Sunday, May 23, 2010

Salam Imtihan to all our Brothers & Sisters UNIMAS 1st yr Medical Student


Assalamualaikum, kepada semua ikhwah dan akhwat yang ana kasihi. Semoga antum semua telah bersedia dan inilah masanya untuk menyahut ujian yang mendatang. Semoga ALLAH pemudahkan urusan antum dan pesan ana, ikhlaskan niat hanya kerana ALLAH.



ikhlas dari ikhwahmu,

ibnusarha
batu gajah, perak

Tuesday, May 11, 2010

Hari 11 - Peluh Jantan

Assalamu'alaikum wbt.

Pagi itu kami solat subuh dengan seorang pensyarah berstatus Dr PhD. Orangnya biasa-biasa, menggunakan saga versi lama. Kuingatkan staf biasa di UPM, rupa-rupanya setelah diperkenalkan, dia bukanlah orang biasa. Dengan Umara, dia pun berbahasa ana-anta. Boleh agak siapa kan?

Lepas subuh, aku berbual agak panjang dengan Umara. Dari isu dakwah, iman, sehinggalah badminton. Perbualan kami berlanjutan sehingga jam 6.03am. Aku bergegas naik, aku sedar aku akan terlewat. Tangga-tangga menuju ke tingkat empat membuatkan aku semput dan lenguh kaki jika berlari.

Sah. Aku orang yang paling akhir masuk ke dalam van pagi itu. Keringat membasahi dahi. Peluh-peluh jantan menitik awal pagi ini.

*****

Di wad. Suasana seperti biasa. Cuma berbaik-baik kembali dengan SN setelah kelmarin berlaku sedikit salah faham dengan mereka. Terlihat di atas kaunter hadiah-hadiah bersusun. Besar kecil dan berwarna-warni. Baru aku teringat yang 12 Mei merupakan hari bersejarah untuk para jururawat di Malaysia. Hari Jururawat.

“Kalau kamu nak join, boleh juga, kamu bawak hadiah kamu untuk exchange besok, kita ada cabutan dalam jam 1.30pm macam tu. Nak?”

“Eh, boleh juga!” rakanku membalas.

Tapi bila masa nak beli hadiah? Balik-balik kerja dah jumpa bilik. Kalau dah penat, tidurlah.

*****

Balik kerja. Jam di tangan menunjukkan pukul 2.30pm. Huh. Teringat ajakan Umara petang tadi untuk bermain badminton di blok A.

Badan terasa penat setelah seharian berdiri di wad. Memang perlukan rehat. Lantas aku merebahkan jasad di atas tilam yang keras setelah siap membersihkan diri.

*****

Aku terjaga, jam 4.30pm sudah. Suasana panas di dalam bilik membuatkan aku terjaga. Astagfirullah, asar sudah berlalu hampir 1 jam. Aku lantas menuju ke bilik air untuk menyegarkan diri.

Usai solat, aku mesej Umara.

“Dah start main?”

“Belum, lagi 5 minit.”

Aku beransur keluar, menuju ke blok A. Aku menjumpai Umara dan rakan-rakannya, termasuk Anan yang masih berseluar slack, pun nak bermain badminton? Haha.

Game pertama,

Aku digandingkan dengan Asyraf untuk menentang regu Ayyub dan Salman.

Kalah!

Game kedua,

Ayyub dan Salman menentang Anan dan Said,

Regu Ayyub kalah!

Game ketiga,

Anan dan Said menentang Umara dan Jarrah,

Anan dan Said Menang lagi!

Game keempat,

Anan dan Said menetang Asyraf dan Jarrah,

Akhirnya regu Anan kalah.

Perlawanan itu berakhir jam 6.10pm. Hujan renyai-renyai seolah-olah menyuruh kami untuk berhenti bermain. Hah. Peluh-peluh jantanku akhirnya keluar dan membasahi baju. Jika sebelum ini aku hanya berpeluh kerana membuat prosedur, namun hari ini aku telah mengaktifkan diriku dengan badminton bersama ikhwah. Huhu.

*****

Oh ya, bagaimana cerita dengan Pesakit katil 7 yang collapse semalam ya?

Begini, hari ini dia masih terlantar, namun sudah mampu menggerakkan tangan dan kepalanya. Akhirnya dia berjaya sedar, namun ventilator masih di mulutnya. Belum lagi pulih sepenuhnya, hanya motor respons di jari-jemarinya yang mulai pulih. Harap-harap Allah masih memberikannya peluang untuk hidup dan semoga dia memperoleh hidayah.

UPM Bintulu,

Rashid al-Shirfani.

Monday, May 10, 2010

Hari 10 - Resuscitation Trolley

Assalamu'alaikum wbt.

Hari ini kerja pagi. Awal bangun namun terlelap lagi. Van UNIMAS yang belum sampai menyebabkan rentak kaki terasa berat. Gembira ada, susah hati pun ada. Gembira sebab mungkin boleh cuti lagi. Susah hati sebab target prosedur belum lagi penuh. Prof. Shang pun shift pagi, sekali dengan Madam Lulu.

Sepanjang perjalanan, Madam Lulu tidak putus-putus dengan nasihat. Kerisauannya terhadap pelajar-pelajarnya sangat memuncak, terutama sekali jika ia berkaitan dengan prosedur-prosedur yang invasif. Kena ada supervisor yang accountable.

“Student listens, if you’re going to do any invasive procedure like IV injection and NGT insertion, please call me or if I’m not responding, please ask SN to supervise you. Remember to write their name. Otherwise if anything happen, you’ll be in trouble. Understand that?”

“Yes” itu sajalah yang kami suka dan mampu jawab. Seisi van itu pun bingit dengan suara pelajar.

*****

Suasana di wad sungguh ‘aman’. Kali ini di Female Medical. Pesakit lain, staf mestilah dah bertukar. Huh. Susahlah nak buat rapport dengan Staf lagi. Kali ini stafnya lagi ‘mencabar’. Mereka sangat sibuk dengan urusan wad, jadi, kuranglah masa dengan pelatih jururawat.

Rutin wad seperti biasa. TPR, admission, kasi pindah pesakit, dan discharge. Cuma yang sedikit membezakan hari ini dengan hari-hari sebelumnya, hari ini ada clinical teaching. Sebab Madam Lulu ada bersama kami hari ini. Dua rakanku, Eba dan Chester dipilih untuk mempersembahkan case presentation mereka.

“Name of the patient; Siti Humairah (bukan nama sebenar), medical diagnosis viral encephalitis, blah… blah… blah.”

Eba dan Chester present case dengan baik. Cuma slang Chester yang kadang-kadang melucukan membuatkan kami geli hati.

“Adik ada STO (suture to open) untuk mak cik dari OPD (out patient department), nak buat?”

“Oh. Boleh.”

“Kalau nak prepare semua barang k.”

“Ok”

Madam Lulu dicall untuk memerhati dan menilai prosedur. Huh berpeluh juga membuka benang jahitan mak cik ni walaupun penyaman udara di dalam treatment room sungguh sejuk.

Aku pun selesai buat STO. Alhamdulillah, jarang dapat target ni. Melintasi wad, kulihat gelagat pesakit-pesakit. Ada yang terbaring kaku, ada yang menangis, ada yang duduk-duduk sambil makan, ada yang senantiasa dibelai penjaga dan macam-macam lagilah. Tiba-tiba…

“Misi, saya susah mau bernafas oh!” Mak cik yang sedang makan soti tiba-tiba mengadu.

“Oh ya? nanti saya pasangkan oksigen untuk kamu k.” jawab seorang staff nurse.

Wajahnya tiba-tiba bertukar putih. Lebih putih daripada biasa. Ini bukan kes biasa-biasa! Selepas itu dia mengadu sakit dada.

Dia semakin sukar bernafas. Dadanya ditahan, mulutnya tercungap-cungap, memang seperti seekor ikan yang terdampar di daratan. Pesakit collapse!

“Panggilkan doctor! Emergency!”

Semua Staff Nurses yang ada di wad berkumpul di Katil 7, termasuklah seorang yang tengah memerhati aku membuat venipucture. Dia berlari-lari anak sambil menyorong troliku.

“Dik, kamu cuba-cubalah cari vein dia k, kakak ada emergency kat sana!”

Emergency!

Panggilkan doktor! Emergency, patient bed 7 collapse!

Kebetulan Dr. Siew belum lagi beransur daripada wad. Dia mengenakan stetoskop di telinga. Memeriksa peparu dan degupan jantung pesakit. Menggeleng kepala, apakah maksudnya?

Staff Nurses berkerjasama menyelamatkan pesakit dengan doktor.

Bawa Resuscitation Trolley ke sini!

Tirai katil di tarik, suasana di dalam sudah tentu sangat mencemaskan. Bunyi beep dari mesin ECG tak henti-henti memberikan kondisi terkini pesakit.

“Keluarkan Ambu bag!” arah SN Lika

Mulut pesakit dibuka, air way dimasukkan dengan pantas.

Ambu bag disambung sementara menunggu ventilator machine datang.

2-3 minit berlalu, pesakit masih cuba untuk diselamatkan.

Mesin ventilator datang disorong oleh seorang JM.

SN Popo merangkulnya dengan segera.

Tangannya kencang menekan butang-butang di papan ventilator.

Semakin cepat. Patient di intubate.

Terdengar dari luar bunyi ambu bag yang kuat. Patient gagal sedarkan diri.

Suasana semakin cemas!

“Bagi dopamine, double cone!” Arah doktor.

SN Mary bertindak pantas!

Ampule dipatahkan dengan cepat, dopamine ditarik, dilarutkan dengan 40 ml Normal Saline. Kaki pesakit putih dan kaku.

Dadanya Cuma menaik bila udara dipam masuk.

Keadaannya berlarutan sampai shif kami berakhir tengah hari itu.

Semua mata memerhatikan dan tertumpu ke katil 7, kaunter jururawat kosong seketika kerana memberikan bantuan kecemasan kepada pesakit katil 7. Baru sahaja beberapa minit tadi aku melihat dia duduk di tepi katil sambil makan roti.

*****

Di dalam Bilik Rawatan. Aku baru sahaja mengemas set STO mak cik tadi.

“Macam mana patient tadi SN?”

“Hmm. Itulah dia, dia tak dengar arahan. Dah tahu ada nephrotic syndrome, masih juga tak jaga makan.” Dia menarik tisu disingki untuk mengelap peluhnya yang seperti baru membasuh muka, memang lencun mukanya.

“Congestivelah dia tadi?”

“A’a CCF” jawabnya sambil mengelap peluh.

Huh. CCF (Congestive Cardiac Failure). Suatu keadaan dimana jantung gagal memberikan bekalan darah beroksigen yang secukupnya untuk kitaran fisiologi badan. Air yang berlebihan, terutama sekali untuk pesakit yang mengalami nephrotic syndrome (body fluid gagal disingkirkan melalui urinasi) akan berkumpul di sekeliling tisu peparu dan jantung menyebabkan ianya tidak berfungsi dengan sempurna. Isipadu peparu akan berkurangan, jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat dan akhirnya gagal berfungsi akibat terlalu sesak (congestive) dengan air yang berlebihan di tisu peparu dan tisu jantung. Selalunya untuk pesakit CCF, Tablet atau IV Lasix akan diberikan, ubat ini untuk menggalakkan penyingkiran air melalui urinasi.

Bagaimanakah keadaan pesakit katil 7? Sama-sama kita nantikan besok!

Bagi kita yang masih bernafas seperti biasa, ingatlah Tuhanmu dan Tuhanku berpesan di dalam al-Quran,

6:158. Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu. Pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu sesungguhnya Kamipun menunggu (pula)."

UPM Bintulu,

Rashid al-Shirfani

Hari 9 - Ahad untuk Himpun Daya

Ahad is Sunday. Tiada apa yang menarik pada hari ini. Pinjam broadband dari seorang kawan (selalu pinjam untuk post entry TTT) untuk beli tiket balik Kuching.

Oh! Harga tiketnya menaik lagi.

BTU – KCH RM95

KCH – BTU RM95

Sebelum ini harganya RM72 (BTU – KCH) namun KCH – BTU masih RM95.

En. Felo ada di rumah. Borang internet masih di atas meja. Huh. Bolehlah hantar sekarang.


UPM Bintulu,

Rashid al-Shirfani

Sunday, May 09, 2010

Hari 8 - I Was Inspired!

Assalamu'alaikum wbt.

Pertama kali dalam sejarah, bekerja pada hari pagi Sabtu yang kebanyakkan orang masih diulik bantal dan selimut. Melangkah masuk ke dalam wad, sesi handing over sedang berlangsung. Jururawat yang bertugas masih sama seperti petang kelmarin.

“Pandai ambil sampel darah G6PD tak dik, patient bed 4 baru admit. Seperti biasa untuk patient malaria, protocol kita, ambil FBC, BFMP, G6PD lah dik.”
“G6PD ni yang titik darah atas kertas putih tu kan?” aku inginkan kepastian.
“Haa.. pandai buat?”
“O.. kelmarin ada observe, insyaAllah boleh buat. Dia sama macam nak buat hypocount kan?”
“Sama. Kamu guna Accu-Check dalam cupboard CSSU dalam treatment room k.”
“Ok”

Aku memeriksa borang, nama betul, order betul dan mengumpul peralatan; Accu-Check, kertas putih, swab dan borang. G6PD test ni tahu untuk apa? Sebelum seseorang diberikan ubatan anti-malaria seperti chloroquine dan primaquine, G6PD test perlu dilakukan untuk mengenal pasti sama ada pesakit itu tolerate tak dengan ubatan itu. Pernah tak dengar ada orang yang alergi dengan kacang Parang? Ha.. Penjelasan dia lebih kurang macam itu lah. Take note yer junior!

Di kejauhan, aku melihat seorang lagi rakanku masuk ke dalam wad kami.

“Jum, madam panggil pergi atas untuk tengok colostomy dressing”
“Colostomy dressing? Kat mana?”
“Atas, male surgical”
“Yang lain dah datang?”
“Aku tengah panggil”
“Ok, jap lagi k, nak serahkan sampel G6PD ni kat SN lu.”

Dekat Male Surgical ada prosedur colostomy dressing, Madam Lulu yang memanggil kami semua, sebab jarang ada kes dan prosedur ni. Peluang jangan dilepaskan.

*****

“So, you are from India?”
“Yes, I went through internet to search for this post.”
“How was your condition when you working at India?”
“Oh ma’am, India was very tiring, since I graduated, I need to work continuously for six days, sometime seven days, I don’t have much time to rest.”
“Is it?”
“Yeah. That’s why I switch to teaching site. And luckily I get this post. I love teaching site very much.”
“Then why don’t you apply for Master studies and become a lecturer?”
“I really trying to look for that, but I don’t have people to guide me there. I was keep on blinking and thinking. Nobody guide me to that way”
“Why don’t you search at UNIMAS website? You know what, Malaysia is still lacking of people with Master and PhD level for nursing, and the demanding is still greatly available.”
“I’m very inspired by your speech ma’am”
“It is not a speech... hehe”
“But then how much I need to pay?”
“It is very cheap if you opt for Master by research, but you need to work half dead lah..”
“Wow. Huw much lah?”
“Not reaching RM**** lah”
“Wow. So cheap!”
“Remember, half dead!”

Begitulah perbualan antara Madam Lulu, Instruktor Klinikal (CI) kami dengan salah seorang Instruktor Klinikal kolej swasta. CI warganegara India itu sangat terangsang dengan apa yang madam Lulu terangkan. Dari riak wajahnya, dia sangat bersemangat. Yang paling menarik, bahasa Inggerisnya sangat baik tanpa pelat India yang ketara. Wah! Banyak pulak warga negara asing yang aku jumpa di sini. Ada dari Nigeria, Ghana, India dan Indonesia. Kebanyakkan penduduk pekerja professional di Bintulu adalah warga hijrah, bukan sahaja dari seluruh Sarawak dan Malaysia bahkan dari seluruh dunia. Penduduk asal terdiri daripada orang Iban majoritinya dan sebilangan orang Ulu.

Dimanakah Sutino?

Katil 11 nampak seperti sudah dikemas. Duduk di kerusi di tepi katil, Sutino sudah berpakaian biasa.

“Udah mau keluar ya hari ni?”
“Ya pak. Majikannya mau ngambil petang ni”
“Besok kamu balik kerja lah?”
“Nggak. Besok aku balik Sambas. Balik kampong. Majikan yang nyuruh aku rehat-rehat duluan”
“Hmm. Kamu betul nggak apa-apa?”
“Betul aku nggak apa-apa.”

Dr. Andy, bertegas petang kelmarin untuk tidak membenarkan Sutino pulang. Dia mesti rehat di wad. Kalau dia balik, dia mungkin akan menyebabkan penduduk kampungnya berisiko untuk dijangkiti. Itulah yang menjadi kerisauan Dr. Andy. Entah kenapa Dr. Andy membenarkan Sutino balik hari ini. Mungkin sahaja majikan Sutino lebih bertegas untuk Sutino balik. Aku memeriksa discharge summary Sutino, TCA to Klinik at Indonesia. Sutino dah nak balik. Lalau bagaimanakah case study aku? Huh.


With *Nelob,
Rashid al-Shirfani.

Nelob in Malay is Heart or Love. It is a Burmese word.

Hari 7 - Imam Nigeria

Assalamu'alaikum wbt.

“Assalamu’alaikum, jom solat subuh. Ana tunggu anta di tempat parking semalam.”
“Ok.”

Mesej itu masuk 20 minit setelah mataku celik dinihari itu. Aku bergegas turun ke bawah, meluru ke tempat parking motosikal. Andai kata mataku pejam lagi, aku akan kerugian sesuatu yang amat berharga subuh itu.

Imam Nigeria.
Iqamat dialunkan. Seorang lelaki yang berpakaian petak-petak besar berjalan cepat ke tempat imam. Uh, orangnya gelap, segelap ‘wanita penghuni syurga’ yang pernah aku ceritakan sebelum ini. Solat dilangsungkan, imam istimewa pagi ini membacakan surah as-Saff, surah yang aku hafal sehingga ayat 10 sahaja. Namun imam pagi ini sangat lancar bacaannya, walaupun ada sesetengahnya aku tidak dapat mendengar dengan jelas. Rakaat kedua aku tidak dapat mengecam surah apa, kerana handphone sesorang berdering.

Ba’da solat, ikhwah memperkenalkan aku dengannya.

“He is my friend from UNIMAS.”
“Assalamu’alaikum”
“Wa’alaikumsalam, I’m Rasheedan” aku memperkenalkan diri.
“And I’m Anan,” balasnya.
“Dia pelajar PhD kat sini, kawan baik ana, hehehe!” sambungnya.

Perkenalan itu terhenti setakat itu sahaja, Anan melemparkan senyuman dan berlalu. Huh. Aku dan ikhwah sempat duduk lagi, meneruskan sembang pagi.

“Eh, jom pergi breakfast!”
“Breakfast? Ok. Jom!”

Pagi itu kami breakfast di tempat yang sama. Menu pun semua seakan-akan sama.

*****
Di wad. Hari ini hari Khamis, masih lagi kami di Male Medical Ward. Panggilan dari Accident and Emergency Department memaklumkan akan ada satu kemasukan baru di MMW.
10 minit selepas itu, seorang lelaki masuk menggunakan kerusi roda ditemani abang PPK. Dia kelihatan lemah.

“Rehatkankan dia di katil 6. Ambil vital sign, FBC, G6PD, lepas tu rekod dalam chart ye dik.” SN Julia seolah-olah tahu itu target prosedur klinikal kami. Botol specimen dikumpul, borang Patologi dilengkapkan, mesin BP auto ditarik dekat.

Di katil itu, aku, seorang rakan, dan Clinical Instructor Kolej Swasta berdiri mengelilingi pesakit.

“Berapa BP?” Tanya rakanku.
“230/110!” Dengan terkejutnya, aku melihat mesin BP 2-3 kali. Ya, betullah, dia memang high BP.

Apa yang paling penting kita nak lihat untuk patient yang baru sahaja didiagnos ESRF?
“Fistula” jawabku.
“Good, patient sudah ada fistula?” tanya CI itu lagi.
“Belum.”

“Ha, sebab tu patient ni High BP, fluid berlebihan belum dapat dikeluarkan. Cuba kamu tengok patient…” sambungnya.
Pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas.
“Ini disebabkan fluid yang berlebihan itu cuba escape ke dalam dia punya lung. Menyebabkan lung capacitynya turut berkurangan,” jelasnya.
Wah. Boleh tahan jugak patophysio CI ni. Tak lama lepas itu, dia berlalu mencari pelajarnya yang hendak membuat prosedur.

“Pak cik, ada gatal-gatal seluruh badan tak?”
“Ada…” balasnya.

Memang betul la apa yang aku jelaskan semasa MSN I presentation lepas. Pesakit akan mengalami kegatalan seluruh badan disebabkan oleh urea yang tidak dapat disingkirkan melalui air kencing, keluar melalui liang-liang peluh lantas menyebabkan iritasi terhadap kulit. Kulihat kembali kulit pesakit, hitam dan penuh kesan garuan.

Kami menarik kembali troli untuk mengambil specimen darah. Rakanku yang belum ada target membuat venipuncture melakukan prosedur itu. Aku hanya membuka botol-botol specimen dan mengacukan kepadanya.

Selesai mengambil sampel darah, mesin ECG ditarik.

“Mesin ini untuk apa?” tanya anak perempuannya yang berada disisinya.
“Yang ini untuk mengenalpasti keadaan jantung pak cik melalui gelombang elektrik.”
“O,”anaknya menganggukkan kepala.

“Ok yer pak cik, kami nak periksa jantung pakcik dulu. Jangan risau, mesin ini tak menyakitkan.”
“Baik.” Pak cik akur.

*****
Rutin harian wad diteruskan seperti biasa, tepat 5.30pm ubatan perlu disediakan untuk pesakit.

“Rashid, tadi kakak marah saya tau, cap blood sample tu salah, kesian patient tu, kena ambil darah lagi.” Adu rakanku.
“Hoh… salah saya lah tu, saya buka semua cap tu tadi, mesti botol dia tersalah cap.”
“Satu lagi, long lead 2 ECG tadi pun salah… Sedikit saja yang diterima bacaannya”
“ECG pun salah?, kakak tak buat ECG lagi lah?”
“Tak, doktor dapat baca long lead 2 itu, walaupun ianya pendek.”
“Macam mana kita boleh salah saja ni?”
“Mesti kita gopoh sangat nak buat prosedur, excited sangat.” Balas rakanku.

Serba tidak kena. Ambil sampel darah, tersalah cap botol specimen, buat ECG, bacaan long lead 2 tak berapa mencukupi. Kesilapan, kesilapan, kesilapan. Adakah ini yang dinamakan belajar daripada kesilapan? Huh.


UPM Bintulu,
Rashid al-Shirfani

Friday, May 07, 2010

Assalamualaikum,
(3.52 petang) Sekarang daku sedang menantikan dua ikhwahku untuk mengambil daku untuk pergi ke Kolej Matrikulasi Perak(KMPk). Tak sabar pun ada, berdebar pun ada, malas malas pun ada. Semoga kerana ALLAH daku menunggu dan akan berkhidmat di KMPk. 10 hb ni akan ada kemasukan baru di KMPk dan daku berpeluang menyertai alumni KMPk dalam membantu menguruskan perjalanan orientasi KMPk. InsyaALLAH nanti daku cuba bawakan cerita dari KMPk nyer.

Rasa macam nak cerita apa yang daku jalani sepanjang 4 hari dah cuti ni tapi tak tahu nak mula di mana dan tak tahu nak cerita apa hahaha. Tapi, sepanjang cuti ni banyak saya habiskan bersama keluarga

Opah
Zaleha Binti Nordin, seorang wanita yang cukup banyak pengalamannya. Opah selalu suka bercerita dan berkongsi pengalaman dan memberikan nasihat kepada daku. Dia lah yang menjagaku dari kecil sehinggakan waktu mula - mula boleh berkata kata daku ada loghat parit. Opah bukan la orang parit tapi tah macam mana daku berloghat parit. Masuk ley, Opah tak dey (gaya cakap macam pah bedah ye). Banyak dugaan dan cabaran yang beliau hadapi dan beliau amat memerlukan kasih sayang setiap anak dan cucunya termasuk suaminya. Kepada mama dan semua anak beliau, selalulah telefon dia, tanya khabar dan sebagainya. Jika berkesempatan bawa pulanglah dan bawa dia jalan - jalan. Layan saja ragam beliau kerana pada saya beliau telah lama berkorban melayan anak - anaknya. Dengan Izin ALLAH. tanpa pengorbanan beliau mesti saya dan cucu - cucunya tidak akan bahagia begini.

Atok
Azumu Bin Tak, seorang ahli politik veteren namun masih bersemangat berjuang demi bangsanya. Tidak pernah mengalah. Disebabkan kesibukan beliau daku jarang bertemu dengannya. Namun, hari rabu lepas sebelum beliau berangkat ke Kuala Lumpur, beliau sempat singgah di rumah opah dan bertemu dengan daku. Banyak juga yang kami bualkan dan beliau bertanya berkaitan dengan pelajaran dan kehidupanku di Kuching Sarawak.

....
ibnusarha


Thursday, May 06, 2010

Hari 6 - Namaku Sutino

Assalamu'alaikum wbt.

Hari keenam bermula seperti biasa. Hujan renyai yang berlarutan sehingga tengah hari membuatkan hari ini kurang panas. Borang uSpot (permohonan internet), masih lagi berkeping di atas meja. Belum dihantar kepada abang Akim.

1.00pm, aku bergerak awal dari bilik, menuju blok pentadbiran. Hajatnya hendak berjumpa dengan felo blok E, di HEP. Dalam perjalanan aku di serang seekor burung gagak. Ia menyerangku dari atas sambil berkicau kuat. Kalaulah ada orang yang nampak, sudah tentu sangat lucu. Sampai di HEP, abang Akim tiada dibiliknya. Jam tangan menunjukkan pukul 1.15pm. Huh patutlah, masa rehat. Tak apa, besok cuba lagi.

*****

Suasana di wad hari ini tenang, aku melihat kembali katil peninggalan Ben Meling. Masih jelas kelibat kecemasan semasa membuat CPR kelmarin. Kini katil itu kosong.

“Dik, sedia drip stand, ada admission, kemas katil 11 sekali.” Arah SN Florence.

“Baik.”

Bergerak masuk seorang remaja lelaki yang kelihatan lemah. Kulitnya gelap daripada biasa. Nampak macam bukan orang tempatan.

“Dik, lepas ambil TPR, tolong ambil ECG reading sekali untuk bed 11, Sutino.”

“Sutino?”

Case note dirujuk, tertera namanya

“Sutino Pato”

Warga Indonesia yang baru bekerja di Bintulu. Usianya baru 18 tahun, sudah merantau keluar mencari rezeki di negara jiran.

“Bahasa kamu sama tak dengan Jawa?”

“Tak, saya dari Sambas, Kalimantan.”

“Kalimantan? Keluarga kamu di mana?”

“Keluarga saya di Sambas.”

“Seronok tak bekerja di Malaysia?”

“Hmm. Boleh ja.”

Sutino menunjukkan muka yang membuatkan aku keliru, senyum dalam kesakitan yang ditanggungnya. Diagnosis dalam case note menunjukkan yang dia dijangkiti Malaria P. Vivax. Pernah dimasukkan ke hospital pada tahun 2009 atas sebab yang sama. Kulihat abdomennya bengkak. Matanya sedikit kuning, bibirnya pucat. Kurujuk lagi, tertulis splenomegali. Pembesaran organ spleen.

Ya. Aku harus memilih pesakit ini untuk case study. Tinggal 3 hari lagi untuk menyiapkan case study yang pertama di wad ini. Kalau tak aku telah mensiakan minggu ini dengan begitu sahaja. Baiklah Sutino, engkaulah pilihanku.

Sesingkat ini,

Rashid al-Shirfani.

orang menulis, kita pun nak menulis

Rashid al-Shirfani bukan main lagi menulis dan terus menulis. Ibnusarha terasa tercabar namun tidak tahu sebenarnya bagaimana inginku menukilkan perjalanan pulangku. Kata akh Shirfani, tulis je akh boleh tahu "perKEMBANGan" anta. Jadi terimalah mungkin sedikit perkongsian daripada ana.

Kek Lapis Sarawak, Ikan terubuk masin dan hari isnin
Isnin lepas adalah hari yang menarik pada diriku. Dari jam 8 daku bersiap dan memanaskan ejin QAP 3178. "pagi ni mula - mula bank in syiling John, pastu g kg gersik beli kek lapis, pas ya ambil ikan terubuk masin yang ditempah semalam." begitu la plan asalnya.

Mula la perjalanan, nak ke bank CIMB satok. tengok orang ramai tunggu kat luar, rupanya bank tak buka lagi. Bank buka jam 9.15 pagi. Jadi kutunggu sampai buka. "usai mengisi borang deposit tunai daku mengambil number dan menunggu dan menunggu. tiba giliran terusku pergi, encik dah hitung syilingnya. Belum. encik kena hitung dan isi di sini(menunjuk borang deposit tunai). ku balas dengan nada kecewa" macam ni pulak, kalau g tu tak pe la" dengan hampa daku ke kereta dan bergerak ke kampung gersik

Ke kampung gersik ingatkan nak ke kedai Kek Lapis Basah. Namun hampa pula kerana kedainya tutup. Jam pada waktu itu sudah jam 10 lebih. terdetik di benakku " hai nak meniaga ke tidak". Kuambil nombor telefon yang tertera untuk kudail namun tetap hampa. Kata ikhwahku, salah seorang mursyid UiTM(ni ikhwah uitm yg bg gelar bukan ana nyer) kata, kat sebelah masjid bahagian kuching ada sebuah kedai. Kek lapis dia sedap juga. Maka kupandulah kereta kancil putihku ke kuching.

Alhamdulillah kedainya buka. Letak kereta di masjid la, boleh solat dhuha dulu. Usai solat dhuha daku menuruni bukit masjid bahagian menuju ke kedai yang diceritakan mursyid uitm. Menuju ke dalam kedai ke tempat peti sejuk yang menyimpan macam macam kek lapis. Di bahagian adalam lagi kedai adalah kediaman pemiliknya. Rumah bersatu dengan kedai. Adalah seorang perempuan berbaju kurung putih berkain biru, "budak sekolah menengahni mesti anak owner." detik hatiku. Daku rasa dia nampak kelibat kehadiranku, namun dia buat endah tak endah je. Dia terus membaca majalah picisan yang dia baca sejak daku masuk tadi. Daku tidak menegur malah hanya berlegar dan akhirnya daku terus keluar.Rasanya bukan rezeki adik dan mama dan ayah untuk makan kek lapis dia. Kek lapis mesti beli juga ni tapi dimana ya nak membeli. Maka daku nekad ke kampung gersik lagi untuk ke dayang salhah.

Di Dayang Salhah daku memborong kek lapisnya sambil mengingat kepada siapa yang akan mama berikan kek kek lapis ni. usai memilih terus bayar. Jam telah menunjukkan 11 pagi. Daku janji nk ambil ikan terubuk tengah hari. Alang - alang gerak terusla ke Pasar Tamu Kuching.

Di Pasar Tamu daku ke gerai UITM ( Usahawan Ikan Terubuk Masin). Abang yang menjual terus tersenyum dan berkata "abang tunggu jap saya bungkus untuk abang, ingat abg datang petang tadi". Daku hanya tersenyum dan membalas " nak ambil awal skit, senang packing". Ikan terubuk pun banyakku beli dengan telur ikan terubuk yang ayah idamkan.

AirAsia dan $$$
Jam 2.45 petang daku memesej akh ruduan, " kita gerak awal skit akh, ana nak bayar kereta dulu then kita ke airport". Setiba di kolej, akh ruduan dan akh nur hafiz turun dan mengikutku ke eon bank dan terus ke lapangan terbang antarabangsa kuching. Sudah lama tidak menjejakkan kaki di lapangan ni, selalu juga ke lapangan ni tapiiii hanya untuk ambil orang yang tiba di kuching dan menghantar orang untuk keluar dari kuching huhuhu. Seusai bersalaman dan memberikan sepatah dua pesanan kepada akh Ruduan daku terus ke tempat untuk check in.

Kuangkat bag besar berisi ikan terubuk masin, kek lapis dan beberapa buku yang inginku hantar pulang. Huh 25 Kg, lebih 10 Kg dari berat bagasi yangku tempah dengan AirAsia. Makanya kena la kubayar. Berapa? Hanya yang mengenali AirAsia yang mengetahui. Pada mulanya ingin juga daku keluarkan sama ada ikan masin atau kek untuk ku bawa sebagai hand luggage but setelah bertanya kepada sepenjaga kaunter check in tu daku hanya bawa 1 beg je yang kugalas. (katanya sipenjaga air asia ada polisi baru, untuk hand luggage hanya 1 dan tidak lebih 7Kg.) Aku pasrah dan terus bayar dan terus masuk untuk tunggu di pintu 3.

Satu lagi insiden menarik berlaku semasa mengimbas badan sebelum ke imigresen. HP saya mana check? Rupanya Hp daku tidak bergerak sekali dengan beg daku kerana hpku ringan sangat. Gelabah daku, ingat mana la. Turun sahaja daku terus ke ruangan solat untuk jama dan qasar. Sampai nanti mesti dah nak asar. Setiba diruangan menunggu di depan pintu 3 daku tekejut dan kecewa. Kata 1 hand luggage je. Orang lain bawa sampai 3 dan 4 hand luggage, ade yang besar gedabak pun ade. Daku terasa ditipu huhu. Apa nak buat dah nak jadi. Gerammmm

Dalam kapal terbang
daku dapat duduk bersebelahan tingkap, best juga sebab kali ni siang, so dapat la tengok keindahan ciptaan yang maha esa. bersebelahanku sepasang lelaki dan perempuan tionghua. daku rasa mereka baru berkahwin kerana rapat semacam aje. Di belakangku pula ada seorang sedang mengalunkan zikirnya (seorang kanak - kanak sedang menangis sekuat hati). Beberapa kali ibu dan pramugari cuba menenangkannya namun tetap menangis. Akhirnya semasa take off dia senyap dan tertidur. Semasa makanan sedang diedarkan salivaku keluar. Cephalic phase of gastic juice pun dah di stimulate huhu...perut terasa lapar namun tidak sanggupku bazirkan wang di kapal terbang itu. harga melambung lambung mungkin kerana makanan di atas awan kut. Akhirnya daku tidur dan menunggu tiba.

Kita akan mendarat dalam 5 ke 6 minit sahaja lagi sila pasangkan tali pinggan keledar. Daku terjaga dan terus melihat ke tingkap. Subhanallah, KLCC, KL tower dan banyak bangunan pencakar langit kelihatan. Belon meluncur laju dan tima di satu lagi keindahan alam ciptaanNYA iaitu awan yang memutih. Belon melangar kumpulan awan dan kelihatan amat putih dan lembut rasanya. Teringat cerita doremon yang suka betul duduk di awan namun jika realitinya pasti jatuh menjunamla jawapnya jika duduk di atas awan. Semua pramugari sila duduk kita akan mendarat..tanda kapal terbang akan mendarat dan terasa belon semakin turun. Terima kasih kapten AK 5221 yang mendarat dengan cukup lancar dan baik. Jarang dapat landing macam tu hehehe.

Setelah tiba daku membiarkan larangan untuk menggunakan hp dalam belon. Daku terus onkan hp dan terus menaip sms dan menghantar kepada ikhwah dan ayahda di umah mengkhabarkan daku telah tiba di KL. Setelah turun daripada belon daku terus ke bas yoyo dan ke food court untuk mencari sesuatu untuk dijamah.

6.40 petang bertolaklah bas yoyo ke KLIA menambah penumpang dan seterusnya 7.00 mlm kami bertolak ke ipoh. jam 10.30 mlm daku tiba di Ipoh. Seronoknya bila dapat bersalaman dengan ayah, mama dan adik - adik. Sangat lama rasanya tidak bersua muka. hampir 7 bulan tidak pulang ke rumah.

Ibnusarha
Taman Mewah Indah
Batu Gajah
Perak Darul Ridzuan





Hari 5 - Denyutan Katil 24

Assalamu'alaikum wbt.

5.08am, azan berkumandang di Pusat Islam UPM. Selang beberapa minit kemudian, seorang ikhwah menelefonku sebab semalam aku berpesan untuk mengejutkanku untuk bangun subuh. Aku menjawab panggilan namun speaker telefonku yang hilang fungsi menyebabkan aku tidak dapat mendengar suaranya.

Subuh pagi itu sungguh nyaman. Sampai di PI UPM aku disapa. Orang yang sama hari itu.

“Jam berapa dah bangun?”

“Oh. Baru bangun, tapi terlepas masa tahajud.”

“Ana call tadi, kenapa takda suara?”

“O. Speaker ni rosak.”

Betul lah sangkaan ku. Dialah yang memalingkan senyuman semasa aku memberi salam kedua. Dan dialah ikhwah UPM yang dicari-cari. O_O

Subuh itu dia mengalunkan surah al-Balad dan as-syam. Usai solat, kami membuat halaqah, untuk taaruf. Hanya tiga orang. Dan perkenalan itu pun bermula.

“Hujung minggu ni ada program? Kalau anta free bolehlah join sekali. Boleh jumpa Ustaz A.”

“Sabtu ana masih kerja, tapi Ahad insyaAllah boleh join… Program apa?”

“Program remaja, dengan pelajar sekolah Bandar Bintulu.”

“Oh… InsyaAllah.”

Kutumpu penglihatanku ke dinding. Oh. Masih ada program dakwah yang berlangsung di sini. Inilah peluang yang tak boleh dilepaskan. Tetapi...

“Bolehla main bola pagi Ahad ni…”

“Main bola?”

Hatiku terasa lucu. Main bola? Nak keluarkan kaki kerusi ni? Hehe. Perkenalan kami semakin panjang sehinggalah ke kedai makan. Refah Café menerima kunjungan kami.

“Ah, orang jauh dahulu…”

“Bagi teh tarik, roti kosong dua.”

Bersama pagi itu 2 orang lagi ikhwah UPM. Sepanjang perbualan itu, terdapat soalan yang aku tiada jawapannya. Ada juga yang aku iyakan sahaja, tanda kurang mengerti.

Program? Nak join? Aku tahu, langkah boleh bergerak bebas jika masih selari dengan prinsip yang diamanahkan.

*****

Lepas ni nak pergi Bahagian IT, nak ambil Borang Penggunaan Internet.

“Ketua, jom pergi ambil borang!”

“Ok”

“Jam 12 ni k!”

“Ok”

Memeriksa di bilik. Eh. Ketua masih tidur? Huh.

*****

Balik dari Refah café, aku diajak melawat sekitar UPM, membonceng motosikal. Dia sungguh mesra dengan kakitangan UPM, dari pak guard yang telah berkhidmat selama 4 tahun, sehinggalah pensyarah muslim warga Ghana. Dia sapa semua, dan semua pun kenal dia. Kami kemudian berhenti di bahu jalan, di atas sebuah bukit. Kupandang sebelah kanan, sekumpulan rusa sedang berehat.

“Eh, macam mana nak panggil rusa ni dekat?”

“Nah, ambil ni bagi dia makan.”

Oh. Macam tu pulak.

“Macam mana nak bezakan lelaki dengan jantan?”

“Tengok tanduknya…”

“Pandai!”

“Macam mana nak tahu betina itu bunting atau tak? Eh. Jururawat mesti tahu…”

Aku menggaru kepala. Kami merawat manusia saja. Tak pernah pulak rusa admit dekat ward.

“Ala… tengok putingnya. Kalau kembang, maksudnya bunting lah tu.”

Haha. Aku mengalah. Ikhwah UPM ni ilmu pertaniannya dah tip top. Huh.

*****

Hari ketiga di wad. Pesakit dekat wad hanya 3 orang. Pesakit gynae banyaklah. Tapi belum masuk belajar lagi disiplin tu, mana boleh bagi care yang sepatutnya. Kami bertiga dipindahkan ke wad perubatan lelaki.

“Adik, kalau tak ada kerja lagi, tolong kakak buat TPR.”

“Baik.”

Tahula itu order yang biasa. Dari bed 1 hinggalah bed 27, semuanya sudah dibuat TPR. Mata mengerling jam, 5pm. Medication time!

Masa untuk memberi oral medication tiba. Setiap chart perlu diperiksa untuk mengenalpasti pesakit mana yang perlukan ubatan. Mata mengerling lagi, jam 6pm. Aku baru ingat yang aku belum lagi makan tengah hari. Makan malam pun belum. Harap-harap perut tidak masukk angin macam kelmarin.

Denyut Kasih Medik, antara novel yang sedang aku hadam sekarang. Ternyata sangat bermanfaat. Baru sahaja aku terjumpa Clexane, sejenis pencair darah yang berasaskan khinzir, dan aku disuruh untuk menyuntik ubatan itu kepada pesakit. Memeriksa nama.

“Ben Meling”

Iban. Tapi memang bolehkah suntik Clexane kepada pesakit waima patient itu bukan Islam. Hah. Macam mana tu? Mana mau cari Dr. Muslih kat sini. Hmm.

Ben Meling (bukan nama sebenar), antara pesakit yang tidak dapat bergerak. GCSnya sudah tentu kurang daripada 10. Ubat-ubatannya sangat banyak, berkeping-keping medication chart yang doktor tulis. Medical Diagnosis, Meningitis. 1 bulan di ICU, dan baru 3 hari dimasukkan di wad.

Aku diarah memberi ubat untuknya. Bukan secara oral. Tapi ubatannya tablet. Pesakit tak boleh tolerate orally. Gastric aspirationnya pun dah keluar hingga ke hujung tiub. Tekniknya, hancurkan ubatan dengan lesung batu, larutkan, dan masukkan melalui tiub NG.

Aku menyedut keluar dulu gastric fluid, 50ml. Banyaknya, dan ada banyak lagi di dalam. Aku tuang ubatan ke dalam, dan bilas dengan air biasa. Selesai.

Selesai memberi ubatan oral. Kami terus diminta untuk menyediakan ubatan suntikan. Tak habis-habis lagi prosedur. Dengan cepat, medication chart diperiksa sekali lagi. Ubatan suntikan disusun mengikut nama dan dosej. Clexane. Macam mana ya dengan clexane?

“Eh, tak payah dik, ubatan suntikam sudah dibagi kakak tadi.”

“Huh?”

Setengah jam mencari dan mengira dosej tiba-tiba kata tak payah. Haha. Hampanya.

Tiba-tiba, suasana bertukar cemas.

“Panggilkan Dr. Loh, BP patient drop, SPO2 pun drop!”

Seorang SN bergegas memanggil rakannya. 3 orang SN berkumpul di satu katil.

Bed 24: Ben Meling.

Hah? Ben Meling? Baru sahaja aku memberi ubat untuknya tadi petang.

Kecemasan!!!

“Bagi CPR!”

“1… 2… 3…”

“Prepare ambu bag” arah Dr. Loh.

“Siapa mau ganti saya buat CPR?”

“Saya!” SN yang berada di belakang mengambil giliran.

“Prepare defibrillator!” Arah Dr. Loh lagi.

“Gantikan saya!” SN yang keletihan membuat CPR meminta pengganti.

“Mari saya ganti!” Atendan yang berada ditepi maju kehadapan dan meneruskan CPR.

“1… 2… 3… Clear!” Dr. Loh cuba membuat defib. Semua berpaling ke belakang.

“Clear!” semua menyahut.

“Zzub!”

“Tiada nadi…!”

CPR bertukar tangan lagi. Semunya keletihan.

“Kamu mau belajar buat CPR” tanya madam.

“Boleh juga” jawabku. Aku terus mengambil gloves dan menunggu di belakang SN yang membuat CPR.

“Turn!”

“Ok! 1… 2… 3… 4… 5…”

“Bagging lagi!”

Huh, peluh membasahi dahiku. Hentakkanku ke dada tidak membuahkan hasil. Dr. Loh mengambil giliran membuat CPR. Hampir semua orang sudah memberi CPR, termasuklah atendan, JM, SN, CI, Dr, Student, namun tiada yang berjaya.

“Jam berapa mula tadi?” Tanya Dr. Loh

“6.37pm” jawab SN.

Aku mengerling jam, dah 7.05pm. Tidak hairanlah semua dah keletihan. Dr. Loh memeriksa nadi karotid. Menggeleng kepala. Tanda letih ataupun tak berjaya? Ataupun kedua-duanya? Bibir Ben Meling pucat, cecair putih keluar dari mulutnya. Tapak kakinya pun kuning. Kejur dan sejuk.

“Panggilkan bapa dia!”

“Saya…!”

“Encik, encik tahukan keadaan anak encik dah lama macam ni. Kami dah cuba yang terbaik untuk selamatkan, tapi tidak berjaya lah…” Dr. Loh menerangkan apa yang berlaku dengan termengah-mengah.

“Oh… iya lah. Tak apalah doktor,terima kasih.”

Dia mendengar dengan tenang. Wajahnya ditundukkan di hadapan Dr. Loh. Sang bapa seoalah-olah sudah menduga akhirannya seperti itu. Riak wajahnya tak banyak berubah. Tetapi hatinya sudah tentu kesedihan. Anak yang ditatang 15 tahun, pergi meninggalkannya pada hari itu.

Semua penat. Perlukan rehat.

Hari aku di ward berlalu pantas hari ini dan banyak pengajaran hidup yang diperolehi secara live. Aku ingin memejamkan mata buat seketika. Biarlah hembusan bayu di Bintulu ini membelai lembut tidurku.

Himpun daya untuk besok,

Rashid al-Shirfani.

Anda juga mungkin meminati...