Showing posts with label Idea Saduran. Show all posts
Showing posts with label Idea Saduran. Show all posts

Saturday, January 17, 2009

SMS dan Pesanan Khas Dari Pemimpin Hizbullah? Hukum Menyebar-luaskannya...




Oleh: Ibn Mustofa Dzul Riyhayn Bin Abd Wahab
Sumber: http://purify-educate.blogspot.com

Tahun baru masihi 2009 kali ini membuka tirainya dengan penuh duka dan luka. Rejim Zionis yahudi la’natullah telah melakukan tindakan bacul dan biadap tanpa perikemanusiaan dengan menyerang dan membunuh rakyat Palestin secara membabi-buta, tanpa mengira masyarakat awam yang tidak bersenjata dengan pejuang HAMAS yang mereka buru. Merekalah sebiadap-biadap insan di muka bumi ini. Firman Allah SWT:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepadamu (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” [Surah al-Baqarah, 2:120]

Tindakan tak berperikemanusiaan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin dengan pantas telah membuka mata sekaligus mengundang banyak perhatian masyarakat dunia. Pelbagai bentuk bantahan telah diadakan di hampir seluruh pelosok dunia demi mengutuk tindakan kejam Israel ke atas Palestin serta menggesa boneka dan ’kuda tunggangan’ Israel; Amerika Syarikat untuk mengadakan sekatan ke atas negara haram Israel dan memberhentikan tindakan kejam mereka. Seluruh lapisan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama telah menunjukkan rasa simpati mereka terhadap penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin.

Peristiwa ini telah menyebabkan ramai pihak menjadi ’ringan tangan’ ingin menghulurkan bantuan dalam apa saja bentuk yang mereka termampu berpaksikan rasa simpati kemanusiaan yang ada di dalam diri mereka. Ada yang menghulurkan sumbangan dari segi harta (wang ringgit), ada pula yang menyumbang dalam bentuk pakaian dan ubat-ubatan, dan ada pula yang mengambil langkah mendo’akan dibantunya saudara seislam di Palestin dan dihancurkan bangsa Yahudi zionis Israel. Bahkan, ada yang menyebar-luaskan mesej berbentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bertulis:

Pemimpin Hizbullah Lebanon, Sayid Hasan Nashrullah meminta seluruh masyarakat muslimin untuk melafazkan ayat Quran berikut: Surah al-Fath ayat 26-27, surah Yunus ayat 85, 86 dan 87 pada malam ini. Tolong sebarkan agar Israel hancur. Sebarkan kepada seluruh umat Islam... ”

Demikianlah, pesanan yang diterima-langsung dari pemimpin besar Hizbullah yang beraliran Syi’ah. Pesanan ringkas yang sarat dengan petua-petua dan amalan-amalan yang ’berbaur’ agama. Masyarakat kita (orang melayu), dek kerana kadar ke’sedar’an dan simpatinya yang tinggi tanpa berfikir-panjang terus menyebar-luaskan mesej-mesej seumpama ini. Bukan saja tanpa ada sikap mahu menilai ataupun menganalisa kembali kebenaran, disebalik dakwaan penyebar mesej ini bahawa SMS ini dititipkan khas dari Nashrullah, bahkan juga sejauhmana kebenaran dan ketepatan ’amalan khas’ yang diperturunkan Nashrullah itu di neraca timbangan al-Quran dan al-Sunnah. Tanpa tahu menahu ataupun mungkin terlupa akan firman Allah SWT akan situasi ini:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [Surah al-Hujurat, 49: 6]

Kata al-Qadhi Abu Bakr ibn al-Arabi:

Siapa yang pasti kefasikkannya maka batallah perkataannya (hilang kredibiliti) di dalam menyampaikan berita. Ini adalah ijma’. Sebabnya adalah berita itu suatu amanah dan kefasikkan pula adalah sesuatu yang membatalkannya.”

[Ibn al-Arabi, Ahkam al-Qur’an, 4/147, cetakan Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, Beirut. Dinukil dari: Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya, Terbitan Karya Bestari, m/s 12]

Bagaimana mungkin kita boleh menerima berita dan petua agama daripada individu (Nashrullah yang merupakan seorang syi’ah) yang jelas pegangan ideologinya mencela dan mengakfirkan majoriti para sahabah seperti Abu Bakar, Umar al-Khattab, Utsman al-’Affan, Abdurahman al-’Auf ,menuduh isteri baginda Nabi SAW; ’Aeesyah seorang perempuan yang jalang, serta mendakwa bahawa al-Qur’an yang ada sekarang tidak lengkap?! Bagaimana mungkin kitaq boleh mempercayai kata-kata dari seorang yang syi’ah dalam perkara keagamaan?! Terlupakah kita akan sabda Nabi SAW:

Janganlah kalian mencerca sahabahku.”

[Hadits riwayat Muslim IV/1967, Dinukil dari: Dr Sa’id Bin Ali Bin Wahf al-Qohtani, Ya Rabbi... Selamatkan Lisanku (Terjemahan dari A-fat al-Lisan fi Daw al-Qur’an wa al-Sunnah), Terjemahan AQWAM Jembatan Ilmu, m/s 134]

Abdullah Bin Mas’ud radhiyallah ’anhu meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

Mencaci/mencela seorang muslim (menyebabkan seseorang menjadi) fasiq.”

[Hadits riwayat al-Bukhari I/17, Muslim I/18, Al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan I/13. Dinukil dari: ibid, m/s 135]

Al-Imam al-Nawawi rahimahullah menjelaskan hadits ini:

Ketahuilah, bahawa mencaci para sahabah radhiyallahu ’anhum adalah keharaman yang paling keji...”

[Rujuk: Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi XVI/93. Dinukil dari: ibid, m/s 134]

Demikianlah, Rasulullah SAW memberitahu kita yang sesiapa yang mencaci seorang muslim maka dia adalah fasiq. Akan tetapi, syi’ah bukan sahaja mencaci para sahabah, bahkan ada yang sampai ke tahap mengkafirkan para sahabah. Ada yang percaya dengan konsep raj’ah (kelahiran semula ke dunia selepas mati) dan berbagai kepercayaan karut-marut lagi. Lantas, tak hairan ramai daripada para ulama’ besar Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah mengatakan yang golongan syi’ah terkeluar dari Islam seperti yang diperkatakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusy.

[Rujuk: Maulana Mohd Asri Yusoff, Syi’ah Rafidhah: Di Antara Kecuaian Ulama’ dan Kebingungan Ummah, Terbitan Pustaka Bisyarah, m/s 4-5]

Di dalam kitab Ushul al-Kahfi karangan al-Kulaini; yang merupakan kitab hadits yang paling utama dan dipegang di dalam golongan Syi’ah mereka bahkan mengangkat para Imam mereka setaraf dengan para Rasul bahkan lebih daripada mereka. Mereka mendakwa para Imam mengetahui bila waktu kematian mereka dan hanya mati dengan kematian mereka. Bahkan yang lebih serius lagi mereka mendakwa para Imam mengetahui perkara ghaib yang terdahulu dan akan datang.

[Rujuk: Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya, Terbitan Karya Bestari, m/s 93-98]

Jika difikirkan secara kritis serta rasional, kebarangkalian mesej tersebut (dikirim dan dipesan oleh Nashrullah) palsu adalah seratus peratus. Bak kata Kapten Protaz Hafiz Firdaus ketika mengulas tentang hal ini, beliau telah memberi istilah yang ianya adalah ’Made in Malaysia’.

[Rujuk: Hafiz Firdaus, Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah Buku 5, Terbitan Jahabersa, m/s 56]

Di dalam hadits Nabi SAW ada larangan yang jelas agar tidak membawa semua cerita yang didengar atau diterima tanpa menyelidikinya. Bahkan perbuatan tersebut dianggap sebahagian daripada pendustaan. Sabda Nabi SAW:

Cukuplah sesorang itu digelar pendusta sekiranya dia menceritakan setiap (perkara) yang dia dengar.”

[Riwayat Muslim dalam mukadimah Shahihnya]

Islam telah mensyaratkan setiap perkara yang dikaitkan dengan agama itu mestilah berpaksikan fakta yang shahih bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Inilah disiplin yang dipegang oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Namun, ada sebahagian individu ataupun kelompok yang terbabas saat hendak melakukan sesuatu amal yang tujuannya baik. Hanya beralasan matlamat yang baik mereka menyangka mereka boleh mencipta sesuatu ibadah dalam Islam. Perlu diingat, Islam bukanlah serupa sebagaimana teori yang dikemukakan oleh Niccolo Machievelli dalam buku karyanya The Prince yakni ”Matlamat menghalalkan cara”.

Teori bertuhankan akal dan nafsu oleh Machievelli ini telah lama lagi dinafikan kerelevannya oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Makanya, tidak sepatutnya wujud umat Islam yang mahu meniru teori kebajikan Robin Hood dari hutan Sherwood yang menghalalkan jenayah rompakan berdalihkan hasil rompakan tersebut akan diagihkan kepada masyarakat miskin England. Islam menuntut umatnya bukan cukup setakat beramal, tapi yang menjadi tuntutan dalam Islam adalah amal yang soleh. Kriteria bagi sesuatu amal soleh itu ia mestilah memenuhi dua syarat ini yakni: 1) ikhlas dan 2) Ittiba’ (mengikuti sunnah). Ini seperti yang ditafsirkan oleh al-Qadhi Fudhail Bin Iyadh. Takutilah amal yang kita lakukan selama ini berhamburan tidak bernilai pada pandangan Allah di hari akhirat kelak.

Buktinya, sahabah Nabi SAW yang terkenal dengan kefaqihannya yakni Ibn Mas’ud radhiyallahu ’anhu telah menegur dengan keras beberapa indivdu yang membentuk bulatan lalu bertasbih, bertakbir, dan bertahlil di zamannya bahkan mengatakan pada mereka itu adanya ciri-ciri khawarij; salah satu kelompok sesat yang dikhabarkan Nabi SAW dalam haditsnya yang shahih. Hayatilah peristiwa yang telah terakam dalam sejarah ini dan sematkanlah ia di dalam jiwa kita semua:

Demi Allah wahai Abu Abdurrahaman (Abdullah Bin Mas’ud), sesungguhnya kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya (Abdullah Bin Mas’ud): ”Betapa ramai yang bertujuan baik namun tidak menepatinya[/i].”

[Riwayat al-Darimi dalam Musnadnya dan dinilai shahih oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam [i]Silsilah al-Ahadits al-Shahihah. Dinukil dari: Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Bid’ah Hasanah: Istilah yang Disalah-Fahami, Terbitan Jahabersa, m/s 74]

Jika difikirkan dengan teliti, tidakkah pensyari’atan supaya bertahmid, bertasbih dan bertahlil itu ada dalilnya dari al-Sunnah? Namun begitu, kenapa sahabah Nabi Ibn Mas’ud dan Abu Musa al-Asy’ari tidak menyetujui bahkan membangkang secara keras amal sebegitu? Jawabnya kerana ianya tidak menepati tatacara sebagaimana sunnah yang disyari’atkan Nabi SAW.

Diriwayatkan pula daripada Nafi’ (guru al-Imam al-Bukhari):

Seorang lelaki telah bersin disebelah Ibn ’Umar radhiyallahu ’anhuma lalu mengucapkan: ”Alhamdulillah wassalam ’ala Rasulillah.” Ibn ’Umar lantas menegur: ”Aku juga pernah mengatakan Alhamdulillah wassalam ’ala Rasulillah (akan tetapi) bukan begitu yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kami (selepas bersin). Baginda SAW mengajar kami agar menyebut Alhamdulillah dalam setiap keadaan.”

[Hadits yang shahih. Riwayat al-Tirmidzi no: 2738 dan riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak jilid 4, Kitab al-Adab, no: 265 dan lafaz adalah bagi al-Tirmidzi. Dinukil dari: Mohd Yaakub Mohd Yunus, Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia, Ternbitan Jahabersa, m/s 14]

Sekali lagi, cuba renungi, bukankah penambahan wassalam ’ala Rasulullah pada kalimah tahmid (Alhamdulillah) itu sesuatu yang kelihatannya baik? Bukankah pensyari’atan supaya umat Islam berselawat pada Rasulnya itu ada diriwayatkan di dalam hadits Shahih Muslim? Kenapa sahabah Nabi SAW; Ibn ‘Umar anak kepada Amirul Mukminin Umar al-Khattab membantah tindakan lelaki itu? Kenapa? Jawabnya kerana ianya tidak menepati tatacara sebagaimana sunnah yang disyari’atkan Nabi SAW.

Ini dapat difahami daripada perkataan al-Imam as-Subki (salah seorang penentu qowl mu’tamad dalam mazhab al-Syafi’e) seperti yang dinukilkan oleh al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani:

Asal hukum di dalam ibadat adalah tawaqquf (berhenti hingga ada dalil)”.

[Rujuk: Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari Penjelasan Shahih al-Bukhari, Terjemahan Pustaka Azzam, m/s]

Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin rahimahullah telah menjelaskan syarat yang wajib dipenuhi dalam ibadah ada enam syarat yakni sebab, jenis, kadar, kaifiyyat (tatacara), waktu, dan tempat. Sebagai contoh membaca do’a khusus dari al-Qur’an dan al-hadits seperti surah al-Fath ayat 26-27 dengan tujuan mahu memperoleh bantuan Allah, dan pada waktu tertentu seperti ketika saat genting diserang musuh adalah tiada sumbernya daripada al-Sunnah yang tsabit daripada Nabi SAW. Pengkhususan itu yang menyebabkan ianya tertolak. Pendek kata; bid’ah.

[Rujuk: Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin, Mutiara Ilmu: Himpunan Tiga Buah Buku (di bawah bab al-Ibda’ fi Kamal al-Islam wa Khothru al-Ibda’), Terbitan Jahabersa, m/s 78-81]

Sabda Nabi SAW:

”Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tiada dasar perintahnya daripada kami maka ianya tertolak.”

[Hadits shahih riwayat Muslim (1178). Dinukil dari: Kompilasi Empat Ulama’ Besar (Imam al-Nawawi, Imam Ibn Daqiq al-E’id, Syaikh Abdurrahman as-Sa’di, Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin), Syarah Hadits Arba’in, Terbitan Pustaka Arafah, m/s 111]

Kesimpulan yang saya ingin tegaskan disini, seharusnya kita melakukan apa telah diriwayatkan dari Nabi SAW bahawa beliau pernah mengerjakan qunut nazilah selama satu bulan penuh untuk mendoakan suatu kaum. Dan ditegaskan pula beliau pernah membaca qunut nazilah untuk mendoakan suatu kaum tertindas dari para sahabah beliau, di mana mereka ditawan oleh orang-orang yang melarang mereka berhijrah. Dengan demikian adalah disunnahkan membaca qunut nazilah pada saat terjadinya kejadian yang menyengsarakan kaum muslimin dengan membaca doa-doa yang sesuai dengan keadaan, baik mendoakan kebaikan atau keburukan bagi suatu kaum, atau sesuai dengan peristiwa yang dialami. Hadits-hadits berkenaan hal ini banyak. Inilah yang diperjelaskan oleh Dr. Sa’id Bin Ali Bin Wahf al-Qohtani.

[Rujuk: Dr. Sa’id Bin Ali Bin Wahf al-Qohtani, Panduan Shalat Lengkap (Terjemahan dari Shalatul Mu’min: Mafhum wa Fadha’il wa Adaab wa Anwa’ wa Ahkam wa Kaifiyyatu fi Dhaw’i al-Qur’an wa al-Sunnah), Terjemahan Penerbit al-Mahira, m/s 267-272][/align]
[/size]

Wednesday, January 07, 2009

Lihat dan Perbaiki ! ! Boikot keseluruhan!!!!!

Koreksi diri jika diri ini bersalah...Boikot jangan tak Boikot


Whois Record for Fotopages.com
( Fotopages )

Front Page Information

Website Title: Photo blogging made easy - Fotopages.com
Title Relevancy 40%
Meta Description: Photo blogging made easy - fotopages.com - Because a photo is worth a thousand words. Start your own photo blog over the web for free. Upload your stories and fotos to your own personal web journal.
Description Relevancy: 40% relevant.
AboutUs: Wiki article on Fotopages.com
SEO Score: 87%
Terms: 252 (Unique: 165, Linked: 61)
Images: 48 (Alt tags missing: 37)
Links: 69 (Internal: 67, Outbound: 1)
Related Sites: blogdrive.com, syokkahwin.com, pbase.com, interbaseusa.com, globbo.org, fotolog.net, elevenprospect.com, budiey.com, boardtracker.com, textamerica.com

Indexed Data

DMOZ: 24 listings
Visitors by Country:
Malaysia Malaysia 34.7%
Brazil Brazil 17.4%
Indonesia Indonesia 7.5%
Iran Iran 7.1%
United States United States 5.8%
India India 2.2%
Visitors by City:
MY Kuala Lumpur 13.6%
MY Petaling Jaya 3.6%
ID Jakarta 3.3%
BR Rio De Janeiro 2.3%
IR Tehran 2.2%
MY Johor Bahru 2%
Alexa Trend/Rank: The lower the rank the better. #10,820: Down 1,346 ranks over the last three months.
Compete Rank: #46,097 with 37,359 U.S. visitors per month
Quantcast Rank: #15,393
Wikipedia: Listed on 77 pages

Registry Data

ICANN Registrar: TUCOWS INC.
Created: 2003-04-29
Expires: 2009-04-29
Updated: 2008-03-16
Registrar Status: clientDeleteProhibited
Registrar Status: clientTransferProhibited
Registrar Status: clientUpdateProhibited
Name Server: NS1.PIDGINTECH.COM (has 46 domains)
Name Server: NS2.PIDGINTECH.COM
Whois Server: whois.tucows.com

Server Data

Server Type: Apache/2.0.52 (CentOS)
IP Address: 62.219.18.18 Whois | Reverse-IP | Ping | DNS Lookup | Traceroute
IP Location Israel - Israel - Bzqint-dc
Response Code: 200
Domain Status: Registered And Active Website

DomainTools Exclusive

Registrant Search: "Pidgin Technologies Ltd" owns about 42 other domains
Email Search: is associated with about 13 domains
is associated with about 23,096 domains
Registrar History: 2 registrars
NS History: 4 changes on 5 unique name servers over 6 years.
IP History: 6 changes on 6 unique name servers over 5 years.
Whois History: 428 records have been archived since 2000-01-07.
Reverse IP: 11 other sites hosted on this server.
Monitor Domain: Set Free Alerts on fotopages.com
Free Tool: Download DomainTools

Whois Record

Registrant:
Pidgin Technologies Ltd
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL


Domain name: FOTOPAGES.COM

Administrative Contact:
Kass, Ron
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL

+972-3-6914668
Technical Contact:
Kass, Ron
Daniel Frish 4/5
Tel Aviv, 64731
IL
+972-3-6914668

Registration Service Provider:
Everyones Internet,
http://www.ev1servers.net

Registrar of Record: TUCOWS, INC.
Record last updated on 29-Dec-2008.
Record expires on 29-Apr-2009.
Record created on 29-Apr-2003.


bahan boleh dirujuk:


http://whois.domaintools.com/fotopages.com

Friday, December 26, 2008

Akibat Maksiat






Written by Hisyam Sabrani
Tuesday, 23 December 2008 00:00

Di dalam kitabnya, al-Jawabul Kafi li man sa`ala ‘an adwaa` asy-Syafi, Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah menyebut, “Perbuatan maksiat berakibat buruk dan berbahaya bagi kehidupan dunia mahupun akhirat.”

Kemudian beliau menyenaraikan beberapa akibat yang ditimbulkan oleh perbuatan maksiat. Di sini saya bawakan beberapa di antaranya:

1. Terhalang dari ilmu yang sedang dipelajari.

Kerana ilmu adalah cahaya. Imam Malik pernah berpesan kepada Imam Syafi’e, “Sunguh, aku melihat bahawa ALLAH telah mengurniakan cahaya di hatimu. Maka janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan kelamnya perbuatan maksiat.

Kendati demikian, tidak dinafikan kadang-kadang pelaku maksiat adalah dari kalangan mereka yang terpelajar. Malah saya pernah mendengar satu kes (dari sekian kes yang sering terjadi) yang berlaku di sebuah IPT tempatan, seorang pelajar dibuang dari pengajian kerana terbongkar bahawa dia pernah melakukan zina, malah ‘mengabadikan’ perbuatan tersebut dalam telefon bimbit miliknya! Sedangkan dia adalah penerima anugerah dekan untuk 5 semester berturut-turut! (Subhanallah, Astaghfirullah. Ketika maksiat zina telah berleluasa, itu adalah musibah yang ALLAH timpakan, sebagai peringatan!)

Jadi bagaimana seseorang boleh sebegitu bijak sedangkan dia melakukan maksiat yang berat kepada ALLAH?

Itu hanya kurniaan ALLAH di dunia. Maksiat yang dilakukan tetap menghalang keberkahan ilmu yang dipelajari. Kendati dia memahami dan menghafal setiap bait pelajaran tersebut, namun belum tentu dia mampu untuk mengamalkannya. Di situlah letaknya barakah dalam belajar; kemampuan untuk melaksanakan dan istiqamah atas kebenaran.

Sebelum inipun kita pernah digemparkan dengan fatwa-fatwa menyesatkan yang dikeluarkan oleh PhD holder dalam bidang agama! Antaranya ialah keharusan melacurkan diri akibat desakan hidup, dan juga keharusan meninggalkan solat ketika dalam usaha mengharumkan nama Negara. Sekali lagi, istighfar meniti di bibir…

Di dalam al-Quran, ALLAH pernah menceritakan tentang segolongan bijak pandai yang bangga dengan ilmu yang ada pada mereka sehingga sanggup menolak ajakan para Nabi untuk beriman;

Maka ketika para Rasul datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka merasa senang dengan ilmu yang ada pada mereka (merasa cukup dan kemudian meremehkan ajakan para Rasul), dan mereka dikepung oleh (azab) yang dahulu mereka mengolok-olokkannya. (surah al-Mukmin; 40:83)

Kerana maksiat menghalang barakah ilmu sampai kepada mereka. Apa yang ada pada mereka hanya semata-mata pengetahuan, sedangkan ilmu yang barakah sepatutnya dapat membawa seseorang takutkan ALLAH;

Diantara hamba-hamba ALLAH yang takut kepada NYA hanyalah para ulama. (surah Fathir; 35:28)

2. Terhalang dari rezeki yang ia usahakan dan sering menemui kesulitan dalam urusan hidup

Rasulullah bersabda;

Sesungguhnya seorang hamba terhalang dari rezeki kerana dosa yang diperbuatnya. (HR Ahmad)

Ia adalah kebalikan dari janji ALLAH terhadap golongan yang bertaqwa;

Barangsiapa bertaqwa kepada ALLAH, maka DIA akan membukakan jalan keluar baginya. Dan DIA memberikan rezeki dari arah yang tidak dia sangka, dan barangsiapa bertawakkal kepada ALLAH, nescaya DIA mencukupkan (keperluan)nya. (surah at-Tolaq; 65:2-3).

3. Merasa gundah dan kerisauan hati

Juga mengakibatkan hilangnya kelazatan dalam beribadah, wal ‘iyadzu billah. Walaupun nikmat dunia melimpah di sisinya, namun tidak dapat menghilangkan kegundahan dan kerisauan hati yang diakibatkan oleh maksiat.

Malah baginda Nabi juga pernah menunjukkan hal ini dalam sebuah hadith baginda;

Dari Wabishah bin Ma’bad radhiallahu ‘anhu, telah berkata, Aku mendatangi Rasulullah, lalu baginda bertanya, “Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?”

Aku menjawab, “Benar.” Maka baginda bersabda, “Tanya fatwa dari hatimu. Kebaikan ialah perkara yang menenangkan jiwa dan hati kepadanya. Sedang dosa ialah perkara yang menggangu jiwa dan menyempitkan dada, kendati manusia telah memberikan fatwa kepadamu dan terus menfatwakannya kepadamu.” (hadith hasan, riwayat Ahmad dan ad-Darimi).

Tapi tentu hati yang diminta fatwa itu ialah hati yang sentiasa memelihara imannya kepada ALLAH, bukan hati yang telah lama berkarat.

Semoga ALLAH menjauhkan kita dari kegundahan hati akibat perbuatan maksiat ini.

4. Terjadi ketidakharmonisan antara pelaku maksiat dengan orang yang disekitarnya, lebih-lebih dengan orang yang baik-baik.

Ketidakharmonisan tersebut akan semakin menguat sehingga pelaku maksiat akan merasa dirinya terpencil dari lingkungan sekitarannya, dan makin dekat dengan lingkungan syaitan, bahkan akan dimusuhi oleh isteri, anak-anak, kerabat, malah dirinya sendiri. Na’udzubillah.

Seorang salaf berkata: “Dampak buruk dari perbuatan maksiat itu, nampak pada binatang ternaknya, juga pada keluarganya.”

5. Pelaku maksiat akan merasa gelapnya hati

Kerana taqwa dan ketaatan adalah cahaya yang menerangi jiwa, sedang maksiat dan dosa adalah kegelapan yang menambahkan titik hitam dalam hati pelakunya.

Sekali-kali tidak! Bahkan apa-apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka. (surah al-Muthaffifin; 83:14)

6. Mengakibatkan lemahnya akal dan fizikal

Iman adalah sumber kekuatan orang beriman. Dengan iman, pasukan tentera Islam berjaya menewaskan pasukan kuffar dalam peperangan walaupun kelengkapan pasukan lawan serba lengkap. Lihat saja peperangan Badar dan peperangan lainnya, sama ada yang berlaku pada zaman Rasullulah dan para sahabat, atau yang berlaku pada masa kini. Lihat saja perbezaan ketara antara pasukan Isra`el laknat yang pengecut dengan saudara kita di Palestin. Keberanian mereka dipacu oleh iman dan kerinduan membuak terhadap syahid dan syurga.

Lantas, ketika kita melakukan maksiat, bagaimana mungkin kekuatan dan keberanian itu akan datang, kerana sumbernya telah dicampak dari hati kita.

Semoga ALLAH menetapkan hati kita atas iman dan taqwa.

7. Terhalang dari melakukan ketaatan

Ketika kita menyibukkan diri melakukan maksiat, bagaimana mungkin pada masa yang sama kita melakukan ketaatan. Kerana itu ketika satu maksiat dilakukan, beerti satu ketaatan telah ditinggalkan. Seandainya tiada seksaan atas maksiat tersebut, cukuplah terhalang dari melakukan taat itu dianggap sebagai satu bentuk hukuman dari ALLAH.

8. Hilangnya barakah umur

Pada zaman kini, ramai orang yang akan menyambut ulang tahun kelahiran mereka. Tapi pernahkah kita cuba memikirkan untuk memenuhkan pertambahan umur tersebut dengan amal ibadah. Sungguh rugi andai bertambahnya umur kita adalah seiring dengan pertambahan amal dosa. Di situlah hilangnya barakah umur yang ALLAH kurniakan.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh Dr Khalid di dalam bukunya, ‘Kesaksian Seorang Dokter’, ketika pada satu hari beliau menziarahi sahabatnya yang mengabaikan perintah menunaikan solat untuk menasihatinya, sahabat beliau tersebut menolak dengan keras malah mengatakan bahawa dirinya akan hidup lebih lama, dan akan menunaikan solat ketika umurnya sudah tua. Tahukah anda apa yang berlaku kepada orang tersebut? Dia meninggal dalam satu kemalangan keesokan harinya, setelah 24 jam dari waktu Dr Khalid menemuinya.

Kerana itu, amat penting untuk sedaya upaya mencuba mengisi waktu-waktu kita dengan amal kebajikan, kerana kita tidak pernah tahu akhir dari hidup kita.

Mudah-mudahan sedikit nukilan ini mampu mencetuskan sebuah kesedaran dalam diri kita, dalam memastikan keredhaan ALLAH dicapai ketika hidup kita di dunia.


saduran daripada halaqah online


Sunday, December 14, 2008

31 Tips Dawah Keluarga

1. Membantu orang tua
Bila tak ada pembantu, jangan malas untuk membantu orang tua. Karena ini kesempatan yang baik untuk pendekatan. Boleh dengan membantu mencuci pinggan, menyapu, menyiram, menyetrika, memasak, dan lain-lain.

2. Mendengarkan masalah dan beri penyelesaian yang Islami
Sabtu dan Minggu adalah waktu berkumpul keluarga. Banyak hal yang biasanya dibincangkan. Dan bila orang tua ada masalah, dengarkanlah masalah mereka dan beri penyelesaian yang Islami.

3. Disiplin saat menonton TV
Menonton TV jangan dianggap remeh. Apa jadinya bila aktivi kita ternyata masih suka menonton drama cinta, gossip dan lagu-lagu rock??? Selain tidak boleh dalam agama, pun akan menjadi penilaian tersendiri di mata orang tua. Anakku ini rupanya suka menonton cerita-cerita cinta (?)

4. Bangun pagi
Bangun lewat akan membawa gambaran yang kurang bagus. Apatah lagi aktivi, shalat subuh! ^ _ ^

5. Tersenyum
Selalu berwajah ceria, tidak masam, tentu akan membuat orang yang melihatnya pun menjadi ikut bahgia. Aktivi wajahnya tersenyum selalu. Kalaupun ada kesedihan, cukup sekadar simpan dalam hati.



6. Mendoakan di shalat malam
Meski kita berikhtiar siang dan malam, tetapi hidayah tetap hak Allah. Maka jangan lupa mendoakan mereka di setiap selesai shalat dan di setiap shalat malam kita.

7. Memberi buku Islam yang sesuai
Kalau kita lebih suka membaca Risalah Pergerakan, Perangkat-Perangkat Tarbiyah, tentu orang tua tidak sesuai dengan ini. Maka kita harus menyediakan buku-buku Islam yang sesuai pemahaman mereka. Misalnya untuk ibu, karena sudah ada keluarga, jadi yang lebih dominan dalam pemikirannya adalah tentang keluarga sakinah mawaddah warrahmah. Kita boleh membelikan buku ini. Atau bila kakak kita ternyata sebentar lagi akan menikah, kita boleh mencadangkan buku pernikahan islami, atau tips memilih menantu, misalnya.. ehm ehm

8. Perpustakaan Islam di rumah
Bilik kita penuh buku-buku, wawasan kita menjadi luas. Tetapi keluarga kita tidak. Maka keluarkan buku-buku itu dan letakkan juga di perpustakaan keluarga. Atau bila belum ada perpustakaannya, kita buat sendiri dengan mencari ruangan yang boleh dilihat oleh seluruh ahli keluarga.



9. Hiasi rumah dengan suasana Islami
Simbol-simbol Islam terkadang perlu karena pengkondisian lingkungan adalah sebahagian dari dawah. Kita boleh membeli kaligrafi Islam, atau kabah, dst. Dan mengurangkan adanya patung-patung dan sejenisnya. Tentu hal ini disampaikan secara bertahap kepada keluarga kita.

10. Memainkan tilawah atau nasyid di rumah
Mengenalkan keluarga dengan lagu-lagu yang Islami, sebagai jalan alternatif hiburan. Ar Ruhul Jadid mungkin terdengar enak di telinga kita, tapi bagi orang yang belum faham, belum tentu. Sesekali memutarkan tak mengapa, tapi jangan setiap hari. Cuba putar juga kaset-kaset slow yang disukai oleh orang yang sudah berusia, misalnya nasyid OPICK, Raihan atau Bimbo.

11. Memancing dengan ceramah subuh
Kebiasaan harus ditanamkan. Mulailah dari diri kita dahulu.Selesai shalat subuh, kita menonton ceramah subuh. Orang tua pun pasti menjadi pendengar. Setiap hari, biasakan. Maka Anda akan melihat bahawa orang tua akan menutup TV sendiri, demi menonton ceramah subuh. Dari ceramah subuh yang rutin tersebut, automatik tak ubahnya seperti pengisian harian.

12. Sabar
Sabar dalam berdawah. Jangan pernah kenal henti. Sabar dalam tingkah laku juga. Sabar dengan adik-adik jika ada, tahan kemarahan

13. Memberi teladan
Makan dengan sederhana, tidak suka ikut ghibah bila orang tua kita berghibah, pakaian sederhana saja dan pastikan bilik tidur sentiasa kemas.

14 Ajak orang tua shalat berjamaah
Shalat berjamaah akan memberi efek yang luar biasa bagi hati. Dalam shalat ini, orang tua menjadi imam, sehingga hubungan orang tua dan anak akan kian menjadi erat karena Allah.

15. Menceritakan aktiviti di universiti
Bila kita ikut program sekolah, cubalah tunjukkan foto-foto, laporan universiti, dan VCD aktiviti universiti. Dengan ini, orang tua tak khawatir apabila ada waktu kita sering di luar rumah.

16. Membawa kawan-kawan bersilaturahim ke rumah
Sesekali, ajak kawan-kawan ke rumah untuk bersilaturahim dengan keluarga kita. Orang tua akan lebih tenang hatinya bila mengetahui bahwa anaknya bergaul dengan kawan-kawan yang baik akhlaknya.

17. Menjadi sumber ilmu
Wawasan kita juga harus luas. Misalnya ketika tengah ada masalah keluarga, tentang warisan misalnya. Nah, kita bisa memberikan penyelesaian tentang hukum waris dalam Islam. Pun hukum-hukum lainnya, seperti pernikahan, zakat, dan lain-lain

18. Persiapan menikah
Menikah bagi ikhwah tentu ada adab-adabnya. Maka jauh-jauh hari kita harus rajin membincangkan pernikahan Islami ini agar orang tua tidak terkejut. Boleh dengan cara menceritakan walimah Islami yang kita kunjungi atau bahkan mengajak mereka ke walimahan yang Islami. Pun kenalkanla apa itu ikhwan, akhwat.


19. Memperbanyak tilawah di rumah
Rumah yang banyak dibaca tilawah di dalamnya, niscaya akan membawa ketenangan dan keberkahan di dalam rumah.



20. Ramai sedikit tak mengapa
Apa maksudnya? Iya, misalnya ada isu-isu tentang teroris, perjuangan Palestin, dan lain-lain. Kita jadikan tema ini menjadi bahan pembicaraan dan jelaskan dari sudut pandang Islam. Karena tak jarang, keluarga kita juga termakan ghazwul fikri ini.

21. Membeli majalah Islam
Media yang ada di rumah, boleh kita meriahkan dengan majalah-majalah Islam. Ada majalah MAJALAHi, AL-ISLAM,SOLEHA,ANAMUSLIM, dll.

22. Kenalkan dengan yang sebaya
Orang tua juga memerlukan komuniti yang sebaya dengannya. Tidak beza jauh dengan kita saat di universiti, yang kita lebih selesa bila berbual dengan teman sebaya. Maka kita cari tetangga ataupun keluarga yang faham Islam dan kenalkan dengan orang tua. Kita gabungkan dengan mereka dalam dawah. Kakak dan adik kita pun demikian, kenalkan mereka dengan ikhwah di lingkungan mereka. Titip menitip tarbiyah antara ikhwah wa akhwat, sudah menjadi hal yang lumrah.

23. Lemah Lembut
Berdawah harus dengan lemah lembut. Karena boleh jadi hidayah itu tidak langsung turun, tetapi memerlukan proses.

24. Berdikari, dewasa, dan tidak bermasalah.
Kedewasaan bukanlah diukur dari usia. Karena sampai bilapun kita masih boleh bermanja-manja dengan orang tua. Yang terpenting, jangan sampai kita menjadi anak yang bermasalah.

25. Musholla(tempat solat) di rumah
Bila di rumah belum ada musholla, padahal ada ruang yang kosong, maka kita ajukan cadangan untuk membangun musholla di rumah.

26. Mengajak ikut Al Quran di dalam telefon
Orang tua sibuk bekerja? Kakak sibuk kuliah? Ajaklah untuk bergabung dengan software Al Quran dalam telefon bimbit sehingga dawah itu dapat tersampaikan dimana saja dan tanpa ada had masa

27. Kirim artikel Islam melalui email
Selain itu, ada pula email-email Islam yang boleh kita kirimkan kepada orang tua, adik, dan kakak kita.

28. Alat-alat elektronik yang Islami
Komputer dan HP(telefon bimbit), boleh kita memasukkan hal yang berkaitan Islam, nasyid, properties Islam, dll.

29. Minta pendapatnya
Meminta pendapat orang tua adalah bentuk wujud hormat kita kepada mereka. Karena dengan demikian, orang tua akan merasa dihargai kedudukannya.

30. Cari pasangan yang boleh berdawah pula
Selama ini kita berdawah sendiri. Nah, bila akan dan sudah menikah, carilah pasangan yang sekiranya dapat diajak berdawah pula dengan keluarga kita. Maka dawah bisa menjadi kuat, dua kali lipat!



31. Mampu mencari nafkah
Untuk ikhwan, setelah habis SPM ada baiknya berpenghasilan(bekerja) meskipun sedikit. Untuk akhwat, bila belum berpenghasilan, jangan banyak meminta ini itu kepada orang tua. Meski orang tua kita mampu, bukankah kesederhanaan juga bagian dari perintah agama?

Jika semua tips di atas sudah kita lakukan, maka bersabarlah karena hidayah itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Taala dan ingat, Dia menilai proses, bukan hasil. Selamat berjuang ikhwah fillah.


Ulasan al_insan :
Alhamdulillah Tips yang berguna buat semua yang sedang berdakwah untuk keluarga...sama - sama kita selamatkan keluarga kita dan diri ini dari azab neraka yang pedih


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (66:6)

Petikan Daripada HALAQAH ONLINE :

http://halaqah-online.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=548:31-tips-dakwah-keluarga&catid=37:kekeluargaan&Itemid=86

Wednesday, December 10, 2008

Da'ie dan Movie?

Saturday, December 06, 2008

Nak dijadikan cerita, ada seorang sahabat datang mengadu dimarahi teruk ayah gara-gara kerja men'delete' movie dan series ayahnya secara tidak sengaja. Banyak gigabyte juga yang hilang. 300GB komputer, penuh dengan movie, series, anime dan lain-lain. Belum ditambah lagi yang telah di'burn' ke dalam DVD yang bertimbun.

"Bodoh!! aku download berminggu-minggu!! Kurang ajar punya budak!! kata-kata pedas dari ayahnya yang keras kepala.

Perkara ini kelihatan wajar jika ayahnya hanya orang biasa yang tidak pernah ditarbiyyah ataupun yang telah islam sejak lahir tapi tidak komitted mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Tetapi jangan terkejut jika saya katakan ayahnya merupakan mantan setiausaha agung sebuah jamaah islam.

Adakah kita merasa pelik? atau sikap kita biasa-biasa saja. Saya tertarik dengan status mantan setiausaha agung sebuah jamaah islam yang dimiliki ayahnya. Dah nama pun jemaah islam, mestilah mengaku dirinya berdakwah. Buat itu, buat ini yang saya percaya semuanya hanya lebih kepada kerja-kerja pengurusan. Sikap-sikap seperti ini kalau dianalisa pasti kita akan lihat satu kesamaan antara pelaku-pelakunya. Bagi saya, ayahnya itu tak ubah seperti Raja Namrud yang membakar Nabi Ibrahim kerana menghancurkan berhala-berhala milik Raja Namrud.

Fokus saya di sini adalah movie yang jelas-jelas haram, yang mempamerkan wanita-wanita yang tidak menutup aurat (ada ke movie barat yang wanita tutup aurat? yang tak tutup pun pakaian tidak sopan) lebih-lebih lagi yang menontonnya adalah seorang yang mengaku da'ie? Saya percaya ayahnya akan menonton secara istiqamah kerana size 300gb itu bukan sekejap untuk khatam.

Mari kita kaji perilaku ayah dia ini. Siapa yang pernah mengalami, tahu-tahu sendiri lah ya. Ayahnya dah tentu bekerja. Kebiasaannya jam 8 pagi hingga 5 petang. Ayahnya juga seorang manager. Selalu balik malam. Pada pendapat saya, dia tidak akan menonton berhala-berhala yang didownload di pejabat. Jadi, masanya di rumah pasti dia akan gunakan sebaiknya.

Bermula dari sampai di rumah, terus on computer, menonton berhala kesayangan sehingga larut malam sampaikan terpaksa menunda solat isya' ke saat-saat akhir dek kerana tertidur sewaktu menonton berhalanya. Secara tidak langsung, masanya ditiadakan untuk anak-anak. Dia tidak kisah akan anak-anak, lalu anak-anak tidak akan kisah akan bapanya.


Kenapa saya sebut berhala? Kerana berhala ini sesuatu yang kita sembah, yang amat kita cintai dan sedia mengorbankan segalanya kerana berhala ini. Jadi tidak salah jika saya sebut berhala, kerana dia sanggup mengorbankan pandangan orang lain terhadap dia, mengorbankan anak-anak, mengorbankan masa dan sebagainya.

Kalau yang tadi, bapaknya. Sekarang kita cermin diri sendiri, lihat di sekitar kita. Kita bisa lihat bagaimana menonton movie dan series ini seperti menjadi satu kebiasaan bagi kita. Dari yang aktif berdakwah sehingga la yang duduk termenung goyang kaki. Yang dah sibuk bertambah tiada masa, yang menang banyak senggang masa terus takda masa.

Saya tahu diluar sana masih ramai lagi para da'ie yang mengambil enteng akan hal ini. Ada yang nonton Naruto, Bleach, dan lain lagi. Sehingga tahu episod berikut bila bisa di download. Bisa cerita dari mula hingga episod semasa. Untuk berehat? Di manakah tahajud yang menjadi rehat dari dunia yang melelahkan? Apakah rehat seorang da'ie itu dengan memuskan hawa nafsu?



"Akhi, anta dah tengok Quantum of Solace?"

Wah, sekali imbas lunak dan sopan sungguh pertanyaannya. Tapi ramai juga da'ie-da'ie moden ini yang menjawab "masih belum". Apa ini?





Saya ingin berkongsi beberapa sebab yang menjadikan mereka ini tengok movie keluaran terbaru. "Nak catch up supaya tidak ketinggalan bersama mad'u". Waduh-waduh, dahlah murobbinya pun tengok movie berlumba pulak dengan mutarobbi. Nanti bolehlah ikhwah wujudkan satu pawagam untuk ikhwah akhwat (asing ye) sebab semua dah ditarbiyyah tengok movie. Apakah tidak cukup dengan hanya membaca preview atau story plot saja? atau kita lebih rela menghabiskan masa dan menggadaikan keimanan kita dengan melihat aurat wanita?

"Banyak pengajaran yang boleh diambil". Apa lagi yang kalian perlu selain Al-Quran dan Hadith? Sirah para sahabat? Bahan bacaan yang bermanfaat? Dokumentari yang ilmiah? Kenapa mesti movie tayangan perdana? atau movie top ten? Jauh di sudut hati "Rasa best bila tengok movie, enjoy, releks," rasa-rasa hawa nafsu.

Wahai para da'ie, ketahuilah akan bahaya ini dosa kecil ini. Ia seharusnya menjadi takutan umat yang mengaku da'ie ini melainkan jika dia hanya mengaku da'ie tapi tidak bekerja sebagai da'ie. Atau lebih dikenali sebagai da'ie olok-olok. Saya tidak tahu jika masih ada di antara kita yang terus beralasan untuk membenarkan perkara lagho dan bisa menambah dosa ini.

Bermula dengan melihat movie secara kecil-kecilan, bintik-bintik hitam akan mula menutupi hati sehingga membekas seperti marker permanent lalu cahaya ilahi akan sukar masuk ke dalamnya dan hasutan iblis mudah mendekati dan menempel.

Lalu timbul pula dosa-dosa lain yang lebih berat. Tinggal solat, mudah marah (orang yang pentingkan diri akan mudah marah, dan tanda orang yang pentingkan diri adalah orang yang suka mengikut hawa nafsu) dan seterusnya.

Wahai da'ie diluar sana!
Kalian kata kalian berdakwah. Tapi kalau perkara seperti ini tidak dapat kalian pelihara, lupakan saja medanmu kerana hati-hati kalian telah dikotori.

*Penonton movie yang saya gambarkan adalah yang menonton kebanyakan movie. Semua nak tengok. Saya juga menonton movie, Children of Heaven, Paradise Now dll yang boleh dikira dengan jari. Yang peliknya yang berjaya penuhkan hard-disc dengan movie dan series. Takkan simpan saja? mestilah tengok?

Sedutan darupada Blog DENGAN NAMA ALLAH

http://antamuslim.blogspot.com/


Ulasan al_insan:

adush, jazakallah akh. penulisan antum tepat, jitu, persis terkena pada ana yang selalu pandai berbicara sahaja...benar kata2 mu AKH segala dalil akli mu tepat dan ana amat berterima kasih...kepada yang lain fikir2 kan lah dan buat la pilihan yang terbaik...dalam lapangan menyeru manusia ini kita perlu sama menyeru diri ini sendiri dan ingatlah sesungguhnya hidup ini ada pelbagai pilihan namun pilihlah sesuatu yang berada dalam list wajib lakukan seerta prioriti dan tinggalkan perkara sia - sia.

Tuesday, November 11, 2008

Bersabar dan Hikmah dalam Berdakwah - Saifulislam.com

HORMAT

Dalam hal inilah, pendakwah mesti berhati-hati. Apa yang mahu diperbetulkan ialah cara menunjuk hormat. Jika tidak kena cara, rasa hormat itu pula yang terhapus. Hal inilah yang sering dilupakan oleh pemuda yang bersemangat tinggi terhadap dakwah. Saya berkongsi kesedihan apabila rakan-rakan dari negara bekas jajahan Soviet, sering mengadu tentang gelagat pendakwah sukarelawan Arab yang mencetuskan rasa gelisah di dalam masyarakat, khususnya dalam bab mencela Tasawuf dan Tareqat Sufi.

Selama duduk di bawah jajahan kuasa Soviet, negara-negara Asia Tengah dan Balkan memang hidup dalam penderitaan. Usahkan mahu membentuk usaha agama, menggunakan nama Islam pun tidak dibenarkan. Islam secara khusus, bersama agama-agama yang lain, ditekan sehabis-habisnya. Pada masa inilah amalan Tareqat berperanan mengekalkan elemen Islam dalam tempoh hampir seabad tanah ini tanpa kebebasan beragama. Tentu sahaja banyak kesilapan dan kesalahan dalam amalan tersebut, tetapi untuk ‘orang luar’ datang berdakwah mencela dan memaki hamun amalan Tareqat, ia mencetuskan kacau bilau di dalam masyarakat.

Antara negara yang banyak mengalami ketegangan ini ialah Bulgaria, Chechnya, Dagistan dan beberapa kawasan lain.

“Apa yang anta buat Sheikh Rayyan?”, saya menyambung bual.

“Semasa awal-awal saya bersama dengan penduduk di tempat tinggal saya itu, tentu sahaja saya berdiri bersama mereka.”, kata Rayyan.

“Selepas beberapa ketika, saya beritahu mereka, alangkah baiknya kalau sambil berdiri kita berselawat”, sambung Rayyan.

“Meriahlah ceramah anta ya. Sebut sahaja Rasulullah, semua bangun dan berselawat”, saya terasa lucu dengan pendekatan dakwah Rayyan.

“Ya, sehingga saya terpaksa mengurangkan sebutan nama Muhammad, untuk melancarkan kuliah”, kata Rayyan yang turut ketawa bersama saya.

“Lama-lama, apabila mereka sudah biasa dengan amalan selawat, barulah saya yakinkan mereka bahawa untuk berselawat, sambil duduk pun boleh. Akhirnya tertegaklah satu Sunnah, dan terhapuslah satu Bid’ah”, Rayyan menghabiskan ceritanya.

Kisah Rayyan yang dikongsinya bersama saya ketika kami sama-sama belajar di Jordan dahulu, sering saya kenang. Ia suatu contoh mudah, betapa besarnya peranan sabar dan hikmah dalam usaha memperbaiki dan memperbetulkan amalan manusia.

Pendekatan yang sama, cuba saya gunakan dalam menangani banyak kesulitan beragama di hari ini.


Ulasan al_insan;

menarik sungguh usaha yang sahabat Ustaz Hj Hasrizat(penulis saifulislam.com) . bersabarnya dia dan terus berbuat serta mengunakan akal yang sangat cerdas yang telah ALLAH berikan telah membuahkan satu amalan sunnah yang shahih dan menghapuskan satu bid ah. MasyaALLAH, kehebatan ALLAH menciptakan manusia yang cukup hebat dengan izinNYA. Semoga para dai dapat mengambil ibrah daripada kisah ini untuk melajukan lagi tugas dakwah tetapi menjaga sensitiviti ummat yang dicuba dakwahi.

Dalam buku Fiqh Ikhtilaf juga Dr. Yusuf Qardawi menyatakan beliau amat kecewa dengan para dai dan ustaz sekarang yang suka mengeluarkan fatwa dan hukum tanpa mengira situasi ummat setempat itu lantas menyebabkan sungai yang keruh menjadi hitam dan busuk.

sama - samalah kita bersabar, terus berbuat dengan menggunakan semua neuron yang ALLAH ciptakan untuk menjalankan dakwah ini secara bil Hikmah

***untuk mendapatkan artikel penuh saifulislam.com sila klik pada tajuk post ini.***

Monday, November 10, 2008

.::Soleh Tanpa Nama::..

.::Soleh Tanpa Nama::.. PDF Print E-mail
Written by tarbawi
Saturday, 08 November 2008 14:52

“Berapa banyak terjadi, golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar” (Q. Al-Baqarah:249)


Al-Quran banyak bercerita tentang orang-orang soleh tanpa nama. Memang ada ksah israiliyat yang menghuraikan nama-nama dari orang-orang tanpa nama di dalam Al-Quran. Namun, tidak mudah mempercayai kisah israiliyat itu. Ini kerana mengimanai kebenaran peristiwanya lalu mengambil pelajarannya, jauh lebih penting berbanding mengetahui siapa nama orang-orang itu.

Dua orang soleh pengikut Musa

Setelah selamat daripada kejaran Firaun, Musa dan kaumnya disuruh memasuki Baitul Maqdis. Tapi para pengikutnya enggan., kecuali dua orang di antara mereka. “Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: ‘Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota itu), maka bila kamu memasukinya nescaya kamu akan menang, dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman”. (Q. Al-Maidah: 23)

Orang Soleh Pemilik Kebun

Al-Quran juga mengisahkan seorang pemilik kebun yang soleh. Beliau mempunyai seorang saudara yang kufur kepada Allah. Dengan kesolehan itu, beliau selamat sedangkan kebun saudaranya binasa. “Dan berikanlah kepada mereka sebuah perumpamaan dua orang lelaki, Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antar kedua kebun itu Kami buatkan ladang. Kedua-dua kebun itu menghasilkan buahnya, dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikitpun, dan Kami alirkan sungi di celah-celah kebun itu, dan dia mempunyai kekayaan yang besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika dia bercakap-cakap dengan dia; “Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat”.

Dan dia memasuki kebunnya sedang dia zalim terhadap dirinya sendiri; dia berkata “Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, dan aku tidak mengira hari kiamat itu akan dating, dan jika sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada kebun-kebun ini”. Kawannya yang mukmin berkata kepadanya sedang dia sedang bercakap-cakap dengannya: “Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, lalu dia menjadikan kamu seorang lelaki yang sempurna? Tetapi aku (percaya bahawa): Dialah Allah, Tuhanku, dan aku tidak mempersekutukan seorang pun dengan Tuhanku”. (Q. Al-Kahfi:32 – 38)

Seorang Lelaki dari Hujung Kota


Ada seorang lelaki soleh yang turut membantu Musa. Beliau membawa informasi rahsia. Tidak diceritakan bagaimana orang itu tahu informasi penting daripada para penguasa ketika itu. Yang pasti, membangun hubungan dengan orang-orang yang mempunyai posisi strategik sangat diperlukan dalam dakwah, meski tidak sampai terikat secara loyaliti. “Dan datanglah seorang lelaki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata,

“Hai Musa, sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah ( dari kota ini ) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi masihat kepadamu”.
(Q. Al-Qashash:20)


Orang Soleh di Tengah Kerajaan Firaun

Dalam lingkungan Firuan, ada orang soleh yang telah lama memendam imannya. Pada waktu yang telah dia tetapkan, dia muncul dan menyuarakan iamnnya serta menyedarkan Firaun dan para pengawalnya dengan bahasa keimanan yang penuh wibawa.

“Dan seorang lelaki yang beriman di antara pengikut-pengikut Firaun yang menyembunyikan imannya berkata, “Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia menyatakan “Tuhanku ialah Allah” padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. Dan jika dia seorang pendusta maka dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika dia seorang yang benar, nescaya sebahagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu”. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta”. (Q. Ghafir:28)

“Dan orang yang beriman itu berkata: Hai kaumku, sesungguhnay aku khuatir kamu akan ditimpa (bencana) seperti peristiwa kehancuran golongan yang bersekutu. (Yakni)seperti keadaan kaum Tsamud, Nuh, ‘Aad dan orang-orang yang datang sesudah mereka. Dan Allah tidak menghendaki perbuatan kezaliman terhadap hamba-hamba-Nya. Hai kaumku, sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan seksaan hari panggil-memanggil, (iaitu) hari ketika kamu (lari) berpaling ke belakang, tidak ada bagimu seorang pun yang menyelamatkan kamu dari azab Allah, dan siapa yang disesatkan Allah, nescaya tidak ada baginya seorng pun yang akan memberi petunjuk”. (Q. Ghafir:30 – 33)

Sedutan artikel dari Halaqah Online....sambung bacaan
KLIK PADA TAJUK

Friday, November 07, 2008

Bila Lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah?

Written by Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
Thursday, 06 November 2008 10:29

ZAMAN SEKOLAH



1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.


ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ



1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!



ZAMAN HABIS BELAJAR



1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.



ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?





ZAMAN KAHWIN



1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.





ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL



1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.



ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH



1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...





ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN



1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.





ZAMAN DALAM KUBUR



1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?



Aku menyesallllll.........!!!


Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

3 NOVEMBER 2008


ps: Nukilan di atas berdasarkan pemerhatian dan pengalaman peribadi selama bertahun-tahun, bukan agak-agakan. : )

****(disalin daripada halaqah online :
http://halaqah-online.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=477:bila-lagi-engkau-hendak-sertai-dakwah&catid=36:tazkiyatun-nafs&Itemid=84)

Anda juga mungkin meminati...