Monday, August 31, 2009

Iftar Perdana @ Cempaka

Assalamu'alaikum wr wb. Minggu ini (Jumaat, 07 Ramadhan 1430H) ana berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa atau lebih Sarawakive, sungkei yang diadakan di Kolej Cempaka. Ramai jugakla yang hadir, mengikut statistik tak rasmi, 34 orang. Tahniah kepada yang berjaya hadir. InsyaAllah, mulanya tautan persaudaraan.

Menunya dicater, Nasi Briyani. Morehnya ditaja, Kek Lapis Sarawak.

Seperti biasa, makan dengan talam. Sedap Alhamdulillah.


Group akhie Mun'aim, berkopiah paling bawah. Afwan muka tak kelihatan.

Group akhie Azrin, berkopiah hitam berbaju biru.


Akhie Naqib dan Najihah (anak akhie Aizam). Najihah dah berbau nasi briyani, sebab satu butir masuk ke mulut, 10 butir jatuh ke bumi.


Jemputan khas, ikhwah IPGMKBL (kiri-akhie Baihaqi, akhie Rozainizam, akhie Abdul Gafar, akhie Sharif) Terima kasih kerana memenuhi undangan :)

~Prokiyai~



Friday, August 21, 2009

Jom dengar: Ustadz Muhammad Afifuddin

Ahlan ya Syahru Ramadhan.
















Lai Chee Kang, ABC untuk bersahur? :)


Assalamu'alaikum wr wb.

Jom dengar ceramah dari Ustadz Muhammad Afifuddin tentang puasa.
Sekali sekala kita mendengar melalui blog, menarik jugak kan?

Salin dan tampal URL ni.

http://www.esnips.com/doc/ea4471ae-a185-45fd-bf3e-3cc14de15899/Puasa-1-Muqodimmah,-sejarah-puasa-dalam-Islam.


Semoga beroleh ilmu, hiasi Ramadhan, suburi Iman.

~Prokiyai~

Sunday, August 16, 2009

Tahniah!

Apa lagi yang dinanti-nantikan oleh mahasiswa-mahasiswi selain daripada bergelar graduan. Tahniah buat ikhwah yang tersayang.

Kiri- Akhi Mun'aim (Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan) , Akhi Abdul Gafar (Sains Pengurusan Sumber Tumbuhan), Akhi Amiruddin (Bioteknologi Sumber), Akhi Azrin (Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan)



















Antumlah permata yang dicari
























Menyinari ukhuwah, menyubur iman























Telah tertulis suratan antum telah berkonvo hari ini. SubhanAllah. Tahniah banyak-banyak! Semoga barokah selepasnya.



~Prokiyai~

Saturday, August 15, 2009

The Tea-C-Peng Jaulah

Lidah adalah pemberian Allah s.w.t, seperti mana firmannya:


90: 8 Bukankah Kami telah memberikan kepadanya dua buah mata,


90: 9 Lidah dan dua buah bibir.


Jom kita test ni’mat yang Allah berikan ini, dengan tujuan kita berfikir lantas berzikir kepada Allah s.w.t walaupun dengan hanya secawan Teh-C-Peng. Tapi bagaimana wahai sahabat? Ana amat menggemari tea-c-peng, sebab rasanya yang segar di awalan, dan lemak di penghujung. Apatah lagi kalau tehnya coklat pekat, rasa pahit-pahit manjanya membuatkan tea-c-peng berbeza dari yang lain. Meskipun ada yang lebih baik daripada tea-c-peng, iaitu tea-c-peng special, tapi kemewahan rasa tea-c-peng special meneggelamkan karakter teh asli itu tersendiri. Tapi kalau teh-c-peng, alunan susunya senada dengan kesegaran teh. Faham tak? Inila bahasa sastera yang ana belajar dari seorang ikhwah. Kalau nak dibandingkan, kopi juga mempunyai karakter rasanya yang tegas dan tersendiri, dan ana tak berapa minat kopi. Horlick pulak terlalu tumpul dan lemak rasanya, hingga kalau minum buat kali kedua boleh vomit. Tapi Horlick ada keistimewaan kalau pembancuhnya tahu – jangan kacau horlick setelah diletak air dan ais. Sebab ketulan horlick yang terenap di dasar cawan sedap sokmo. (Boikotlah apa yang telah difatwakan) SubhanAllah. Kurniaan Allah tiada siapa yang dapat menandingi. Awal hingga akhir zaman.



Lantas ana diberikan ilham untuk memulakan “The Tea-C-Peng Jaulah”. Jaulah ini untuk mencari dan menobatkan Tea-C-Peng yang terbaik melalui order setiap kali ana singgah di mana-mana gerai@restoran.



















Tempat ke-5, Tea-C-Peng Sara Corner, Satok.























Tempat ke-4, Tea-C-Peng Kedai Sebelah jual mi Kolok (ana tak tau nama), Satok jugak.























Tempat ke-3, Tea-C-Peng Warong 2000, Desa Ilmu Kota Samarahan.






















Tempat ke-2, Tea-C-Peng di Selera Pinang Jawa, Gita.























Johan, Tea-C-Peng yang dijual di Sri Tanjong, Level 5 Medan Selera Saujana, Kuching Center.





Tahniah. Takder hadiah yer untuk yang menang! Tapi itula. Walaupun nama dia sama masa kita order "Tea-C-Peng satu!", tapi saat zarah TCP menyentuh tunas rasa di lidah, baru kita tahu betapa Maha Kayanya Allah dengan nikmat. Nikmat rasa yang diberikan kepada manusia. SubhanAllah Tea-C-Peng, Allah membuatkan kau berjaya membuat aku berzikir kepadaNya.

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali



















PROKIYAI


~Al-Fatihah~

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Monday, August 10, 2009

Jom Jaulah ke Asajaya

Assalamu'alaikum wr. wb. Jazakumullah kepada pelawat yang singgah, sama ada yang memang nak tengok ape cite terbaru kat al-Insan @ pun yang buka link kat blog kawan, @pun yang terklik result salah search :). Apa-apapun, layang pandang antum amat dihargai kerana antara penyumbang angka pelawat al-Insan.

InsyaAllah, entri kali ni sekadar melengkapkan jaulah ana ke daerah ana lahir dan membesar, Daerah Kecil Asajaya, bahagian Samarahan.

Perjalanan yang mengambil masa satu hari, jika antum berjalan, dan hanya 30 minit jika memecut dengan motosikal dari UNIMAS kampus induk @ 1 jam 15 minit dari Kolej Perubatan.

Tambang RM10 dari stesen van sewa depan Electra House. Guna minyak dalam RM2.50 ja.

Asajaya bumi bertuah. Jom selongkar sikit.

Kalau antum bertuah, boleh naik feri FREE, tapi kalau air surut, naik sampan kolek je la, tapi kena caj pulak, RM2.00.

Naik sampan ni bahaya banyak, sebab takder jaket keselamatan, nak masukkan moto dalam sampan satu hal, nak imbang lagi satu hal.

Oleh hal yang demikian, amalkanlah doa yang dianjurkan ini. Ingat! Jangan sesekali menidakkan untuk berzikrullah.

بسم الله الرحمن الرحيم

سُبْحَانَ الذِيْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ(11 )

وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ (12 ) سورة الزخرف

Ertinya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami , sedangkan kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah , kami akan kembali !


SubhanAllah. Indahnya Islam, setiap inci gerak geri disertai zikrullah.


Menaiki sampan merupakan aktiviti yang sangat "menyeronokkan" :)


















Mimbar tersergam di mihrab utama.



















Bahagian dalam masjid an-Najah diserikan dengan cermin kaca berwarna.





















Masjid darul Ehsan, Kampung Serpan Laut
(baru dicat)

~11.00 pm 10.08.09. Hujan rahmat baru turun membasahi bumi yang kering dan panas dengan jerebu. Dalam masa yang sama, Pak cik ana
bertarung nyawa di ICU SGH. Kami sekeluarga mengharapkan hela nafasnya kembali seperti biasa. Semoga Allah s.w.t memberikan ruang untuknya bertemu dengan anak-anaknya yang merinduinya. Rahmat Allah bersama-sama dengannya.~

Sunday, August 09, 2009

Terhijab Pandangan dek Jerebu

















Terhijab Pandangan dek Jerebu

Assalamu’alaikum wr. wb kepada pengunjung baru dan veteran, . Post terbaru? Sekeping gambar yang mungkin menjadi jawapan teka-teki antum semua tentang fenomena jerebu yang melanda Bandar Kuching, Samarahan dan Bandar yang sama waktu dengannya. Perjalanan PROKIYAI ke daerah tercinta Asajaya disambut oleh kepulan-kepulan asap di tepi jalan. Kesan perbuatan penduduk setempat yang mengambil langkah cepat untuk mematikan rumput. Asajaya subur dengan tanah gambut dan hasil bumi tanaman komoditi terutama sekali nanas. Ana tak suka nanas, setiap kali beli rojak , mesti bagi warning jangan letak nanas. Sampai sekarang tak gemar nanas. Apa-apapun, fenomena jerebu yang mencemar ruang udara kita MUNGKIN berpunca daripada situasi dalam gambar tu. Satu lagi, ana dapat berita yang kilang tayar getah kat Samarahan mengalami kebakaran besar-besaran. Sangat besar sehingga mengambil masa tiga hari untuk bara yang terakhir padam. Betul. Tak tipu. Nanti kalau ada kelapangan ana tangkap gambar medan musnah kebakaran tu ek. Bomba pun tak berdaya untuk memadamkan api kebakaran tu. Nak sure lagi, tanya kat orang Samarahan yang terdekat kat kelas antum. (Mencari siapa?). Samarahan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang lebih teruk daripada bandar Klang dan Kuching.

SABARlah wahai akhi wal ukhti, insyaAllah, dugaan ini hanya sementara dari Allah S.W.T. Takde pape pun kan kalau nak dibandingkan dengan sirah peperangan Rasulullah ataupun seksaan mendatang kat akhirat. Sesungguhnya ini adalah cubit manja untuk membentuk Qawiyyul Jismi. (Teringat shout out Skype yang mengatakan Kolej Perubatan mengalami water shortage dan diserang lebah .

Hari-hari EOB berakhir untuk pelajar perubatan. Tahniah in advance. Sesungguhnya kepengecutan yang paling BESAR adalah keengganan hati untuk berikhtiar mencuba. Lulus gagal itu adalah konsekuensi usaha antum. Kalau lulus, jangan lupa sujud syukur, kalau gagal pun sujud syukur selalu, Allah s.w.t. merencanai sesuatu yang lebih baik tanpa pengetahuan antum.

Mari tadabbur kitab Terulung sepanjang zaman, as-Syifa, an-Nur, AL-QURAN

Dalam surah yang menceritakan peristiwa kiamat, al-Waqiaah, Allah s.w.t merakamkan perkataan ASAP dalam ayat ke 43.

Bacalah wahai teman.

Azab atas golongan kiri dan tempelak untuk mereka

41. Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu?
42. Dalam (siksaan) angin yang amat panas, dan air panas yang mendidih,
43. dan dalam naungan asap yang hitam.
44. Tidak sejuk dan tidak menyenangkan.
45. Sesungguhnya mereka sebelum itu hidup bermewahan.
46. Dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar.


PROKIYAI menyeru kepada diri sendiri dan diri antum sekalian, janganlah kita tergolong dalam kategori golongan kiri yang dikisahkan dalam surah ini. Iaitu golongan yang hidup kaya-raya, bermewah-mewahan, diulit sofa empuk, dipacu kereta mewah, dijamu santapan menyelerakan. Boleh, kita boleh kaya. Tapi jangan sampai melupakan Allah, maut, dan insan-insan yang lebih menderita – ikhwah wal akhwat kat Palestin. Ingat tak, walaupun Khalifah Abu Bakar seorang ketua Negara selepas pemergian Rasulullah, dia memerah susu lembunya untuk diberikan kepada seorang janda yang susah di negaranya. SubhanAllah. Balasannya, asap hitam yang tidak sejuk, tidak pula menyenangkan. Semoga terbuka hijab yang menghalang semangat cinta kita pada ikhwah wal akhwat yang menderita dan sengsara. InsyaAllah.

The 25th niece
















‘Aisha Anushka, anak buah yang ke 25


CUCU JUBLI PERAK


Kepulangan PROKIYAI kali ini disambut renungan mata yang mengasyikkan oleh anak buah tersayang yang baru beberapa hari bernafas di bumi Allah s.w.t. SubhanAllah, comel sangat. Mendapat nama ‘Aisha Anushka, alkisahnya daripada nama penyanyi Arab yang terkenal. Ana tak kenal pun. J Tapi ana bangga nama ‘Aisha tetap terpahat. Isteri Rasulullah s.a.w. juga anak kesayangan Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Ayat-ayat Cinta karangan Habiburahman el-Shirazy pun guna nama ‘Aisha kan? Anak buah yang ke-25 ni merupakan yang teristimewa kerana mendapat gelaran CUCU JUBLI PERAK. Abang ana yang kedua, menambah bilangan anaknya untuk kali kelima. Seronok dapat anak buah ramai, terutama sekali masa raya. Dari yang menguek, meniarap, berlari, yang baru pandai senyum, yang memanggil minta cebok, yang bertarik rambut dengan adik beradik yang lain, yang setia di tepi meja kek lapis, yang letak chewing gum kat kasut tetamu, yang bertumbuk berebut meriam buluh, yang buat walkathon kumpul duit raya, yang diarrhea eksesif air karbonat, macam-macamlah karenah. Susah nak dilayan semua. Antum mungkin mengalami perkara yang sama kan? Ana tak boleh bayangkan sunyinya hidup tanpa anak-anak buah. Asyik cakap pasal anak buah, anak kandung bila pulak kan? InsyaAllah.


Tadabbur penciptaan manusia, melengkapkan anekdot ana hari ini. Jangan sesekali menidakkan untuk berzikrullah. Setiap inci perubahan tetap disebabkan oleh Allah S.W.T.


Al-Hajj : 5

“Hai manusia,


jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur),


maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah,


kemudian dari setetes mani,


kemudian dari segumpal darah,


kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna,


agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim,


apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan,


kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi,


kemudian (dengan berangsur- angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan,


dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun,


supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya.


Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya,


hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.”


PROKIYAI mengucapkan segala puja dan puji hanya untuk Allah Maha Pencipta. Penciptaan yang cukup sempurna dan benar secara saintifiknya (Allah Maha Awal daripada penemuan saintifik J). Yakinlah akhi wal ukhti, Islam adalah agama dan manhaj hidup yang SEMPURNA. SubhanAllah. Jangan sesekali termakan dakyah ajaran lain. Teruskanlah istiqomah bernafas dalam Islam sehingga ruh kita dijemput untuk bertemu dengan-Nya. Jazakumullah kepada pelawat-pelawat sebelum ini. Bersama kita menjadi generasi rabbani yang dinanti-nantikan di akhir zaman. InsyaAllah.

Anda juga mungkin meminati...