Sunday, February 14, 2010

Doa Rabitah


"Berat sama dipikul ringan sama dijinjing"

Ya Allah,

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasiiMu,
Bertemu untuk mematuhiMu,
Bersatu memikul beban da'wahMu,
Hati-hati telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
Maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya,
Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu,
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

Amiin.

Pagi yang hujan di Surau Kolej Perubatan,
Rashid al-Shirfani


2 comments:

  1. ya ALLAH... terharunya ana tengok gambar tu

    ReplyDelete
  2. owh..siapakah ikhwah2 itu? xcam plak dari belakang

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...