
Kita memang tak sedar yang filem (media) secara halus mempengaruhi cara fikir kita dan seterusnya mempengaruhi perspektif kita dalam sesuatu aspek dalam hidup termasuklah dalam bercinta.
Islam adalah cara hidup

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua2 tanganmu…”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nak menikah kerana kecantikan pun tak mengapa, kekayaan ke, kekdudukan etc, cuma Rasulullah menasihat, yg lebih baik adalah dinikahi atas faktor agamanya.
Ada hadis lain berkenaan bercinta, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menulis dalam kitabnya yang berjudul Raudhah Al-Muhibbin Wa Nuzhah Al-Musytaqin (Taman Orang-orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu), hadis yang dimaksudkan adalah :
Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan”
(HR. Ibnu Majah no. 1847 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat. Al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Ibn Majah, hadith-1497)
Imam Ibnu Qayyim menulis lagi bahawa : Para ilmuan dan dokter serta kalangan lainnya telah sepakat bahwa kesembuhan sakit cinta adalah menyatunya dua ruh dan badan yang saling berdekatan.
Leh rujuk kitab tersebut versi indonesia m/s : 175
Jom Ubah Definisi Bercinta Kita =)

Jadi, apa definisi bercinta yang betul dalam islam?Ok, kita tahu dalam islam ada larangan ikhtilat (iaitu pergaulan antara laki dan perempuan bukan mahram yang boleh menjurus kepada fitnah), kita juga tahu nabi sarankan dua orang yang bercinta, maka kahwinkan mereka berdua. Setuju?
Jadi, bila dikatakan bercinta, maka si lelaki haruslah berazam untuk cepat menikahi si wanita dengan membuat perancangan untuk alam selepas pernikahan- iaitu menyara keluarga sendiri dan mempersiapkan diri dengan asas ilmu agama kerana si suami adalah ketua di dalam institusi kekeluargaan.

Dalam kajian di atas disebut biasanya jatuh cinta terjadi bagi dua orang yang dah menegenali buat beberapa ketika, dah berkawan untuk beberapa bulan mungkin, maka kat sini masihkah relevan alasan nak berdating adalah untuk nak lebih mengenali pilihan hati lantaran jatuh cinta adalah kepada orang yang kita sudah sedia maklum kenal =)
Sudah tentu kita perlu buang persepsi bercinta = bercouple, jika betul jatuh cinta, maka pergi jumpa mak ayah si perempuan bagitahu kemudian persiapkan diri untuk pernikahan =).Sepanjang sebelum pernikahan, simpan semua kehendak nak buat seperti mana dipertonton oleh filem2 barat, simpan untuk buat semua tu selepas proses pernikahan =).
Konklusi =)
Adakah tak patut untuk jatuh cinta sebelum kahwin?Jika bercinta itu difaham sebagai bercouple, maka ya memang tak boleh bercouple sebelum perkahwinan.Jatuh cinta datang sendiri tanpa dipinta kerana itulah lumrah fitrah.Sama-sama kita kekalkan cinta itu sebagai fitrah dan jangan tukarkan ia menjadi fitnah =).
Prokiyai cakap per?: SubhanAllah, Prokiyai tak komen paper... InsyaAllah minta kita ditemukan dengan cinta yang mendapat redha Allah. :)
salam. GREAT info! I'm so gonna make napi read this. hehe;) so, do u have one?
ReplyDelete