Saturday, February 20, 2010

Tragedi 18 Februari

Assalamu'alaikum wbt.

Mungkin ikhwah wa akhwat mendapat sms ataupun panggilan daripada ikhwah Sarawak terutamanya ikhwah UNIMAS ataupun UiTM tentang berita kemalangan yang menimpa akhi Aizam, akhi Hafidz dan akhi Hisyam.

Benar, khabar itu memang benar.

Ana baru uploadkan kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira 30km dari bandaraya Kuching.

Akhi Firdaus melihat Kancil Hafidz ditarik lori tunda.



Kancil ditarik untuk dibawa ke bengkel di Sejingkat.




Keadaan dalam Kancil yang remuk.




Kehilangan hampir separuh bahagian kereta.



Toyota Corolla dari arah bertentangan turut remuk.




Pemandu Toyota Corolla melihat enjin keretanya yang remuk, namun dia selamat dalam kemalangan tersebut tanpa sedikit kecederaan pun.




Meluncur laju dari arah bertentangan dan cubaan untuk mengelak mendapan menyebabkan merempuh Kancil dalam sekelip mata.




Keadaan jalan raya yang licin salah satu faktor kemalangan.




Turut rosak dua papan tanda selekoh.




Boleh bayangkan kecederaan yang akhi Aizam alami?


Kereta kancil kami mengiringi dari belakang. Akh Hafidz mesej kami untuk menggunakan tali pinggang keledar kerana di hadapan ada sekatan jalan raya biasa. Mungkin itu hikmah adanya polis di situ. Kami semua menggunakan tali keledar.

Kira-kira 5 minit dari lokasi sekatan polis, kami melihat sebuah Toyota Corolla remuk dipinggir jalan.

"Eh itu macam kereta enta Danial." akhi Naqib seakan-akan berseloroh.

"Ya Allah, Hisyam!" Danial terkedu.

Ana tergamam.

Cepat-cepat kami parking kereta berhampiran lokasi. Hisyam keluar mencari cermin matanya dan terbaring terus di tanah kerana kesakitan.

Kereta remuk di bahagian pemandu! Aizam!

Hafidz cuba mengeluarkan diri dari kereta. Aizam tidak bergerak!

"uh... uh.." Aizam bernafas dengan kuat membuatkan Akhi Zai cemas. Mata Akhi Zai sudah berkaca-kaca.

"Minta air!" Ana mengoyakkan tisu dan membasahkannya dengan air botol, mengelap muka yang berlumuran darah. Luka akibat kaca cermin depan. Aizam berterusan beristighfar.

"Aizam, istighfar! Istigfar!" Arah Akhi Zai.

Kaki Aizam seolah-olah tersepit. Namun, setelah dikenalpasti, Aizam sempat mengangkat kakinya daripada tersepit.

Aizam cuba dikeluarkan dari kereta. Namun pintu gagal dibuka.

Aizam ditarik dari pintu belakang. Mengerang kesakitan!

Danial memacu Kancilnya menuju Hospital Bau, kira-kira 7KM dari lokasi.

Hanif memeluk Aizam yang berlumuran darah.

"Kita dari mana, kita nak ke mana?, Ikhwah lain macam mana?" Tanya Aizam sepanjang perjalanan berulang-ulang. Hanif seakan-akan jemu menjawab mungkin bimbang melihat keadaan Aizam yang sangat lemah.

Akhi Hafidz retak tulang tangan kanan dan terus dipasang simen.

Sampai di Hospital Bau.

Aizam dipindahkan ke Unit Kecemasan dan Trauma.

Sebuah ambulans disediakan untuk membawa Aizam ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.

Mujurlah Aizam tidak mengalami apa-apa kecederaan serius di kepala ataupun organ penting yang lain. Cuma tulang pahanya yang patah.

19 Feb 2009, Aizam menjalani pembedahan memasang skru di tulang pahanya.

Alhamdulillah keadaannya sekarang stabil. Sesiapa yang ingin menziarahinya, bolehlah mengarah ke katil 17, Wad Ortopedik, Aras 6, Hospital Umum Sarawak.

Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan nyawa hambaNya,

Rashid al-Shirfani
Sg Maong

2 comments:

  1. Ya allah. Inalillah. ana ingatkan kemalangan biasa. Ya Allah. Harap2 semuanya selamat.

    ReplyDelete
  2. Salam

    akhi yang ana rindui, betapa terkejutnya ana setelah mendengar perkhabaran ini. Apatah lagi selepas menatap gambar yang dikongsikan ketika kemalangan ini terjadi.

    Moga kalian terus tabah, diberi keampunan, rahmat dan diangkat derjat kemuliaan disisiNya.

    Betapa sayunya hati kerna hanya mampu melihat dan tak mampu berbuat apa-apa kala ini.

    Hanya doa yang terdaya ku kirim tanda rabitah hati. Air mata sudah kering tak mampu lagi menitis.

    Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala hikmah ini..

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...