Sunday, August 09, 2009

Terhijab Pandangan dek Jerebu

















Terhijab Pandangan dek Jerebu

Assalamu’alaikum wr. wb kepada pengunjung baru dan veteran, . Post terbaru? Sekeping gambar yang mungkin menjadi jawapan teka-teki antum semua tentang fenomena jerebu yang melanda Bandar Kuching, Samarahan dan Bandar yang sama waktu dengannya. Perjalanan PROKIYAI ke daerah tercinta Asajaya disambut oleh kepulan-kepulan asap di tepi jalan. Kesan perbuatan penduduk setempat yang mengambil langkah cepat untuk mematikan rumput. Asajaya subur dengan tanah gambut dan hasil bumi tanaman komoditi terutama sekali nanas. Ana tak suka nanas, setiap kali beli rojak , mesti bagi warning jangan letak nanas. Sampai sekarang tak gemar nanas. Apa-apapun, fenomena jerebu yang mencemar ruang udara kita MUNGKIN berpunca daripada situasi dalam gambar tu. Satu lagi, ana dapat berita yang kilang tayar getah kat Samarahan mengalami kebakaran besar-besaran. Sangat besar sehingga mengambil masa tiga hari untuk bara yang terakhir padam. Betul. Tak tipu. Nanti kalau ada kelapangan ana tangkap gambar medan musnah kebakaran tu ek. Bomba pun tak berdaya untuk memadamkan api kebakaran tu. Nak sure lagi, tanya kat orang Samarahan yang terdekat kat kelas antum. (Mencari siapa?). Samarahan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang lebih teruk daripada bandar Klang dan Kuching.

SABARlah wahai akhi wal ukhti, insyaAllah, dugaan ini hanya sementara dari Allah S.W.T. Takde pape pun kan kalau nak dibandingkan dengan sirah peperangan Rasulullah ataupun seksaan mendatang kat akhirat. Sesungguhnya ini adalah cubit manja untuk membentuk Qawiyyul Jismi. (Teringat shout out Skype yang mengatakan Kolej Perubatan mengalami water shortage dan diserang lebah .

Hari-hari EOB berakhir untuk pelajar perubatan. Tahniah in advance. Sesungguhnya kepengecutan yang paling BESAR adalah keengganan hati untuk berikhtiar mencuba. Lulus gagal itu adalah konsekuensi usaha antum. Kalau lulus, jangan lupa sujud syukur, kalau gagal pun sujud syukur selalu, Allah s.w.t. merencanai sesuatu yang lebih baik tanpa pengetahuan antum.

Mari tadabbur kitab Terulung sepanjang zaman, as-Syifa, an-Nur, AL-QURAN

Dalam surah yang menceritakan peristiwa kiamat, al-Waqiaah, Allah s.w.t merakamkan perkataan ASAP dalam ayat ke 43.

Bacalah wahai teman.

Azab atas golongan kiri dan tempelak untuk mereka

41. Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu?
42. Dalam (siksaan) angin yang amat panas, dan air panas yang mendidih,
43. dan dalam naungan asap yang hitam.
44. Tidak sejuk dan tidak menyenangkan.
45. Sesungguhnya mereka sebelum itu hidup bermewahan.
46. Dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar.


PROKIYAI menyeru kepada diri sendiri dan diri antum sekalian, janganlah kita tergolong dalam kategori golongan kiri yang dikisahkan dalam surah ini. Iaitu golongan yang hidup kaya-raya, bermewah-mewahan, diulit sofa empuk, dipacu kereta mewah, dijamu santapan menyelerakan. Boleh, kita boleh kaya. Tapi jangan sampai melupakan Allah, maut, dan insan-insan yang lebih menderita – ikhwah wal akhwat kat Palestin. Ingat tak, walaupun Khalifah Abu Bakar seorang ketua Negara selepas pemergian Rasulullah, dia memerah susu lembunya untuk diberikan kepada seorang janda yang susah di negaranya. SubhanAllah. Balasannya, asap hitam yang tidak sejuk, tidak pula menyenangkan. Semoga terbuka hijab yang menghalang semangat cinta kita pada ikhwah wal akhwat yang menderita dan sengsara. InsyaAllah.

1 comment:

  1. Jazakallah atas info yang bermanfaat..teruskan usaha berdakwah dengan blog antum..

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...