Tuesday, July 28, 2009

Tatkala ukhuwwah bertaut

Hasilan Prokiyai



24 Julai lalu ana diterbangkan oleh pesawat AK5213 ke Kuala Lumpur. Lama sungguh rasanya tidak menghirup udara di langit tinggi. Alhamdulillah izin Allah, terlaksana juga hasrat. 9.55pm panggilan terakhir untuk penumpang-penumpang pesawat, ana berasa sangat teruja (takdela sangat pon...). Sepanjang penerbangan ana melihat hamparan Kuching pada tirai malamnya. Subhanallah, kecilnya Kuching jika dibandingkan dengan ciptaan Allah di sekelilingnya. Kuching hanyalah setitik noktah di atas atlas ciptaan Allah. Penerbangan pada ketinggian 33, 000 kaki dari paras laut akhirnya berjaya membuatkan mata terlena.

"Sebentar lagi pesawat akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, para penumpang dikehendaki memakai tali pinggang keledar dan sila tegakkan tempat duduk"



Ana terbangun. Suara atendan kabin membuang renungan terus ke bawah, Kuala Lumpur di bawah! Oh. Ini rupanya Kuala Lumpur. Kite tengok macam mana...

12.30am ana berlegar di balai ketibaan domestik menunggu kedatangan ikhwah yang menjemput. Di sebelah kanan The Coffee Bean Shop, masih terbuka menunggu pelanggan. Maaf daku bukanlah pelangganmu... haha.

Akhirnya jam 1.30 am, akhi Raja Sham dan akhi Zainul Ariffin tiba dengan Iswara merah menjemput masuk. Magicnya Islam menyebabkan ukhuwwah terus tercipta. Subhanallah. Akhi Raja Sham dari UTP, akhi Zainul pun sama. Orangnya hampir2 serupa.

Musafir di bumi KL diteruskan dan meluncur laju melewati kawasan Sepang (ye ke) dan akhirnya berhenti di R&R untuk melegakan kemengantukkan.

Masjid Al-Falah USJ9 menyambut kehadiran tetamu Allah. Subhanallah indahnya kawasan dalamnya. Dinding diukir tampak dengan ayat-ayat Allah. Mujur makmumnya pun ramai. Alhamdulillah.

Paginya dimulakan dengan pengisian oleh ustaz Salleh Ilyas, atau nama sebenarnya Ustaz Nazrin (ana pun tak tau macam mana boleh tertukar jauh gitu). Pengisian bertajuk Al-Quran dan kita diselangi Kuiz yang mana madu menjadi ganjarannya. Madu!

Selepas itu, sesi ta'aruf dimulakan semula selepas pengisian 1. Ana antara yang terkena 'iqab kerana tidak mengenali ikhwah yang bernama Rizal. Manala aku kenal, orang datang jam 3.00 pagi... Tapi apa-apapun Alhamdulillah, Allah telah mengikat hati-hati kami dengan teguhnya. InsyaAllah.

Subhanallah. Allah memberikan ana peluang keemasan yang tidak terduga pada hari ini. Ikhwah-ikhwah dari Maahad Tahfiz Shah Alam telah dijemput untuk berkongsi sedikit ilmu berkaitan al-Quran, pemantapan tajwid dan hafazan. Ustaz Umar Abdul Aziz, orangnya hapir sebaya. Tahfiz 30 Juzuk al-Quran pada usia 10 tahun. Subhanallah, wajahnya mencerminkan peribadi. Akhlaknya membuatkan ana terpegun. Sesiapa yang berminat untuk menghubungi Madrasah Tahfiz Al-Quran Shah Alam, sila hubungi nombor berikut: 0172139937.

Petangnya dihidang aktiviti riadah yang santai, main Bola Cap. Hahaha. Boleh tahan letih. Ana sempat 'menembak' sorang mangsa sahaja. Oh.... :)

Malamnya, mas'ul program memberikan sedikit taujih untuk bekalan kami sebelum menempuh kembali alam IPT yang penuh mencabar.

Penerbangan balik tanpa di duga telah dilewwatkan. Bukan oleh Air Asia tetapi oleh kakak sendiri. Tiga tahun tidak berjumpa membuatkan dia sangat hiba bila mengucup dahi ana semasa menghantar ana balik Sarawak. Maaf buat kakak kerana tidak tinggal lama di rumah. Ingin, tetapi kuliah tetap menunggu di Sarawak.

Buat kawan2 yang menunggu, hanya roti gardenia yang sempat dicapai saat2 akhir di bumi Kuala Lumpur. Haha. Orang bernasib baik sahaja yang dapat makan roti yang ana telah beli. Ana teringat akh Raja Sham berkata, walaupun barang yang kamu bagi itu murah, tetapi 'status' itu yang penting, biarpun itu hanya sebuku roti, tetapi bukan roti yang biasa dimakan dan bukan dari orang yang biasa anda terima... hahaha (ape yang aku merepek ni)..

Okayla, ana takde satu pun gambar bersama ikhwah tersayang, harap akhi Zainul (jika terbaca) boleh mengemel sekeping @ lebih gambar. Uhibbukum fillah..

Thursday, July 23, 2009

Pemimpin


Assalamualaikum, Ibnusarha datang lagi hehhe macam deng dang la pulak..kali ini memandangkan pihak universiti saya tengah sibuk mencari pemimpin muda dan segala persatuan mahupun pertubuhan sedang sibuk merangka Annual General Meeting maka saya tertarik untuk menulis sepatah dua kata berkaitan kepimpinan yang saya lihat di sekitar kehidupan seharian saya di Sarawak ini

Nak kata tidak pernah memegang jawatan memang tipu la sebab sepanjang perjalanan hidupku ini penuh dengan tugas - tugas khas yang dilaksanakan. banyak juga yang dapat dipelajari daripada jawatan - jawatan yang pernah daku pegang. Namun apabila mula melangkah ke universiti malah sebelum ke universiti lagi iaitu di matrikulasi perspektif daku dalam bidang memegang jawatan ini telah sedikit berubah. Bak kata orang sekali air bah sekali pantai berubah.

Sejak menjejakkan kaki di UNIMAS ini daku mula memerhati atau mengkaji medan bak kata ikhwahlah. Daku lihat sana, lihat sini dan mula berfikir. Satu yang menarik mungkin untuk kita sama - sama lihat dan fikirkan adalah pada satu ketika kami di UNIMAS akan mengadakan satu mesyuarat khas yang akan melantik satu jawatankuasa untuk memimpin para pelajar di fakulti kami. Jadi, kami ini telah dinasihati untuk bersama - sama bertanding untuk jawatan - jawatan mahal yang tertinggi untuk kita PROTECT our Religion katanya. Nanti kalau buat program kita leh la bagi nasihat kepada non muslim how to behave and how to conduct with present of muslim. inilah yang di jadikan alasan untuk sama - sama yang beragama Islam ini untuk mendapatkan jawatan sehinggakan pelbagai konflik berlaku nasib baik tak ade yang coco crunch heheh.

Tetapi natijah yang diperoleh berbeza malah banyak pertikaian dan permasalahan lain pula berlaku setelah yang muslim - muslim ini menang. Ada nilai Islam yang terjaga dan ada juga yang ditoleransikan. Jadi sedikat pergolakan tetap berlaku. Satu lagi perkara adalah setiap yang memegang jawatan hebat berhujah jika ditanya apa sebenarnya berlaku. Namun, semasa meeting mereka senyap dan tidak mahu menjadi orang yang menytakan usul. Nak jadi penyokong usul boleh la. Jadi ini yang terjadi.



Tanggungjawab adalah satu yang sanggat penting dan apatah lagi kalau kita memikul amanah. Jadi sekadar nasihat yang tidak berapa kepada semua pemimpin yang akan baru dilantik, daku ingin MENCABAR untuk laksanakan segala yang terbaik dan jangan sesekali kita seperti hangat - hangat tahi ayam dan insyaALLAH ikhlaskan niat dan berbuatlah demi Dia. insyaALLAH jika tiada masalah daku akan senantiasa berada dibelakang mahupun barisan hadapan mengikut arahan yang dikehendaki. Jadi, jangan sampai agama tergadai dimasa kita memangang tampuk tersebuat.

Sebagai penutup cerita. Saya dan ayah amat minat dalam melihat drama mahupun cerita yang memaparkan kegemilangan kerajaan MAHARAJA CHINA dan kehebatan mereka dalam kung fu. Satu yang menarik dalam semua raja - raja china ini adalah semasa mereka memegang tampuk mereka akan senantiasa memotivasikan diri untuk terus menjadi yang terbaik dan jangan Sekali - kali kerajaan yang dipimpin jatuh ke era yang teruk semasa mereka yang memagang kerana nanti mereka takut untuk menjawab kepada nenek moyang mereka. Jadi kepada yang berikrar untuk menruskan urusan yang amat sukar ini, urusan dalam menguruskan orang ramai maka teguhkan iman dan jangan sekali - kali putus asa.

Tuesday, July 21, 2009

Aku tetap aku

Nukilan IBNUSARHA
assalamualaikum, jazakallah khair atas segala komen yang membina dari rakan blogger sekalian pada entri yang lepas. Benar kata seseorang yang persekitaran tetap persekitaran maka ia tidak akan sama sekali dapat diubah. Yang hanya boleh berubah adalah diri kita sendiri.

Alhamdulillah, masyarakat UNIMAS sudah makin berlumba mencari kebaikan. Mungkin ada yang dapat melihat keadaan ini dan mungkin juga yang hanya merasakan bahawa UNIMAS adalah UNIMAS. Namun, cabaran perlumbaan mengejar kebaikan semakin sengit. Kepada semua Al - akh wa Ukhti selamat berjuang konsistenkan diri, think positive and keep up doing till the last drop of our blood. InsyaALLAH yang kita kejar hanya mardotillah dan sama - sama ana seru kita perbetulkan niat lantas mengkonsistenkan mutabaah dan jangan sesekali lupa mohon ALLAH permudahkan dan menyuburkan lagi bumi UNIMAS insyaALLAH.

Kepada sesiapa yang mengenali daku, daku memohon maaf atas segala yang telah daku lakukan. Diri ini senantiasa bergelumang dengan dosa dan kesalahan, jika kalian memerhati daku ini lemah dan bermasalah jangan tunggu lama - lama tegurlah saya insyaALLAH daku cuba menerimanya dengan baik. Rakan - rakan sekalian jazakallah kerana membantu daku dalam melayari bahtera hidup ini. Ya ALLAH pemudahkan urusan seluruh rakanku dan daku jua.


Saturday, July 18, 2009

Aku dan aku

IBNUSARHA
Assalamualaikum, hari ni hari yang mungkin baik dan mungkin satu hari yang amat mengecewakan dan memusnahkan iman yang dibina. Apa yang terjadi ya? Hanya dia dan aku yang tahu bak kata orang "everyone have their own privcy".

Entahlah hari ini ada orang kata aku ni garang, marah tak bertempat, emo....sejak kecil lagi aku rasa perangai ini develop tapi i'll try my best to reduce it but still ada juak yang menegur kamik ini garang. Sebabkan garang orang tidak mahu berkata - kata dengan kita hanya kerana takut nanti disergah dan di marahi. Entahlah. Balik rumah masuk bilik tido, keluar makan naik kete kuliah masuk bilik tido. macam gitu je la kerja harian. Nak bersembang ada yang nak sembang kita sembang ada yang tidak maka tidak lah.

Duduk serumah pun sepatah ditanya di balas sepatah pabila kita stress baru nak bersembang kan kena marah. pastu mula takut hendak berkata kata. Mungkin kena senyap je la kot. Bila di tanya ke mana bermain main. Bila kita hendak berseloroh maka dia mula hendak serius. privacy manusia hanya manusia yang tahu. entah la....afwan jika tak paham penulisanku ini...this is my privacy....

Tuesday, July 14, 2009

Money-Duit-Bì


PTPTN – JPA – SPANS …

(Posted by Prokiyai)


Kita pun dah almaklum yang biasiswa@pinjaman sekarang mula menyusup masuk ke dalam bank antum semua. Apa plan seterusnya? Menurut kajian tak rasmi setelah ana bertanya kepada beberapa orang calon secara rawak, kebanyakkannya macam nilah…


@ tukar handphone walaupun handphone lama masih belum bercalar

@ nak tukar laptop sebab dah mula lagging

@ nak belanja beli baju untuk kuliah sem baru?

@ nak makan sampai senak perut? Astaghfirullahal’azim…

@ nak buat bayar muka loan kereta?

@ nak bagi ayah emak rasa duit biasiswa? Alhamdulillah…

@ travelling? Baik2, H1N1 is rising…

@ apa-apa ja lah..

Tapi yang penting amalkan sifat Qanaah bila nak berbelanja…

Dan ingat-ingat sikit untuk infakkan ke jalan yang boleh membangunkan Ad-Din.

Ni ada sedikit artikel yang ana petik dari blog “Cahaya Hidayah” berkenaan dengan Qanaah.

QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.

Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti. Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu mengurus urusan dunianya dengan qanaah, urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”

Allah berfirman yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amal salih, baik lelaki, mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (Surah al-Nahl, ayat 97)

Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qanaah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ulama sudah mengemukakan beberapa cara untuk memiliki sifat mulia ini antara lain ialah pertama, berjimat dalam perbelanjaan dan merancang perbelanjaan. Kedua, percaya bahawa dengan qanaah mendatang kemuliaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila seseorang itu bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya, maka dia tidak akan bersifat bakhil dan kedekut menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Tegasnya, dia menjadi seorang yang pemurah dalam masyarakatnya.

Dalam sejarah umat Islam, tercatat beberapa kisah mereka yang murah hati antaranya, diceritakan bahawa Abdullah bin `Amir membeli sebuah rumah kedai daripada Khalid bin `Uqbah dengan harga 90,000 dirham.

Tiba-tiba pada malam itu, dia mendengar anak isteri Khalid menangis. Lalu dia bertanya kepada isterinya: “Apa hal mereka itu?” Kemudian dia diberitahu bahawa mereka menangis kerana rumah mereka yang dijual.

Lantas Abdullah berkata kepada pembantunya: “Pergi dan suruh mereka datang ke sini.” Selepas mereka datang lalu dia terus menyatakan bahawa ambillah rumah itu kembali dan duit itu juga untuk kamu.

Dalam situasi dan ekonomi yang dihadapi umat manusia hari ini, alangkah beruntungnya umat Islam yang mendapat bimbingan daripada ajaran agamanya yang suci supaya tidak mengurus urusan dunia ini dengan kacamata keinginan nafsu semata-mata sebaliknya menjadi pengguna yang bijak , berhemat dan tidak tamak. Jadikanlah sifat qanaah yang mulia ini sebagai senjata untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup dunia sementara ini.

Anda juga mungkin meminati...