Thursday, January 21, 2010

Surat Mursyidul Am Baru IM Muhammed Badee

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam bagi Rasulullah, kepada para sahabatnya dan semua yang mengikutinya.

Ikhwah dan Akhawat yang dimuliakan,

Saya dahulukan dengan sapaan Islam yang mulia; Selamat sejahtera ke atas anda beserta rahmat dan barakahNya;

Dengan kehendak Allah Azza wa Jalla, saya mengambil tanggungjawab yang besar ini, yang mana Allah telah tetapkan untuk saya, dan dengan permintaan dari gerakan Ikhwan Muslimin(IM) yang saya sahutnya dengan sokongan dari Allah. Dengan sokongan anggota Ikhwan Muslimin, saya berharap untuk mencapai tujuan-tujuan yang besar, yang kami curahkan seluruh tenaga kami, semata-mata kerana Allah

Ikhwah dan Akhawat,

Saya dahulukan ucapan saya dengan memberi penghormatan kepada guru kita, abang, dan ketua kita yang mulia Ustaz Muhammad Mahdi Akef, Mursyid Am IM yang ketujuh, seorang yang tegas, berdedikasi dan bersemangat tinggi yang telah mengetuai perjalanan pergerakan ini di tengah-tengah ribut dan badai dan telah melepasi segala rintangan, yang mana telah menghasilkan model dan contoh yang baik dan unik kepada semua pemimpin dan pegawai tinggi di dalam kerajaan, pertubuhan dan parti, dengan memenuhi janjinya untuk menyerahkan kepimpinan selepas hanya satu penggal. Tiada kata-kata mampu menggambarkan perasaan kami kepada pemimpin hebat yang juga murabbi kami dan kami hanya boleh mengucapkan ”Semoga Allah membalas jasa anda dengan balasan sebaiknya dan Allah anugerahkan dengan pahala para Siddiqin”

Kami ucapkan kepada ikhwah dan akhawat yang dikasihi di merata dunia, alangkah baiknya sekiranya anda berada bersama-sama kami semasa peristiwa besar ini berlaku, namun ianya tidak berlaku oleh kerana pelbagai sebab yang diluar kawalan kita, namun kami tetap merasakan kehadiran ruh anda yang sedang mengukir senyuman dan getaran yang jujur dan ikhlas.

Kepada mereka yang kami kasihi yang menghuni penjara kezaliman dan penindasan hanya kerana menegaskan bahawa Allah tuhan kami dan kerana mengangkat maruah, kehormatan dan kemajuan negara mereka, kami berikan hormat kami dan sokongan kepada mereka di atas kesabaran, ketabahan dan pengorbanan, yang mana kami yakini tidak sia-sia. Kami doakan para penzalim dan penindas sekalian menemui hati nurani mereka dan mereka akan bersama-sama kami menyokong usaha kami, semoga Allah merahmati dan melindungi anda semua.

Ikhwah dan akhawat,

Sepertimana yang diketahui semua, matlamat utama Ikhwan Muslimin (IM) ialah perubahan yang menyeluruh dan lengkap, yang akan membetulkan segala kerosakan menerusi pembaharuan(reformasi) dan perubahan. ”Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah” (Hud:88) dan dengan kerjasama semua pihak berkuasa dan mereka yang mempunyai semangat tinggi yang tulus terhadap agama dan negaranya.

IM percaya Allah telah meletakkan semua asas yang perlu untuk pembangunan dan kebajikan negara dalam ajaran Islam; maka Islam mestilah menjadi sumber rujukan dan titik tolak bagi pembaharuan, yang dimulakan dengan proses tarbiyah dan melatih disiplin individu muslim, diikuti dengan pembentukan keluarga dan masyarakat muslim dengan mengukuhkan mereka, seterusnya dengan membawa keadilan dan berjihad untuk memerdekakan negara dari segala bentuk penguasaan asing atau hegemoni intelektual, spiritual dan kebudayaan serta penjajahan ekonomi, politik dan ketenteraan. Seterusnya membawa negara kearah kemajuan, kemakmuran dan meletakkan negara di persada dunia.

Dengan kefaham Islam yang komprehensif ini, IM telah digambarkan sebagai pergerakan dakwah salafi, pengamal sunnah (Toriqah Sunniyah), hakikat sufi (Haqiqah Sufiyyah), parti politik (hai’ah siyasiyah), kumpulan sukan (jamaah riyadhiyyah), persatuan kebudayaan dan ilmiyah (rabitah ilmiyyah thaqafiyyah), dan syarikat perekonomian (syirkah iqtisodiyyah) dan idealisma sosial (fikrah ijtima’iyyah), sepertimana yang telah disebut di dalam Al-Quran: ” Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan” (Al-Qasas:77)

Ikhwah dan akhawat memahami bahawa Quran dan Sunnah merangkumi semua peraturan, yang digunapakai dalam segenap aspek kehidupan dan ummah ini perlu memilih yang terbaik untuknya berdasarkan peraturan ini, dimana alternatif dan pilihan fikah boleh berubah mengikut adat kebiasaan, masa dan tempat.

Ikhwah dan akhawat

Walaupun idea, matlamat dan objektif kami adalah jelas, banyak pihak cuba untuk menggambarkan kami dengan gambaran yang lain, meletakkan matlamat dan objektif yang berbeza terhadap kami; oleh kerana itu, kami selalu memperkenalkan kembali diri kami, prinsip dan pendirian kami terhadap isu semasa.

Saya ingin memperkatakan kepada mereka yang mendokong kesatuan jamaah, bahawa mereka yang bekerja untuk tuhan mereka, agama dan negara haruslah bekerja sebagai satu unit, walaupun memiliki perbezaan pandangan. Mereka yang mengatakan bahawa perbezaan pandangan akan menyebabkan perpecahan atau memberi kesan kepada ukhuwwah, sebenarnya tidak benar-benar memahami IM. Anggota IM telah berjanji dengan Allah untuk bekerja keras demi Allah sebagai satu unit seperti sebuah binaan yang tersusun.

IM bergerak berdasarkan peraturan dan disiplin, yang sentiasa diperbaharui dan diperkemas tanpa melanggar prinsip-prinsip yang asas, dan dalam hal ini IM sentiasa menerima nasihat dan pandangan semua pihak kerana mereka mengikut pepatah ” Allah merahmati mereka yang menunjukkan kekurangan kami”.

Ikhwah dan akhawat

Saya mahu menyorot dan menekankan beberapa perkara berikut:

  • Kami adalah kumpulan dari orang muslim dan bukan kumpulan muslim, kerana satu kumpulan tidak boleh memonopoli Islam. Dan segala puji bagi Allah, IM sangat popular di semua negara Arab dan negara Islam kerana pendiriannya yang sederhana yang berpaksikan Qur’an dan Sunnah.
  • Dakwah dan pergerakan kami adalah bersangkutan dan bersandar antara satu sama lain. Pergerakan kami adalah berdasarkan dakwah kami dan motto kami seperti yang telah disebutkan dalam Qur’an: ”Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.” (al-Hasyr:10)
  • Kami percaya dengan pembaharuan berperingkat, yang mana ini boleh dicapai dengan perjuangan yang damai dan mengikut lunas undang-undang berdasarkan pujukan dan dialog dan sekali-kali bukan melalui paksaan. Maka kami menolak keganasan dan segala bentukya samada di pihak kerajaan mahupun individu.
  • IM percaya bahawa sistem undang-undang perlu memberi ruang kepada kebebasan individu, syura atau demokrasi, mendapatkan kedaulatan kuasa dari suara rakyat, mengenalpasti kuasa dan pemisahan antaranya (eksekutif, legislatif dan kehakiman.
  • Tambahan penterjemah), kerana inilah sistem yang paling hampir dengan islam dan IM tidak akan menerima alternatif yang lain. Dengan perspektif ini, mereka mengambil bahagian dalam politik negara dan menuntut perubahan sistem politik melalui jalan yang sedia ada dan aman seperti melalui parlimen dan kerja kemasyarakatan yang mereka anggap sebagai satu kewajipan sepertimana kefahaman mereka terhadap agama mereka dan ketulusan mereka terhadap ummah.
  • Berkenaan pendirian kami terhadap rejim Mesir, kami menekankan bahawa IM tidak pernah menjadi musuh kepada rejim, walaupun rejim selalu memberi sekatan ke atas mereka, merampas wang mereka dan sering menangkap pemimpin-pemimpin mereka. Walaubagaimanapun IM tidak pernah sedikitpun mengurangkan usaha menghadapi dasar-dasar yang rosak dari segala sudut dan terus menerus memberi pandangan dan nasihat untuk mengharungi krisis yang berterusan ini, yang disebabkan oleh rejim ini. IM membesarkan anak-anak bangsa dengan memberi nilai akhlak, moral dan sentiasa membantu orang lain, yang mana semuanya memberi manfaat kepada ummah, rakyat dan institusi negara.
  • IM menekankan bahawa pendirian mereka terhadap apa jua sistem adalah berdasarkan mendokong yang baik dan menolak yang buruk, maka mereka tidak menolak sesuatu semata-mata kerana tidak sukakannya.
  • Kepada saudara Kristian kami di dunia Arab dan dunia Islam, pendirian kami sangat jelas bahawa mereka adalah rakan kongsi dan peserta dalam membina tamadun ummah, rakan sekerja kami dalam mempertahankannya, rakan karib dalam pembangunannya, maka berurusan dan bekerjasama dengan mereka adalah satu kewajipan dalam Islam. ”Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (al-Mumtahanah:8)
  • IM percaya bahawa kerakyatan sesuatu negara adalah berdasarkan kerjasama dan kesaksamaan dalam hak dan tanggungjawab, kecuali dalam hal peribadi, yang mana mengikut kepercayaan masing-masing
  • IM menolak dengan keras dan mengutuk segala bentuk keganasan atas dasar agama yang sering terjadi dan menyatakan penolakan terhadap peristiwa yang menyakitkan ini, kerana penganut Kristian dan Muslim adalah satu komuniti dari segi struktur sosial dan budayanya. IM juga menyeru untuk diadakan perbincangan yang telus berkenaan sebab di sebalik ketegangan ini dan mencari penyelesaian untuk menghilangkan sensitiviti keagamaan dan mengembalikan negara menjadi satu unit..
  • Berkenaan isu wanita, IM telah dengan jelas selama ini memperjuangkan hak-hak wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. ”Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.” (at-Taubah:71). Kami menyeru wanita muslim untuk memainkan peranan mereka dan sentiasa mengambil tahu isu semasa kerana ini akan memberi manfaat kepada ummah Islam dan Arab.
  • Syura (atau demokrasi) adalah wasilah asas kami, kami bersungguh-sungguh melaksanakannya dan mengukuhkannya. Semua institusi dan persatuan dalam pergerakan ini meletakkan syura dan demokrasi sebagai asasnya, bermula dari majlis diperingkat rakyat sehingga pejabat Maktab Irsyad sendiri. IM menekankan bahawa syura atau demokrasi tidak menghilangkan suara pandangan pihak yang lain, dan mengambil pendapat majoriti sebagai keputusan untuk semua.
  • Berkaitan dengan Islam, kerajaan, parti politik, intelektual dan elit budaya, IM percaya bahawa setiap orang harus mengambil bahagian dalam pembangunan dan pembaharuan dan menolak sebarang usaha meminggirkan individu atau persatuan mahupun peranan mereka. Mereka menerima kepelbagaian parti dan kebebasan untuk membentuk sebarang parti tanpa sekatan selagimana ianya masih dalam rangka perlembagaan negara. Mereka percaya dengan peralihan kuasa diantara parti dan kumpulan menerusi pilihanraya yang bebas dan adil kerana negara ini adalah milik bersama dan pembaharuan adalah tanggungjawab setiap individu.
  • IM meletakkan isu palestin sebagai satu keutamaannya dan menganggap isu ini adalah yang terpenting bagi ummah. Kesucian bumi Palestin dan kedudukan Masjid Aqsa di hati kita mengukur tahap kesetiaan kita kepada islam dan bangsa arab. IM tidak mengurangkan sedikitpun usaha untuk mengetengahkan isu ini agar ianya menjadi isu utama sistem pemerintahan dan ummah sehingga palestin merdeka, InsyaAllah.
  • IM bersungguh-sungguh menyokong negara Arab dan Islam serta menyokong pendirian mereka yang adil dan isu-isu penting mereka. Mereka tidak teragak-agak untuk menghulurkan nasihat kepada semua badan dan persatuan Arab atau Islam samada dalam bentuk yang rasmi mahupun secara umum. Mereka juga tidak pernah berhenti berkorban demi Ummah ketika mana diperlukan. Mereka menyeru negara Arab dan Islam untuk bersatu dan bekerjasama menentang projek penjajahan, hegemoni barat dan zionis, sepertimana mereka menyeru untuk kesatuan ummah dan menyelesaikan permasalahan didalam dan diantara negara Arab dan Islam menerusi dialog dan bukan dengan senjata. Kami mengingatkan saudara kami di Yaman, Sudan, Somalia, Iraq, Lebanon, Afganistan dan Pakistan, bahawa satu-satunya jalan untuk memastikan keselamatan dan keamanan rakyat mereka adalah dengan berdialog dan bersetuju mengenai apakah jalan yang terbaik buat mereka.
  • Pendirian kami terhadap sistem global yang dikuasai USA dan barat adalah sangat jelas. Kami tidak bermusuh dengan negara-negara barat, tetapi kami menentang sistem ini kerana ia menuntut demokrasi dan kebebasan untuk rakyatnya manakala menafikannya buat kami. Negara-negara barat menggunakan kekuatan ekonomi untuk mempengaruhi dan mengawal negara kami. Negara Zionis menuntut penghapusan dan penggantian nilai, budaya dan identiti Islam dengan nilai barat, yang mana akan merosakkan iman dan akhlak di negara kami. Kami menyeru ummah untuk bersatu menghadapi Zionis dan projek barat dan mengatasi segala perbezaan ideologi, menghentikan perkauman, dan menolak segala bentuk serangan atau penjajahan terhadap negara Arab atau Islam.
  • Kami menuntut sistem global ini diubah menjadi adil dan benar dan terus bekerja kearah keamanan dan kerjasama di antara bangsa-bangsa dunia dan menyebarkan nilai kebebasan dan keadilan di seluruh dunia. ”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)” (al-Hujurat:13). Kaum Arab tidaklah lebih mulia dari yang lain dan begitu juga sebaliknya, orang yang berkulit hitam tidaklah lebih mulia dari yang berkulit putih dan begitu juga sebaliknya, kecuali dalam ketaqwaan.

Ikhwah dan Akhawat

Kita melihat masa depan dengan penuh harapan dan keprihatinan.

Harapan adalah slogan hidup mukmin yang benar. Dan ia merupakan bekalan di perjalanan yang panjang, maka kita terus beramal dengan segenap harapan. Kasih sayang dan ukhuwwah merupakan wasilah ikhwan menghadapi kesusahan. Sesungguhnya berputus asa bukanlah sifat mukmin dan berdiam diri bukanlah kualiti seorang mujahid. Keprihatinan kami adalah sama seperti rakyat Mesir, bangsa Arab dan muslim; umat manusia keseluruhannya juga berkongsi keprihatinan yang sama tentang masa depan dunia, yang diancam konflik, wabak dan penyakit, dan para saintis merasa kasihan terhadap dunia kerana pemanasan global, kemarau dan penggurunan (desertification). Keprihatinan kami juga terhadap masa depan dunia yang ditadbir dengan polisi kuasa besar yang ingin memimpin dunia secara unilateral selama dua dekad, dimana mereka menyangka mampu mengawal dunia. Namun, mereka dikejutkan dengan darah yang mengalir dan jasad yang bergelimpangan di sebahagian dunia Islam termasuk Afganistan, Iraq, Sudan, Somalia, Lebanon dan Palestin di tambah dengan krisis ekonomi yang tidak putus-putus serta manusia yang hidup dalam kerisauan dan rasa cemas terhadap masa depan mereka dan anak-anak mereka.

Ikhwah dan akhawat,

Rakyat Mesir, bangsa Arab, Muslim dan manusia sejagat meletakkan harapan yang sangat besar kepada anda, anda –dengan izin Allah- mampu untuk menggalas tanggungjawab ini; sejarah telah membuktikan berulang kali tentang kesabaran, ketabahan, ketetapan pendirian dan keberhasilan anda walaupun banyak khabar angin yang tersebar tentang anda.

Tawarkan kepada dunia Islam yang sebenar, Islam yang membawa toleransi dan kesederhanaan, Islam yang menghormati kepelbagaian beragama, Islam yang menggalakkan saling mengenali dan bekerjasama untuk kebaikan manusia.

Laluilah semua jalan dan gunakan semua wasilah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada manusia dan bersungguh-sungguhlah; ”Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh” (al-Furqan:52)

Tetaplah berjihad dengan pernyataan-pernyataan, penulisan, pidato, lagu, filem dan drama, dan semua jenis seni yang terarah dan cara yang suci agar kebenaran Islam terserlah dan menolak segala bentuk syubhat. Slogan kita terdapat dalam Ayat suci: ”Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (an-Nahl:125). Dan firman Allah lagi: ”Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (al-Ankabut:46)

Didiklah diri anda dengan nilai dan etika yang murni, jadilah contoh buat masyarakat. Pimpinlah mereka ke jalan Allah dengan menjadi contoh yang baik dan dengan akhlak yang mantap. bekerjasamalah dengan semua pihak dalam membentuk peribadi dan menanam akhlak yang mulia.

Bekerjasamalah dengan mereka yang bekerja untuk kebaikan dan taqwa, bahkan bantulah sesiapa sahaja yang membawa kebenaran, mempertahankan iman dan memerangi kekafiran dan ateisma.

Perbetulkan dirimu dan rumahtanggamu, bersegeralah membuat kebaikan untuk membaiki masyarakat. Perhatikan nasib mereka yang ditindas di merata-rata tempat dan kembalikan hak mereka.

Kembalilah kepada Qur’an yang mulia dan Sunnah Rasulullah yang dijunjung, sirah kehidupan Rasulullah dan dan kehidupan manusia-manusia agung yang lain. Pelajari ia dan dapatkan pengajaran darinya dan perbaiki perjalanan kehidupanmu sentiasa dan sedarlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan amalmu dan bukan pada zahirmu. Pertolongan Allah sentiasa menanti, dan ianya amat dekat; ”Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (ar-Rum:5)

” Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (at-Taubah:105)

”dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Yusuf:21). Benarlah kata-kata Allah yang maha Agung


Dipetik daripada Halaqah Onlinehttp://www.halaqah-online.com/v3/index.php

Saturday, January 16, 2010

Usai

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah senja di Kolej Perubatan sungguh indah, gerimis enggan berhenti derapnya sehingga menunggu 'kata henti' daripada Ilahi.

Ana baru sampai di rumah, bancuh susu dan mulakan tugasan-tugasan lain. Sungguh perjalanan masa itu tidak seperti menyorong kereta sorong, bila disorong, baru tersorong. :)

Usai sudah halaqah ana bersama mutarabbi kesayangan. Alhamdulillah, kali ini kami lebih ramai dan 'hidup'. Syukran kepada ikhwah atas infaq waktu antum untuk mengislah fikrah antum. Yela, kita kadang-kadang bila jauh dari jemaah muslimin, terasa senang je untuk cik I menggoda, mulalah kita tercelup dengan bi'ah yang kurang solehah.

Ana harap pengisian serba ringkas berkenaan Munafik tadi dapat dihadam dengan sebaiknya. Gunakanlah enzim-enzim akal dan jiwa antum untuk mencerna bahan tadi. InsyaAllah, bila kita faham ciri-ciri orang munafik, izin Allah, kita akan terhindar dari golongan tersebut. Mungkin sahaja sebelum ini kita pernah berlaku munafik, dalam kuantiti yang minima dan dalam mod tak sedar, cepat-cepatlah bermohon keampunan kepada Allah s.w.t.

Shukran juga kepada Ibnusarha sebab membenarkan ana bernaung patah bicara dalam barisan al_Insan. Semoga hidup enta dipermudahkan walaupun ana mengerti begitu banyak loading yang perlu enta selesaikan. Shukran juga menjadi sahabat ana yang banyak membawa ana ke jalan taqwa, entalah sahabat ana dunia wa akhirat.

Takde paper sebenarnye, cuma nak jenguk al_Insan dan entri baru yang Ibnusarha post tadi.

Shukran sekali lagi k. Yaaa... Ana dah dapat kawan baru, seekor ikan haruan yang terdampar di tepian jalan. Dia tercungap-cungap masa banjir kat fakulti surut haritu. InshaAllah ana akan kenalkan pada antum pada next entry.


Ni Adli, bukan ikan haruan tu. Shukran sebab sewa kereta ana hari ini. Alhamdulillah rezeki dari Allah melalui enta.



Selamat himpun daya!
Rashid al-Shirfani.

Alamak ana lupa beli serikaya untuk sarapan Baksos pagi besok! Afwan!




Tuesday, January 12, 2010

Menarik dan Tertarik

Assalamualaikum w.b.t to all pembaca Titis - titis tarbiyah,

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya menulis dalam blog ini. Nak kata sibuk idok le sibuk sangat namun boleh dikatakan kurang ide la nak tulis apa. Pertamanya sebelum madah bersulam kata (ayat masa sekolah menengah) ana ingin mengucapkan jazakallah khairan jaza' kepada akhi Rashid Al - Shirfani kerana telah membawa pengislahan pada blog yang dahulunya dikenali al_insan. Kalau tidak diuruskan akh Rashid Al - Shirfani mau bersawang web ana ni. sekali lagi jazakallah khairan jaza akhi!!!

Ok berbalik kepada tajuk kita hari ini. Menarik dan Tertarik. Apa yang menarik dan apa yang tertarik ya?

Ana hari ini baru dapat buka laptop dan melayari internet untuk membaca akhbar tanah air. Jadi entah kenapa hari ini semua tajuk - tajuknya menarik dan tertarik untuk ana membacanya serta mungkin sedikit pandangan peribadi yang ana dapat berikan...

Berita Pertama!

Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan

KOTA BHARU, 15 Jan: Pernahkan anda melihat raja atau sultan mengimamkan solat bermakmunkan rakyat jelata, tentunya jarang sekali.

Kalau ada pun dahulu Sultan Johor pernah membaca khutbah Jumaat.

Lain pula di Kelantan malam tadi apabila Pemangku Raja, Tengku Mohammad Faris Petra mengimamkan solat hajat yang turut disertai ribuan rakyat Kelantan.

Menjadi makmun pada solat tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Mufti, Datuk Shukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan. (sebahagian Petikan daripada Harakah Daily)

Ulasan Ibnusarha:
Alhamdulillah, dapat juga ana melihat seorang raja menjalankan satu lagi tanggungjawab dengan mengimamkan solat dengan rakyat jelata. Terharu juga membaca dan melihat gambarnya. Dah la Tuan Guru Nik Aziz jadi makmum, kalau ana mau juga tergetar getar lutut ni.

Kelantan, dua tiga menjak ni sibuk mengisarkan permasalahan Kerabat Diraja Kelantan. Bermula dengan masalah istana Tengku Temenggongnya yang dikatakan mendera isteri iaitu Model Indonesia, Manohara dan sehingga kini isu ini masih lagi tak ada penghujungnya. Rentetan itu mula dengan masalah kegeringan Tuanku Al Sultan Kelantan (tak salah ana Tuanku sakit dulu baru masalah anakdanya Tengku Temenggong). Selepas itu naik pula isu dengan Pemangku Raja Melucutkan keahlian Tengku Temenggong sebagai Ahli Majlis Perajaan Kelantan. Majlis ni sebenarnya macam Majlis Baiah diraja la. Kalau Majlis ni tak setuju seseorang itu dilantik menjadi Al - Sultan Kelantan maka raja itu tidak akan bergelar raja.

Berkaitan dengan isu raja ni. Ana rasa ada terbaca dalam Berita Harian mengenai Penulis Malaysia Kini, RajaPetra menyarankan buburkan saja Raja - Raja Melayu kerana tidak berfungsi semasa isu hangat Penggunaan Nama ALLAH oleh penganut Kristian. Untuk isu ini pada hemat patik, Tuanku raja - raja perlulah sedikit alert dan patik tidak tahu sama ada Tuanku akan mencemar DULI - DULI Tuanku kalau Tuanku mengeluarkan kenyataan. Menjunjung Kasih kepada Tuanku Sultan Selangor yang begitu berani menyatakan pendirian Baginda yang menyatakan Pekataan ALLAH hanya orang Islam sahaja boleh pakai. Yang ni di selangor je la. Kepada Raja - Raja ku, Patik memohon ampun beribu ampun jika perkataan patik menguris hati Tuanku kerana patik hanya rakyat yang mengharap Payung yang memayungi kami tidak bocor atau tiris. Bak kata Hang Jebat 'Raja Adil Raja Dijunjung, Raja Zalim Raja Disanggah"

firman ALLAH dalam surah A'li - Imran
26. Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Berita Kedua!

Nik Aziz kecam penulis blog banyak mengumpat

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi mengulangi kritikannya terhadap penulis blog yang lebih dianggap sebagai mengumpat daripada memberi ilmu kepada pembaca.

Katanya, tulisan blog banyak bersifat mengumpat orang lain dengan pelbagai isu dan meminta rakyat menapis maklumat yang tidak mendatangkan ilmu yang disalurkan oleh penulis dalam blog masing-masing.

"Blogger yang macam ini bukan boleh nak tambah ilmu, kerana banyak dok mengumpat orang. Kalau blogger boleh tambah ilmu tak apa," katanya ketika menyampaikan kuliahnya di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Ulasan Ibnusarha;
Kepada semua rakan blogger, marilah kita sama - sama mengikuti nasihat Tuan Guru ini. Kata - katanya benar. Kalau Blogger menyampai ilmu maka lebihla bermanfaat. Kita dalam menggunakan media dan dalam saluran internet yang amat bebas ini kenalah berhemat dan bertanggungjawab atas penulisan kita

Walaupun hanya sempat daku mencoret 2 je berita namun ini yang terdaya setakat ini. Lagi pun ada program lain yang akan dikejar ni. InsyaALLAH esok AMC dan Mahasiswa UNIMAS akan melaksanakan Bakti Sosial di Rumah Anak Yatim Laila Taib. Semoga segala yang dirancang berjalan lancar.

Monday, January 11, 2010

Antara Langit dan Bumi

2:164. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Assalamu'alaikum.
Salam ukhwah buat pengunjung TTT. Alhamdulillah, papar keluar TTT dah bertukar. Semoga materinya lebih enak dan bermanfaat.

Patah bicara pada 2010 ini dimulakan dengan materi "SMART Camp" dan diikuti "Bolehkah kukongsi bersama". Semoga manfaat dapat diekstrak keluar oleh pembaca.

Antara Langit dan Bumi?

Alhamdulillah ana sempat mengunjurkan lapangan hujung minggu ana ke universiti terkemuka di Malaysia,

UKM.

Kepulan-kepulan awan seperti gula-gula kapas menghiasi perjalanan merentas troposfera. Kelajuan Airbus 871 km/h/537 mph at 11,000 m/36,000 ft tidak menghalang niatku untuk merakam keindahan langit, bumi dan apa yang ada di antaranya.

Serpihan jajaran Selangor, siapa tahu bahagian mana?


Terbang dah...


Pesisir pantai Sarawak


Kepulan awan menaungi bumi

Dalam pecutan Waja seorang ikhwah, ana sempat menekan butang kamera saat melintasi sesuatu yang tiada di Sarawak, MOSTI Nuklear Malaysia.

Berjaya ditangkap walaupun dalam rempitan Waja


Bon voyage!


Makhluk ganjil. Kepala gajah berhelmet, berkaki ayam dan itik, berekor kuda, bersayap helang, dan pakai necktie. :) Hasil kerjasama lima tangan memegang satu marker. Satu lagi lupa, bertanduk rusa... :)

Pengalaman dan pengetahuan yang sangat bermanfaat berjaya dicedok dan ditimba daripada ikhwah-ikhwah seluruh Malaysia. Ana menghargai saat-saat ini!

Wasalam,
Rashid al-Shirfani.


Thursday, January 07, 2010

Bolehkah kukongsi bersama?

Semester bermula.
Halaqah pun bermula.

Di mana mutarabbiku? Sudahkah aku menziarahi mereka?

Cinta Allah masih berkesinambungan hinggalah helaan nafasku pada malam ini. Mataku enggan lelap kerana mindaku masih lagi ligat. Selimut enggan membungkus jasadku, bantal kurasa kurang empuk, dan tilam enggan membiarkan aku lena.

Mungkin sahaja dulu aku dirundum rasa kecewa lantas berputus asa. Ku rasakan ianya suatu kelelahan dalam berdakwah, suatu penggalasan bebanan yang tak pernah akan dihenyak pada suatu perhentian.

Liqa demi liqa, problematika berdakwah dan juga kekecewaan kufahami dan membuatkan langkahku tegar kembali. Putus asa dan rasa kecewa bukanlah terminal untuk jiwa dakwahku berhenti.

Kucuba tahan dan telan, namun tangan tetap mengusap mataku, menidakkan airmata. Kerana aku tidak seharusnya menangis, melihatkan mutararabbiku dilanda masalah. Aku tidak seharusnya membiarkan laluan sukar itu dilaluinya sendirian. Dan mungkin sahaja laluan lain menawarkan kebahagian yang palsu akhirannya.

Lalu di manakah aku untuk menghulurkan tangan? Merasai beban. Membetulkan haluan. Menyinsing godaan.

Aku mengerti, beban yang dia pikul sungguh berat, baik dari segi pelajaran, jawatankuasa, juga sama halnya kewangan.

Ya Allah, jika ini terlalu berat untuknya, maka permudahkanlah ya Allah.

Apa lagi kehadiranku untuk mengajaknya liqa al-Quran sebentar, sudah tentu akan lebih menghambat. Dia enggan menatap mataku dan bibirnya berbasa-basi. Aku faham dan itulah jawapannya.

Aku mengunjurkan malam ini untuk dia melempiaskan air mata dan keletihan dan kepada Allah lah aku menyerahkan segalanya.

Dan sekiranya bait-bait ikhlas ini dibaca oleh mutarabbiku itu, percayalah aku sedia membantumu, kepayahanmu milikku jua.

Menyelam lautan kasih Allah,
Rashid al-Shirfani.

Sunday, January 03, 2010

SMART Camp Siri Pertama

Salam Ukhwahfillah.

Afwan bagi yang tertunggu muat naik gambar sekitar Solehul Muslim Ar-Rijalut Taqwa Camp, SMART Camp. Peserta-peserta terpilih dari SMK (A) Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, dan Sekolah Menengah Teknik Sejingkat Kuching.

Bagi yang baru tahu, SMART Camp ini sama seperti MAP Tengku Asmady, cuma lebih singkat dan lokal. Program ini di bawah anjuran Apprentice Motivation Center dan melibatkan beberapa
siswa, pelajar Ijazah, dan Tutor UNIMAS.

Kami tujuh yang pertama...


Gaya terjunan asli, no photoshop!

Antara cabaran dalam laluan berhalangan


Akh Adri, bersemangat meredah rimba...


Tazkiroh ba'da Maghrib, akh Mun'aim


Pasang khemah, Kumpulan Hassan al-Banna


Nyanyian Akrab Persahabatan, Lagu Tema SMART Camp


Redah Rimba, yang bawa cempedak tu Blogger Halaqah Borneo. Al-Akh Mohd Azrin.


Ta'aruf, Cikgu Zai kat tepi sekali belah kiri.

Tafakur Alam, Ibnusarha dengan kumpulan Salahuddin al-Ayyubi membedah alam berorientasikan al-Quran.




Banyak lagi gambar, entah kenapa ni yang hanya berjaya di muat naik.

Wasalam.

Rashid al-Shirfani.






Anda juga mungkin meminati...