Wednesday, May 18, 2011

Anhedonia

Apa yang boleh dikata dalam minggu ini. Anhedonia telah menguasai diri. Makanan tak sedap, beli-belah tak seronok, tidur kurang puas, FB pun nak tak nak, blogging tak menjadi.

Ke manakah roh aku telah pergi?

Aku memerhati sekeliling. Rumah ramai orang. Namun aku masih terasa sunyi. Boleh sahaja orang sekeliling ketawa, namun kenapa hatiku tak terhibur sekali.

Ke mana semangatku telah lari?

Suatu ketika aku rasa ingin menjerit di tebing laut. Membuang bungkaman seolah-olah tangan yang menggenggam jantungku. Dalam longlai aku memaksa kakiku melangkah mencari mentari.

Ya Allah berilah aku hidup itu kembali.

Ada yang berkata aku telah mencapai suatu tahap lebih tinggi dalam kehidupan duniawi, aku percaya aku perlu menyelam kembali ke lautan Ilahi, mencari Iman di dasar yang tersembunyi.

Ya Rahman mogaku temui penawarnya dalam munajatku pada dinihari.

Kelompangan hati ini, kerana ku selalu melupaimu Ilahi, dan mungkin kerana cintaku pada duniawi, yang datang dan pergi, seperti bekas yang berisi, tertumpah ke lantai bumi.


Anhedonia, astagfirullahal'adzim.


2 comments:

  1. Malam semakin larut, senandungkanlah Cinta di senyapnya sepi dunia. Maka Kasih & rindu dendam akan terkilas sehingga fajar ketenangan tiba dan ketika itu moga roh yg pergi dan semangat yg lari akan kembali lagi. Amin.

    ReplyDelete
  2. dunia ini sementara cuma
    hanya pinjaman yang maha esa
    rugilah orang yang mendambakannya
    hingga lupa hakikat sebenarnya

    ReplyDelete

Sebarang cadangan dan pendapat boleh kemukakan di sini...

Anda juga mungkin meminati...