Sunday, November 30, 2008

Gunung Santubong = Ukhwah



Alhamdulillah, kalau dihitung hari, hari ini cukup la seminggu kepulangan ana daripada ekspedisi mendaki gunung Santubung Sarawak. Huh gunung yang penuh mencabar dalam hidup ana hehehe. Kalau nak diikutkan ana memang bukan the type that like to have outdoor activity but this is very different. Ana dan lagi 15 lagi ikhwah telah bersama dalam satu rehlah(camping) dalam mencari Redho NYA.

Rehlah
Tepat jam 1800 ana dan akh kimi bergegas menaikki motor menuju suatu tempat mengikut arahan yang diberikan, 'akh, antum gerak sekarang sampai TUNAZ (sebuah sekolah di Sarawak), sampai sana call balik' ini lah sedikit sebanyak arahan daripada ketua rehlah kami. Penuh kepatuhan kami pun bergerak. tak sangka akhirnya arahan ini berakhir untuk ke suatu tempat yang sangat cantik bagi ana iaitu sebuah pantai yang berlatarkan gunung santubung.

Nak dijadikan cerita alahai ana tertinggal beberapa perkara penting aduh. Dah la kalau tinggal barang nanti kena iqob(denda) adeh , adeh. Nak buat camne terima jela nanti. Maka malam pertama di alunkan dengan surah Al - Mulk dan diikuti dengan sedikit pengisian dan diskusi ilmiah bertajuk 'Virus - Virus Ukhwah'. Lupa pula nak bagitau sebelum diskusi kami menjamahlah sedikit makanan yang kami masak sendiri, nasi ade la sedikit mantang namun biasalah camping.Pantai Pasir PandakDiskusi "Virus - Virus Ukhwah"

Keesokan harinya, kami bangun 4.30 pagi dan mensyukuri keindah ciptaan ALLAH dengan qiam dan diikuti dengan solat subuh berjamaah, mathurat dan kultum(kuliah 7 minit). "baik, antum diberikan sekian masa untuk pack all your belongging and kumpul" arahan dikeluarkan oleh kem komandan. Sami'na wa ato'na. Semua menaiki kenderaan yang disediakan. Kami mula bergerak semua tertanya ke mana kita nak pergi ni. Rupa - rupanya mendaki gunung Santubung. Maka kami pun mendaftar diri dan meneruskan perjalanan ops pendakian. Kami berhenti di sebatang sungai untuk mengisi air dan menunaikan solat sunat Dhuha.

Daki punya daki rupanya Santubung ada kelebihannya. Aduhai curam. "ana rasa ana nak pensan ni, ya ALLAH boleh ke aku sampai ke puncak ni, jauh lagi ker, bila nak berhenti berehat ni, udah le wei mari kita balik, ape ke halnya laju bebeno ni teman udoh tak benapas ni." banyak juga rungutan datangnya dari diri ana sendiri. Inilahnya manisnya mendaki santubung. Seorang al akh menasihati ana,"akh, jalan pelan - pelan, jangan gopoh, jangan berenti banyak nanti memang susah nak sambung balik" terima kasih akh nasihat antum amat berguna. Kerana semangat yang masih membara dan melihatkan dan mengenangkan semua ikhwah sama - sama penat juga maka ana tetap cekalkan diri untuk menawan puncak.

Sepanjang perjalanan kami ada juga berhenti berehat, namun berehat fizikal mental masih diuji. Setiap perhentian kami adalah satu check point dan ada tugasan yang perlu kami selesaikan. namun semua tugasan ini hanya memerlukan kecergasan minda dan hafalan ayat Al -Quran untuk menjawabnya. Tali - Talut - Hamba - Jundiy - Bulan & Matahari adalah sebahagian soalan yang diberikan. Kami perlu menghubung kaitkan perkataan diatas dengan dalil al Quran. Takala curam mencuram ana mula letih maka ana kadang kala memang tidak dapat berkata apa - apa hanya tersenyum pahit sahaja. Takala badan masih kuat dan liku perjalanan tidak begitu sukar maka dapatla sedikit sebanyak ana sampaikan idea ana.

Takala check point yang ke empat kami sudah sampai 3/4 daripada gunung ini. Hujan menyambut kami. Sejuk rasanya. Alhamdulillah dengan hujan yang segar dapat kami berehat lebih lama. Setelah hujan renyai maka pendakian diteruskan. Sudah tak jauh da. Daki punya daki akhirnya sampai jua. Alhamdulillah. Semua ikhwah menunjukan muka yang penuh kesyukuran. Alhamdulillah dapat jua ana sampai rupanya. Kumpulan yang pertama sampai diarahkan untuk melaungkan azan. Huh seronok mendengar azan di atas gunung ni. seterusnya kami solat zuhur dan asar jama qasar. Selepas itu kami menjamah sedikit makanan(makan mee segera ja jenama mamee dan cinta...maggi ikhwah boikot sebab mereka ni sokong ISRAEL LAKNATULLAH...jadi mai sama - sama kita boikot produk yang sokong ISRAEL LAKNATULLAH).

Selepas itu menyelesaikan tugasan terakhir dan akhirnya mulalah pula menuruni gunung. Kami turun dengan laju, lutut kami sampai lenguh. Akhirnya kami turun 2 jam lebih awal dari jangkaan. sampai dikawasan perkhemahan kami bersiap dan solat maghrib dan isyak, mathurat dan seterusnya kultum. Antum diminta masak dan makan, arahan dikeluarkan. Selepas makan kami diminta tidur. semua ikhwah ingat nanti malam pasti ade aktiviti tetapi akhirnya urusetia kejut hanya untuk meneruskan hari iaitu dengan qiam. Alhamdulillah syukur juga sebab dapat kami rehat selepas penat mendaki semalam.

Hari terakhir, kami bermain. Game 1 = push up 10 , star jump 20, sit up 10 dulu pastu lari dan sampai check point jawap soalan. huh penat namun kumpulan ana menang. Game 2 = bola baling free style huh sangat penat juga. Game 3 = perang. game 2 dan 3 kumpulan ana kurang bernasib baik. Tetapi bagi ana hari last ni memang penat. Ana bermain game dengan merasakan macam nyawa dah nak terkeluar(hiperbola je). Tetapi memang penat tu ana tak tipu heheh. Selepas itu kami dibenarkan mandi dan berehat sejam dan bersiap untuk aktiviti seterusnya. LDK. kami membentangkan semua kerja kami yang telah diselesaikan semasa mendaki dan diakhiri dengan sesi muhasabah dengan sesama ikhwah. sebelum pulang kami memasak dan menjamah makanan setelah itu dengan doa rabitah sebagai penutup majlis maka rehlah kami berakhir.

Semoga segala aktivit yang dijalankan mencapai objektif jangkan pendek dan jangka panjang. Moga ukhwah yang terbina akan senantiasa subur dengan cinta kerana ALLAH.

Sedikit koleksi gambar semasa di Santubong:

Berbincang dengan kem komandan

dah tak cukup nafas ni...huhuhu
Dah dekat ni...
Pondok rehat...dah 3/4 gunung ni

Bertapa payahnya namun tidak mustahil...Subhanallah...ini pun ciptaan ALLAH...
Dalam hujan ukhwah masih menjadi agenda utama
Seorang ikhwah di puncak Santubong
Dah turun

Ukhwah Fillah Abdan Abada...ALLAH HU AKHBAR !!!

Wednesday, November 19, 2008

Blog ?

Assalamualaikum ya ikhwan wal akhwat,

Ana sebentar tadi baru sahaja membenarkan satu komen untuk berada dalam blog ana ini. Komen seorang ukhti ini sangat baik dan memberikan impak yang besar la juga kepada ana. Beliau menyebabkan ana untuk kembali berfikir dan kembali membetulkan niat ini. Mungkin tersasar atau terpesong. Lantaran komen beliau, ana telah menziarahi pula blog beliau dan alhamdulillah beliau lebih lama telah membina blog sendiri dan telah lama menulis dalam blog. Teruskan ya ukhti n jazakallah atas nasihat antuna.

Blog = Catatan Peribadi
Ada penulisan blog yang digunakan sebagai satu catatan peribadi oleh owner blog itu sendiri. Nak cerita tentang semua aktiviti yang dilakukan dan apa sahaja yang berlaku kepada dia pasti dia akan menulis dalam blognya. Daripada perasaannya, apa yang terjadi, pandangan orang dan segalanya. Yang penting dia menulis dan hasil tulisannya adalah diri dia sebenarnya.

Blog = Sumber Maklumat
Ada juga penulis blog ini terdiri daripada ahli akademik, ustaz2, ustazah2 dan juga para alim ulama serta cerdikiawan ahli profesional. Mereka ini bijak dan makan garam lebih daripada saya. Selalunya blog mereka ini penuh ilmiah dan boleh dijadikan sebagai sumber dalam pembelajaran. Mereka ini juga adalah rujukan masyarakat kini dalam pelbagai masalah yang lebih spesifik kepada bidang profesional masing - masing.

Blog = Lidah si Blogger
Sudah menjadi tren masyarakat Malaysia hari ini membaca dari blog sebagai sumber altenatif. Ramai ahli politik tanah air tidak kira daripada mana parti yang mereka wakili mereka semua hari ini mempunyai blog tersendiri. Termasuk Mantan Perdana Menteri kita, Tun DR. Mahathir Mohamad. Di sinilah juga segala perasaan, idea, kritikan mahupun penceritaan kisah hidupnya si blogger di sampaikan. Kadang kala ada yang merasakan ia releven dan ada yang tidak bersetuju kan?

Ate (abis tu -dalam loghat perak) al_insan?

Bagi saya, sebagai moderator al_insan saya lebih mencakupi segala bidang. Bergantung pada idea yang datang yang memberikan rasangan kepada saya. Kadang kala bahanya ilmiah, kadang kala bahannya hanya pandangan dan ide saya. Kadang kala juga saya mengkritik, memberikan pendapat dan menyampaikan luahan isi hati. Ada juga saya jadikan blog ini sebagai bagaikan catatan peribadi yang mungkin boleh diambil ikhtibar. Bagi saya, saya telah menSirkan mana - mana bahagian nama jawatan atau nama penuh sesuatu organisasi semasa saya menulis. Maka di sini tidak timbul masalah mengaibkan mana - mana pihak. Siapa makan cili dia yang merasa pedasnya mungkin ada seorang akhwat sudah terasa pedasnya cili di Sarawak ini.

Namun, Semuanya Bermula Dengan Niat
Jika kita sempat untuk melihat satu hadis daripada koleksi hadis 40 susunan Imam AN - Nawawi kita dapat melihat hadis yang pertama adalah mengenai niat.
Setiap perkara dimulai dengan niat, setiap insan akan mendapat apa yang dia niatkan. jika dia berhijrah kerana ALLAH dan Rasul maka hijrahnya itu adalah kerana ALLAH dan RasulNYA. Jika dia berhijrah atas niat harta didunia atau perempuan yang ingin dia kahwini maka dia akan mendapat apa yang dihajatinya
HR Bukhari & Muslim
Jadi kepada diri yang hina ini juga kepada ikhwan dan akhwat sekalian saya berpesan semoga kita perbetulkan niat kita. Atas dasar apakah kita menulis ini? Semoga dasarnya adalah Lillahi Taala. Saya ingin mengulangi sekali lagi saya turut memohon maaf atas kesalahan tutur kata ini. jika penulisan saya ini kurang menyenangkan feel free to give comment and insyaALLAH i'll try my best to change it. Moga perbincangan ini mendapat rahmat daripada Ilahi dan dapat menjelaskan apa yang samar dan sekali lagi saya mohon pihak pembaca al_insan membaca welcome note saya supaya lebih jelas mengena
i apa yang akan mereka dapat dalam al_insan ini.

Teruskan Berbuat
InsyaALLAH saya berharap semua blogger untuk teruskan berbuat yakni teruslah menulis dan menulis untuk menyampaikan ideologi dan menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan. Kita ini dinyatakan dalam Al - Quran sebagai umat yang terbaik atas dasar umat ini menjalankan Amar(menyeru kepada) Maaruf (yang baik) Nahi(melarang kepada) Mungkar( yang Jahat) boleh refer 3;110 dan kita ini insan yang memerlukan peringatan seperti dalam surah az zariyat ayat 55
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
Akhir kalam semoga ALLAH merahmati setiap umat MUHAMMAD dan mempermudahkan segala para daie dalam urusan mereka insyaALLAH
--Ukhwah Fillah Abadan Abada--

Tuesday, November 11, 2008

Bersabar dan Hikmah dalam Berdakwah - Saifulislam.com

HORMAT

Dalam hal inilah, pendakwah mesti berhati-hati. Apa yang mahu diperbetulkan ialah cara menunjuk hormat. Jika tidak kena cara, rasa hormat itu pula yang terhapus. Hal inilah yang sering dilupakan oleh pemuda yang bersemangat tinggi terhadap dakwah. Saya berkongsi kesedihan apabila rakan-rakan dari negara bekas jajahan Soviet, sering mengadu tentang gelagat pendakwah sukarelawan Arab yang mencetuskan rasa gelisah di dalam masyarakat, khususnya dalam bab mencela Tasawuf dan Tareqat Sufi.

Selama duduk di bawah jajahan kuasa Soviet, negara-negara Asia Tengah dan Balkan memang hidup dalam penderitaan. Usahkan mahu membentuk usaha agama, menggunakan nama Islam pun tidak dibenarkan. Islam secara khusus, bersama agama-agama yang lain, ditekan sehabis-habisnya. Pada masa inilah amalan Tareqat berperanan mengekalkan elemen Islam dalam tempoh hampir seabad tanah ini tanpa kebebasan beragama. Tentu sahaja banyak kesilapan dan kesalahan dalam amalan tersebut, tetapi untuk ‘orang luar’ datang berdakwah mencela dan memaki hamun amalan Tareqat, ia mencetuskan kacau bilau di dalam masyarakat.

Antara negara yang banyak mengalami ketegangan ini ialah Bulgaria, Chechnya, Dagistan dan beberapa kawasan lain.

“Apa yang anta buat Sheikh Rayyan?”, saya menyambung bual.

“Semasa awal-awal saya bersama dengan penduduk di tempat tinggal saya itu, tentu sahaja saya berdiri bersama mereka.”, kata Rayyan.

“Selepas beberapa ketika, saya beritahu mereka, alangkah baiknya kalau sambil berdiri kita berselawat”, sambung Rayyan.

“Meriahlah ceramah anta ya. Sebut sahaja Rasulullah, semua bangun dan berselawat”, saya terasa lucu dengan pendekatan dakwah Rayyan.

“Ya, sehingga saya terpaksa mengurangkan sebutan nama Muhammad, untuk melancarkan kuliah”, kata Rayyan yang turut ketawa bersama saya.

“Lama-lama, apabila mereka sudah biasa dengan amalan selawat, barulah saya yakinkan mereka bahawa untuk berselawat, sambil duduk pun boleh. Akhirnya tertegaklah satu Sunnah, dan terhapuslah satu Bid’ah”, Rayyan menghabiskan ceritanya.

Kisah Rayyan yang dikongsinya bersama saya ketika kami sama-sama belajar di Jordan dahulu, sering saya kenang. Ia suatu contoh mudah, betapa besarnya peranan sabar dan hikmah dalam usaha memperbaiki dan memperbetulkan amalan manusia.

Pendekatan yang sama, cuba saya gunakan dalam menangani banyak kesulitan beragama di hari ini.


Ulasan al_insan;

menarik sungguh usaha yang sahabat Ustaz Hj Hasrizat(penulis saifulislam.com) . bersabarnya dia dan terus berbuat serta mengunakan akal yang sangat cerdas yang telah ALLAH berikan telah membuahkan satu amalan sunnah yang shahih dan menghapuskan satu bid ah. MasyaALLAH, kehebatan ALLAH menciptakan manusia yang cukup hebat dengan izinNYA. Semoga para dai dapat mengambil ibrah daripada kisah ini untuk melajukan lagi tugas dakwah tetapi menjaga sensitiviti ummat yang dicuba dakwahi.

Dalam buku Fiqh Ikhtilaf juga Dr. Yusuf Qardawi menyatakan beliau amat kecewa dengan para dai dan ustaz sekarang yang suka mengeluarkan fatwa dan hukum tanpa mengira situasi ummat setempat itu lantas menyebabkan sungai yang keruh menjadi hitam dan busuk.

sama - samalah kita bersabar, terus berbuat dengan menggunakan semua neuron yang ALLAH ciptakan untuk menjalankan dakwah ini secara bil Hikmah

***untuk mendapatkan artikel penuh saifulislam.com sila klik pada tajuk post ini.***

Monday, November 10, 2008

.::Soleh Tanpa Nama::..

.::Soleh Tanpa Nama::.. PDF Print E-mail
Written by tarbawi
Saturday, 08 November 2008 14:52

“Berapa banyak terjadi, golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar” (Q. Al-Baqarah:249)


Al-Quran banyak bercerita tentang orang-orang soleh tanpa nama. Memang ada ksah israiliyat yang menghuraikan nama-nama dari orang-orang tanpa nama di dalam Al-Quran. Namun, tidak mudah mempercayai kisah israiliyat itu. Ini kerana mengimanai kebenaran peristiwanya lalu mengambil pelajarannya, jauh lebih penting berbanding mengetahui siapa nama orang-orang itu.

Dua orang soleh pengikut Musa

Setelah selamat daripada kejaran Firaun, Musa dan kaumnya disuruh memasuki Baitul Maqdis. Tapi para pengikutnya enggan., kecuali dua orang di antara mereka. “Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: ‘Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota itu), maka bila kamu memasukinya nescaya kamu akan menang, dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman”. (Q. Al-Maidah: 23)

Orang Soleh Pemilik Kebun

Al-Quran juga mengisahkan seorang pemilik kebun yang soleh. Beliau mempunyai seorang saudara yang kufur kepada Allah. Dengan kesolehan itu, beliau selamat sedangkan kebun saudaranya binasa. “Dan berikanlah kepada mereka sebuah perumpamaan dua orang lelaki, Kami jadikan bagi seorang di antara keduanya (yang kafir) dua buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua kebun itu dengan pohon-pohon kurma dan di antar kedua kebun itu Kami buatkan ladang. Kedua-dua kebun itu menghasilkan buahnya, dan kebun itu tiada kurang buahnya sedikitpun, dan Kami alirkan sungi di celah-celah kebun itu, dan dia mempunyai kekayaan yang besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika dia bercakap-cakap dengan dia; “Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat”.

Dan dia memasuki kebunnya sedang dia zalim terhadap dirinya sendiri; dia berkata “Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, dan aku tidak mengira hari kiamat itu akan dating, dan jika sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada kebun-kebun ini”. Kawannya yang mukmin berkata kepadanya sedang dia sedang bercakap-cakap dengannya: “Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, lalu dia menjadikan kamu seorang lelaki yang sempurna? Tetapi aku (percaya bahawa): Dialah Allah, Tuhanku, dan aku tidak mempersekutukan seorang pun dengan Tuhanku”. (Q. Al-Kahfi:32 – 38)

Seorang Lelaki dari Hujung Kota


Ada seorang lelaki soleh yang turut membantu Musa. Beliau membawa informasi rahsia. Tidak diceritakan bagaimana orang itu tahu informasi penting daripada para penguasa ketika itu. Yang pasti, membangun hubungan dengan orang-orang yang mempunyai posisi strategik sangat diperlukan dalam dakwah, meski tidak sampai terikat secara loyaliti. “Dan datanglah seorang lelaki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata,

“Hai Musa, sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah ( dari kota ini ) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi masihat kepadamu”.
(Q. Al-Qashash:20)


Orang Soleh di Tengah Kerajaan Firaun

Dalam lingkungan Firuan, ada orang soleh yang telah lama memendam imannya. Pada waktu yang telah dia tetapkan, dia muncul dan menyuarakan iamnnya serta menyedarkan Firaun dan para pengawalnya dengan bahasa keimanan yang penuh wibawa.

“Dan seorang lelaki yang beriman di antara pengikut-pengikut Firaun yang menyembunyikan imannya berkata, “Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia menyatakan “Tuhanku ialah Allah” padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. Dan jika dia seorang pendusta maka dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika dia seorang yang benar, nescaya sebahagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu”. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta”. (Q. Ghafir:28)

“Dan orang yang beriman itu berkata: Hai kaumku, sesungguhnay aku khuatir kamu akan ditimpa (bencana) seperti peristiwa kehancuran golongan yang bersekutu. (Yakni)seperti keadaan kaum Tsamud, Nuh, ‘Aad dan orang-orang yang datang sesudah mereka. Dan Allah tidak menghendaki perbuatan kezaliman terhadap hamba-hamba-Nya. Hai kaumku, sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan seksaan hari panggil-memanggil, (iaitu) hari ketika kamu (lari) berpaling ke belakang, tidak ada bagimu seorang pun yang menyelamatkan kamu dari azab Allah, dan siapa yang disesatkan Allah, nescaya tidak ada baginya seorng pun yang akan memberi petunjuk”. (Q. Ghafir:30 – 33)

Sedutan artikel dari Halaqah Online....sambung bacaan
KLIK PADA TAJUK

Friday, November 07, 2008

Rakan Sebelah Meja = Hasnul Azizi Bin Zulkifle

Surah Al - Hujurat ayat 10 ada mengkhabarkan kepada kita bahawasanya setiap orang beriman itu adalah bersaudara...

Hasnul Azizi
Daku mula mengenali beliau takala daku berlajar di MRSM Transkrian. Ayah beliau seorang ustaz yang bertugas sama dengan ayahku. Maka dalam sehari demi sehari kami diminta oleh ayah masing - masing untuk cuba berkenalan. Nak dijadikan cerita kami telah dimasukan ke kelas yang sama untuk tingkatan 2 Delta sehingga ke 5Alpha. huh lama juga kami sekelas. Seingat daku banyak kali juga kami bersama duduk bermeja sebelah - sebelah.

Beliau ini adalah seorang anak yang amat disanyangi kerana takala kelahirannya sebelum beliau ibunya telah melahirkan dua orang bayi lelaki namun meninggal maka dengan kehadirannya menjadi suatu rahmat yang dinantikan. Beliau anak yang taat dan baik. Anak ustaz la katakan maka agamanya Alhamdulillah terjaga dan diharap masih mantap sehingga hembusan terakhir.

Pengalaman Bersama
banyak juga pengalaman kami bersama. Daripada menyiapkan power point untuk presentation chemistry cikgu fadzli sehingga sama - sama bergraduat di MRSM Transkrian. Kami sama - sama bersilat dalam seni silat cekak hanafi. Seronok kami bersilat, bedemo dan menjalankan aktiviti sampingan silat, dah la tu kami la pemulanya perajurit silat lelaki heheheh.

Semasa dulu dikelas pula kamilah sering berjaga dan bergilir takala memasuki kelas Mr Kamil(est dan eng) (sorry sir hehe). Selalunya dalam kelas beliau ni ramai yang akan mengambil masa untuk take a nap.

Kami juga bersama dalam membentuk satu persatuan agama islam, pada asalnya hanya sekadar satu persatuan untuk membolehkan cukup syarat untuk graduasi saja tapi akhirnya dibuat sampai menjadi satu gerakan (GERAM namanya). Kami juga bersama pernah menceburi bidang perniagaan kerepek dan juga menyertai persatuan usahawan muda.

Kalau nak sembang tentang pengalaman bersama ni memang akan memakan masa yang lama...so rasanya cukup daku ceritakan ini dulu ye.

Keistimewaan

La ni mai saya ceritakan keistimewaan kawan saya ni pula. Yang paling saya rasa istimewannya si nul ni adalah beliau ni amat luas pengetahuan. Nak tanya apa, semua dia tahu. Daripada komputer, internet dan barang - barang murah di pasaran. So, selalunya kalau nak beli apa - apa pasti saya akan meminta pendapat si Nul ni hehhe.

Satu lagi yang istimewanya beliau ni adalah ciri kepimpinan dan kesungguhan yang ada pada beliau. Beliau katakan saya ini mempunyai kepimpinan namun bagi saya beliau lebih teratur dan beliau ini penuh dengan kesungguhan. kalau dapat sesuatu kerja dia akan buat sehabis baik.

Sekarang

Selepas SPM, kami mula terpisah. Beliau sekarang telah memilih untuk bersama Angkatan Bersenjata = Tentera Laut Diraja Malaysia. Sekarang beliau sedang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Beliau juga telah mempunyai blog sendiri, maka di sini juga saya nak promote blog beliau yang pernuh infomasi...nEtpoSt

http://netsourceware.blogspot.com


Nul,
teruskan dengan kejayaan dan selamat berjaya dunia dan akhirat.ukhwah fillah abadan abada

Bila Lagi Engkau Hendak Sertai Dakwah?

Written by Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
Thursday, 06 November 2008 10:29

ZAMAN SEKOLAH



1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.


ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ



1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!



ZAMAN HABIS BELAJAR



1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.



ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?





ZAMAN KAHWIN



1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.





ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL



1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.



ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH



1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...





ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN



1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.





ZAMAN DALAM KUBUR



1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?



Aku menyesallllll.........!!!


Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

3 NOVEMBER 2008


ps: Nukilan di atas berdasarkan pemerhatian dan pengalaman peribadi selama bertahun-tahun, bukan agak-agakan. : )

****(disalin daripada halaqah online :
http://halaqah-online.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=477:bila-lagi-engkau-hendak-sertai-dakwah&catid=36:tazkiyatun-nafs&Itemid=84)

Thursday, November 06, 2008

Menulis...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH dapat sekali lagi saya menulis dalam blog ini. Sudah hampir sebulan rasanya tidak menulis. Mungkin sibuk atau mungkin….

Frekuensi penulisanku.

Saya ada terbaca satu lagi blog namun my memory serve me wrong, saya lupa pula blog mana. Dalam blog ini penulisnya memberitakan berapa kerap penulisannya dan memberikan sedikit komen bagaimana ingin menulis blog.

Saya amat tertarik apabila penulis blog tersebut memberikan kategori kepada penulis blog lain. Kategori itu dibahagi kepada 3.

Pertama, katanya adalah untuk orang yang mmg suka menaip dan suka membentangkan setiap pemikirannya dalam bentuk penulisan blog. Orang jenis ini memang akan menulis apa – apa sahaja termasuklah menceritakan setiap yang berlaku ke atasanya.

Kedua, katanya ada penulis blog yang hanya kan menulis takala mendapat idea dan maklumat yang cukup baik. Golongan ini pula amat teliti dengan bahan yang dihidangkan kepada pembaca blog mereka. Mereka akan mencari fakta dan juga berhati – hati takala menulis.

Seterunya pula, golongan petengahan yang kadang kala mereka menulis ikut mood dan adakala penulisannya penuh ilmiah dan fakta.

Jadi bagi saya pula selaku penulis blog dan mengelola blog al_insan ini saya akan menulis mengikut kelapangan masa dan juga kepada bahan dan input atau saya mendapat trigger daripada apa – apa perkara. Kadang kala boleh jadi satu hari sampai tiga post dapat saya tulis. Saya bukan jenis yang selalu sangat menulis namun takala merasa lapang dan ingin menyampaikan apa – apa ilmu yang saya perolehi dengan izinNYA.

Jadi, saya berharap pihak pembaca blog al_insan ini akan melihat jika ada sebarang penambahan post yang baru. InsyaALLAH kita membaca dan menulis ini hanya KERANA DIA. Bak sabda nabi S.A.W, Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.
Sepotong Ayat = Pokok Berbuah @ Pokok Hiasan
Berdasarkan hadis tadi, saya ada seorang sahabat atau lebih mulia AKHI yang memberikan satu analogi yang sangat cantik dan menarik minat saya. Apa kaitan Pokok dan Sepotong Ayat.

Kita ini manusia dan kita ini ISLAM dan mengaku beriman kepada ALLAH dan RasulNYA. Berdasarkan statistic yang terkini saya dapat bahawa umat ISLAM adalah umat atau agama yang mempunyai populasi pengamal yang kedua terbanyak. Namun adakah semua MUSLIM ini menyampaikan SEPOTONG AYAT

Bumi ini indah dan cantik kerana disusun dan dicipta dengan sangat unik dan baik sekali. SUBHANALLAH. Daratan dikatakan adalah ¼ bumi dan selebihnya lautan kan. Dataran ini juga dihiasi dengan bebagai spesis pohonkan.
NAMUN, antara banyaknya pokok ini yang mana yang berbuah dan buahnya dapat kita nikmati dengan nyaman sekali. Pastinya pohon itu banyak dan fungsinya juga banyak, ada sebagai peneduh, untuk bahan membuat kertas, untuk membina rumah dan sebagainya. Namun yang berbuah dan dapat memberikan khasiat kepada kesihatan badan ini adalah sangat sedikit.

Jadi sahabat sekali, samalah dengan orang yang menyampaikan ayat. Berapa ramai yang menyampaikan AYAT daripada hanya mendapat AYAT. Jadilah pohon yang berbuah dan boleh memberikan manfaat kesihatan badan kepada manusia.
Sampaikanlah dariku walau sepotong AYAT…….MUHAMMAD S.A.W
al_insan

Anda juga mungkin meminati...