Wednesday, March 16, 2011

Hadiah dari Pak Usu

Cuti sekolah bermula. Dah pertengahan dah pun. Kakakku dan anak-anaknya (Hilmi, Khairi, Farah dan Hanis) balik bercuti ke Sarawak. Bapanya, En Aidi orang Jawa dari Klang tidak ikut sama balik kerana mengerjakan umrah bersama adik beradiknya.

Alhamdulillah, ada kesempatan ba'da subuh yang tenang ini, ingin menaip sesuatu tentang anak kisah anak buahku, sempat juga bersama-sama mereka walaupun hanya beberapa jam, Ahad dan Isnin yang lepas.

Mereka (kakakku dan anaknya dari Klang) bermalam di rumah kakakku di Taman Sri Wangi, meriah betul rasanya setelah hampir setahun tak berjumpa seperti itu. Ibu dan ayahku pun turut ada bersama-sama, yang baharu tiba dari kampung, tidak sabar mahu berjumpa dengan anak-anak kesayangan mereka, mereka dibawa oleh abang sulungku.

Aku juga di sana. Membawa si Dell putih untuk menghabiskan Literature Review yang bakal dihantar keesokkan harinya. Alhamdulillah, berkat bantuan kakak dan rakan, siap juga akhirnya.

Tatkla aku berkemas barang, mahu pulang ke rumah sewa, kakak sulungku berkata,

"Eh, tak payahla balik, kakakmu kan baru sampai dan nak bermalam di sini, tidurlah sekali di sini..."

"Oh, besok dah masuk wad semula kak, jam 7.00am dah kena ada kat wad"

"Ala.. lepas subuh balik lah..."

Aku selalu teringat, jika aku berkemas selepas subuh, aku selalu terlewat ke wad. Sebab itulah aku selalu solat subuh dengan uniform terus. Usai subuh, terus ke wad.

"Hm, ok kalau macam tu, Ujang balik baju dulu, kelengkapan yang lain, sekejap lagu Ujang datang lagi, k?"

"Ok. Eh, bawala sekali anak-anak buahmu ni, pakai kancil tu ha..."

Maka, bersoraklah anak-anak kakakku yang bertubuh gempal itu. Seronoknya bila diajak keluar, walaupun balik sebentar untuk mengambil baju.

Dalam perjalanan bersama Hilmi dan Khairi (anak kakakku kedua), serta Nazrin, (anak kakakku sulung), aku cuba mencari stesen radio IKIM. Ada, tapi tak berapa jelas.

"Cuba pasang lagu Arab ya, ada kaset putih..." cadang Nazrin.

Berkumandanglah lagu 'ta laal badru 'alaina'...

Lalu aku bertanya kepada anak-anak buahku,

"Sebab apa ya lagu ni ada?, Ingat tak peristiwa Rasulullah mana yang menyebabkan penduduk madinah menyanyikan lagu ini?"

Senyap.

Tak da jawapan.

Ok. Bergerak ke soalan yang lebih mudah.

"Rasulullah dulu berhijrah dari mana ke mana?"

"Mekah ke Syam!" Nazrin mencuba. Khairi melirih.

"Mekah ke Madinah la..." Khairi cuba memberikan jawapan yang betul.

"Kenapa mereka berhijrah?"

"Sebab apa mereka berhijrah?"

"Sebab orang Quraisy tak suka Rasulullah"

"Siapa lagi orang yang kuat menentang Rasulullah kat Mekah?"

"Abu Lahab, Abu Jahal"

"Lagi?"

"Abu Sufyan" Khairi nampak berpengetahuan. Abangnya Hilmi hanya terdiam di hadapan.

Menguji lagi.

"Siapa nama isteri Rasulullah ketika wahyu pertama diturunkan?"

"Siti Khadijah" Khairi tetap menjawab.

"Siapakah nama anak bongsu Rasulullah?"

Senyap.

"Mula dengan huruf F"

"Fatimah!!" Khairi tidak memberikan peluang langsung.

"Dia berkahwin dengan siapa?"

"Saidina Ali lah..." Khairi menjawab lagi.

Wah. Boleh tahan juga pengetahuan sirah budak ni. Namun kenapa abangnya diam sahaja? Aku cuba mencabar dengan soalan yang lebih susah.

"Apakah nama perang di mana Rasulullah membina parit?"

Senyap. Hahaha. Budak-budak berjaya ditundukkan oleh pak ciknya yang jahat ini.

"Perang khandaqlah..."

"O.. perang khandaq"

Sampai di rumah selepas mengambil baju, kami solat Isyak berjemaah.

"Hilmi, Khairi, Nazrin, ambil wuduk sekejap, kita solat bersama-sama ek"

Terus mereka berwuduk dan aku menunggu di bilik untuk solat.

Siap wuduk.

"Sorang iqomat"

Si abang mencuba, kerana si adik berkata dialah yang paling tua, dialah yang kena iqomat.

Hilmi mencuba, namun lafaz iqomatnya tak berapa betul. Aku mengulangi dengan lafaz yang
betul dan dia mengulanginya.

Takbiratul ihram. Aku membacakan surah al-Mulk setelah al-Fatihah. Aku terdengar bunyi ketawa. Ketawa. Ketawa.

Masuk rukuk barulah diam. Angkat balik untuk rakaat kedua, terdengar lagi bunyi ketawa.

Usai solat, aku terus berpaling ke belakang dan memberi salam. Mereka menjawab.

"Tahu tak tujuan kita solat? Kita sebenarnya sedang berkomunikasi dengan Allah, kita berhadapan dengan Allah. Kita nak minta sesuatu dengan Allah, kenapa kita boleh bergelak ketawa bila berhadapan dengan Allah? Kalau kat depan cikgu, senyap tak senyap?"

"Senyap" masing-masing menjawab.

"Dahtu, kenapa kat depan Allah asyik-asyik ketawa?" nadaku sedikit kesal. Namun tetap memujuk. Mereka tunduk. Aku melihat ke tepi. Ada hanger. Pintu ditutup rapat.

"Tangan..."

"Sssap! Ssap! Ssap!"

Hadiah dari Pak Usu kepada anak buahnya. Taklah kuat, slow je.

Si adik tersenyum bila melihat abang kena rotan. Nazrin pun sama. Aku hampir ketawa melihat muka mereka yang 'kesian' kena rotan. Kesian. Baru sehari datang Sarawak dah kena rotan. Haha. Perlu.

Selepas itu kami bersalam dan ketawa lagi. Ada masa serius, memang perlu tunjuk muka garang. Ada masa gembira, kena raikan mereka juga.

Di meja makan. Kakakku kedua ada sekali.

"Bagi tazkirah apa dengan mereka tadi?"

Senyap. Senyum. Kakakku melihat muka anak-anaknya. Aku tersenyum lagi.

"Hm.. kalau macam ni, tinggal lama-lama dengan usu pun tak per."

Aku mengerling anak-anaknya. Haha. Anak-anak buahku membalas kembali senyuman itu.

1/3 daripada ahli keluarga (Hilmi dan Khairi berpakaian kuning langsat)


Bersedia nak ke kelas,
Rashid al-Shirfani.

No comments:

Post a Comment

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...