Tuesday, January 11, 2011

Awan + Angin = ?

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Artist: Sudirman

Hari ni rasa nak nyanyi lagu ni je. Selang beberapa minit hujan berenti pasti akan kembali turun dengan lebat mahupun renyai – renyai. Hari ini hujan lebat membasahi bumi sibu, kawan – kawan yang sedang menduduki peperiksaan akhir posting Sakit Puan dan Perbindanan (O&G) ada yang mula resah. Resah sebab apa ya?

WALAU JAUH NAMUN BERITA TETAP SAMPAI!

Pagi tadi, seperti biasa sebelum ke Post Call Round di hospital Sibu daku selalu membuka laptop dan melayari internet untuk melihat apa yang terjadi malam tadi dan berita yang baru diupdate oleh berita altenatif mahupun arus perdana. Langsung terus melihat rakan – rakan yang online di gtalk dan skype. Tak sangka akh Syirfani online dan seperti biasa bila nampak ikhwah online walaupun statusnya idle daku akan memulakan memberi salam. Semangat beliau bangun dan online awal! Katanya semalam lewat habis halaqahnya. Lama juga daku tak bergadang disebabkan halaqah hehe. Beliau berharap tidak mengantuk di kuliah nanti. Kepada akh syirfani: mengantuk tak tadi? Beliau juga sempat berkongsi tabiat murabbiku yang akan mendengar lagu dipagi hari, lagu motivasi katanya. Pagi tadi beliau kongsikan lagu Ibu.

Semasa dalam kereta menuju Hospital Sibu daku dan rakan serumah yang bersama dalam kereta mendengar telatah radio Sarawak fm. Awal – awal mendengar adalah penyampaian ramalan kaji cuaca. Pertama kali mendengar seorang penyampai yang agak kekok dalam menyampaikan ramalan kaji cuaca, mungkin pagi tadi di sejuk di basahi hujan.

Seusai ramalan si Peramal Kaji Cuaca di Sarawak FM disambung pula dengan hebahan radio yang mewar – warkan berkenaan perlu taat dan patuh pada arahan berpindah jika diarahkan kerana banjir, jangan main air dikala banjir kerana bahaya. Setelah itu 7.45 pagi bermula la slot berita keluarga. Pada daku yang berasal daripada negeri Dato Maharaja Lela, memang hanya pernah dengar bekenaan berita keluarga ini di Sarawak sahaja. Berita keluarga ni selalunya mewar – warkan berita kematian ahli keluarga kepada waris yang jauh di dalam negeri Sarawak ini. Syabas kepada Sarawak Fm kerana menwujudkan slot ini kerana dapat juga orang yang tinggal jauh tahu bekenaan keluarga mereka dan hebahan menjadi cepat. Tetapi, pagi ni slot berita keluarga dihubungi oleh seorang lelaki, “Abg, saya mok beritahu yang jalan ….dilimpahi air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan, maka kena guna jalan altenatif”, aik bila pulak berita keluarga jadi tempat cerita jalan tutup, teruk juga banjir nyer sambungku berseorangan dalam kereta sebelum keluar ke Wad Perubatan Hospital Sibu.

Tak sangka di Lot77 banjir juga. Setelah mereka bina bonggol besar kat depan fakulti rasanya dah tak pernah banjir but sekarang berlaku lagi. Daku dapat berita pelajar yang tingal diluar di bawa masuk ke fakulti dengan HILUX. Menarik juga.

Satu lagi berita yang agak lambat daku terima adalah sebuah kapal terbang Air Asia tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching(KIA). Innalillahiwainnailaihirojiun! Namun hanya 4 orang yang cedera ringan, itu yang dilaporkanlah. Asbab kemalangan ini, KIA ditutup. Pensyarah UNIMAS yang dijadualkan hadir ke Sibu pun ada yang tidak dapat hadir kerana penutupan KIA ini. Ni yang membimbangkan pelajar yang akan exam clinical esok. Moga examiner mereka dapat sampai tepat pada waktu dan tidak terjejas emosi mereka semasa mengendalikan exam nanti. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan, Amin.

IBRAH SANG H2O

Sepanjang hidup kita dibumi ALLAH ini, kita hidup adalah kerana limpah rahmat dan kasih sayang ALLAH semata – mata. Tanpa rahmat dan kasih ALLAH, kita pastinya tiada dibumi ini. Bak firman ALLAH dalam Surah Al Mulk ayat pertama:

Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ayat ini menceritakan hanya ALLAH yang berkuasa dan mentadbir alam dan isi alam ini. Makanya, setiap yang terjadi adalah atas Izin dan Kebijaksanaan ALLAH. Hujan yang turun adalah rahmat dari DIA.

Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. (7 Al – A’raf:57)

dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkan-Nya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal. ( Al – Jasyiah 45 : 5)

Dua Kalam Allah di atas adalah ayat yang mengambarkan bahawa Allah bijak mengatur segalanya. Diturunkan hujan untuk menghidupkan dan menyuburkan tanaman dan tumbuhan yang ada dimuka bumi ini. Jika kita belajar sains di sekolah rendah pun kita sudah dikenalkan dengan rantaian makanan dan siratan makanan. Apakah yang menjadi sumber atau benda pertama dalam rantaian atau siratan makanan ini?

Kedua – dua ayat diatas juga berakhir dengan kata – kata untuk kita berfikir. Fikir tentang kebesaran ALLAH dan seterusnya melihat kembali siapa kita dan siapa ALLAH. Dari sini baru kita tahu siapa tuan dan siapa hamba. Jangan sampai akal yang Allah berikan kita tidak dapat gunakan untuk mengambil pelajaran sehingga Allah turunkan bala untuk memberikan receptor rasa dan sakit kita pula yang mengantikan akal untuk baru kita belajar bahawa kita adalah HAMBA yang hanya layak menghambakan diri kepada ALLAH;

Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu. (surah Al – A’raf ayat 84)


JOM TAAT DAN BERSYUKUR PADA ALLAH!

Ibnusarha

11 Januari 2011

ILF UNIMAS SIBU

4 comments:

  1. Hmm... Itulah nikmat Allah... H20 buat manusia.. dengan H20 itu juga adalah tentera Allah untuk menghampuskan manusia yang Ingkar dan melanggar perintahNya..

    Akhi... Ada rindu angin selangor ni tak?.. tunggu awan sampai ke sibu ditiup angin selangor.. menitiskan hujan rindu dari awan setelah sang angin di selangor ini meiupnya ke sibu... (faham ke sastera ana ni?)

    ReplyDelete
  2. ana baru jer nak karang sebuah entry tentang Tarbiyah dari Hujan, sebuah bingkisan pengalaman dengan kuda biruku ke Samarahan beberapa hari ni. Huhu. Nampaknya sekarang Ibnusarha sudah ligat kembali kerkerya. Tahniah.

    Sentiasa menanti,
    RaS a.k.a MRE

    ReplyDelete
  3. apa hal keybooard library ni, bukan kerkerya, berkarya...

    ReplyDelete
  4. akh al - fateh, seringku tunggu deruan angin yang jauh merentas laut china selatan. Moga Allah senantiasa melebarkan lembayung rahmat dan kasih sayangnya pada anta. Semoga kesihatan yang baik sentiasa diperoleh demi menjalankan tugas di bumi ALLAH ini. Rindu padamu, rindu bersembang bersamamu, rindu menceritakan masalah anak halaqah sekolah bersamamu...(ikhwah lain jgn jeles lak...hehe)

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...