hanya sekadar berlapar dan dahaga. Sungguh rugi, sungguh rugi. Mungkin hidup ini masih panjang, daku baru 19 tahun dan masih banyak yang perluku tempuh. Tidak mungkin aku mahu duduk dan membaca AL - Quran dan bersolat.
Banyak alasan boleh direka dan disintesiskan dengan mudah. Tapi ALLAH itu WUJUD dan janjiNYA tidak akan luput. Pahala itu nyata dan benar dan dosa serta sia - sia itu juga BENAR.

Masih Belum Terlambat

Marilah kita bersama mengejar lailatul qadar, malam yang dijanjikan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Marilah perbanyakan amal dan bermunajatlah kepada ALLAH dengan ikhlas dan penuh perasaan penuh kehambaan

Ini diri kita dan kita berkuasa memaksa dan mengelolakannya. Ubahlah, tarbiyahlah diri ini supaya beribadat dengan baik pada bulan ini. Tarbiyah diri bukannya belajar untuk exam namun adalah satu pendidikan yang insyaALLAH untuk kita didik diri ini lantas dalam sisa hidup yang mungkin ALLAH berikan kepada kita nanti akan dapat kita jalankan pentarbiyahan secara lebih lagi dan juga diri ini dapat terbentuk satu diri yang mungkin dapat kita gelar GENERASI RABBANI (3 ; 79)
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: `Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.` Akan tetapi (dia berkata): `Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
InsyaALLAH bersama kita mendidik diri ini demi mencari MARDHOTILLAH ! ! !


Anda juga mungkin meminati...