Wednesday, September 26, 2012

Di Hujung Tanduk Graduasi

Walaupun taksiapa akan baca blog ini, tapi saya berharap suatu hari nanti saya akan tersenyum bila melihat hasil tulisan ketika dulunya berjiwa muda. (Harap blog ini tak di'ban' oleh blogspot)

Bagaimana ya perasaannya bila anda sudah habis belajar? Ya... rasanya seperti anda seekor merpati yang baru dilepaskan dari sangkar yang di dalamnya ada taman yang indah.

  Ok cukup.

Sebenarnya saya baru tiga bulan menamatkan kursus kejururawatan di UNIMAS. Sekarang ini menunggu untuk graduasi pada bulan 10 ini insyaAllah. Begitu sekejap rasanya dalam 'tarbiyah' degree kejururawatan. Alhamdulillah berjaya mengakhirinya dengan pointer yang boleh saya bawa untuk pendidikan yang lebih lanjut. Betul kawan-kawan, salah pilih rakan pada zaman pengajian akan mengheret semula dalam jahiliah. Tepat pilih rakan, kamu akan berjaya sampai bila-bila. Mujur saya ada kawan nama Muhamad Danial, dia banyak bimbing saya, motivate saya bila lesu dan paling best lap air mata saya bila saya menangis. True. He is my best friend. Dia akan faham bila saya ada masalah, dia tahu bila saya sembunyikan sesuatu, dia suka cambah bila saya ada idea baru. Alhamdulillah, Ya Allah terima kasih kerana bagi kawan best nih. Dia kawan usrah saya sejak hari pertama saya kenal usrah; inilah nilai yang tak boleh dicari jika tiada dalam tarbiyah. (Saya nak simpan sikit utk entri khas, hehe)

Saya tidak pernah sesal hidup saya selama 4 tahun saya tidak pernah ke MBO walaupun rakan serumah setiap kali hujung minggu akan ajak saya, siap nak belanja. Bukan sebab saya tak nak (eh, nak ke?), tapi begitulah Allah membantu menyusun hidup kita agar lurus di jalan-Nya. Saya bukan tak nak pergi MBO tapi, kerja-kerja dakwah lagi best. Tapi best tu kena asalnya dari faham. Faham tanggungjawab, faham tujuan hidup, faham caranya, faham manhaj, baru boleh bergerak dalam kampus dengan baik. Nak bagi faham tu tak cukup dengan usrah. Usrah masa tu bincang tentang isu akhlak, adab, dan kesedaran diri, tapi nak faham benda-benda tadi kena tambahkan dalam daurah, mabit, mukhaiyam, dan banyak lagi sarana tarbiah. Sepanjang 4 tahun tu, saya takpasti berapa hujung minggu saya yang free. Berapa peratus malam saya berada di rumah sewa, sehinggakan bila saya berada di rumah sewa pada waktu malam, kawan cina saya akan terkejut dan bertanya.

"Kenapa kamu ada di rumah malam ini, pelik!"

Sehinggakan dia pun faham terma usrah, PEMBINA, dan ISMA. But, thanks Foong bila saya membakar minyak tengah malam. Dia juga tahu saya takkan pergi MBO jadi cukup sekali dia pernah ajak. He.

Oh. Ada juga kawan-kawan pandang tarbiah ni perkara remeh dalam hidup. 

"Takda tarbiah pun takpa la, aku bekas pelajar skolah agama. Aku insyaAllah tetap baik walaupun kawan aku tak baik. Aku insyaAllah baik sebab aku rasa akhlakku pun dah cukup baik."

Tarbiyah bukan setakat menyentuh isu akhlak dan iman kamu. Ianya satu pembangunan jati diri yang menyeluruh. Mengangkat setiap aspek individu ke paksi Islam, sehingga kehidupannya berputar dalam paksi tersebut. He. Dapat imagine tak? Tarbiyah bukan setakat nak ajar macam mana nak salam laga pipi, tapi sebenarnya tebalkan pipimu berada di hadapan orang, tarbiyah bukan sekat nak ajar kamu macam mana nak excellent akademik tapi sebenarnya bagaimana akademik excel itu kamu boleh bawa Islam.

...akan bersambung

Pejabat ISMA,
Rashid al-Shirfani


Wednesday, September 19, 2012

Menulis Sebuah Formula

Al Muntalaq karangan Abu Ammar, dalam bab kedua belas, perenggan yang pertama, banyak menceritakan tentang kesibukan seorang daie sehinggakan dia tidak mampu untuk merakamkan kenangan tarbiah dan memoir dakwahnya. Cerita seorang daie adalah cerita terhebat dari banyak-banyak cerita indah di dunia. Cerita ini jika dirakamkan dalam bentuk penulisan, mampu menjadi suatu motivasi diri baik kepada daie ataupun yang pernah menerima sentuhan seorang daie.


Walaupun begitu, seorang daie jika dia berbicara dalam bahasa dakwahnya, mampu merumuskan apa yang dilaluinya dalam baris-baris ayat yang sangat kreatif dan mempunyai maksud yang dalam dan mampu menatijahkan senyuman jika pendengarnya faham. Formula itu hanya difahami oleh seorang daie. Saya ingin memetik antara bait kata seorang daie jika ditanya apakah tarbiah baginya?


"Tarbiah adalah susunan-susunan dan simpanan-simpanan memori yang bila dikenang mampu melahirkan ruh dakwah dan rasa ukhuwah yang indah"

Blogger-blogger TTT termasuk saya rasanya dah lama sangat tak menulis (sibuk sangat ke?). Namun selepas mendapat pencerahan daripada al-Muntalaq dalam usrah semalam, rasanya blogger TTT perlu lebih giat lagi menulis selepas ini. Walau sesibuk mana pun seorang daie, pengalaman manis rasanya sangat tidak layak untuk berada di status FB yang kekal hanya untuk beberapa saat, namun harus diantologikan, sebab dakwah sentiasa akan ada pelapis, dan mereka memerlukan penceritaan-penceritaan dari para daie yang lepas, supaya mereka dapat merumuskan satu formula baru yang hebat untuk dakwah.

Doakan saya agar menjadi lebih hebat dari bekas murabbi saya yang hebat menulis.


Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sarawak

Rashid al-Shirfani

Anda juga mungkin meminati...