Friday, December 26, 2008

Akibat Maksiat






Written by Hisyam Sabrani
Tuesday, 23 December 2008 00:00

Di dalam kitabnya, al-Jawabul Kafi li man sa`ala ‘an adwaa` asy-Syafi, Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah menyebut, “Perbuatan maksiat berakibat buruk dan berbahaya bagi kehidupan dunia mahupun akhirat.”

Kemudian beliau menyenaraikan beberapa akibat yang ditimbulkan oleh perbuatan maksiat. Di sini saya bawakan beberapa di antaranya:

1. Terhalang dari ilmu yang sedang dipelajari.

Kerana ilmu adalah cahaya. Imam Malik pernah berpesan kepada Imam Syafi’e, “Sunguh, aku melihat bahawa ALLAH telah mengurniakan cahaya di hatimu. Maka janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan kelamnya perbuatan maksiat.

Kendati demikian, tidak dinafikan kadang-kadang pelaku maksiat adalah dari kalangan mereka yang terpelajar. Malah saya pernah mendengar satu kes (dari sekian kes yang sering terjadi) yang berlaku di sebuah IPT tempatan, seorang pelajar dibuang dari pengajian kerana terbongkar bahawa dia pernah melakukan zina, malah ‘mengabadikan’ perbuatan tersebut dalam telefon bimbit miliknya! Sedangkan dia adalah penerima anugerah dekan untuk 5 semester berturut-turut! (Subhanallah, Astaghfirullah. Ketika maksiat zina telah berleluasa, itu adalah musibah yang ALLAH timpakan, sebagai peringatan!)

Jadi bagaimana seseorang boleh sebegitu bijak sedangkan dia melakukan maksiat yang berat kepada ALLAH?

Itu hanya kurniaan ALLAH di dunia. Maksiat yang dilakukan tetap menghalang keberkahan ilmu yang dipelajari. Kendati dia memahami dan menghafal setiap bait pelajaran tersebut, namun belum tentu dia mampu untuk mengamalkannya. Di situlah letaknya barakah dalam belajar; kemampuan untuk melaksanakan dan istiqamah atas kebenaran.

Sebelum inipun kita pernah digemparkan dengan fatwa-fatwa menyesatkan yang dikeluarkan oleh PhD holder dalam bidang agama! Antaranya ialah keharusan melacurkan diri akibat desakan hidup, dan juga keharusan meninggalkan solat ketika dalam usaha mengharumkan nama Negara. Sekali lagi, istighfar meniti di bibir…

Di dalam al-Quran, ALLAH pernah menceritakan tentang segolongan bijak pandai yang bangga dengan ilmu yang ada pada mereka sehingga sanggup menolak ajakan para Nabi untuk beriman;

Maka ketika para Rasul datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka merasa senang dengan ilmu yang ada pada mereka (merasa cukup dan kemudian meremehkan ajakan para Rasul), dan mereka dikepung oleh (azab) yang dahulu mereka mengolok-olokkannya. (surah al-Mukmin; 40:83)

Kerana maksiat menghalang barakah ilmu sampai kepada mereka. Apa yang ada pada mereka hanya semata-mata pengetahuan, sedangkan ilmu yang barakah sepatutnya dapat membawa seseorang takutkan ALLAH;

Diantara hamba-hamba ALLAH yang takut kepada NYA hanyalah para ulama. (surah Fathir; 35:28)

2. Terhalang dari rezeki yang ia usahakan dan sering menemui kesulitan dalam urusan hidup

Rasulullah bersabda;

Sesungguhnya seorang hamba terhalang dari rezeki kerana dosa yang diperbuatnya. (HR Ahmad)

Ia adalah kebalikan dari janji ALLAH terhadap golongan yang bertaqwa;

Barangsiapa bertaqwa kepada ALLAH, maka DIA akan membukakan jalan keluar baginya. Dan DIA memberikan rezeki dari arah yang tidak dia sangka, dan barangsiapa bertawakkal kepada ALLAH, nescaya DIA mencukupkan (keperluan)nya. (surah at-Tolaq; 65:2-3).

3. Merasa gundah dan kerisauan hati

Juga mengakibatkan hilangnya kelazatan dalam beribadah, wal ‘iyadzu billah. Walaupun nikmat dunia melimpah di sisinya, namun tidak dapat menghilangkan kegundahan dan kerisauan hati yang diakibatkan oleh maksiat.

Malah baginda Nabi juga pernah menunjukkan hal ini dalam sebuah hadith baginda;

Dari Wabishah bin Ma’bad radhiallahu ‘anhu, telah berkata, Aku mendatangi Rasulullah, lalu baginda bertanya, “Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?”

Aku menjawab, “Benar.” Maka baginda bersabda, “Tanya fatwa dari hatimu. Kebaikan ialah perkara yang menenangkan jiwa dan hati kepadanya. Sedang dosa ialah perkara yang menggangu jiwa dan menyempitkan dada, kendati manusia telah memberikan fatwa kepadamu dan terus menfatwakannya kepadamu.” (hadith hasan, riwayat Ahmad dan ad-Darimi).

Tapi tentu hati yang diminta fatwa itu ialah hati yang sentiasa memelihara imannya kepada ALLAH, bukan hati yang telah lama berkarat.

Semoga ALLAH menjauhkan kita dari kegundahan hati akibat perbuatan maksiat ini.

4. Terjadi ketidakharmonisan antara pelaku maksiat dengan orang yang disekitarnya, lebih-lebih dengan orang yang baik-baik.

Ketidakharmonisan tersebut akan semakin menguat sehingga pelaku maksiat akan merasa dirinya terpencil dari lingkungan sekitarannya, dan makin dekat dengan lingkungan syaitan, bahkan akan dimusuhi oleh isteri, anak-anak, kerabat, malah dirinya sendiri. Na’udzubillah.

Seorang salaf berkata: “Dampak buruk dari perbuatan maksiat itu, nampak pada binatang ternaknya, juga pada keluarganya.”

5. Pelaku maksiat akan merasa gelapnya hati

Kerana taqwa dan ketaatan adalah cahaya yang menerangi jiwa, sedang maksiat dan dosa adalah kegelapan yang menambahkan titik hitam dalam hati pelakunya.

Sekali-kali tidak! Bahkan apa-apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka. (surah al-Muthaffifin; 83:14)

6. Mengakibatkan lemahnya akal dan fizikal

Iman adalah sumber kekuatan orang beriman. Dengan iman, pasukan tentera Islam berjaya menewaskan pasukan kuffar dalam peperangan walaupun kelengkapan pasukan lawan serba lengkap. Lihat saja peperangan Badar dan peperangan lainnya, sama ada yang berlaku pada zaman Rasullulah dan para sahabat, atau yang berlaku pada masa kini. Lihat saja perbezaan ketara antara pasukan Isra`el laknat yang pengecut dengan saudara kita di Palestin. Keberanian mereka dipacu oleh iman dan kerinduan membuak terhadap syahid dan syurga.

Lantas, ketika kita melakukan maksiat, bagaimana mungkin kekuatan dan keberanian itu akan datang, kerana sumbernya telah dicampak dari hati kita.

Semoga ALLAH menetapkan hati kita atas iman dan taqwa.

7. Terhalang dari melakukan ketaatan

Ketika kita menyibukkan diri melakukan maksiat, bagaimana mungkin pada masa yang sama kita melakukan ketaatan. Kerana itu ketika satu maksiat dilakukan, beerti satu ketaatan telah ditinggalkan. Seandainya tiada seksaan atas maksiat tersebut, cukuplah terhalang dari melakukan taat itu dianggap sebagai satu bentuk hukuman dari ALLAH.

8. Hilangnya barakah umur

Pada zaman kini, ramai orang yang akan menyambut ulang tahun kelahiran mereka. Tapi pernahkah kita cuba memikirkan untuk memenuhkan pertambahan umur tersebut dengan amal ibadah. Sungguh rugi andai bertambahnya umur kita adalah seiring dengan pertambahan amal dosa. Di situlah hilangnya barakah umur yang ALLAH kurniakan.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh Dr Khalid di dalam bukunya, ‘Kesaksian Seorang Dokter’, ketika pada satu hari beliau menziarahi sahabatnya yang mengabaikan perintah menunaikan solat untuk menasihatinya, sahabat beliau tersebut menolak dengan keras malah mengatakan bahawa dirinya akan hidup lebih lama, dan akan menunaikan solat ketika umurnya sudah tua. Tahukah anda apa yang berlaku kepada orang tersebut? Dia meninggal dalam satu kemalangan keesokan harinya, setelah 24 jam dari waktu Dr Khalid menemuinya.

Kerana itu, amat penting untuk sedaya upaya mencuba mengisi waktu-waktu kita dengan amal kebajikan, kerana kita tidak pernah tahu akhir dari hidup kita.

Mudah-mudahan sedikit nukilan ini mampu mencetuskan sebuah kesedaran dalam diri kita, dalam memastikan keredhaan ALLAH dicapai ketika hidup kita di dunia.


saduran daripada halaqah online


Tuesday, December 23, 2008

Hilang?


Assalamualaikum, semalam adalah suatu hari yang kurang baik bagi saya. Mungkin atas dosa kelemahan diri ini ALLAH telah mengaturkan satu bentuk ujian atau balasan kepada saya dan sahabat sebilik saya.

Saya telah kehilangan RM 50 ke atas dan sahabat saya pula kehialangan laptopnya...sungguh sedih. Semalam kami ada satu kelas demonstrasi labaratory test on bleeding test. Selesai kelas saya dan roomate saya pulang ke bilikdan di saat itu semuanya masih seperti sedia kala. Namun kelas kami bersambung pada 10 30 di auditorium A. Habis kelas itu kami pulanglah ke rumah dan pada waktu itu telah pukul 12 maka kelihatan laci meja saya terbuka, dalamnya ada bag dompet saya, duit. Hilang semuanya cuma dompet tak la. Laptop saya yang selalunya letak di kerusi juga telah di alihkan ke bawah(entah kenapa dia buat cam gitu, siap cabut plak charger) laoptop kawan saya hilang sekali beg dan chargernya. Keadaan tingkap ketika itu juga terbuka dan seluar kawan saya yang tergantung di arah dalam telah berada di kawasan luar(tanda ada orang telah lalu tingkap tu.) kat bawah tingkap ada satu kerusi yang telah reput namun sekarang telah pecah...jadi semua hanya tanda tanya....

laporan pada penyelia asrama telah dibuat dan ini adalah kes pertama berlaku di Kolej ini. Semoga ALLAH memberikan kesedaran kepadanya dan janganlah diberikan istidraj pada dia. Jika dia ISLAM. Bagi pihak saya, saya memaafkan kesalahannya namun saya amat berharap moga ALLAH berikan pertunjuk kepadanya supaya dia sedar dan menjadi pejuang islam.




Saya megaku bahawa ini juga adalah salah saya. Tingkap kami tidak berkunci(rumah kami tingkat bawah memang senang kalau nak panjat). Pintu tidak berkunci dan laptop kami letak di kawasan lapang. Saya memang cuai dan saya mohon ALLAH ampuni dosa ini dan kepada sahabat ku jika bala ini datangnya kerana kesalahan dan dosa daku pada ALLAH namun dikau yang menerima tempiasnya daku memohon maaf.

saya sediri sedar iman ini amat lemah takala minggu ini...solatnya,...qurannya...doakan saya ye...ambil ikhtibar dalam penceritaan ini.

Sunday, December 14, 2008

31 Tips Dawah Keluarga

1. Membantu orang tua
Bila tak ada pembantu, jangan malas untuk membantu orang tua. Karena ini kesempatan yang baik untuk pendekatan. Boleh dengan membantu mencuci pinggan, menyapu, menyiram, menyetrika, memasak, dan lain-lain.

2. Mendengarkan masalah dan beri penyelesaian yang Islami
Sabtu dan Minggu adalah waktu berkumpul keluarga. Banyak hal yang biasanya dibincangkan. Dan bila orang tua ada masalah, dengarkanlah masalah mereka dan beri penyelesaian yang Islami.

3. Disiplin saat menonton TV
Menonton TV jangan dianggap remeh. Apa jadinya bila aktivi kita ternyata masih suka menonton drama cinta, gossip dan lagu-lagu rock??? Selain tidak boleh dalam agama, pun akan menjadi penilaian tersendiri di mata orang tua. Anakku ini rupanya suka menonton cerita-cerita cinta (?)

4. Bangun pagi
Bangun lewat akan membawa gambaran yang kurang bagus. Apatah lagi aktivi, shalat subuh! ^ _ ^

5. Tersenyum
Selalu berwajah ceria, tidak masam, tentu akan membuat orang yang melihatnya pun menjadi ikut bahgia. Aktivi wajahnya tersenyum selalu. Kalaupun ada kesedihan, cukup sekadar simpan dalam hati.



6. Mendoakan di shalat malam
Meski kita berikhtiar siang dan malam, tetapi hidayah tetap hak Allah. Maka jangan lupa mendoakan mereka di setiap selesai shalat dan di setiap shalat malam kita.

7. Memberi buku Islam yang sesuai
Kalau kita lebih suka membaca Risalah Pergerakan, Perangkat-Perangkat Tarbiyah, tentu orang tua tidak sesuai dengan ini. Maka kita harus menyediakan buku-buku Islam yang sesuai pemahaman mereka. Misalnya untuk ibu, karena sudah ada keluarga, jadi yang lebih dominan dalam pemikirannya adalah tentang keluarga sakinah mawaddah warrahmah. Kita boleh membelikan buku ini. Atau bila kakak kita ternyata sebentar lagi akan menikah, kita boleh mencadangkan buku pernikahan islami, atau tips memilih menantu, misalnya.. ehm ehm

8. Perpustakaan Islam di rumah
Bilik kita penuh buku-buku, wawasan kita menjadi luas. Tetapi keluarga kita tidak. Maka keluarkan buku-buku itu dan letakkan juga di perpustakaan keluarga. Atau bila belum ada perpustakaannya, kita buat sendiri dengan mencari ruangan yang boleh dilihat oleh seluruh ahli keluarga.



9. Hiasi rumah dengan suasana Islami
Simbol-simbol Islam terkadang perlu karena pengkondisian lingkungan adalah sebahagian dari dawah. Kita boleh membeli kaligrafi Islam, atau kabah, dst. Dan mengurangkan adanya patung-patung dan sejenisnya. Tentu hal ini disampaikan secara bertahap kepada keluarga kita.

10. Memainkan tilawah atau nasyid di rumah
Mengenalkan keluarga dengan lagu-lagu yang Islami, sebagai jalan alternatif hiburan. Ar Ruhul Jadid mungkin terdengar enak di telinga kita, tapi bagi orang yang belum faham, belum tentu. Sesekali memutarkan tak mengapa, tapi jangan setiap hari. Cuba putar juga kaset-kaset slow yang disukai oleh orang yang sudah berusia, misalnya nasyid OPICK, Raihan atau Bimbo.

11. Memancing dengan ceramah subuh
Kebiasaan harus ditanamkan. Mulailah dari diri kita dahulu.Selesai shalat subuh, kita menonton ceramah subuh. Orang tua pun pasti menjadi pendengar. Setiap hari, biasakan. Maka Anda akan melihat bahawa orang tua akan menutup TV sendiri, demi menonton ceramah subuh. Dari ceramah subuh yang rutin tersebut, automatik tak ubahnya seperti pengisian harian.

12. Sabar
Sabar dalam berdawah. Jangan pernah kenal henti. Sabar dalam tingkah laku juga. Sabar dengan adik-adik jika ada, tahan kemarahan

13. Memberi teladan
Makan dengan sederhana, tidak suka ikut ghibah bila orang tua kita berghibah, pakaian sederhana saja dan pastikan bilik tidur sentiasa kemas.

14 Ajak orang tua shalat berjamaah
Shalat berjamaah akan memberi efek yang luar biasa bagi hati. Dalam shalat ini, orang tua menjadi imam, sehingga hubungan orang tua dan anak akan kian menjadi erat karena Allah.

15. Menceritakan aktiviti di universiti
Bila kita ikut program sekolah, cubalah tunjukkan foto-foto, laporan universiti, dan VCD aktiviti universiti. Dengan ini, orang tua tak khawatir apabila ada waktu kita sering di luar rumah.

16. Membawa kawan-kawan bersilaturahim ke rumah
Sesekali, ajak kawan-kawan ke rumah untuk bersilaturahim dengan keluarga kita. Orang tua akan lebih tenang hatinya bila mengetahui bahwa anaknya bergaul dengan kawan-kawan yang baik akhlaknya.

17. Menjadi sumber ilmu
Wawasan kita juga harus luas. Misalnya ketika tengah ada masalah keluarga, tentang warisan misalnya. Nah, kita bisa memberikan penyelesaian tentang hukum waris dalam Islam. Pun hukum-hukum lainnya, seperti pernikahan, zakat, dan lain-lain

18. Persiapan menikah
Menikah bagi ikhwah tentu ada adab-adabnya. Maka jauh-jauh hari kita harus rajin membincangkan pernikahan Islami ini agar orang tua tidak terkejut. Boleh dengan cara menceritakan walimah Islami yang kita kunjungi atau bahkan mengajak mereka ke walimahan yang Islami. Pun kenalkanla apa itu ikhwan, akhwat.


19. Memperbanyak tilawah di rumah
Rumah yang banyak dibaca tilawah di dalamnya, niscaya akan membawa ketenangan dan keberkahan di dalam rumah.



20. Ramai sedikit tak mengapa
Apa maksudnya? Iya, misalnya ada isu-isu tentang teroris, perjuangan Palestin, dan lain-lain. Kita jadikan tema ini menjadi bahan pembicaraan dan jelaskan dari sudut pandang Islam. Karena tak jarang, keluarga kita juga termakan ghazwul fikri ini.

21. Membeli majalah Islam
Media yang ada di rumah, boleh kita meriahkan dengan majalah-majalah Islam. Ada majalah MAJALAHi, AL-ISLAM,SOLEHA,ANAMUSLIM, dll.

22. Kenalkan dengan yang sebaya
Orang tua juga memerlukan komuniti yang sebaya dengannya. Tidak beza jauh dengan kita saat di universiti, yang kita lebih selesa bila berbual dengan teman sebaya. Maka kita cari tetangga ataupun keluarga yang faham Islam dan kenalkan dengan orang tua. Kita gabungkan dengan mereka dalam dawah. Kakak dan adik kita pun demikian, kenalkan mereka dengan ikhwah di lingkungan mereka. Titip menitip tarbiyah antara ikhwah wa akhwat, sudah menjadi hal yang lumrah.

23. Lemah Lembut
Berdawah harus dengan lemah lembut. Karena boleh jadi hidayah itu tidak langsung turun, tetapi memerlukan proses.

24. Berdikari, dewasa, dan tidak bermasalah.
Kedewasaan bukanlah diukur dari usia. Karena sampai bilapun kita masih boleh bermanja-manja dengan orang tua. Yang terpenting, jangan sampai kita menjadi anak yang bermasalah.

25. Musholla(tempat solat) di rumah
Bila di rumah belum ada musholla, padahal ada ruang yang kosong, maka kita ajukan cadangan untuk membangun musholla di rumah.

26. Mengajak ikut Al Quran di dalam telefon
Orang tua sibuk bekerja? Kakak sibuk kuliah? Ajaklah untuk bergabung dengan software Al Quran dalam telefon bimbit sehingga dawah itu dapat tersampaikan dimana saja dan tanpa ada had masa

27. Kirim artikel Islam melalui email
Selain itu, ada pula email-email Islam yang boleh kita kirimkan kepada orang tua, adik, dan kakak kita.

28. Alat-alat elektronik yang Islami
Komputer dan HP(telefon bimbit), boleh kita memasukkan hal yang berkaitan Islam, nasyid, properties Islam, dll.

29. Minta pendapatnya
Meminta pendapat orang tua adalah bentuk wujud hormat kita kepada mereka. Karena dengan demikian, orang tua akan merasa dihargai kedudukannya.

30. Cari pasangan yang boleh berdawah pula
Selama ini kita berdawah sendiri. Nah, bila akan dan sudah menikah, carilah pasangan yang sekiranya dapat diajak berdawah pula dengan keluarga kita. Maka dawah bisa menjadi kuat, dua kali lipat!



31. Mampu mencari nafkah
Untuk ikhwan, setelah habis SPM ada baiknya berpenghasilan(bekerja) meskipun sedikit. Untuk akhwat, bila belum berpenghasilan, jangan banyak meminta ini itu kepada orang tua. Meski orang tua kita mampu, bukankah kesederhanaan juga bagian dari perintah agama?

Jika semua tips di atas sudah kita lakukan, maka bersabarlah karena hidayah itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Taala dan ingat, Dia menilai proses, bukan hasil. Selamat berjuang ikhwah fillah.


Ulasan al_insan :
Alhamdulillah Tips yang berguna buat semua yang sedang berdakwah untuk keluarga...sama - sama kita selamatkan keluarga kita dan diri ini dari azab neraka yang pedih


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (66:6)

Petikan Daripada HALAQAH ONLINE :

http://halaqah-online.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=548:31-tips-dakwah-keluarga&catid=37:kekeluargaan&Itemid=86

Saturday, December 13, 2008

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezhaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini sepenuh ridho Illahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya ridho Ilahi Robbi...
Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap di lontarkan dan menghujam
Menembus dada, lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, menumbang kezhaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi...
Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menAlign Centeruliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang slalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da'wah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju jannah Ilahi Robbi...



Sama - sama kita hayati lagu ini dan cuba kita aplikasikan ye !!!

Raya Aidil Adha 1429 H

بسم الله الرحمن الرحيم
Ish ish...afwan bebanyak kepada semua dah seminggu dah kita dah bis raya haji sampaikan org yang g haji pun dah nak balik baru la saya nak menyampaikan berita hari raya haji di Sarawak ni..

tetapi saya masih lagi tidak tahu bagaimana nak cerita. jadi saya cerita sedikit je la dan orang kata picture tell a thousand word...:


Memasak lemang dan aktiviti santai bersama masakan rimba (roti lilit) dan sosej bakar. Yang pakai baju merah tu la chef lemang kami sdra. Redzuan senior saya la ni tahun 4


"makan biar habis nooo" macam mandur pulak...ni sedikit jamuan selepas ceramah perdana qurban bertajuk "berkorban atau terkorban" dari Ust Hasan Basri.


Ustaz Hasan sedang khusyuk menyampaikan ceramahnya...


Ni la dua ekor lembu yang dikorbankan...yang coklat sedikit ni betina dan yang hitam jantan...yang si betina ni ganas ooo dia lari masa orang nak korbankan dia....kredit pada abg lan( baju biru) pengurus korban tahun ni...dia terbang macam superman tangkap lembu ni...tapi dalam gambar ni kita dapat lihat betapa susahnya nak stabilkan lembu ni...masyaALLAH..
Lapah jangan tak lapah!


Haha...ni ileum ke ape ye...mai belajar anatomi lembu jom!


nampaknya itu liver....???


Bergotong royong memasang khemah....ringan je khemah ni sampai kena tiup angin dah nak melayang...jenuh kami memegangnya....tahniah kepada yang memberikan bantuan....
semua tengah memikir macam mana nak pasang benda yang macam tali pinggang tu...akhirnya dapat juga...hebat taufiq(berbaju kelabu)..akhi kimi macam ade idea je tu...(berbaju hitam serta senyuman yang penuh konsentrasi)

ni abg rasid(pengarah projek...turun pasang khemah....)lak yang cuba membuka tali pinggang si khemah ni

ok 1 , 2, 3 angkat....

Lihat lah betapa komitednya menahan khemah yang ringan ini daripada ditiup sang angin


ok lah di sini sahaja berita bergambar sepanjang idul adha di KOLEJ PERUBATAN UNIMAS
tahniah kepada komite kerana makanan sedap dan tidak banyak sangat yang berlebih, majlis dan aktiviti semua dapat mengeratkan hubung bagi orang yang melibatkan diri dengan baik...alhamdulillah saya juga dapat bermesra dengan senior dan mengenali mereka dengan lebih dekat...

Wednesday, December 10, 2008

Da'ie dan Movie?

Saturday, December 06, 2008

Nak dijadikan cerita, ada seorang sahabat datang mengadu dimarahi teruk ayah gara-gara kerja men'delete' movie dan series ayahnya secara tidak sengaja. Banyak gigabyte juga yang hilang. 300GB komputer, penuh dengan movie, series, anime dan lain-lain. Belum ditambah lagi yang telah di'burn' ke dalam DVD yang bertimbun.

"Bodoh!! aku download berminggu-minggu!! Kurang ajar punya budak!! kata-kata pedas dari ayahnya yang keras kepala.

Perkara ini kelihatan wajar jika ayahnya hanya orang biasa yang tidak pernah ditarbiyyah ataupun yang telah islam sejak lahir tapi tidak komitted mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Tetapi jangan terkejut jika saya katakan ayahnya merupakan mantan setiausaha agung sebuah jamaah islam.

Adakah kita merasa pelik? atau sikap kita biasa-biasa saja. Saya tertarik dengan status mantan setiausaha agung sebuah jamaah islam yang dimiliki ayahnya. Dah nama pun jemaah islam, mestilah mengaku dirinya berdakwah. Buat itu, buat ini yang saya percaya semuanya hanya lebih kepada kerja-kerja pengurusan. Sikap-sikap seperti ini kalau dianalisa pasti kita akan lihat satu kesamaan antara pelaku-pelakunya. Bagi saya, ayahnya itu tak ubah seperti Raja Namrud yang membakar Nabi Ibrahim kerana menghancurkan berhala-berhala milik Raja Namrud.

Fokus saya di sini adalah movie yang jelas-jelas haram, yang mempamerkan wanita-wanita yang tidak menutup aurat (ada ke movie barat yang wanita tutup aurat? yang tak tutup pun pakaian tidak sopan) lebih-lebih lagi yang menontonnya adalah seorang yang mengaku da'ie? Saya percaya ayahnya akan menonton secara istiqamah kerana size 300gb itu bukan sekejap untuk khatam.

Mari kita kaji perilaku ayah dia ini. Siapa yang pernah mengalami, tahu-tahu sendiri lah ya. Ayahnya dah tentu bekerja. Kebiasaannya jam 8 pagi hingga 5 petang. Ayahnya juga seorang manager. Selalu balik malam. Pada pendapat saya, dia tidak akan menonton berhala-berhala yang didownload di pejabat. Jadi, masanya di rumah pasti dia akan gunakan sebaiknya.

Bermula dari sampai di rumah, terus on computer, menonton berhala kesayangan sehingga larut malam sampaikan terpaksa menunda solat isya' ke saat-saat akhir dek kerana tertidur sewaktu menonton berhalanya. Secara tidak langsung, masanya ditiadakan untuk anak-anak. Dia tidak kisah akan anak-anak, lalu anak-anak tidak akan kisah akan bapanya.


Kenapa saya sebut berhala? Kerana berhala ini sesuatu yang kita sembah, yang amat kita cintai dan sedia mengorbankan segalanya kerana berhala ini. Jadi tidak salah jika saya sebut berhala, kerana dia sanggup mengorbankan pandangan orang lain terhadap dia, mengorbankan anak-anak, mengorbankan masa dan sebagainya.

Kalau yang tadi, bapaknya. Sekarang kita cermin diri sendiri, lihat di sekitar kita. Kita bisa lihat bagaimana menonton movie dan series ini seperti menjadi satu kebiasaan bagi kita. Dari yang aktif berdakwah sehingga la yang duduk termenung goyang kaki. Yang dah sibuk bertambah tiada masa, yang menang banyak senggang masa terus takda masa.

Saya tahu diluar sana masih ramai lagi para da'ie yang mengambil enteng akan hal ini. Ada yang nonton Naruto, Bleach, dan lain lagi. Sehingga tahu episod berikut bila bisa di download. Bisa cerita dari mula hingga episod semasa. Untuk berehat? Di manakah tahajud yang menjadi rehat dari dunia yang melelahkan? Apakah rehat seorang da'ie itu dengan memuskan hawa nafsu?



"Akhi, anta dah tengok Quantum of Solace?"

Wah, sekali imbas lunak dan sopan sungguh pertanyaannya. Tapi ramai juga da'ie-da'ie moden ini yang menjawab "masih belum". Apa ini?





Saya ingin berkongsi beberapa sebab yang menjadikan mereka ini tengok movie keluaran terbaru. "Nak catch up supaya tidak ketinggalan bersama mad'u". Waduh-waduh, dahlah murobbinya pun tengok movie berlumba pulak dengan mutarobbi. Nanti bolehlah ikhwah wujudkan satu pawagam untuk ikhwah akhwat (asing ye) sebab semua dah ditarbiyyah tengok movie. Apakah tidak cukup dengan hanya membaca preview atau story plot saja? atau kita lebih rela menghabiskan masa dan menggadaikan keimanan kita dengan melihat aurat wanita?

"Banyak pengajaran yang boleh diambil". Apa lagi yang kalian perlu selain Al-Quran dan Hadith? Sirah para sahabat? Bahan bacaan yang bermanfaat? Dokumentari yang ilmiah? Kenapa mesti movie tayangan perdana? atau movie top ten? Jauh di sudut hati "Rasa best bila tengok movie, enjoy, releks," rasa-rasa hawa nafsu.

Wahai para da'ie, ketahuilah akan bahaya ini dosa kecil ini. Ia seharusnya menjadi takutan umat yang mengaku da'ie ini melainkan jika dia hanya mengaku da'ie tapi tidak bekerja sebagai da'ie. Atau lebih dikenali sebagai da'ie olok-olok. Saya tidak tahu jika masih ada di antara kita yang terus beralasan untuk membenarkan perkara lagho dan bisa menambah dosa ini.

Bermula dengan melihat movie secara kecil-kecilan, bintik-bintik hitam akan mula menutupi hati sehingga membekas seperti marker permanent lalu cahaya ilahi akan sukar masuk ke dalamnya dan hasutan iblis mudah mendekati dan menempel.

Lalu timbul pula dosa-dosa lain yang lebih berat. Tinggal solat, mudah marah (orang yang pentingkan diri akan mudah marah, dan tanda orang yang pentingkan diri adalah orang yang suka mengikut hawa nafsu) dan seterusnya.

Wahai da'ie diluar sana!
Kalian kata kalian berdakwah. Tapi kalau perkara seperti ini tidak dapat kalian pelihara, lupakan saja medanmu kerana hati-hati kalian telah dikotori.

*Penonton movie yang saya gambarkan adalah yang menonton kebanyakan movie. Semua nak tengok. Saya juga menonton movie, Children of Heaven, Paradise Now dll yang boleh dikira dengan jari. Yang peliknya yang berjaya penuhkan hard-disc dengan movie dan series. Takkan simpan saja? mestilah tengok?

Sedutan darupada Blog DENGAN NAMA ALLAH

http://antamuslim.blogspot.com/


Ulasan al_insan:

adush, jazakallah akh. penulisan antum tepat, jitu, persis terkena pada ana yang selalu pandai berbicara sahaja...benar kata2 mu AKH segala dalil akli mu tepat dan ana amat berterima kasih...kepada yang lain fikir2 kan lah dan buat la pilihan yang terbaik...dalam lapangan menyeru manusia ini kita perlu sama menyeru diri ini sendiri dan ingatlah sesungguhnya hidup ini ada pelbagai pilihan namun pilihlah sesuatu yang berada dalam list wajib lakukan seerta prioriti dan tinggalkan perkara sia - sia.

Wednesday, December 03, 2008

Islam Hanya Di SURAU ?

Takala selesai menulis mengenai ekspedisiku mendaki Gunung Santubong daku tertiba terngiang ditelinga suatu frasa


'macam mana nak buat mendaki bukit tu islamic?' kata seseorang.
'ala sepanjang mendaki tu kita berzikir, sampai puncak kita nasyid'. jawab seorang lagi.
Daripada perbincangan dua sahabat ini apakah pendapat kalian dengan mereka ini. Bagi daku mereka ini masih tidak memahami bagaimana nak berislam. Mungkin mereka ini adalah mangsa Ghuzul Fikr(perang pemikiran) yang telah berjaya dengan jayanya dilaksanakan oleh musuh - musuh Islam. Mereka ini sudah tidak dapat melihat dengan jelas, lebih lagi orang yang pertama yang bertanya bagaimana hendak mengislamkan suatu aktiviti.

Kita adalah seorang muslim dan jika ada dikalangan kita dihina dengan orang mengatakan kita kafir pasti darah yang mengalir dalam badan ini akan bergerak lebih laju dan bagaikan ingin terpancut keluar semua darah atas sebab marahnya. Pantang datuk nenek aku kalau orang panggil aku kafir. Tapi rakan - rakan dan saudara - saudara sekalian. Ingin daku bawa kita semua menyulami sutera pemikiran masyarakat kini serta their lifestyle.

Dalam surah al baqarah ayat 208;
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.`
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat saranan bahawa memasuki Islam bukan boleh masuk ikut suke hati. Maksud saya adalah bukan kita boleh ambil mana yang kita suka kita ikut yang mana tidak kita tinggalkan. Berbalik dengan perbualan di atas, apakah Islam tidak pernah menyarankan untuk kita bersenam, bersukan, beriadah dan menyihatkan badan. Bukankah mendaki itu satu aktiviti yang menguji minda dan fizikal kita. kalau tidak percaya baca lah pengalaman saya dalam post mengenai Gunung Santubong.

Ada sebuah hadis Nabi S.A.W,
'Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai ALLAH daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya dapat kebaikan. Bersungguh - sungguhlah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada ALLAH, dan janganlah merasa lemah. Jika sesuatu menimpamu jangan kamu mengatakan"seandainya aku melakukan begini nescaya akan begini dan begini." akan tetapi katakanlah :ALLAH telah mentakdirkan hal itu, dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan terjadi." Kerana kesungguhan perkataan seandainya akan membuka perbuatan setan (diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah ra.)

Di awalan hadis dapat kita fahami dengan jelas kata - kata Nabi S.A.W bahawa Orang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai ALLAH. Bagaimana nak jadi orang yang kuat? Jika ingin kuat dari segi fizikal lain dan tidak bukan kena la buat aktiviti yang mengeluarkan peluh dan mengunnakan otot dengan maksimum. Maka di sini sedikit hint daripada junjungan yang mulia bahawa kita perlu bersenam dan melakukan aktiviti yang a little bit lasak or memang lasak. Jadi, tak kan nabi nak suruh kita buat aktiviti lasak sambil bermaksiat. Maka jika seseorang itu faham bagaimana ingin berislam makadengan secara automatisnya mereka tahu bagaimana ingin menjadikan mendaki bukit adalah satu ibadah dan juga suatu senaman yang mengunji mental dan fizikal.


Marilah kita sama - sama kembali merenung apa yang telah kita perkatakan dan kita lakukan sepanjang usia kita meningkat. Kita menyatakan kita muslim dan kita amat marah jika dikatakan kafir. Namun kembali balik fikirkan, adakah im a real muslim and all live in a muslim lifestyle? Adakah cukup untuk solat lima waktu sahaja itupun dah nak jadi jamak songsang(solat zuhur wat lambat2 sampai dekat waktu asar atau maghrib n isyak). Adakah hubungan sesama manusia adalah suatu hubungan yang tidak dapat memberikan sebarang impak kepada ibadah kita (maksudku adakah aktivitikita seharian itu hanya aktivti seharian tiada kaitan dengan ISLAM) ? Adakah hubungan dengan ALLAH hanya di atas sejadah dan ketika tibanya isra' mikraj, nuzul quran, hari raya, awal muharam? Mari kita renungkan.

Syurga itu indah bukan. Pelbagai nikmat ALLAH sediakan. Nak makan apa? Minum apa? Sungai pun bukan sebarang sungai, sungai susu lagi tu. Bidadari usah dikata cantik indah lawa dan cukup menarik setiap jiwa. Masalah kewangan, anak sakit, jalan sesak, duit tak cukup, mak ayah bising semua itu lenyap di SYUGA.

Neraka itu panas dan amat menyakitkan. Nak makan daging panas cicah nanah? Buah - buahan berduri. Api yang mengelegak memakan setiap receptor rasa kita dengan cukup efisyen dan receptor itu akan dikembalikan untuk kita senantiasa berasa amat sakit dan perit. Sebatan daripada malaikat yang penuh taat menjalankan perintah tanpa belas dan kasian lagi.

Kalau nak diceritakan neraka dan syurga, kanak- kanak pun tahu untuk memilih antara neraka wa syurga. Namun,yang membezakan kanak - kanak dan orang yang telah rasional pemikiranya adalah cara pikir dan cara berbuat. Kita lebih faham namun kitalah yang banyak berbuat perkara yang merapatkan kita dengan neraka dan menjauhkan kita daripada syurga. ALLAH itu adil dan senantiasa memberikan kita pilihan namun, untuk membuat keputusan perlu hati - hati. ALLAH itu tidak kejam. Di turunkanya MUHAMMAD S.A.W, untuk membimbing. Nabi tinggalkan 2 perkara kalau kita berpegang dengan 2 perkara ini nabi jamin kita tidak akan sesat.

Nabi dah diberi. Pedoman dah diberi. Pilihan sudah diberi. yang tinggal hanya untuk memilih...

*harap pembaca sama sama kita bg cadangan bagaimana nak memulih. kadang kala kita sendiri tahu tetapi kenapa kita tidak boleh untuk berbuat sebagimana pilihan kita


Monday, December 01, 2008

Sejenak bersama idea dan pandangan Tuan Guru Nik Aziz

بسم الله الرحمن الرحيم
Daku amat tertarik dengan pandangan yang disuarakan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ini. Saya bukanlah ahli Parti Islam Semalaysia(PAS) dan saya juga bukan daripada mana - mana parti yang ada di Malaysia ini mahupun daripada dunia ini. Saya hanya mendengar apa yang Beliau katakan dan dengan otak yang Alhamdulillah masih waras dan rasional saya berfikir setiap idea yang cuba beliau sampaikan.

Apa yang Menarik?
Saya tertarik dengan kata - kata tuan guru yang berkaitan dengan kempen yang beliau dan ahli mesyuarat negeri Kelantan luluskan 1 juta untuk mengadakan kempen untuk memberi kesedaran dan memberi kursus untuk melaksanakan solat dengan baik. Satu perkara lagi yang menjadi isu pokok adalah bagaimana rakyat Kelantan dilatih untuk berdikari dalam membina rumah ibadat mereka sendiri.

Kempen Kefahaman dan Mengimarahkan Masjid
Saya bukan daripada Kelantan dan hanya beberapa kali sahaja saya menjejakkan kaki di Kelantan. Mungkin kata - kata saya ini salah kerana saya hanya mengulas video di bawah sahaja. Jika kita renung dan mengkaji. Mana ada negeri dan mana ada NGO sendiri yang sudi mengeluarkan sejumlah wang yang besar demi untuk berkempen untuk mengajak dan mengajar orang untuk bersolat. Dalam video di bawah beliau menyatakan beliau pernah dimarah kerana mengeluarkan peruntukan kewangan untuk mengajar dan mengajak orang supaya bersolat. Tuan Guru membalas bahawa kempen ini sememanganya perlu untuk kerajaan yang jalankan, kerana dahulu zaman Nabi S.A.W, baginda sendiri mengajak dan mengajar orang untuk bersolat dan mengimarahkan masjid.
Adakah kerajaan hanya perlu menumpukan kepada pembangunan infrastruktur sahaja. Kita melaungkan kita perlu untuk membina MODAL INSAN yang baik dari elbagai aspek. Namun, kita selalu lupa bahawa diri ini terdiri daripada 2 elemen utama, Ruh dan Jasad. Setakat pandai namun budi bahasanya kurang, setakat pandai namun senantiasa bergelumang dengan dosa buat apa. mari kita fikirkan. Daku terfikir benar juga kata Tuan Guru ini. Kalau seseorang itu faham tujuan hidupnya dan mentaati agamanya pasti kita akan hidup makmur dan berjaya.
Saya bukan seorang rakyat Kelantan dan saya sendiri tidak tahu menahu sama ada pihak kerajaan Kelantan menjalankan kempen ini atau tidak saya hanya mengulas video di bawah. Jadi, saya ingin dan berharap semua pembaca cuba untuk sama - sama kita berfikir sama ada, cukup sekadar pembangunan fizikal sahaja dan tiada rohaniahnya. Jika kalian pernah belajar sejarah dan TITAS maka rujuk kembali maksud tamadun itu sendiri.

Pembinaan Masjid Dengan Wang Sendiri
Saya tertarik apabila Tuan Guru menyatakan jika kita ingin membina rumah sanggup sehingga berjuta duit habis namun, untuk membina masjid kita memohon minta kerajaan yang buat. Saya juga tertarik dengan pendapat ayahanda saya apabila beliau bercakap mengenai pembinaan masjid ini.
Dahulu bila nak bina masjid kita kena start solat jemaah di kawasan yang kita nak bina masjid tu. Sepatutnya buat khemah paling kurang. Semua khariah kena la datang solat jemaah di situ sementara masjid dibina siap. Lepas siap maka kita dah biasa dengan tepat itu dan dah terbiasa untuk menunaikan solat secara berjamaah.
Ni la sedikit sedutan kata - kata ayahku. Jika kata - kata ayah dan Tuan Guru digabung maka masyarakat yang terbina akan pasti lebih mantap dunia dan akhirat. Masyarakat sekarang ini semuanya nafsi - nafsi(semua benda jaga tepi kain sendiri). Kalau yang kaya itu kayanya membantu dan membela yang miskin bukankah ia akan menjadi lebih baik. Tidak perlu untuk kerajaan sahaja yang memberikan bantuan. Kalau nak bina masjid semua orang keluar duit untuk bina, yang kaya keluar banyak skit, yang miskin keluar ikut kemampuan. Dengan izin ALLAH akan terbinalah masjid itu.
Kalau ada orang yang miskin kedana sampai makan pun tidak maka jiran tetangga dan masyarakat boleh buat benda yang sama untuk membantu si miskin ini. Bukan hanya panggil BERSAMAMU je untuk datang dan minta bantuan pihak lain.

Akhir kalam, marilah kita bersama fikirkan kembali. Rom tidak dibina dalam masa sehari. Rom tidak terbina dengan hanya satu orang, Rom tidak terbina tanpa izin dari ALLAH. Bersama kita bangunkan kembali izzah Islam dan kembalikan semua kemuliaan Islam. Mari kita bina MODAL INSAN yang paling berkualiti dan mulia disisi ALLAH SWT.

-Ukhwah Fillah Abadan Abada-





Cikgu MRSM Transkrian = Pindah, Bersalin

بسم الله الرحمن الرحيم
Syukur Alhamdulillah teacher Syafenas and cikgu Marni telah selamat melahirkan puteri mereka. Teacher Syafenas menyambut puteri pertama beliau pada 20 November 2008 di Hospital Raja Perempuan Bainun (Hospital Besar Ipoh). Puan Marni pula menyusul 3 hari selepasnya menyambut puteri kedua beliau. Nama puteri Ms Syafenas, Syazrah Aisyah Binti Ahamad Razali. Untuk puteri puan Marni saya tak tahu sebab call beliau tapi tak berjawab. Semoga cahaya mata ini dapat menambah eratkan hubungan kekeluargaan cikgu - cikgu sekalian dan semoga ALLAH merahmati dan senantiasa melindungi keluarga guru - guruku ini. Tahniah cikgu!

Dalam menceritakan kisah kelahiran puteri tersayang, Miss Syafenas ada memberikan satu perkhabaran baru. Perkabaran yang mungkin gembira dan ade juga campuran duka. Ada 6 orang guru MRSM Transkrian akan berpindah ke MRSM lain. huhuhu. Cikgu Marni, Cikgu Yusuf Zaki dan Tuan Haji Mohd Yusoff (pengetua) akan ke MRSM Betong manakala Miss Syafenas akan ke MRSM Batu Pahat. Cikgu Sharmiza pulak akan ke MRSM mana tah lupe lak...tapi nama tempatnya sama ngan tempat pak lah, kalau tak silap. Yang gembira adalah cikgu2 yang berpindah ni la, mereka dapat berpindah ke MRSM yang dekat dengan asal dan juga kediaman mereka. tetapi sedikit duka kepada cikgu2 lain yang telah lama bersahabat dengan cikgu yang akan berpindah. Saya turut bersedih juga sebab nanti kalau pergi maktab tak de la dikacau oleh cikgu Marni n miss Syafenas lagi huhuhu. Tapi walaubagaimana pun selamat menjalankan tugas di MRSM baru ye cikgu - cikguku sekalian.


Cikgu Marni Musa....Cikgu Math


Cikgu Sharmiza Arianti....Cikgu Sejarah dan Guru Kelas 5 Alpha 2006

Miss Syafenas.. English teacher


Cikgu Yusuf Zaki...Cikgu Fizik merangkap warden asrama

*walaupun kat atas saya kata ada 6 orang akan berpindah tapi kat sini ade 4 gambar je. yang lain saya tak tau cikgu mana yang pindah....untuk gambo Tuan Haji Mohd Yusoff insyaALLAH nanti saya letak sebab tak tau letak kat mana gambo tu huhhuhu....sape - sape nak komen mengenang masa lampau ok gak hhehee

Sunday, November 30, 2008

Gunung Santubong = Ukhwah



Alhamdulillah, kalau dihitung hari, hari ini cukup la seminggu kepulangan ana daripada ekspedisi mendaki gunung Santubung Sarawak. Huh gunung yang penuh mencabar dalam hidup ana hehehe. Kalau nak diikutkan ana memang bukan the type that like to have outdoor activity but this is very different. Ana dan lagi 15 lagi ikhwah telah bersama dalam satu rehlah(camping) dalam mencari Redho NYA.

Rehlah
Tepat jam 1800 ana dan akh kimi bergegas menaikki motor menuju suatu tempat mengikut arahan yang diberikan, 'akh, antum gerak sekarang sampai TUNAZ (sebuah sekolah di Sarawak), sampai sana call balik' ini lah sedikit sebanyak arahan daripada ketua rehlah kami. Penuh kepatuhan kami pun bergerak. tak sangka akhirnya arahan ini berakhir untuk ke suatu tempat yang sangat cantik bagi ana iaitu sebuah pantai yang berlatarkan gunung santubung.

Nak dijadikan cerita alahai ana tertinggal beberapa perkara penting aduh. Dah la kalau tinggal barang nanti kena iqob(denda) adeh , adeh. Nak buat camne terima jela nanti. Maka malam pertama di alunkan dengan surah Al - Mulk dan diikuti dengan sedikit pengisian dan diskusi ilmiah bertajuk 'Virus - Virus Ukhwah'. Lupa pula nak bagitau sebelum diskusi kami menjamahlah sedikit makanan yang kami masak sendiri, nasi ade la sedikit mantang namun biasalah camping.Pantai Pasir PandakDiskusi "Virus - Virus Ukhwah"

Keesokan harinya, kami bangun 4.30 pagi dan mensyukuri keindah ciptaan ALLAH dengan qiam dan diikuti dengan solat subuh berjamaah, mathurat dan kultum(kuliah 7 minit). "baik, antum diberikan sekian masa untuk pack all your belongging and kumpul" arahan dikeluarkan oleh kem komandan. Sami'na wa ato'na. Semua menaiki kenderaan yang disediakan. Kami mula bergerak semua tertanya ke mana kita nak pergi ni. Rupa - rupanya mendaki gunung Santubung. Maka kami pun mendaftar diri dan meneruskan perjalanan ops pendakian. Kami berhenti di sebatang sungai untuk mengisi air dan menunaikan solat sunat Dhuha.

Daki punya daki rupanya Santubung ada kelebihannya. Aduhai curam. "ana rasa ana nak pensan ni, ya ALLAH boleh ke aku sampai ke puncak ni, jauh lagi ker, bila nak berhenti berehat ni, udah le wei mari kita balik, ape ke halnya laju bebeno ni teman udoh tak benapas ni." banyak juga rungutan datangnya dari diri ana sendiri. Inilahnya manisnya mendaki santubung. Seorang al akh menasihati ana,"akh, jalan pelan - pelan, jangan gopoh, jangan berenti banyak nanti memang susah nak sambung balik" terima kasih akh nasihat antum amat berguna. Kerana semangat yang masih membara dan melihatkan dan mengenangkan semua ikhwah sama - sama penat juga maka ana tetap cekalkan diri untuk menawan puncak.

Sepanjang perjalanan kami ada juga berhenti berehat, namun berehat fizikal mental masih diuji. Setiap perhentian kami adalah satu check point dan ada tugasan yang perlu kami selesaikan. namun semua tugasan ini hanya memerlukan kecergasan minda dan hafalan ayat Al -Quran untuk menjawabnya. Tali - Talut - Hamba - Jundiy - Bulan & Matahari adalah sebahagian soalan yang diberikan. Kami perlu menghubung kaitkan perkataan diatas dengan dalil al Quran. Takala curam mencuram ana mula letih maka ana kadang kala memang tidak dapat berkata apa - apa hanya tersenyum pahit sahaja. Takala badan masih kuat dan liku perjalanan tidak begitu sukar maka dapatla sedikit sebanyak ana sampaikan idea ana.

Takala check point yang ke empat kami sudah sampai 3/4 daripada gunung ini. Hujan menyambut kami. Sejuk rasanya. Alhamdulillah dengan hujan yang segar dapat kami berehat lebih lama. Setelah hujan renyai maka pendakian diteruskan. Sudah tak jauh da. Daki punya daki akhirnya sampai jua. Alhamdulillah. Semua ikhwah menunjukan muka yang penuh kesyukuran. Alhamdulillah dapat jua ana sampai rupanya. Kumpulan yang pertama sampai diarahkan untuk melaungkan azan. Huh seronok mendengar azan di atas gunung ni. seterusnya kami solat zuhur dan asar jama qasar. Selepas itu kami menjamah sedikit makanan(makan mee segera ja jenama mamee dan cinta...maggi ikhwah boikot sebab mereka ni sokong ISRAEL LAKNATULLAH...jadi mai sama - sama kita boikot produk yang sokong ISRAEL LAKNATULLAH).

Selepas itu menyelesaikan tugasan terakhir dan akhirnya mulalah pula menuruni gunung. Kami turun dengan laju, lutut kami sampai lenguh. Akhirnya kami turun 2 jam lebih awal dari jangkaan. sampai dikawasan perkhemahan kami bersiap dan solat maghrib dan isyak, mathurat dan seterusnya kultum. Antum diminta masak dan makan, arahan dikeluarkan. Selepas makan kami diminta tidur. semua ikhwah ingat nanti malam pasti ade aktiviti tetapi akhirnya urusetia kejut hanya untuk meneruskan hari iaitu dengan qiam. Alhamdulillah syukur juga sebab dapat kami rehat selepas penat mendaki semalam.

Hari terakhir, kami bermain. Game 1 = push up 10 , star jump 20, sit up 10 dulu pastu lari dan sampai check point jawap soalan. huh penat namun kumpulan ana menang. Game 2 = bola baling free style huh sangat penat juga. Game 3 = perang. game 2 dan 3 kumpulan ana kurang bernasib baik. Tetapi bagi ana hari last ni memang penat. Ana bermain game dengan merasakan macam nyawa dah nak terkeluar(hiperbola je). Tetapi memang penat tu ana tak tipu heheh. Selepas itu kami dibenarkan mandi dan berehat sejam dan bersiap untuk aktiviti seterusnya. LDK. kami membentangkan semua kerja kami yang telah diselesaikan semasa mendaki dan diakhiri dengan sesi muhasabah dengan sesama ikhwah. sebelum pulang kami memasak dan menjamah makanan setelah itu dengan doa rabitah sebagai penutup majlis maka rehlah kami berakhir.

Semoga segala aktivit yang dijalankan mencapai objektif jangkan pendek dan jangka panjang. Moga ukhwah yang terbina akan senantiasa subur dengan cinta kerana ALLAH.

Sedikit koleksi gambar semasa di Santubong:

Berbincang dengan kem komandan

dah tak cukup nafas ni...huhuhu
Dah dekat ni...
Pondok rehat...dah 3/4 gunung ni

Bertapa payahnya namun tidak mustahil...Subhanallah...ini pun ciptaan ALLAH...
Dalam hujan ukhwah masih menjadi agenda utama
Seorang ikhwah di puncak Santubong
Dah turun

Ukhwah Fillah Abdan Abada...ALLAH HU AKHBAR !!!

Wednesday, November 19, 2008

Blog ?

Assalamualaikum ya ikhwan wal akhwat,

Ana sebentar tadi baru sahaja membenarkan satu komen untuk berada dalam blog ana ini. Komen seorang ukhti ini sangat baik dan memberikan impak yang besar la juga kepada ana. Beliau menyebabkan ana untuk kembali berfikir dan kembali membetulkan niat ini. Mungkin tersasar atau terpesong. Lantaran komen beliau, ana telah menziarahi pula blog beliau dan alhamdulillah beliau lebih lama telah membina blog sendiri dan telah lama menulis dalam blog. Teruskan ya ukhti n jazakallah atas nasihat antuna.

Blog = Catatan Peribadi
Ada penulisan blog yang digunakan sebagai satu catatan peribadi oleh owner blog itu sendiri. Nak cerita tentang semua aktiviti yang dilakukan dan apa sahaja yang berlaku kepada dia pasti dia akan menulis dalam blognya. Daripada perasaannya, apa yang terjadi, pandangan orang dan segalanya. Yang penting dia menulis dan hasil tulisannya adalah diri dia sebenarnya.

Blog = Sumber Maklumat
Ada juga penulis blog ini terdiri daripada ahli akademik, ustaz2, ustazah2 dan juga para alim ulama serta cerdikiawan ahli profesional. Mereka ini bijak dan makan garam lebih daripada saya. Selalunya blog mereka ini penuh ilmiah dan boleh dijadikan sebagai sumber dalam pembelajaran. Mereka ini juga adalah rujukan masyarakat kini dalam pelbagai masalah yang lebih spesifik kepada bidang profesional masing - masing.

Blog = Lidah si Blogger
Sudah menjadi tren masyarakat Malaysia hari ini membaca dari blog sebagai sumber altenatif. Ramai ahli politik tanah air tidak kira daripada mana parti yang mereka wakili mereka semua hari ini mempunyai blog tersendiri. Termasuk Mantan Perdana Menteri kita, Tun DR. Mahathir Mohamad. Di sinilah juga segala perasaan, idea, kritikan mahupun penceritaan kisah hidupnya si blogger di sampaikan. Kadang kala ada yang merasakan ia releven dan ada yang tidak bersetuju kan?

Ate (abis tu -dalam loghat perak) al_insan?

Bagi saya, sebagai moderator al_insan saya lebih mencakupi segala bidang. Bergantung pada idea yang datang yang memberikan rasangan kepada saya. Kadang kala bahanya ilmiah, kadang kala bahannya hanya pandangan dan ide saya. Kadang kala juga saya mengkritik, memberikan pendapat dan menyampaikan luahan isi hati. Ada juga saya jadikan blog ini sebagai bagaikan catatan peribadi yang mungkin boleh diambil ikhtibar. Bagi saya, saya telah menSirkan mana - mana bahagian nama jawatan atau nama penuh sesuatu organisasi semasa saya menulis. Maka di sini tidak timbul masalah mengaibkan mana - mana pihak. Siapa makan cili dia yang merasa pedasnya mungkin ada seorang akhwat sudah terasa pedasnya cili di Sarawak ini.

Namun, Semuanya Bermula Dengan Niat
Jika kita sempat untuk melihat satu hadis daripada koleksi hadis 40 susunan Imam AN - Nawawi kita dapat melihat hadis yang pertama adalah mengenai niat.
Setiap perkara dimulai dengan niat, setiap insan akan mendapat apa yang dia niatkan. jika dia berhijrah kerana ALLAH dan Rasul maka hijrahnya itu adalah kerana ALLAH dan RasulNYA. Jika dia berhijrah atas niat harta didunia atau perempuan yang ingin dia kahwini maka dia akan mendapat apa yang dihajatinya
HR Bukhari & Muslim
Jadi kepada diri yang hina ini juga kepada ikhwan dan akhwat sekalian saya berpesan semoga kita perbetulkan niat kita. Atas dasar apakah kita menulis ini? Semoga dasarnya adalah Lillahi Taala. Saya ingin mengulangi sekali lagi saya turut memohon maaf atas kesalahan tutur kata ini. jika penulisan saya ini kurang menyenangkan feel free to give comment and insyaALLAH i'll try my best to change it. Moga perbincangan ini mendapat rahmat daripada Ilahi dan dapat menjelaskan apa yang samar dan sekali lagi saya mohon pihak pembaca al_insan membaca welcome note saya supaya lebih jelas mengena
i apa yang akan mereka dapat dalam al_insan ini.

Teruskan Berbuat
InsyaALLAH saya berharap semua blogger untuk teruskan berbuat yakni teruslah menulis dan menulis untuk menyampaikan ideologi dan menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan. Kita ini dinyatakan dalam Al - Quran sebagai umat yang terbaik atas dasar umat ini menjalankan Amar(menyeru kepada) Maaruf (yang baik) Nahi(melarang kepada) Mungkar( yang Jahat) boleh refer 3;110 dan kita ini insan yang memerlukan peringatan seperti dalam surah az zariyat ayat 55
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
Akhir kalam semoga ALLAH merahmati setiap umat MUHAMMAD dan mempermudahkan segala para daie dalam urusan mereka insyaALLAH
--Ukhwah Fillah Abadan Abada--

Anda juga mungkin meminati...