Dari Atha bin Abi Rabah, nya madah, Ibnu Abbas madah ke kamek,"Maok sik kitak kamek madah kitak seorang ompuan penghuni syurga?"Kamek madah, "Maok"Nya madah, "Ompuan itam ya lah nok datang ngagak Nabi saw alu nya madah, 'Kamek ada sakit sawan, mun kaek atang sawan, aurat kamek tebukak. Minta Nabi saw doa minta Allah ngubat kamek.'Nabi madah, "Mun kitak maok, kitak sabar jak, dan syurga untuk kitak, mun kitak maok, kamek akan doa pake kitak minta-minta Allah nyembuh kitak."Ompuan ya madah, "Kamek pilih bersabar." Alu nya madah agik, mun kamek diserang sawan, alu aurat kamek tebukak, mintak kitak doakan supaya aurat kamek sik tebukak."Alu nabi pun ndoa pake ompuan ya.HR. Bukhari dan Muslim.
Tuesday, April 27, 2010
Wanita Penghuni Syurga
Feri dah berhenti la...
Wednesday, April 14, 2010
Ikhwahku Berpesan III
ikhwahku Berpesan II
Ikhwahku Berpesan
Tuesday, April 13, 2010
Mesej Masuk
R306 bergetar tiga kali. Mesej masuk.
Akum cdan.. kakak minta maaf k, kakak tau kamu x selesa sebab kakak selalu tepuk blakang kamu... maaf eh..
Oh. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak entry sebelum ini memberi manfaat kepada manusia sekeliling. Walaupun kita tahu bi'ah pembelajaran di fakulti sebuah universiti ini kurang Islamik.
Sangat mudah,
Manusia ada 2 sebab dia terbuat dosa, Syubhat atau Syahwat. Syubhat maksudnya dia melakukan sesuatu tu tanpa dia mengetahui ianya salah ataupun ia merasakan ragu-ragu. Syahwat ni dia dah tahu, cuma kehendak jiwanya yang tak terkawal menyebabkan saraf eferennya menggerakkan skil motor yang salah. Bukan nak cerita apa sebenarnya, kadang-kadang kita tenggelam dalam arus Syahwat dalam bergaul, bagi yang non-muslim, mungkin kita boleh pertimbangkan mereka dalam kategori Syubhat, sebab mereka tak arif lagi. Sudah semestinya menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim/muslimah untuk menjadikan mereka sedar, takkan nak tunggu mereka membaca kitab fikh ikhtilat kot.
Buat kakak itu,Alhamdulillah Allah masih memperingatkan kita. Itu tanda kasih Allah sebenarnya. Islam menginginkan suasana pergaulan yang terjaga. Namun banyak orang melabelkan itu sebagai jumud, termasuklah muslim/muslimin sendiri. Katanya trend sekarang kalau berjumpa kena berlaga-laga, tak kisah lelaki perempuan. Islam masih ada dihati kakak, harapnya dijaga dan dibajai dengan lebih prihatin. Saya tahu, keliling kakak ada sahabiah yang solehah belaka. Mintalah tunjuk ajar agar suatu hari nanti kakak menemukan manisnya Islam dalam menata kehidupan seorang muslimah. Tiada istilah tua, atau terlambat untuk berubah. Buat sahabiah kakak, teruskan memandu kakak ke jalan yang lurus.
Saya tidak pasti sama ada kakak akan tergelak membaca nasihat ini. Tapi inilah yang diinginkan seorang muslim untuk melihat izzah agamanya tertegak kembali.
Pemilik R306 yang bergetar 3 kali,
Rashid al-Shirfani
New Maong River, KCH.
Tarbiyyah Umpama Petrol
Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan. Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene, ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV. Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api. Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98. Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan enjin seterusnya menggerakkan kereta.
Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98.
Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin, petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu. Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting. Maka, untuk setiap perjalanan, tangki petrol perlu sentiasa diisi.
Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak selagi mana petrol cukup. Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan kerja lantas membantutkan perjalanan. Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati. Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki. Ia tidak semudah memulas punat kunci. Sedikit isipadu petrol perlu dimasukkan ke dalam enjin. Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.
Sebab itulah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan. Lebih jauh dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan. Bekalan perlu sentiasa cukup. Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki. Bekalan yang baru akan menampung perjalanan seterusnya.
Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat. Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosaklah kereta. Perjalanan terus terhenti. Kena singgah bengkel untuk baiki enjin. Kereta Kancil tersadai 2-3 hari. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.
Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah
Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini. Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi. Demikian kaitannya dengan petrol RON 98. Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.
Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.
Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama. Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.
Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.
Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?
Rashid al-Shirfani
Monday, April 12, 2010
Ikhtilat?
Hati hampir berputus asa mencari case study report yang ditelan lautan nota kuliah. Khamis ni dah nak present kat pensyarah. Tinggal besok dan lusa lagi. Nampaknya kena sujud kat Allah dulu, pesan ikhwah dalam solat itulah segala-galanya akan terimbas kembali, peristiwa seminggu pun boleh tersinopsis.
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran. Situasi ini amat relevan dengan ana sebagai pelajar Nursing yang mana rata-rata pelajarnya adalah perempuan. Pelajar lelaki tak banyak, memang boleh dihitung dengan jari.
Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam > Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi. > Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. > Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan. > Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat. > Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
Bila sebut hal ikhtilat ni, mungkin ramai yang memandang remeh. Zaman moden sekarang ni, tak memandang dah soal-soal sebegini. Maklumlah, diliberalkan Islam sekarang ni. Jika ada suara yang menyekat apa jua bentuk ikhtilat yang dilarang Islam, dikatakan jumud dan konservatif. Aku sentuh hang, hang sentuh aku adalah perkara biasa yang menambahkan lagi kecerian belajar.
Bila penat belajar, pergi ke kafe bersama-sama. Mungkin makan bersama ni, menambahkan lagi kekenyangan perut. Senario keluar siang dan malam berdua-duaan sudah menjadi perkara biasa di kampus. Tak ceria kampus kalau tak ada istilah 'couple'. Semua sedia maklum, Allah berfirman di dalam al Quran sekira-kira maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Israaa : 32)
Kawan-kawan, salah satu agenda kuffar untuk merosakkan Islam itu, ialah memusnahkan pemuda-pemudi Islam. Bila rosaknya pemuda-pemudi Islam, dalam tempoh masa mendatang akan memincangkan masyarakat Islam. Salah satunya ialah menyuntik virus pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa sepadan Iman dan Taqwa. Bila dah bebas, yang selalu meransangkan dan menghangatkan lagi kegersangan jiwa pemuda-pemudi ialah syaitan. Maka, berlakulah apa yang tak sepatutnya berlaku.
Islam menutup apa jua jalan untuk menuju kepada perzinaan. Ayat ini, hendaklah selalu kita dengarkan kepada pemuda-pemudi sekarang, agar selalu memperingati akan peringatan Allah SWT.
Kalendar pengajian dunia kampus musim baru akan bermula lagi bulan 7 ini. Pelajar-pelajar baru akan memasuki alam IPT, alam yang penuh dengan cabaran zahir dan batin. Oleh yang sedemikian, marilah kita pagari diri kita dengan keimanan dan ketaqwaan. Moga-moga kita mampu mengawal diri.
Hamba Allah yang baik, antaranya adalah selalu menginsafi diri. Silap langkah dalam kehidupan, kembali kepada jalan hidayah. Istigfar selalu. Manusia yang jauh dari hidayah Allah, bila melakukan dosa tak merasai titik hitam di hati. Hamba Allah yang disukaiNya, bila lakukan dosa kembali bertaubat.
Menyambung pencarian itu,
Rashid al-Shirfani
No. 9, New Maong River
Anda juga mungkin meminati...
-
"lmbt lg ke akh" "?, lambat ape akh?" "ana puas refresh page ttt tggu entry baru" ...
-
Alhamdulillah, selesai sudah ibadah puasa maka datang pula hari kemenangan 1 Syawal. Takbir bergema, tahmid bermain dibibir. Daku pula d...
-
Satu soalan aku lontarkan kepada anak-anak Halaqah Pakya yang aku bawa buat kali kedua, kerana Pakya sedang berjihad menuju peperiksaan-pepe...
-
Apa yang boleh dikata dalam minggu ini. Anhedonia telah menguasai diri. Makanan tak sedap, beli-belah tak seronok, tidur kurang puas, FB pun...
-
Al Muntalaq karangan Abu Ammar, dalam bab kedua belas, perenggan yang pertama, banyak menceritakan tentang kesibukan seorang daie sehinggak...
-
Apabila hati diberikan makanan dengan zikir, diberikan minum dengan takafur dan dibersihkan dari kerosakan, maka dia akan melihat keajaiban ...